Koleksi Sensasi

Loghat Pahang

Pahang merupakan negeri yang kaya dengan sejarah dan telah wujud sejak dari kerajaan Melayu Melaka. Terletak di pantai timur semenanjung, negeri Pahang agak kurang popular berbanding negeri negeri Kelatan dan Terengganu yang terletak di wilayah yang sama. Faktor ini mungkin disebabkan oleh geografi di negeri Pahang yang sangat luas dan terpisah jauh dari satu daerah ke satu daerah dan menyebabkan tiada ikatan yang kuat di antara rakyat berbanding negeri Kelatan yang kecil dan rakyatnya tidak dipisahkan oleh jarak yang terlalu jauh.

Memang agak sukar sebenarnya untuk kita mendengar loghat Pahang bebanding loghat Kelantan dan Terengganu. Kali ini mari kita dengar lagu loghat negeri Pahang (Temerloh) yang jarang kita dengar. - malaysiasensasi.blogspot.com