Koleksi Sensasi

Hanya deraian air mata pilu dapat menggambarkan kesedihan seorang isteri ketika mencium mayat suaminya yang berlumuran darah akibat dihempap tunggul pokok tumbang secara tiba-tiba berhampiran Hutan Simpan Bukit Nanas, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, Hayati Husin, 30-an hanya mampu bersujud sambil mendakap kepala suaminya yang ditimpa batang pokok sebesar dua pemeluk. Sumber polis trafik berkata, kemalangan ngeri itu berlaku apabila Mohd Helmi Hussin, 37, sedang menunggang motosikal bersendirian arah Jalan Raja Chulan, di sini. Menurutnya, sebatang tunggul pokok setinggi kira-kira 10 meter tiba-tiba tumbang lalu menimpa mangsa yang dipercayai tidak sempat mengelak.

“Difahamkan, mangsa baru saja menghantar isterinya Hayati yang bekerja di sebuah bank tidak jauh dari lokasi kejadian sebelum menaiki motosikal untuk ke tempat kerjanya di sebuah bank berhampiran Jalan Raja Chulan, di sini.

“Namun, selepas beberapa minit menghantar isterinya, mangsa dihempap tunggul pokok yang rebah menyilang di jalan berkenaan. Kejadian itu menyebabkan kepala dan tubuh mangsa cedera parah dan dia mati di lokasi kejadian,” katanya.

Isteri mangsa yang dimaklumkan berhubung kejadian itu oleh rakan sekerja bergegas ke lokasi kejadian. Suasana di tempat kejadian menjadi pilu apabila Hayati dipapah rakan tidak dapat menahan sebak dan kemudian bersujud sambil mencium kepala suaminya sebagai tanda kasih.

Episod sedih itu turut meruntun hati beberapa anggota polis trafik dan orang ramai yang mengerumuni lokasi kejadian. Anggota polis trafik bersama anggota bomba dan penyelamat serta kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berusaha memindahkan mayat mangsa selain mengalihkan batang pokok terbabit yang menghalang laluan.

Hayati kemudian turut menaiki kenderaan polis menghantar jenazah suaminya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat. Bapa saudara Hayati yang hanya mahu dikenali sebagai Pak Ngah berkata, dia menerima panggilan telefon daripada anak buahnya memberitahu mengenai kemalangan kira-kira jam 9 pagi.

Dia yang dalam perjalanan ke Port Dickson, Negeri Sembilan, bergegas pulang ke ibu kota dan terus ke HKL. Menurutnya, melalui gambar dirakam kawan arwah di tempat kejadian, dia mendapati pokok itu sudah reput. Katanya, kejadian malang itu mungkin dapat dielak jika pihak bertanggungjawab melakukan pemantauan dan menebang pokok yang boleh membahayakan nyawa.

“Namun, kami reda dengan apa yang berlaku dan berharap perkara seumpama itu tidak berulang,” katanya.

Jenazah mangsa disembahyangkan di Masjid HKL sebelum dibawa ke kampung halaman mangsa di Ipoh, Perak untuk dikebumikan.




Buer adalah Presiden Syaitan. Ia dipanggil oleh Tukang Sihir bila mereka mahu belajar falsafah serta logik atau mahu mengubati penyakit dengan menggunakan Herba Ajaib. Tetapi ia hanya boleh dipanggil di waktu tertentu sahaja dan akan menjelma dalam bentuk ‘TAPAK SULAIMAN’ atau "Singa Berkaki Lima"

Saksikan video ini dan anda nilaikan sendiri kebenarannya. Ahli silap mata ini melakukan aksi ngeri melepaskan diri seperti mana yang pernah dilakukan oleh ahli silap mata melepaskan diri. Antara mereka yang terkenal ialah harry houdini - malaysiasensasi.net

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan kes membabitkan penjawat awam berlaku biadab dan bersikap perkauman terhadap orang ramai. Beliau berkata, masalah salah laku penjawat awam terutama yang bertugas di barisan hadapan tersebut disedari meningkat berdasarkan peningkatan aduan yang diterima oleh Biro Pengaduan Awam (BPA).

"BPA menerima lebih 60 aduan dari seluruh negara setiap bulan yang membabitkan penjawat awam bersikap kasar, biadab dan menyentuh isu perkauman sehingga menimbulkan rasa kemarahan pengadu dan rakyat," katanya pada sidang akhbar di pejabat BPA Perak di sini semalam.

ps: gambar hiasan

Ini ada satu kisah lucu dari seberang. Seorang lelaki yang tinggal di sanggar Protagon Bukit Pakar Timur, Bandung, yang bernama Suherman mengaku bahawa beliau pernah diculik oleh UFO. Beliau dikatakan menyimpan rahsia ini selama 12 tahun dan tidak berani menceritakan cerita ini karana takut dianggap gila.

