Koleksi Sensasi

Kena Pukul Dengan Perempuan


GRIMSBY, England - Rakaman kamera televisyen litar tertutup (CCTV) di sini menunjukkan insiden yang jarang berlaku apabila lima wanita menendang seorang lelaki sehingga kesan tapak kasut penyerang terdapat pada muka mangsa, lapor sebuah akhbar.

Kelima-lima wanita itu yang berasal dari sebuah keluarga, menyerang mangsa, Matthew Campbell, 38, tanpa belas kasihan dengan menendangnya pada pukul 11 malam.

Rakaman serangan ganas selama lapan minit itu yang dirakam CCTV milik pihak berkuasa tempatan dilihat oleh seorang hakim Mahkamah Diraja Grimsby yang kemudian memerintahkan kelima-lima wanita berkenaan dipenjarakan selama enam bulan.

Pendakwa raya, David Cammies berkata, kelima-lima wanita itu, Helen Barber, Rachel Barber, Kelly Macdonald, Belinda Tomlinson dan Katie Tomlinson yang berusia di antara 21 hingga 42 tahun menyerang mangsa tanpa sebab selepas mereka mabuk.

Campbell yang bekerja sebagai seorang pemandu kenderaan komersial memberitahu, dia berulang kali merayu kepada kumpulan samseng wanita itu supaya berhenti menyerangnya.

"Saya dididik supaya tidak memukul wanita. Saya memutuskan untuk membiarkan saja mereka memukul saya," kata mangsa.

Lelaki itu bernasib baik kerana tidak cedera parah tetapi seluruh badannya calar manakala kesan tapak kasut terdapat pada belakang, kepala dan mukanya