Koleksi Sensasi

Seorang wanita Britain, Gill Pearce telah berjaya merakamkan gambar yang menunjukkan imej seekor makhluk misteri mirip dinosaur yang berleher panjang, Plesiosaur pada Selasa lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Beberapa penduduk tempatan turut melihat makhluk itu yang pada mulanya disangka sebagai seekor penyu gergasi sedang mengejar sekumpulan ikan di Teluk Saltern Cove, di Goodrington dekat Paignton, Devon, England.

Pearce melaporkan penemuan itu kepada sebuah badan pemuliharaan marin Britain, Marine Conservation Society (MCS).Gambar itu kemudian dikaji oleh pasukan pakar hidupan air dan dihebahkan ke seluruh dunia menerusi laman web mereka.

"Dia (Pearce) mengesan makhluk itu kira-kira pukul 3.30 petang waktu tempatan pada 27 Julai lalu dan sempat mengambil kamera untuk merakamkannya semasa ia muncul di permukaan air," kata seorang anggota MCS, Clare Fischer. - Agensi


Tahniah diucapkan kepada Muhammad Asyraf Mohd. Ridzuan, 26, yang diumumkan sebagai juara pada malam kemuncak program realiti dakwah, Imam Muda yang berlangsung di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan di sini semalam.

Beliau yang juga merupakan seroang graduan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Usuluddin dan Fiqah dari Universiti Malaya itu menerima insentif berbentuk tawaran Imam Ratib secara kontrak di salah sebuah masjid di Wilayah Persekutuan, trofi Imam Muda, sijil penyertaan dan kad pentauliahan diiktiraf oleh Jawi.

Tidak ketinggalan, Asyraf membawa pulang hadiah melanjutkan pengajian tanpa had di Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Mesir, sebuah Proton Exora, pakej mengerjakan haji dan umrah, percutian ke Bandung, Indonesia, wang tunai berjumlah RM20,000, iPhone 3G dan komputer riba Apple MacBook Pro.



Seorang hakim sebuah mahkamah di London menjatuhkan hukuman penjara 15 bulan terhadap seorang guru wanita yang berumur 26 tahun, Helen Goddard (gambar) kerana menjalin hubungan seks dengan pelajar perempuan di bawah umur, lapor sebuah akhbar semalam. Namun, dia dibenarkan oleh hakim itu untuk menemui pelajar wanita tersebut selepas dibebaskan dari penjara.

Goddard membuat tumbukan ke udara sebagai isyarat kemenangan kerana hubungannya dengan mangsa dapat diteruskan berikutan keputusan hakim itu.Hakim Anthony Pitts yang menjatuhkan hukuman itu berkata: "Kes ini amat serius dan satu hukuman penjara yang segera tidak dapat dielakkan."

Pitts menolak permintaan daripada pendakwa raya yang meminta guru itu dilarang daripada menghubungi mangsa selama lima tahun.Guru itu turut dilarang untuk mengajar kanak-kanak.

Hubungan intim antara mereka sebelum ini hangat diperkatakan di sekolah di kalangan pelajar. Ibu mangsa kemudian membuat perangkap dengan mengekori anaknya yang didapati pergi ke rumah guru itu untuk bermalam.

Polis kemudian dihubungi oleh ibu mangsa menyebabkan pelajar perempuan itu membuat pengakuan dengan menyatakan dia mencintai gurunya. Semasa kes itu didengar pada bulan lalu, Goddard mengaku melakukan hubungan seks dengan pelajar tersebut.



http://kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/1216/Kosmo/Dunia/du_07.1.jpg
Polis daerah Staffordshire di Britain mendapat malu selepas gambar empat pelajar perempuan menggayakan pelbagai aksi nakal semasa memakai jaket dan topi polis ketika mereka berada di sebuah balai polis di sini untuk membantu siasatan, tersebar di Internet.

Sebuah akhbar melaporkan bahawa empat pelajar itu, Abi Vyse, 17, Grace Slights, 18, Giorgia Spencer, 18, dan Susie Mandleberg turut bergambar di sebuah bilik persalinan dan dalam van polis selain bergaya seksi di sisi sebuah kereta peronda.

Dua pelajar itu merupakan saksi manakala dua lagi rakan mereka itu mangsa satu insiden pergaduhan di sebuah bar di sini pada Sabtu lepas.Mereka berada di balai polis Burton itu selama 45 minit. Insiden memalukan itu tersebar apabila gambar-gambar aksi nakal mereka itu disiarkan di laman jaringan sosial Facebook.

Mengulas mengenainya, seorang jurucakap polis berkata, pihaknya kesal dengan kejadian itu dan mengaku anggota-anggotanya gagal mengawal tingkah laku kumpulan remaja tersebut. Menurutnya, beberapa pegawai cuba bertindak menghalang pelajar itu merakamkan gambar dalam balai polis.Namun, pegawai-pegawai itu tidak bertindak tegas untuk menghalang perbuatan empat pelajar tersebut.

Menurutnya, dua konstabel dan seorang pegawai polis berpangkat Sarjan yang bertugas pada malam kejadian telah ditukar ke lokasi lain selepas satu siasatan dalaman dilakukan berhubung insiden itu

PROFIL: Dira Abu Zahar
Asal: Merlimau, Melaka
Tarikh lahir: March 2, 1984
Status: Berkahwin
Suami: Tengku Shafiz-Rullah atau Ash
Anak: Tengku Anggun Deandra (lahir 20 November 2007)
Profesion: Pelakon, Pengacara, Pengatur acara (Irah Arts & Events Management)
Drama/Telefilem: Rona Roni Makaroni, Merah Puteh, Dua Kali Mencintai Mu, Cinta Tanpa Suara, Delima, 100 Hari Jadi.


