Koleksi Sensasi

Don Ritchie Selamatkan 160 Orang

Seorang lelaki tua berusia 84 tahun bernama Don Ritchie digelar sebagai "an angel walks among us". Gelaran ini adalah kerana jasanya yang telah menyelamatkan kira-kira 160 orang dari membunuh diri (jumlah tidak rasmi ialah kira-kira 400 orang).

Tebing The Gap yang terletak di Watson bay, Sydney memang terkenal sebagai salah satu tempat kegemaran untuk bunuh diri. Sudah orang orang bunuh diri di tebing ini kerana dianggap tebingnya sangat tinggi dan sepi. Dan kebetulan Rumah Don Ritchie terletak persis di sisi seberang jalan dekat dari tempat melompat tebing.

Ritchie bangun setiap pagi dan melihat keluar jendela untuk memastikan jika ada orang yang berdiri sendirian dengan posisi yang terlalu dekat dengan bibir tebing. Ketika itulah dia mengajak orang itu berbual-bual dan mengajaknya minum teh sambil memberikan petua tentang betapa pentingnya hidup ini. Namun begitu, dia pernah juga gagal dalam menyelamatkan orang dari percubaan bunuh diri. Pernah dia hampri berjayal mengajak orang yang ingin melompat tebing untuk berbuat-bual, namun tiba-tiba, orang itu menolaknya dan berbalik ke arah tebing dan melompat. Saat itu perasaan Don Ritchie berasa hancur. Kerana dia merasa gagal untuk menyelamatkan nyawa seseorang - malaysiasensasi.net

Dan atas jasanya itu, dia pernah diberi medal penghargaan oleh kerajaan Australia.