MalaysiaSensasi.Net

PELAKON Angelina Jolie yang kini menggemparkan dunia hiburan dengan membuangkan kedua-dua payudaranya untuk menghindari penyakit kanser payudara.

Oleh yang demikian, Angelina dikhabarkan terpaksa menolak tawaran beberapa buah filem selama tiga bulan bagi menjalani rawatan intensif.

Antara filem yang terpaksa ditolak ialah sekuel filem Salt dan Survivor.

Angelina dikatakan tidak mahu melewatkan rawatan tersebut kerana 87 peratus kemungkinan di bakal menghidapi kanser tersebut.


KOLKATA – Seorang pelagak ngeri di India yang memegang rekod Guiness World Records untuk aksi flying-fox terpanjang menggunakan rambut meninggal dunia ketika melakukan aksi berbahaya itu.

Sailendra Nath Roy, 49, yang juga merupakan seorang pegawai polis cuba menyeberangi Sungai Teesta sejauh 180 meter pada Ahad lalu.

Selepas menyimpulkan rambut sepanjang paras bahunya pada takal di atas wayar, Roy sempat menghabiskan separuh perjalanan. Malangnya, dia tiba-tiba tersekat dan tidak dapat bergerak, lapor jurugambar AFP yang berada di tempat kejadian.

Beratus-ratus penonton yang pada mulanya bersorak memberi sokongan, kemudian menjerit ketakutan apabila melihat keadaan Roy.

“Pada ketika itu Roy kelihatan sangat panik dan cuba mencapai tali kedua untuk sampai ke garisan penamat,” kata seorang pegawai kanan polis tempatan, K. Jayaraman.

Selepas 20 minit, pelagak ngeri itu tidak lagi bergerak sebelum diselamatkan oleh penduduk tempatan. Tiada doktor atau ambulans disediakan semasa persembahan itu dibuat yang turut ditonton oleh ahli keluarga Roy.

Selepas dibawa ke hospital di Siliguri, 450 kilometer dari tempat kejadian, dia disahkan mati oleh doktor akibat serangan jantung.

Terdahulu, Roy pernah menggunakan rambut untuk menarik sebuah enjin dan empat gerabak kereta api warisan Darjeeling Himalayan Railway. – AFP.

Seremban: Seorang bapa di Rumah Rakyat Panchor, di sini, merayu orang ramai membantu meringankan beban perbelanjaan ditanggungnya berikutan terpaksa mengeluarkan kos lebih RM2,000 sebulan bagi merawat penyakit saraf anak tunggalnya.


Adli Isham Abas, 35, berkata walaupun mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 dan Yayasan Menara RM500 sebulan ia tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan perubatan alternatif serta rawatan penyakit anak tunggalnya, Ahmad Wafly Adli Isham berusia setahun 10 bulan.

Menurutnya, Ahmad Wafly memerlukan makanan tambahan iaitu sejenis vitamin khusus untuk saraf seperti disyorkan doktor pakar yang boleh didapati di beberapa farmasi pada harga RM175 bagi 30 biji dan susu khas RM600 sebulan.

“Setiap kali memegang tubuhnya yang lembik disebabkan penyakit saraf saya perlu berhati-hati kerana bimbang anak berasa sakit. Apatah lagi dia belum boleh bercakap dan saya dapat merasakannya apabila dia mengalirkan air mata.

“Saya hanya bekerja sebagai pembantu kedai di Paroi dengan pendapatan RM25 sehari. Apabila menggunakan perubatan alternatif yang disarankan doktor pakar itu, memerlukan perbelanjaan tinggi. Saya gagahkan juga sebab mahu melihat anak sihat walaupun terpaksa keluar dari rumah sewa kerana tak mampu bayar. Sekarang saya, isteri dan anak menumpang di rumah ibu.

“Saya sangat mengharapkan belas ihsan orang ramai untuk membantu kami sekeluarga. Isteri saya pula tidak boleh bekerja sebab perlu menumpukan 100 peratus perhatian kepada anak tunggal kesayangan kami itu,” katanya ketika ditemui Harian Metro.
NORLIYANA memegang tubuh anaknya Ahmad Wafly yang menderita sakit saraf.

Isterinya, Norliyana Abdullah, 25, ketika mengadu mengenai anak tunggalnya itu berkata, Ahmad Wafly menghidapi penyakit saraf secara tiba-tiba sejak berusia empat bulan hingga menyebabkan anaknya itu tidak boleh duduk atau berdiri sebaliknya hanya berbaring.

“Ketika melahirkannya di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), Ahmad Wafly berkeadaan normal tetapi, dikesan menghadapi masalah saraf ketika usianya empat bulan. Dia diberikan rawatan di hospital berkenaan termasuk dengan doktor pakar.

“Keadaan dia sehingga kini ada perubahan positif walaupun perlahan, penggunaan perubatan alternatif disarankan doktor pakar banyak membantu perkembangannya. Cuma perbelanjaannya tinggi,” katanya.

Norliyana berkata, dia menggunakan sepenuh masa menjaga Ahmad Wafiy yang memerlukan perhatian serius dari segi pemakanan dan kesihatan bagi memastikan anaknya tidak ditimpa masalah lain.

Menurutnya, anaknya mudah mendapat demam jika tidak dijaga dengan betul dan khuatir akan menjejaskan pembesarannya.

“Doktor juga menyarankan Ahmad Wafly menggunakan alat penyokong leher dan badan iaitu sebahagian proses terapi bagi membolehkan tulangnya kembali kuat, namun kami belum dapat membelinya kerana suami tidak mampu dari segi kewangan,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan kepada keluarga berkenaan bolehlah menyumbang di akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) atas nama Adli Isham Abas di nombor akaun 05012026075001.
Pelajari Langkah-Demi-Langkah Teknik-Teknik dan Posisi-Posisi Yang Terbukti Berkesan Secara Saintifik

http://i137.photobucket.com/albums/q229/bandizell/ejakulasi-real.gif

Setiap Wanita Boleh Menikmatinya!
http://i137.photobucket.com/albums/q229/bandizell/fakta-penting.gif

  Setiap Wanita Boleh !!!  
"Orgasme Pancutan/Ejakulasi"
Amatlah rugi jika anda sebagai
suami membiarkan isteri anda tidak merasai pengalaman orgasme pancutan/ejakulasi ini
sepanjang hidupnya.
wanita boleh pancut
wanita boleh pancut
isteri boleh pancut

***eBook kami tidak mengandungi sebarang gambar lucah & bahan-bahan lucah. Hanya terdapat beberapa gambar lukisan anatomi bahagian seks dan posisi-posisi seks dalam kartun 3D statik yang bertujuan bagi memudahkan penerangan penulis difahami sepenuhnya oleh pembaca. Gambar ditapis diatas adalah sebagai pembuktian saintifik setiap wanita & isteri boleh orgasme pancutkan/ejakulasi..***


  "Panduan Pancutkan Isteri"   

Dan alamilah sendiri perubahan

Dalam hidup anda suami isteri!!!





Seksi itu biasanya dikaitkan dengan wanita yang berpakaian tidak cukup kain atau bentuk badan yang menghairahkan atau mana-mana bahagian badan yang kelihatan menarik. Tetapi kini lelaki juga ada kalanya sangat seksi dari wanita - posted@malaysiasensasi.net

Bangkok: Seorang murid tadika berusia tiga tahun maut selepas dibiarkan dalam trak pikap lebih tujuh jam di Si Sa Ket semalam.

Pegawai bertugas di balai polis Uthumphon Phisai, Leftenan Kolonel Tinakorn Dechalertpong berkata, kanak-kanak itu dikenali sebagai Suriyakarn “Potter” Pakan.

