Koleksi Sensasi

Kemaskini: Berikut adalah video Youtube yang dikatakan sebagai anggota TNI yang melarikan diri pada pertempuran di Lebanon. Video ini diupload pada 3 Ogos 2010. Pasukan TNI itu di dalam video ini ditolong oleh warga Lebanon. Kebenaran berita ini masih tiada kepastian rasmi dari negara tersebut. Indonesia pulak takkan nak mengaku tentera diorang lari dari medan perang kan?. Maklumlah, kita biasa mendengar di internet dari orang Indonesia bahawa tentera mereka sangat kuat kononya.... :)

HIV merupakan satu masalah igauan ngeri bagi penagih dadah dan pengamal seks bebas. Merekalah golongan berpotensi untuk mendapat virus tersebut. Gambar-gambar di bawah ni bolehlah dijadikan pengajaran dan gambaran betapa ngerinya penyakit ini - malaysiasensasi.net









KESUNGGUHAN para pemain untuk muncul juara dianggap jurulatih Kelantan, B. Sathianathan sebagai kunci utama kejayaan skuad Red Warriors itu menundukkan Negeri Sembilan 2-1 malam tadi.

Kata-kata Sathianathan di bilik persalinan ketika waktu rehat separuh masa pertama nyata membuatkan para pemain tidak patah semangat biarpun mereka ketinggalan 0-1 menerusi sepakan penalti Shahurain Abu Samah pada minit ke-13.

“Saya bangga dengan pemain kerana nak menang buat kali pertama bukan sesuatu yang mudah. Tapi semua pemain mahukan kemenangan pada perlawanan ini.

“Memang kami ketinggalan 0-1 tetapi gol Negeri Sembilan itu diperoleh terlalu awal dan masih ada masa untuk kami cari gol. Itu sebab kami tak berasa risau,” kata Sathianathan pada sidang media selepas perlawanan.

Biarpun berjaya membawa Kelantan muncul juara Piala Malaysia dan naib juara Liga Super musim ini, Sathianathan menyerahkan kepada pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) sama ada mahu terus menggunakan khidmatnya bagi musim depan atau tidak.

Ini memandangkan dia masih berisiko untuk digantung enam bulan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) andai rayuannya ditolak.

“Saya akan rehat dahulu dan bercuti. Terpulang kepada Tan Sri Annuar Musa (Presiden Kafa) untuk buat keputusan. Apa pun boleh jadi. Saya tak pasti lagi. Kena tunggulah dahulu keputusan FAM,” jelas Sathianathan.

Pada perlawanan akhir edisi ke-84 malam tadi, Kelantan bangkit dengan menghasilkan dua gol pada babak kedua menerusi tandukan Hairuddin Omar pada minit ke-56 dan rembatan Badhri Radzi pada minit ke-64 untuk memastikan kemenangan mutlak 2-1.

Sementara itu, jurulatih Negeri Sembilan, Wan Jamak Hassan pula menyifatkan ketiadaan kapten, Aidil Zafuan Radzak yang mengalami kecederaan pada awal babak kedua sebagai punca pertahanan mereka tiba-tiba rapuh.

Seekor babi telah menjadi 'selebriti' terkenal di China, di wilayah Henan. Berusia 10 bulan, ia digelar oleh orang-orang kampung sebagai 'Zhu Jianqiang', yang bererti Babi Keras Kepala, dilahirkan dengan hanya dua kaki hadapan, yang ia gunakan untuk berjalan - malaysiasensasi.net




Video


Sejak kebelakangan ni banyak sangat kemalangan maut yang melibatkan bas. Bagaimanakah agaknya keselamatan pelajar-pelajar sekolah yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah?. Tidak mengapa, di bawah ini ada gambar penyelesaiannya - malaysiasensasi.net

Terbalik belah mana pun tak kisah punya..tetap boleh jalan :p

Seorang bayi di Croatia telah dilahirkan dengan sebatang gigi besar dalam mulutnya. Anehnya, gigi ini menyerupai gigi seorang lelaki dewasa. Bagaimanapun hanya sebatang yang tumbuh. Maha Suci Allah - malaysiasensasi.net

Setiasusaha Negara Amerika Syarikat (AS) Hillary Clinton akan mengadakan pertemuan dengan kumpulan NGO dalam lawatan rasmi sulungnya ke Malaysia minggu depan walaupun format perbincangannya masih belum ditentukan.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Ketua Informasi kedutaan AS di Kuala Lumpur Tina Malone masih belum dapat menjelaskan sama ada pertemuan tersebut akan dibuat dalam bentuk dialog. Bagaimanapun, akan terdapat "interaksi dengan kumpulan NGO" apabila Clinton (kanan) tiba bagi memenuhi sebahagian daripada siri lawatannya ke Asia minggu depan, kata Malone.

