Koleksi Sensasi

Silat Nasrul Haq

thumbnail-cadangan
Ingat lagi pada silat Nasrul Haq yang telah difatwakan haram oleh kerajaan. Memang banyak misteri yang tak terungkai lagi hingga ke hari ini. Silat ini dikatakan tumbuh bagai cendawan di ceruk rantau sewaktu dan selepas 13 Mei bersama-sama silat-silat kebatinan yang lain seperti selendang merah, gerak kilat, ruhaniah, badek, aras kursi dan lain-lain lagi kerana ianya mudah dipelajari hanya dengan mengamalkan zikir-zikir dan wirid-wirid tertentu. Ada yang cakap ada satu silat tu yang kalau kita pelajari silat ini boleh bermain semua jenis silat seakan-akan memanggil ruh-ruh tertentu. Ada cerita yang hanya minum air kolah masjid yang di jampi boleh menjadi berani mati dan tidak takut kepada musuh. Di bawah ini sedutan video silat yang dikatakan sebagai jurus Nasrul Haq