Ibu mangsa, Thanyathon Boonma, 27, memberitahu polis bahawa trak pikap itu yang dimiliki guru sekolah mangsa tiba di luar kediamannya kira-kira jam 7.30 pagi untuk menjemput anak lelakinya itu. Kemudian kenderaan berkenaan tiba di sekolah pada jam 8 pagi. Potter yang tertidur ditinggalkan di tempat duduk belakang. Thanyathon berkata, anaknya ditemui tidak sedarkan diri dalam kenderaan terbabit kira-kira jam 3 petang. Tubuhnya sudah berubah lebam kebiruan dan butang bajunya turut terbuka. Dia kemudian dikejarkan ke Hospital Uthumphon Phisai tetapi gagal diselamatkan.

Mayatnya kemudian dipindahkan ke Hospital Si Sa Ket untuk bedah siasat bagi menentukan punca kematiannya. Thanyathon berkata, pemilik sekolah memberitahunya akan bertanggungjawab terhadap kematian anaknya. Bulan lalu, seorang kanak-kanak perempuan tiga tahun mati selepas dibiarkan dalam van yang panas selama beberapa jam di luar tadika di Samut Prakan kerana pemilik kenderaan terlupa. - Bangkok Post


Seorang wanita tua selalu menyakiti Baginda dengan meletakkan duri, najis dan lain-lain halangan di jalan yang selalu dilalui oleh Rasulullah SAW. Namun Rasulullah SAW tidak bertindak balas, Bagindai SAW sentiasa bersabar. Akhirnya apabila wanita tua itu sakit, Rasulullah SAW menziarahi dan merawati menunjukkan kasih sayang terhadapnya,dengan keperibadian mulia yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW,lalu terbukalah pintu hidayah lantas wanita tua tersebut memeluk Islam di tangan Baginda.
Kisah yang seakan sama berlaku pada masa kini di Amerika Syarikat. Diceritakan oleh Suhaib Webb antara beberapa siri ceramah beliau di Youtube.
Suhaib menceritakan seorang Islam dari Sudan menetap di kediaman yang banyak kes jenayah iaitu di Bronx, New York. Jiran warga Sudan itu ialah seorang wanita tua Yahudi.
Warga Sudan dan isterinya sering menyapa dan memberi makanan kepada jiran Yahudi tersebut. Tetapi wanita Yahudi itu mencampakkan segala pemberian dan sering memarahi mereka. Tetapi keluarga warga Sudan itu terus menyantuni jirannya, kerana ini adalah tuntutan Islam dalam hak berjiran.
Pada satu hari wanita tua Yahudi itu dirompak, lalu warga Sudan tersebut ternampak dan menyelamatkannya. Akibat kecederaan wanita tua Yahudi itu terlantar di hospital. Di hospital tiada siapa yang menziarahinya, hanya warga Sudan itu sahaja. Tetapi wanita tua Yahudi itu masih tetap memarahinya.
Apabila sihat, wanita tua Yahudi itu kembali ke rumah, namun warga Sudan tersebut masih berbuat baik kepada jirannya walaupun wanita tua Yahudi itu tidak menyukainya.
Akhirnya wanita tua Yahudi tersebut jatuh sakit. Sekali lagi dia terlantar di hospital dan tiada sesiapa juga yang menziarahinya hanya warga Sudan dan isterinya sahaja. Dengan keperibadian Islam yang ada pada warga Sudan tersebut menarik perhatian wanita Yahudi itu, lalu bertanyalah kepada warga Sudan tersebut mengenai Islam, Akhirnya terbukalah pintu hidayah lalu wanita tua Yahudi itu memeluk Islam. Subhanallah….
Tiga hari selepas memeluk Islam, wanita tua Yahudi itu tadi menemui ajal, menghadap Allah SWT.
Apabila dibacakan wasiat, wanita tua Yahudi itu telah menyerahkan semua hartanya kepada warga Sudan tersebut.
Firman Allah yang bermaksud:
“Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu dalam kebinasaan dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.” (Al-Baqarah: 195)
Islam menyeru umatnya berbuat baik sesama makhluk, baik berupa manfaat ilmu, harta benda dan juga yang berbetuk nasihat ke agamaan, sepertimana sabda Rasulullah SAW : “Sesungguhnya Allah mewajibkan berbuat ihsan atas setiap sesuatu.”
khalifahalhidayah
NORTH DAKOTA - Seorang pembaca berita yang baru bekerja satu hari harus rela dipecat. Hal itu dia terima setelah mengucapkan kata-kata yang tak pantas ketika siaran berita sudah bermula. 


