Tangkap Isteri Berkhalwat

Admin | 2/07/2011 |

Seorang isteri berusia 38 tahun terkedu apabila dicekup suami sendiri ketika asyik memadu asmara bersama teman lelakinya di sebuah rumah di Puchong Perdana, Kuala Lumpur. Lebih mengaibkan perbuatan terkutuk wanita itu turut disaksikan anak perempuannya berusia 18 tahun yang mengikuti serbuan bersama beberapa pegawai sebuah masjid di kawasan itu.


Suami wanita terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Razif, 47, berkata ketika serbuan kira-kira jam 2 pagi pada 2 Februari lalu, isterinya yang bekerja di sebuah hotel di ibu negara, berdua-duaan dengan teman lelakinya berusia 49 tahun. Menurutnya, kereta lelaki terbabit yang diletak di luar rumah turut ditutup nombor pendaftarannya supaya ia tidak dicam jiran sekeliling, sekali gus melindungi perbuatan maksiat mereka.

Menurutnya, selepas dicekup isteri dan kekasihnya itu yang juga seorang kakitangan sebuah universiti terkemuka di ibu negara dibawa ke Balai Polis Bukit Puchong untuk tindakan lanjut termasuk merekodkan laporan mengenai tindakan khalwat mereka.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Jais, Mohamad Rais Rasid, berkata pihaknya belum menerima laporan kes terbabit, namun akan membuat tindakan susulan termasuk siasatan terperinci terhadap tangkapan itu.
sumner - metro

  • Rahsia Murah Rezeki Amalan Guru Pondok
  • Belajar Rawatan Islam Dalam 4 Jam
  • Teknik Ampuh Menjemput Rezeki
  • Ilmu Kerohanian Tersohor Nusantara
  • LINK IKLAN PERCUMA!
  • Katogeri:

    Koleksi Sensasi Sedunia