Suherman mengaku sebelum diculik, dia melihat sebuah benda berbentuk cakram bersinar mendekatinya dengan kelajuan sangat tinggi. Kemudian, dia mengaku tidak sedarkan diri dan apabila sedar kembali dia sudah terbaring dalam sebuah ruangan pesawat (UFO).

Dia juga mengatakan bahawa makhluk dalam pesawat itu lebih kecil dari manusia, kira-kira tingginya lebih dari satu meter. Selain itu, makhluk itu memiliki kepala yang lebih besar, mata yang lebih besar, mulut yang lebih kecil, dan hidungnya seperti rongga, serta makhluk-makhluk itu kebanyakan tidak memiliki rambut, meskipun terdapat juga yang memiliki sedikit rambut. Warna kulit makhluk itu berwarna coklat tua mengarah ke warna hitam.

Itulah kisah lucu dari Indonesia. Cerita sebegini bukan sahaja berlaku kepada orang Indon, malah telah diceritakan diseluruh dunia. Ramai yang mengaku telah diculik makhluk asing. Tetapi satu kajian mendapati ia sebenarnya adalah tidak benar. Setelah dilakukan ujian menunjukkan mereka yang pernah mengalami kejadian diculik makhluk asing mempunyai cerita yang kurang diyakini - malaysiasensasi.net


Sungguh kasihan apabila melihat keadaan Xiaoyue balita yang baru berusia 4 tahun ini, terpaksa menghabiskan hari-harinya dengan rasa sakit hingga seringkali kerana tak kuat menangggung rasa sakit tersebut Xiaoyue menangis dan memilukan hati siapapun yang melihat keadaanya.

Sejak usia 8 bulan kelahirannya Xiaoyue menderita penyakit aneh yang hingga kini belum dikenali secara klinikal. Perutnya terus membesar hingga usia 4 tahun dan hingga kini besar perutnya mencapai 1.06 meter. Gadis kecil yang berasal dari bandar kecil Yuncheng, di utara China ini telah melalui banyak proses mengubati penyakitnya. Namun hingga kini usahanya masih belum menampakkan hasilnya lagi - malaysiasensasi.net



Pernahkah anda membayangkan hidup tanpa kaki dan tangan?. Sudah tentu sukar untuk digambarkan. Tetapi seorang lelaki yang lahirnya tanpa tangan dan kaki mampu untuk terus hidup dengan kekurangan yang dimilikinya - malaysiasensasi.net











Mungkin filem 2 Alam tidak perlu diperkenalkan lagi. Promosi melampau di media cetak menjadikan ia cukup terkenal. Disasarkan untuk mengutip RM20 juta, dan dikatakan jugak mungkin akan mencecah 40 juta. Tetapi apakan daya..selepas teruk dikutuk di facebook, dan blog-blog maka filem 2 Alam nampaknya sekadar berjaya mengutip RM230 Ribu sahaja dari rakyat Malaysia. Kesian kan?..


Gambar ini terkenal dengan nama Monster Loch Ness atau Nessie. Pada tahun 1994 terbongkarlah rahsia sebenar gambar ini, gambar ini sebenarnya adalah sebuah mainan kapal selam yang dilengkapi kepala seperti raksasa laut. Dicipta khas untuk menipu - malaysiasensasi.net




Saya dapat tahu bahawa Seminar PERCUMA Evolusi Minda telah dibuka semula setelah bercuti panjang. Saya telah pun mengikuti sessi percuma ini pada musim lepas, wow! Memang wow. Bunyi jer percuma tapi pengisian yang diberi mengalahkan beberapa seminar berbayar yang ada di pasaran. Ini bukan cerita sekadar gelembong atau gembar gembur tapi betul, serius.

Masa saya hadir dalam seminar tu, ada salah sorang peserta tu siap bangun bagi ucapan tu. Dia puji habis pengisian yang dikongsikan, sampai dia kata, sepatutnya Puan Hajjah Arina patut kenakan bayaran. Pengisian yang dikongsikan antaranya:
Asas Numerologi – yang bab ni dia sentuh secara ringkas je la. Dia pun memang pesan agar Ilmu Numerologi ini digunakan sekadar garispanduan, jangan taksub. Tapi serius, walaupun asas, tapi detail penjelasannya.
· Minda – Perbezaan antara Minda Sedar dan Minda Separa Sedar. Bab ini beliau kongsikan tentang kenali perbezaan minda, kemudian beliau kupas dan perjelaskan apa itu kuasa minda, tenaga minda, bagaimana nak bangunkan tenaga minda, apa yang menyebabkan tenaga minda lemah, bagaimana menggunakan kuasa minda.
· Warna – Bab warna ni pulak beliau menyentuh secara umum sahaja, sebab kata beliau bab ini akan diperjelaskan dengan lebih lanjut dalam seminar asas. Tapi macam biasa la beb, Puan Hjh ni walaupun umum, dia punya touch tu detail. Kira puas hati sangatlah walaupun umum.
Apa yang saya senaraikan kat atas ni nampak macam sikit jer, tapi sebenarnya kalau anda pergi sendiri menghadiri Seminar Percuma ni, hebat memang hebat perkongsiannya. Pendek kata puas hati sangatlah.
Yang paling best sekali, dalam seminar ni anda boleh tanya Puan Hjh sampai anda puas. Dia akan berulang kali cakap, ‘ada apa-apa soalan?’ anda ambillah peluang keemasan ini tanya je la apa yang anda rasa tak faham atau perlukan penjelasan lanjut. Memang Berbaloi. Saya sememangnya menyarankan dan menyuruh anda semua pergi ke Seminar Percuma EM ni. Cari la masa jangan ketinggalan, alhamdulillah hebat seminar ni. Saya jamin anda berpuas hati. Cuma anda kena bayar minyak kete dan luangan masa.:)