Pembaca berita dari acara KFYR, AJ Clemente tak pernah menyangka hari pertamanya bekerja menjadi hari terakhirnya bekerja juga.   Dia melontarkan kata-kata umpatan seperti f ***, S *** saat acara berita sudah mulai live dan mikrofon menyala. Kata-kata yang tak pantas itu dilontarkannya kerana merasa gugup di hari pertamanya.

Akibat kata-kata yang dilontarkan Clemente, maka KFYR langsung memecat pembaca berita yang baru bekerja kurang dari 24 jam itu.   Seperti diberitakan Daily Mail, Selasa (23/4/2013), Clemente menuliskan permohonan maaf pada akaun twitternya kalau dia sangat menyayangkan keputusan KFYR TV telah memecatnya. 

 "Malangnya KFYR TV telah memutuskan untuk membiarkan saya pergi. Saya minta maaf atas semunya. Terima kasih kepada semua orang yang telah memberikan saya kesempatan dan juga atas sokongan, "tulis Clemente di akaun twitternya. 

 Kesalahan yang dilakukan oleh Clemente ini menjadi perbincangan semua orang, bahkan menjadi bahan tertawa di Internet.  




Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan senarai anggota jemaah menterinya, yang disifatkannya sebagai “kabinet berimbang”.


Antara yang menjadi perhatian adalah pelantikan ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin sebagai menteri belia dan sukan serta, pemimpin Hindraf P Waythamoorthy sebagai timbalan menteri di jabatan perdana menteri.


Kabinet baru Najib didominasi oleh Umno dengan 20 menteri, manakala PBB (Sarawak) 4, MIC (2), PRS (Sarawak), PBRS, PBS dan Upko (Sabah) masing-masing 1. Tiga menteri, semua di Jabatan Perdana Menteri bukan dari parti politik.

Manakala 16 jawatan timbalan menteri pula diisi oleh Umno, MIC (2), PBB (3), PRS (1) dan PBS (1). Tiga lagi timbalan menteri adalah melalui lantikan sebagai senator - termasuk seorang dari Umno (Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah), seorang lagi dari  PPP (Datuk Dr Loga Bala Mohan). 

Kedudukan MCA dalam kabinet pula, kata perdana menteri, akan ditentukan kemudian kerana ia melibatkan pendirian mesyuarat agung luar biasa (EGM) parti itu yang tidak menerima jawatan dalam kabinet.


Berikut adalah senarai menteri dalam kabinet yang diumumkan Najib:

Perdana menteri: Datuk Seri Najib Razak (Umno)

Timbalan Perdana Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin (Umno)

Jabatan Perdana menteri:

Datuk Seri Jamil Khir Bahrom (Umno)

Datuk Seri Idris Jala (Senator)
Datuk Seri Abdul Wahid Omar (Senator)
Tan Sri Joseph Kurup (PBRS)
Puan Hajah Nancy Shukri (PBB)
Datuk Joseph Entulu anak Belalun (PRS)
Datuk Paul Low Seng Kwan (Senator)
Datuk Seri Shahidan Kassim (Umno)

Timbalan Menteri di JPM
Datuk Razali Ibrahim (Umno)
P Waythamoorthy (Senator)


Menteri Kewangan 1:
Datuk Seri Najib Tun Razak (Umno)

Menteri Kewangan II
Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (Umno)

Timbalan Menteri Kewangan:

Datuk Ahmad Maslan  (Umno)                             


Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi:

