Kartun Kickers

Admin | 11/08/2010 | 0 comments

Anak 80an, masih ingatkah anda kepada kartun Kickers!. MalaysiaSensasi merupakan salah seorang peminat tegar kartun ini. Sekitar awal 90an, kartun Kickers telah menjadi satu fenomena kepada budak laki-laki pada ketika itu. Terutama kepada mereka yang meminati sukan bola sepak, tambahan pula zaman itu sukan bola sepak Malaysia masih lagi rancak biarpun masih di tahap semi-pro. Posting kali ini MalaysiaSensasi ingin mengimbas kembali kenangan indah semasa di zaman kana-kanak dulu bersama kartun Kickers.

Kickers Adalah kartun karya Noriaki Nagai. Diadaptasi menjadi animasi bersiri sebanyak 26 episod oleh Studio Pierrot pada 1986-1987. Kisahnya adalah cerita mengenai satu pasukan bola sepak di sekolah rendah Kitahara, yang tidak berasa kuat. Lalu semuanya berubah ketika Kakeru Daichi datang. Dia bergabung dengan pasukan tersebut, dan menerapkan pengalaman yang diperolehnya dari kelab bola sepak kanak-kanal terkenal "the Falcons". Kickers kemudian masuk ke pertandingan bola sepak kanak-kanak dan dengan usaha yang keras, akhirnya mereka mampu memperoleh kemenangan. Malangnya MalaysiaSensasi tidak sempat menonton perlawanan akhir pasukan ini bersama dengan satu lagi pasukan yang memiliki penjaga gol yang handal (ada adik yang dah jatuh cinta pada hero a.k.a Kakeru) - malaysiasensasi.net


Watak kegilaan kanak-kanak suatu masa dulu..Kakeru

Katogeri: ,

Koleksi Sensasi Sedunia