Sebelum ini, NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) pernah memohon untuk membincangkan isu-isu yang menyentuh kedua-dua negara. Sebelum ini juga, terdapat desas desus bahawa lawatan tiga harinya ke Malaysia turut melibatkan pertemuan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat sebelum beliau bertolak ke Papua New Guinea pada 3 November.

Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) juga dijangkan menganjurkan acara dengan Clinton bagi mempamerkan kerjasamanya dengan beberapa syarikat AS. MAS juga dalam kenyataan akhbarnya berkata syarikat penerbangan negara itu juga akan menunjukkan pesawat B737-800 yang dijadual tiba pada 1 November, untuk pameran pada hari berikutnya. Masih terdapat laporan bercanggah sama ada Clinton "mahu" menemui Anwar dalam lawatannya.
-malaysiakini.com

Sebuah bas persiaran yang disewa khas oleh belia 4B Kampung Baru Siong, Baling Kedah seramai 44 penumpang dan 2 pemandu telah terbabas di KM 36 Lebuhraya Karak semasa turun dari Genting Highlands ke Kuala Lumpur pada 750pm. Setakat ini, 6 mati, 17 cedera parah dan 20 cedera ringan dikejarkan ke Hospital Bentong, Selayang. Al-Fatihah untuk semua arwah. Berikut gambar-gambarnya - malaysiasensasi.net

Klik gambar untuk besarkan




http://www.hoax-slayer.com/images/breast-rash2.jpg
Posting lama diupdate: Memang jijik. Pastikan anda membasuh bra yang baru dibeli (wanita je la..). Takut jadi macam kat bawah ni : Jom baca kisahnya:-
Susan McKinley pulang ke rumah dari mengikuti satu ekspedisi di Amerika Selatan, mendapati payudara kirinya mengalami masalah yang agak anehnya baginya sebelum-sebelum ini ia melihat ruam yang sangat aneh di payudara kirinya. Dia memutuskan untuk menemui doktor selepas dia merasakan ianya mulai mengembang dan berasa sakit. Doktor pada masa itu tidak menjangka keparahan yang kan dialamai Susan dengan memberinya antibiotik dan krim khusus. Malangnya, sakit yang dihadapinya itu tidak berkurang dan dada kirinya semakin meradang dan mulai berdarah.
Susan memutuskan untuk mencari bantuan daripada doktor yang lebih pakar dalam bidang dermatologi. Malangnya, Susan terpaksa menunggu selama dua minggu kerana doktor sedang bercuti ketka itu.
Susan terkejut apabila mendapati larva mulai tumbuh dan menggeliat dalam pori-pori dan luka payudaranya. Kadang-kadang larva tersebut akan bersama-sama secara serentak bergerak ke celah-celah yang berbeza.

Tidak Benar
Tidak pernah dibuktikan tentang kebenaran tentang cerita Susan McKinley ataupun foto larva di payudara wanita itu. Para doktor tidak pernah mengeluarkan peringatan mengenai parasit di bra baru yang tidak dicuci. Gambar tersebut yang berasal dari eRumor adalah buatan. Gambar itu dikombinasikan antara gambar payudara wanita dan gambar bibit bunga. Gambar yang ada di situ sini adalah dari gambar bunga teratai. Versi terbaru cerita ini juga menyertakan gambar sepasang cacing putid yang merupakan tipe dari jenis yang menyerang payudara


Semua yang hidup pasti akan mati. Bagaimana kita mati dan bila kita mati adalah tidak diketahui, kecuali oleh pencipta iaitu Allah Yang Maha Esa. Tidak ada cara yang tepat untuk meramal kematian seseorang, namun p
ada keadaan tertentu kita boleh perasan akan perubahan sikap seseorang sebelum mati. Atau dalam masyarakat melayu disebut "buang tabiat". 
Bagaimanakah agaknya tanda-tanda orang yang akan mati dalam beberapa minggu lagi?. Mari baca:

1. Merasa gelisah.
Seseorang akan merasa tidak tenang serta susah untuk tidur, selain itu dia akan seringkali mengganti posisi ketika tidur kerana perasaan gelisah.

