Koleksi Sensasi

Celik Dari Buta Setelah Mencium Gambar



Seorang pesara yang buta dan dikatakan tak boleh melihat lagi, mendapatkan keajaiban setelah mencium foto isterinya yang telah meninggal dunia, ketika dia ingin tidur. Demikian dilaporkan Daily Mail.

Pesara bernama George Hudspeth dinyatakan buta selama 10 tahun kerana dikatakan mengidap kelainan yang disebut dry macular degeneration. Dia mengalami buta keseluruhan setahun lalu dan dikatakan menghabiskan waktunya dalam kegelapan.

Namun, minggu lalu, penglihatannya kembali normal ketika dia memegang foto isterinya bernama Sheila yang meninggal November 2009. Lelaki yang berusia 76 tahun itu yang juga bekas sarjan yang bertugas di Squadron Quartermaster sangat gembira dan terjaga hingga pukul lima pagi menonton acara televisyen kesukaannya kerana takut penglihatannya hilang lagi - malaysiasensasi.net