Menteri I: Tan Sri Muhyiddin Yassin (Umno)
Menteri II: Datuk Seri Idris Jusoh (Umno)
Timbalan I: Datuk Mary Yap Kain Ching (PBS)
Timbalan II: P Kamalanathan (MIC) 


Menteri Pertahanan:

Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Umno)
Timbalan: Datuk Abdul Rahim Bakri (Umno)                                                 


Menteri Dalam Negeri: 

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (Umno)
Timbalan: Datuk Wan Junaidi Tunku Jaafar (PBB)

Menteri Pengangkutan:
Datuk Seri Hishammuddin (pemangku)(Umno)
Timbalan: Datuk Abdul Aziz Kaprawi (Umno)  


Menteri Pelancongan dan Kebudayaan:

Datuk Seri Nazri Abdul Aziz (Umno)
Timbalan: Datuk Joseph Salang Anak Gandum (PRS)


Menteri Luar Negeri:

Datuk Seri Anifah Aman  (Umno)                                            
Timbalan: Datuk Hamzah Zainuddin (Umno)


Menteri Kerja Raya:

Datuk Fadillah Yusof (PBB)
Timbalan: Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (Umno)


Menteri Kesihatan:

Datuk Seri Dr S Subramaniam (MIC)
Timbalan: Datuk Seri Hilmi Yahaya (Umno)


Menteri Belia dan Sukan:

Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Umno)                                  
Timbalan:
Datuk M Saravanan (MIC)

Menteri Sumber Manusia:
Datuk Richard Riot Anak Jaem (SUPP)
Timbalan: Datuk Ismail Abd Muttalib (Umno)


Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan:

Datuk Hassan Malek (Umno)
Timbalan: Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah (Umno)


Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri:

Datuk Mustapa Mohamad (Umno)
Timbalan: Hamim Samuri  (Umno)                

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani:
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Umno)
Timbalan: Datuk Tajuddin Abdul Rahman (Umno)

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi:
Datuk Dr Ewon Ebin (UPKO)
Timbalan: Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah (Umno)
                           
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar:
Datuk Seri G Palanivel
Timbalan: Datuk Dr James Dawos Mamit (PBB)

Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau:
Datuk Seri Maximus Ongkili  
Timbalan: Datuk Seri Mahdzir Khalid

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah:
Datuk Seri Shafie Apdal (Umno)
Timbalan: Datuk Alexander Nanta Linggi  (PBB)                 

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi:
Datuk Seri Douglas Uggah Embas (PBB)
Timbalan: Datuk Noriah Kasnon (Umno)

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan:
Datuk Abdul Rahman Dahlan (Umno)
Timbalan: Datuk Halimah Sadique (Umno) 


Menteri Komunikasi dan multimedia:
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (Umno)
Timbalan: Datuk Jailani Johari (Umno)

Menteri Wilayah Persekutuan: 

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Umno)
Timbalan: Datuk Dr Loga Bala Mohan A/L Jaganathan (Senator)


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat:

Datuk Rohani Abdul Karim (PBB)
Timbalan: Datuk Azizah Mohd Dun (Umno)

Ujungan merupak salah satu ritual silam di daerah Kediri, Indonesia. Amalan ritual ini dahulunya merupakan ritual tahunan di daerah tersebut pada musim kemarau untuk memanggil hujan demi mengairi tanaman dan ternakan. Walau bagaimanapun, amalan ini kini hanya dijalankan pada waktu-waktu terdesak sahaja disebabkan semakin kurang penduduk yang mahu mengamalkan dan mempercayainya.
Semasa upacara ritual, alat pemukul yang diperbuat daripada sabut kelapa sawit, dinamakan Tiban akan dipukul ke badan. Pukulan Tiban diiringi dengan alunan muzik. Darah yang mengalir menjadi simbolik untuk pertukaran dengan air hujan. - amekaw
MOTHEROFGAD!
Anda mungkin juga meminati:

Musuh kita di Syria langsung tidak ada belas terhadap saudara Sunni kita... Bayi juga tidak terkecuali