Saya berkesempatan mencari video Evolusi Minda di Youtube, alhamdulillah saya jumpalah satu video ini yang boleh dikongsikan dengan anda. Tontonlah. Kalau nak join seminar ni, anda boleh daftar secara online dengan klik link yang ada kat bawah ni. Jadual, peta dan semua maklumat lanjut ada di sana. Ok.

Biasanya papan skateboard panjangnya hanya sekitar 1 meter. Tapi baru-baru ini, di California Skateparks, sebuah komuniti pecinta skateboard di bandar tersebut berjaya membuat papan skateboard dengan panjang hingga 12 meter, dan lebar 2 meter. Papan skateboard ini dinobatkan sebagai papan skateboard terbesar di dunia - malaysiasensasi.net



Jambatan ini terletak di India, dan ia sangat unik kerana tumbuh dengan sendirinya. Meghalaya, India tempat di mana jambatan ini wujud merupakan antara kawasan yang mempunyai curahan hujan paling tinggi di dunia. Jambatan akar ini sangat kukuh untuk digunakan, dan boleh menampung 50 orang sekaligus dalam satu-satu masa - malaysiasensasi.net





Tiga wanita yang berang kerana ditipu bertindak melekatkan kemaluan seorang lelaki, Donessa Davis di atas perutnya dengan menggunakan gam di sebuah motel di sini, lapor sebuah akhbar semalam. Tindakan itu diketuai oleh isteri Davis iaitu Tracy Hood-Davis yang mengetahui perbuatannya yang meniduri beberapa wanita lain.

Hood-Davis menghubungi tiga wanita iaitu yang pernah tidur bersama suaminya iaitu Therese Ziemann, Wendy Sewell, dan Michelle Belliveau supaya merancang untuk melekatkan kemaluan Davis dengan gam.

Ziemann kemudian menghubungi Davis supaya datang ke sebuah motel di Chilton, Amerika Syarikat (AS) dengan tujuan untuk mengurutnya. Davis turut membenarkan tubuhnya diikat dan matanya ditutup dengan kain. Ziemann kemudian membuka pintu motel itu bagi membolehkan Sewell dan Belliveau masuk dan mereka melekatkan kemaluan Davis.

Davis dibebaskan selepas dia menjerit manakala tiga wanita itu melarikan diri dengan mencuri telefon bimbit, dompet dan kereta lelaki itu. Polis kini sedang mencari isteri lelaki itu yang kini menghilangkan diri selepas merancang perbuatan itu. Tiga wanita yang melekatkan kemaluan Davis itu dibebaskan dengan ikat jamin selepas mereka ditangkap polis. - Agensi



ZIEMANN (kiri), Sewell (tengah) dan Belliveau.


The Devil’s Footprints adalah nama yang diberikan untuk satu fenomena yang aneh terjadi di Devon, England pada  8 Februari 1855. Setelah salji turun pada malam hari, keesokannya muncul jejak-jejak di salji berukuran 1.5 inc (4 cm) dan lebar 2.5 inc (6,35 cm). Jejak-jejak itu bertebaran di seluruh kawasan. Bukan hanya itu jejak -jejak itu juga ada di atap bahkan di dinding bangunan yang tinggi. Penduduk setempat menjadi kelam kabut dan tak faham apa sebenarnya yang terjadi. Kerana fenomena ini tidak jelas mereka mengatkannya dengan makhluk aneh bahkan syaitan. Kerana itulah muncul istilah Devil’s Footprint - malaysiasensasi.net


Seorang bekas tentera bernama Erika, dan berumur 39 tahun, mempunyai perasaan yang pelik kepada menara Eiffle. Wanita yang tinggal di San Francisco ini, menikahi Menara Eiffel dengan dengan majlis sederhana yang dihadiri saudara terdekat pada 4 Jun 2008 - malaysiasensasi.net