2. Menarik diri.
Seseorang tidak ingin lagi terlibat dalam aktiviti sosial ataupun melakukan kegiatan kegemarannya.

3. Sering mengantuk.
Seseorang akan menghabiskan lebih banyak waktunya untuk tidur.

4. Kehilangan nafsu makan.
Seseorang hanya akan makan dan minum dalam jumlah sedikit dan berbeza dari biasanya.

5. Luka yang sukar sembuh.
Lukayang dialami mengalami kesulitan untuk disembuhkan.

7. Pembengkakan.
Pada beberapa orang terjadi pembengkakan di kawasan tangan, kaki atau bahagian tubuh lain.

PS: Ini cuma pandangan dari kajian sahaja. Adakalanya tidak betul juga, jadi gunakan akal untuk menilai kebenarannya


Guinness World Records kini berjaya mendapatkan seorang lagi manusia yang cukup unik. Dia adalah Francisco Domingo Joaquim, dari Angola, berjaya memecahkan rekod sebagai mulut yang paling elastik di dunia.

Dia boleh dikatakan seperti watak kartun di dunia nyata. Mulutnya sangat luas, dimana ia boleh memuatkan satu botol tin soda dalam mulutnya. Chiquinho telah mencapai 6.69 inci kelebaran mulut untuk mendapatkan rekod dari Guinness World Records itu.


Baru-baru ini, dia telah memukau penonton di Itali kerana mampu mengeluarkan dan memasukkan setin botol soda dari mulutnya sebanyak 14 kali dalam satu minit. Pertandingan mulut elastik yang diadakan di Rom, Itali itu juga dikunjungi oleh banyak peserta yang cuba memasukkan benda seperti cawan kopi dan bir botor, hanya untuk mendapatkan peniktirafan sebagai mulut yang paling lebar di dunia - malaysiasensasi.net


Tembok al-Buraq merupakan salah satu bahagian dari dinding atau tembok sebelah barat Masjid Al-Aqsa yang terletak di antara Pintu Magharibah (di sebelah selatan) dan Madrasah Tankaziah (Mahkamah Syariah - di sebelah utara). Panjang Tembok al-Buraq ialah 50 meter, manakala ketinggiannya ialah kurang dari 20 meter. Ia dikenali sebagai Dinding Atau Tembok Al-Buraq kerana Nabi Muhammad SAW pernah mengikat Buraq padanya dalam peristiwa isra' dan mi'raj.

Pada pertengahan awal kurun ke-19 M, Yahudi mendakwa bahawa di bawah Tembok Al-Buraq terdapat sebuah batu besar yang mengembalikan sejarahnya kepada zaman Rom. Mereka mendakwa, ia merupakan saki-baki binaan kuil mereka yang kedua dan merupakan dinding barat bagi kuil tersebut. Yahudi menjadikan tembok tersebut sebagai tempat menangis atau meratap di atas kehilangan kerajaan Yahudi. Disebabkan itulah Yahudi menamakan tembok tersebut sebagai Tembok Tangisan atau ratapan. 
Di bawah pemerintahan Kerajaan Islam di Al-Quds, kaum Yahudi dibenarkan untuk menziarahi tembok tersebut atas dasar toleransi agama. Namun penduduk Al-Quds mula membantah setelah Zionis membawa trompet dan peralatan-peralatan ibadat mereka serta mahu menukarkan tembok tersebut sebagai gereja Yahudi. Usaha tersebut mendapat bantuan pihak berkuasa penjajah Britain di Bandar Al-Quds. 

