Halaman

Pesanan Penting Untuk Ibubapa


Pada 4 Disember 2007, seorang ibu bernama Jessica terpaksa melakukan apa yang seharusnya tidak dilakukan oleh seorang ibu. Pada pukul 2:29 pm Jessica membuat satu keputusan yang betul walaupun sangat sukar, iaitu mencabut alat sokongan hayat dari tubuh bayi perempuannya yang baru berumur 3 bulan. Untuk mengenang anak kecil itu, MalaysiaSensasi ingin memulakan dengan sedikit mesej yang ingin Jessica sampaikan supaya semua orang mengetahuinya ...

Jessica:

"Jika anda mempunyai anak kecil, pastikan anda memperhatikan mereka setiap masa. Jangan mempercayai orang yang tidak dikenali. Percayalah, saya fikir saya boleh mempercayai Josh .... Tetapi sekarang, iaitu tarikh 4 Disembar 2007 pukul 2:29 PM, bayiku telah pergi .... Bayiku satu-satunya yang sangat kusayangi .... Josh akan membayar hal ini SEUMUR HIDUPNYA, walaupun dia boleh keluar dari penjara, dia pasti akan mati, dan kepada semua temanku yang mengenal anakku, Saya sangat marah dan kecewa kerana kehilangan bayi perempuanku yang sangat kusayangi. Dia meninggal dunia pada hari ulangtahunnya yang ke tiga bulan".

London mengalami patah / retak pada enam tulang rusuknya, kedua-dua kakinya patah, dan otaknya rosak teruk, meskipun dia boleh selamat, dia akan sama seperti sayur-sayuran (keadaan seperti mati). Oleh kerana itu, saya melakukan apa yang betul dan apa yang terbaik bagi bayiku, ... mencabut alat sokongan hayatnya..

Apa yang terjadi pada bayiku adalah apa yang disebut Shaken Baby sydrome [SBS]. Bagi anda yang tidak mengetahui apa itu Shaken Baby Syndrome perhatikan fakta-fakta mengenai hal ini;

Menggoncang, menyentak, dan menggoyang boleh menyebabkan pembuluh darah di kepala bayi sobek atau bocor. Shaken Baby Syndrome adalah menggoncang seorang bayi atau anak kecil pada tangan, kaki atau bahu dengan atau tanpa pengaruh langsung pada kepala. Trauma ini (SBS) boleh menghasilkan pendarahan dan kecederaan pada otak tanpa kelihatan tanda-tandanya.

Seringkali orang yang marah atau geram ketika menjaga bayi atau menggoncang mereka untuk menghentikan tangisan mereka. Mereka merasa hal tersebut tidak berbahaya. Namun, otak dan pembuluh darah seorang bayi amat sangat rapuh terhadap gerakan seperti menggoncang, menyentak, dan menggoyang.

Anak kecil ini ketika di hospital
Otot leher seorang bayi atau anak kecil sangatlah lemah, kepala bayi relatif berat dan leher tidak boleh menyokong tekanan atau voltan akibat goncangan atau goyangan. Mengguncang seorang anak yang masih kecil, dengan atau tanpa sokongan langsung pada kepala, boleh menyebabkan kerosakan otak, kebutaan, kelumpuhan saraf, kehilangan pendengaran, kecederaan tulang belakang, kejang, dan bahkan kematian.

Sangatlah tragis ketika bayi-bayi yang sihat dan normal menderita hal-hal yang telah disebutkan diatas hanya kerana hal yang kecil, iaitu orang yang menjaga mereka tidak tahu tentang bahaya yang berkaitan dengan Shaken Baby Syndrome.

Dianggarkan 1,200 hingga 1,400 kes Shaken Baby Syndrome (SBS) berlaku setiap tahun di Amerika Syarikat. Hanya 1 dari 4 bayi mati akibat Shaken Baby Syndrome. Tetapi, tiga bayi yang lain memerlukan perhatian perubatan secara terus menerus selama hidup mereka yang pendek - malaysiasensasi.net

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog