Gambar Seribu Makna Dan Penjelasannya

Admin | 1/09/2012 | 0 comments

[0620napalm.jpg]
Sebelum ini, MalaysiaSensasi ada menyiarkan post bertaju Gambar Seribu Makna, yang boleh dibaca di sini. Berikut adalah update dari gambar tersebut:

Gambar di atas merupakan salah satu gambar yang sangat popular dalam sejarah Perang Vietnam yang berlaku sekitar tahun 70-an. Gambar ini diambil oleh jurugambar Vietnam, Nick Ut pada tarikh 8 Jun 1972 ketika budak perempuan itu bersama-sama dengan kanak-kanak yang lain lari menyelamatkan diri selepas serangan "napalm" di Trang Bang. Dia kemudiannya telah diselamatkan oleh Christopher Wain (wartawan) sebelum dibawa ke hospital. Usianya pada ketika itu adalah 9 tahun.


Selepas 38 tahun, Phan Thị Kim Phúc yang kini berusia dalam lingkungan 40-an telah bertemu semula dengan Christopher Wain dan bercerita tentang perihal gambar tersebut. Dia kini menetap di Kanada bersama-sama dengan suami dan dua orang anaknya.

Sila ke pautan artikel di bawah ini untuk maklumat lanjut:
Kemas Kini:

Gambar Phan Thị Kim Phúc pada hari ini.
Ceritanya boleh anda baca di Wikipedia,
video tentang gambar di atas pun ada
disiarkan di youtube

Katogeri:

Koleksi Sensasi Sedunia