Tanda-Tanda Terkena Sihir

Admin | 1/27/2011 |


INI MERUPAKAN SALAH SATU DARIPADA CIRI-CIRI ANDA TERKENA SIHIR DAN BUKAN KESEMUANYA CIRI TERSEBUT MENYATAKAN KEBENARANNYA……..
Penghidupan kini semakin moden.  Perkembangan ilmu pengetahuan begitu pesat sekali.  Namum seiring dengan itu, kecenderungan penyalahgunaan ilmu tersebut makin besar berlaku khususnya di Bandar-bandar besar dan sekelilingnya.  Fenomena ini bukanlah sesuatu yang luar biasa atau mustahil kerana Bangsa Eropah pun sebagai sebuah bangsa yang terbilang majunya juga masih terkenal dengan perkara-perkara mistik dan supernatural (kebathinan).  Anehnya, semakin tinggi tamadun manusia semakin besar pula kecenderungan manusia mencuba melakukan sesuatu yang bertentangan dengan hukum fikiran.  Ini bermakna di masa akan datang akan ada kecenderungan manusia dengan memanfaatkan kekuatan bathin untuk kepetingan peribadinya.  Kebathinan ialah suatu kekuatan kasat mata yang tidak mungkin dapat dikesan oleh peralatan canggih mana pun.
“Ringkasnya, kejahatan ilmu hitam merupakan satu alternatif terbaik bagi mereka dan gejala ini sudah berada di hadapan mata kita” tegas Prof.  Dr.  Hj.  Shahrin Abd.  Rahman kepada Variasari.
Ditambah olehnya, ilmu hitam dan segala perkara yang berkaitan tetap merupakan ilmu yang boleh mematikan yang sering dikhuatiri oleh seluruh manusia.  Ramai mangsa yang terkorban hasil dari ilmu ini sementara pelakunya hanya berpeluk tubuh menyaksikan mangsa mati secara aneh.
“Amat sulit untuk mengesan mangsa ilmu jenis ini.  Cuma ada beberapa tanda yang patut dicurigai apakah seseorang itu terkena ilmu hitam atau tidak.” ujar Prof.  Dr.  Hj.  Shahrin Abd.  Rahman pemilik Mind Gym Development And Training Centre.
Berdasarkan pengalaman Prof.  Dr.  Hj.  Shahrin Abd.  Rahman, orang yang terkena ilmu hitam samada santau, guna-guna atau pengaruh ghaib akan sering mengeluh kerana penglihatannya terganggu.  Perkara ini mudah dimengertikan.  Santau ataupun jenis ilmu hitam lainnya kebiasaannya akan masuk melalui lubang-lubang tubuh seperti mulut, telinga, hidung, mata atau dubur.
Jika laluan ilmu hitam itu terkena pada mata, maka besar kemungkinan mangsa akan terganggu penglihatannya.  Mangsa akan mengalami halusinasi, melihat perkara yang tiada.  Mata mangsa juga akan mengalami kerosakan zahir yang berpanjangan jika penyebab utamanya tidak dibuang.  Serangan ilmu hitam ini masih lagi di tingkat rendah atau low voltage kerana mangsa boleh disembuhkan dengan banyak rehat dan berzikir pada Allah swt.
Jika mangsa tidak dirawat terlebih awal maka gangguan yang menyerangnya akan menjadi serius.  Gejala yang akan terjadi pada  mangsa biasanya akan bercakap sendiri tanpa karuan.  Dia akan terasa seolah-olah berada di dua tempat pada waktu yang sama.  Pandangan yang dipengaruhi oleh ilmu hitam akan menyebabkan semua ucapannya menjadi kacau.  Dia seperti melihat sesuatu, padahal semuanya halusinasi.  Tentu sahaja orang yang berada di sekitarnya akan menganggap mangsa itu tidak karuan.
Akibat kedua keadaan di atas, mangsa akan kelihatan seperti orang kebingungan.  Ketakutan meresap dalam dirinya sehingga dia tidak dapat  tinggal bersendirian atau berada di tempat yang sepi.  Seolah-olah ada satu kekuatan misteri yang telah memadamkan keberaniannya.  Dalam masa yang sama, mangsa kehilangan daya tahan untuk menolak serangan ilmu hitam itu.  “Umumnya kekuatan ilmu hitam yang menyerang seseorang bukan energi manusia biasa tetapi kekuatan terkumpul antara energi negatif dengan energi kegelapan yang bersatu menuju menyerang mangsa.  Hasilnya, mangsa akan menjadi lupa diri dan bingung” jelas Prof.  Dr.  Hj.  Shahrin Abd.  Rahman.
Ciri khusus yang paling meyakinkan tentang seseorang yang terkena ilmu hitam adalah sering merasa diikuti oleh seseorang.  Pada hal ketakutan itu hanya bayangan yang tidak beralasan.  Mangsa yang mengalami keadaan ini dikatakan terkena hantaran ilmu hitam tingkat pertengahan.  Adanya rasa diikuti oleh seseorang adalah merupakan halusinasi hasil dari hantaran ilmu hitam dari orang yang berniat jahat ke atasnya.  Tujuannya tentu sahaja membuat mangsa takut dan menderita dengan ketakutannya.  Kerana kita ketahui bahawa perasaan takut merupakan perkara yang akan melemahkan seseorang.  Inilah caranya pengamal ilmu sihir menggunakan sihirnya bagi melemahkan orang yang dituju.
“Jika tidak segera dirawat maka mangsa akhirnya akan menjadi gila malah mati dengan keadaan yang aneh” tegas Prof.  Dr.  Hj.  Shahrin Abd.  Rahman
Menurut Prof.  Dr.  Hj.  Shahrin Abd.  Rahman bahawa salah satu cara hendak menghindarkan diri dari pengaruh ilmu hitam, seseorang itu harus berpegang teguh dengan ajaran agama, sentiasa ada wudhu, membaca quran siang dan malam, bersolat sunat terutama waktu malam, bersedekah dan berhubung baik dengan sesama manusia.
“Oleh kerana ilmu hitam sering dihantar antara jam 12.00 malam hingga 2.30 pagi, disarankan agar anda tidur dengan adab-adab yang telah diajar oleh Rasulullah SAW dengan mengambil wudhu, solat sunat hajat, solat taubat dan solat witir, membaca tiga Qul 3 kali dan disapukan ke seluruh tubuh, membaca Ayatul Kursi 3 kali, Bismillah 21 kali, wirid Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali dan Allahu Akbar 34 kali dan membaca doa sewaktu hendak berbaring iaitu Allaahuma bismika amuutu wahya..” syor Prof.  Dr.  Hj.  Shahrin Abd.  Rahman sebagai penutup.
Dr. Hj. Shahrin boleh dihubungi di laman: qalbunsalim.org

Katogeri:

Koleksi Sensasi Sedunia