Dira bertuah kerana memiliki suami yang memahami kerjayanya sebagai seorang pelakon
Status seorang isteri yang dipegangnya nyata bukan penghalang untuk dia memacu laju dalam arena lakonan televisyen. Satu demi satu projek drama bersiri mahupun telefilem dijayakan Dira. Tidak cukup dengan pembabitan di depan kamera, dia ‘merayu’ kepada produser dan pengarah untuk turut sama bekerja di balik tabir.
Jelas sekali Dira rindu pada dunia belakang tirai yang mula-mula menyaksikannya menyertai persada seni. Satu ketika dulu, pelakon ini ialah wartawan penyiaran untuk rancangan Beat TV sebelum muncul pula di layar kecil televisyen sebagai pengacara Fulus Mania dan Jom Ronda.
Atas alasan itu, dia diberikan ruang untuk mengisi kerusi penolong pengarah apabila pasukan produksi Media Hustler menerbitkan telefilem Ponti Anak Remaja. Dalam telefilem lakonan Liyana Jasmay, Lisa Surihani, Farish Aziz dan Ammar Alfian itu, Dira turut memegang peranan kecil.

Pada masa yang sama, wanita berusia 25 tahun ini menyedari, dia menceburkan diri dalam dunia lakonan sebagai seorang isteri. Namun begitu, sedikit pun dia tidak berasakan status dipegang itu bakal membantutkan kemajuan dirinya dalam dunia berkenaan. Sebaliknya, Dira mengaku berasa lebih selamat dengan status isteri serta ibu yang disandangnya sekarang.

“Saya seorang yang telus dan suka mengambil sikap berterus-terang dalam hal ini. Saya berkahwin dengan Ash daripada kumpulan Bau pada 2007 dan kini sudah pun mempunyai cahaya mata perempuan diberi nama Tengku Anggun Deandra. Itulah jawapan saya berikan kepada sesiapa yang ingin mengetahui status saya,” katanya sambil tersenyum.

Baginya, tidak guna untuk seseorang artis bersikap hipokrit hanya untuk meraih populariti dan sokongan peminat.

“Saya amat percaya, seandainya kita memiliki bakat yang bagus, walau status apa pun yang dipegang, kita akan tetap mendapat peluang daripada produser serta pengarah. Bagi saya, peluang berlakon yang tidak putus-putus ini dianggap sebagai rezeki perkahwinan,” katanya yang baru saja menamatkan penggambaran telefilem berjudul 100 Hari Jadi.

Menurut wanita berasal dari Melaka ini, dia tidak melihat sebarang perbezaan antara pelakon wanita yang sudah mendirikan rumah tangga dengan pelakon yang masih memegang status bujang. Bahkan, dia langsung tidak bersetuju sekiranya ada pihak yang mendakwa dengan menyembunyikan status perkahwinan, karier seseorang pelakon itu akan lebih terjamin

[dira_abu_zahar_02.jpg]
[dira_abu_zahar_09.jpg]
[dira_abu_zahar_05.jpg]
[dira_abu_zahar_08.jpg]

Juara AF6 ni memang pandai menari. Stacy kini muncul pula dengan lagu terbaru beliau yang boleh tahan best iaitu..Jahat. Konsep lagu ala-ala lagu Cinta Pakai Buang jugak ni. Jom la kita tengok video klip beliau - malaysiasensasi.net


Video Rujukan :


PEN PINTAR (4 IN 1)

(RECORD VIDEO WITH AUDIO + SNAP PHOTO + BALL PEN + USB DRIVE)

HARGA

4GB: RM170

Specifications:

Video Format: AVI 640(W) x 480(H) Pixels
Video Color: Full Color
Video Frame Rate: 25 FPS
Data Rate: 113kbps
Microphone: Built-in
Audio/Voice Format: PCM 128kbps
Flash Memory: 4GB (Approx. 28 hours Recording time)
Video File Size: >7000KB per min
Photo Format: JPG 1280(W) x 1024(H) Pixels
Power Supply: USB Port
PC Compatibility: Plug & Play
Connection Interface: USB 2.0 (USB 1.1 Compatible)
Data Transfer Speed: 700kB/s (Read) 600kB/S(write)
System Requirement: WINDOWS 2000/XP/LINUX
Battery Type: Built-in Rechargeable Lithium Battery
Battery Up Time: Approx. 2 Hours
Dimensions(mm): 150(H)x15(W)x15(D)
Weight: 50g
Available Colors: Black


Package Content:

1 x Pen Pintar 4GB/8GB
1 x Travel Wall Charger
1 x USB Cable
1 x Case

1 x User Manual

Nak Beli? Call: 019-2635395


Ini satu lagi cerita sensasi yang kreatif dari negara China. Seorang pelajar dari China Central Academy of Fine Arts telah mencipta 9.1 metre sculpture untuk tesis tahun akhirnya. Beliau menggabungkan Transformer dan watak seorang general purba China iaitu General Guan Yu - malaysiasensasi.net

Di bawah ini ada satu video dari youtube yang memaparkan dua orang budak sedang shuffle. Memang best dan kelakar aksi diorang menari shuffle ni. Tengah-tengah tension kat opis atau bosan di rumah, layan la video ni - malaysiasensasi.net


Mungkin ini adalah selimut paling berguna. Sambil mengurangkan kesejukan si pemakai,ia juga boleh dijadikan bahan bacaan sebelum tidur - malaysiasensasi.net

Apalah agaknya nama yang sesuai untuk kenderaan ni. Nak kata motor macam kereta, nak kata kereta macam motor pulak. Tapi memang cun la rekaan ni, gabungan kereta dan motor - malaysiasensasi.net










*Klik Gambar Untuk Besarkan..