Ini menyebabkan berlakunya revolusi yang dikenali sebagai Revolusi Al-Buraq, ia berlaku pada tahun 1929. Peristiwa tersebut menyebabkan Yahudi terpaksa menangguhkan usaha menyahudikan kawasan tersebut sehinggalah Al-Quds jatuh ke tangan penjajah Yahudi Zionis pada tahun 1967 serta menguasai tembok tersebut sepenuhnya dan Pintu Magharibah yang berdekatan dengannya. Mereka telah membuang semua kesan-kesan sejarah Islam di tembok tersebut dan merobohkan Medan Magharibah yang bersambung dengannya serta menukarkan medan tersebut sebagai tempat ibadat mereka.

Sejak peristiwa tu, Zionis telah mengambil alih sepenuhnya Tembok Al-Buraq dan kawasan yang berhadapan dengannya. Mereka juga mengali sekitar dan bawah masjid al-Aqsa untuk membuat terowong-terowong. Usaha tersebut dikenali sebagai Al-Hasymunaim. Terowong tersebut bermula dari Medan Al-Buraq di sebelah selatan sehinggalah ke Pintu Al-Ghawanimah di sebelah utara. Darinya dipecahkan terowong-terowong lain seperti terowong yang memanjang ke arah selatan sehingga ke kawasan Salwan yang terletak di sebelah selatan Masjid Al-Aqsa. 

Sesetengah terowong dibina sehingga ke kawasan bawah medan atau kawasan lapang Masjid Al-Aqsa dan dindingnya. Pihak penjajah Zionis telah membuang bukit kecil yang berada di jalan ke Pintu Al-Magharibah untuk meluaskan Medan Al-Buraq yang meliputi kawasan selatan tembok yang terletak di selatan pintu tersebut. Sebuah jejantas besi dibina di medan Al-Buraq menghubungi pintu tersebut dan ia membolehkan pihak Yahudi memasukkan sebilangan besar tentera Yahudi pada bila-bila masa sahaja yang bertujuan untuk menguasai Masjid Al-Aqsa.
Semua rancangan yang dibuat oleh Yahudi seperti menguasai Tembok Al-Buraq, Medan Al-Buraq, mengali terowong-terowong, membuang bukit kecil di jalan ke Pintu Al-Magharibah dan selainnya merupakan rancangan untuk membahagikan Masjid Al-Aqsa kepada dua bahagian iaitu bahagian kaum Muslimin dan bahagian Yahudi untuk membina gereja mereka. Jejantas dibina oleh Yahudi yang terus bersambung ke Bab Al-Magharibah adalah bertujuan memudahkan mereka memasukkan tentera mereka ke dalam Masjid Al-Aqsa sekiranya keadaan memerlukan.


Upacara kematian selalu dilakukan untuk mereka yang sudah meninggal dunia. Namun di Taiwan, upacara kematian juga dilakukan bagi seseorang yang masih hidup. Ungkapan pujian, nyanyian, tangisan, dan saling peluk berlaku semasa pada upacara kematian seseorang Davin Tseng. Tidak ada yang berbeza dengan upacara kematian lainnya, kecuali Tseng yang masih hidup.


Tseng kini berumur 25 tahun. Namun dia terpaksa duduk di atas kursi roda karena menderita penyakit otot yang tidak dapat disembuhkan, dan membuatnya lumpuh sejak masih kecil. "Saya tidak tahu berapa hari lagi yang harus dilalui. Jadi saya membuat sebuah 'pemakaman hidup' untuk diri saya sendiri, demi untuk mengumumkan keinginan terakhir untuk mendermakan tubuh saya untuk pelajaran perubatan," kata Tseng.

'Pemakaman hidup' biasanya dilakukan oleh orang Taiwan yang menderita sakit parah. Tseng, dari kota sebelah selatan Kaohsiung, menyampaikan ucapan selamat jalan kepada keluarga serta 100 doktor dan pelajar pada September lalu, di sebuah sekolah perubatan yang akan menerima tubuhnya ketika meninggal."Saya mungkin tidak hidup lama, namun saya memiliki teman dari keluarga dan ramai orang yang peduli. Saya menyelesaikan kuliah dan menulis sebuah buku. Saya rasa saya tidak hidup dengan sia-sia," kata Tseng yang disambut tangis ibunya.



Pernah tak tengok cerita zombie?. Mesti ganas kan..ada adengan makan orang dan bunuh membunuh. Tapi zombi dalam video ni lain pulak. Nampaknya diorang peminat Doraemon..mari kita tengok videonya - malaysiasensasi.net