NAMA: Nadir Ali Omari
UMUR: 9 bulan
TEMPAT TINGGAL: Dar'a
TUDUHAN: Muslim - Sunni
HUKUMAN: Tembakan di kepala


Nabi Muhammad SAW, dalam sebuah hadis yang menyatakan sepuluh sahabat yang telah dijanjikan syurga. Para sahabat yang dinamakan dalam hadis ini merupakan Sepuluh Sahabat Yang Dijanjikan Syurga:

1 - Abu Bakar Siddik R.A.
2 - Omar Khattab R.A.
3 - Uthman Affan R.A.
4 - Ali Abi Talib R.A.
5 - Zubair Bin Awam.
6 - Talha bin Uthman.
7 - Abdul Rahman bin 'Auf.
8 - Saad bin Abi Waqqas.
9 - Abu Ubaidah ibn Jarrah
10 - Saied bin Zaid

TETAPI ... Syiah akan menyambut hari pembunuhan Omar R.A.
Di sini mereka berulang-ulang menyebut "Omar dalam neraka, Omar dalam neraka". Mereka membuat maskot hodoh menggambarkan Omar RA di Hawzah mereka di London.

“Dia sudah berubah seperti anak derhaka,” luah Hasliza Mohd, 48, ibu kepada pelakon baru Afiq Muiz yang benar-benar kecewa dan sedih dengan perubahan sikap anaknya itu sejak bergelar pelakon.
Hasliza berkata tatkala ibu-ibu lain menerima ucapan gembira daripada anak anak mereka sempena sambutan Hari ibu pada Ahad lalu, dia tidak berpeluang meraikannya seperti itu.
“Afiq sudah berubah. Dia sudah lupa bagaimana saya menjual burger untuk membantu dia berjaya dalam dunia seni.
“Ke hulu ke hilir saya bawa dia untuk di angkat menjadi artis berjaya dengan wang menjual burger. Hari ini apabila dia sudah berjaya, dia telah lupa semua itu,” ujar Hasliza sebak meluahkan rasa hatinya secara eksklusif kepada mStar Online ketika ditemui di sebuah restoran di Cheras pada Isnin.
Hasliza terpaksa membuat pendedahan tersebut kerana hatinya sudah hancur selepas melihat perubahan Afiq, 20, yang disifatkannya sudah lupa diri apatah lagi sejak dikatakan mempunyai hubungan dengan seorang pelakon wanita.
Malah pelakon remaja itu juga sudah tidak lagi tinggal bersama ibunya tetapi memilih untuk hidup berdikari bersama rakan-rakannya yang lain.
Hasliza berkata, Afiq yang sebelum ini seorang anak yang baik dan mendengar kata telah berubah menjadi panas baran dan bersikap kurang ajar serta hilang perasaan sayang kepada adik-adiknya.
“Saya tidak tahu adakah tindakan membuat kenyataan ini kepada media akan memulihkan kami sekeluarga atau menjauhkan lagi hubungan saya dan Afiq.

“Tetapi rasanya inilah saja cara untuk dia (Afiq) membuka mata dan hati bahawa apa yang dilakukannya sekarang adalah salah.
“Dia telah menderhaka terhadap ibunya dan bersikap baran terhadap adik-adiknya sedangkan sebelum ini Afiq cukup penyayang orangnya.
“Tetapi sejak dia mempunyai kekasih kelakuannya tidak lagi seperti dulu,” katanya.
Lebih daripada itu ibu ini mendedahkan, dia turut menerima mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada kekasih Afiq yang berbaur ugutan dan kasar bahasanya.
Soalnya, adakah itu caranya seorang wanita menghormati orang yang lebih tua?
Malah lebih terharu Hasliza hanya mengetahui kononnya Afiq hendak berumahtangga menerusi laporan media.
Tambah Hasliza lagi dia turut terperanjat apabila membuat semakan menerusi akaun bank Afiq, anaknya itu telah menghabiskan wang RM30, 000 dalam masa sebulan.
“Saya sanggup membuat apa saja agar Afiq kembali ke pangkuan kami dan saya mahu dia kembali sedar asal usulnya yang datang dari keluarga susah. Ingat jasa ibu, ayah dan adik-adik ketika kami sama-sama mahu namanya naik dalam industri seni.
“Saya sayangkan dia dan hanya mahu dia kembali seperti dulu. Kerana dia salah seorang anak yang soleh dan tidak pernah melukai hati ibu bapanya,” katanya.
Sebelum mengakhiri pertemuan dengan mStar Online, Hasliza berharap pendedahan ini akan membuka hati anaknya itu untuk berubah.
“Afiq… Umi (ibu) sayang Afiq. Jangan tinggalkan Umi… kembalilah pada Umi dan ingatlah… syurga itu di bawah telapak kaki ibu,” katanya sedih.
Sementara itu Afiq yang dihubungi berkata, dia dan ibunya tidak mempunyai sebarang masalah dan merasakan ada pihak yang cuba memburuk-burukkan dia kepada keluarga dan pihak media.
“Saya tak ada masalah dengan ibu dan keluarga yang lain. Siapa yang pandai-pandai buat cerita seperti ini?
“Kenapa mereka mahu memburukkan saya? Gosip seperti ini membuatkan saya tertekan dan kalau boleh saya tidak mahu layan lagi,” tegasnya. – mStar Online

BANDAR RAYA JINHUA : Seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang tersangkut di celah dinding dua bangunan setelah terjatuh dari balkoni kediamannya di tingkat tiga diselamatkan baru-baru ini.

Agensi berita Reuters melaporkan semasa kejadian, kanak-kanak itu sedang bermain di balkoni rumahnya di perkampungan Wujiangkou di sini, dalam wilayah Zhejiang di timur China pada Sabtu lepas.

Dia kemudian secara tidak sengaja terjatuh dari balkoni rumahnya dan tersepit di celah dinding dua buah bangunan dengan ruang cuma 25 sentimeter.

Kanak-kanak itu tersangkut di celah dinding tingkat dua bangunan-bangunan itu selama dua jam sebelum diselamatkan oleh pasukan bomba dan penyelamat.

Anggota-anggota bomba bertindak mengikat kanak-kanak itu dengan seutas tali bagi mengelakkan dia daripada terjatuh.

Mereka kemudian mengenal pasti lokasi kedudukan kanak-kanak itu sebelum memecahkan dinding setebal 60 sentimeter itu dari dalam sebuah bangunan tersebut.

Pasukan bomba membuat sebuah lubang besar pada dinding dan menarik kanak-kanak itu ke dalam bangunan berkenan.

Dia yang kemudian dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut, didapati cuma mengalami kecederaan kecil pada dahi. – Reuters


JENAYAH boleh berlaku secara tiba-tiba dan tidak diduga.
Video di bawah dikongsi oleh seorang pengguna Facebook mengenai satu kejadian samun bermotorsikal berhampiran kawasan Solaris, Mont Kiara, Kuala Lumpur.
Kejadian tersebut berlaku baru-baru ini ketika jam menunjukkan pukul 12.05 minit tengah malam.
Lihat pada minit ke 1:26, sebuah motorsikal yang dinaiki dua lelaki tidak dikenali tiba-tiba menghimpit sebuah kereta sebelum berkali-kali cuba memecahkan cermin di bahagian tempat duduk hadapan.
Kejadian berlaku dekat lampu isyarat.
Nasib baik pemandunya cepat-cepat mengalihkan kenderaannya.
Tidak diketahui sama ada pelaku dapat melarikan barang berharga di dalam kereta tersebut atau tidak.
Yang pasti, kejadian yang berlaku dalam tempoh 15 saat ini boleh juga berlaku pada kita.

Justeru, elakkan meletakkan barangan berharga seperti telefon bimbit, gajet, beg tangan atau apa saja yang mengundang perhatian penjenayah.

Anda mungkin juga meminati: