Koleksi Sensasi

Edisi Merdeka: 5 Pejuang Kemerdekaan Yang Dilupakan

Si Bongkok Tanjung Puteri

Suatu ketika sekitar abad ke-19, Kerajaan Johor tidak diperintah oleh Sultannya tetapi pentadbiran dan segala urusan negeri diuruskan Temenggung Abdul Rahman atas sokongan British. Polemik itu berlaku apabila Sultan Hussein mangkat pada 1835; putera baginda iaitu Tengku Ali cuba mendapatkan haknya sebagai Sultan Johor tetapi dihalang Temenggung Abdul Rahman. 
Sambung Baca di Link Ini: 

Tok Gajah
Tok Gajah adalah seorang pembesar dan pahlawan yang tersohor di Pahang pasa suatu ketika dahulu. Beliau juga adalah bapa kepada pahlawan terbilang iaitu Mat Kilau yang pernah menggemparkan negeri Pahang dan Malaysia sekitar penghujung tahun 1960an akibat kemunculannya di Pulau Tawar.

Tok Gajah juga terlibat dalam peperangan menentang tentera laknat British di bumi Pahang antara tahun 1891 hingga 1895.
Sambung Baca di Link Ini:

Datuk Bahaman
Orang yang memulakan perjuangan menentang British di Pahang adalah Datuk Bhaaman. Beliau berasal dari Kg.Rantau Panjang, Pahang. Datuk Bahaman juga dikatakan pernah menjadi anak angkat kepada Bendahara Ali dan menjadi rakan sepermainan kepada Sultan Ahmad ketika mudanya. 

Dato’ Bahaman telah diangkat sebagai salah seorang Orang Besar Berlapan dan dianugerahkan dengan gelaran Dato’ Setia Perkasa Pahlawan Semantan kerana kerana beliau telah menunjukkan sikap serta kebolehannya sebagai panglima dalam perang saudara antara Sultan Ahmad dan adinda baginda Wan Mutahir serta memimpin pasukan Pahang untuk membantu Tengku Kudin dalam perang Saudara di Klang, Selangor. Selepas kematian Orang Kaya Indera Segara, Dato’ Bahaman telah dilantik oleh Sultan Ahmad sebagai Orang Kaya Temerloh. Dengan pangkat tersebut, kedudukan Dato’ Bahaman adalah sedarjat dengan Orang Besar Berempat dan seringkali diajak berunding oleh baginda Sultan Ahmad.

Beliau dikatakan muncul semula di Pahang sebagai Tok Guru Peramu. Namun beliau tidak pernah mengaku dia adalah Datuk Bahaman. Sedangkan rakan seperjuangannya ada yang mengesahkan bahawa Tok Guru Peramu itu adalah Datuk Bahaman.
Sambung Baca di Link Ini:
Siapa Tok Guru Peramu Episod 1 | Episod 2

Datuk Maharajalela
Datuk Maharaja Lela Pandak Lam adalah salah seorang pembesar delapan Perak. Pandak Lam adalah keturunan Daeng Salili, anak Raja Bugis yang berasal dari Daerah Luwuk, Sulawesi. Daeng Salili dating ke Perak ketika pemerintahan Sultan Muzaffar Shah III.
Sambung Baca di Link Ini:

Mat Kilau

Nama penuh beliau adalah Mat Kilau bin Imam Rasu @ Tok Gajah. Ibu beliau adalah Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut Burau. Mat Kilau dipercayai lahir dalam tahun 1865/1866 di Kampung Masjid, Pulau Tawar, Jerantut, Pahang. Mat Kilau pandai mengaji, berzanji dan berdikir maulud serta belajar berdikir rebana yang dikenali sebagai ‘Dikir Pahang’. Hobi Mat Kilau adalah bermain gasing dan berlaga buah keras

Sambung Baca di Link Ini:


Rosly Dhoby
Rosli Dhoby merupakan seorang pejuang kemerdekaan Sarawak daripada penjajah British. Beliau berketurunan Melanau. Rosli didapati bersalah menikam sampai mati Gabenor British Sarawak yang kedua, Sir Duncan Stewart dengan menggunakan pisau beracun di Sibu pada 3 Disember 1949. Faktor yang menyebabkan beliau terpaksa mengakui tuduhan tersebut adalah atas permintaan ibu beliau kerana ibu beliau telah diugut akan ditembak. Selepas beberapa bulan dalam penjara di Kuching, Rosli akhirnya maut di tali gantung pada 2 Mac 1950. 

Turut sama digantung adalah rakan seperjuangannya Morshidi Sidek, Awang Ramli Amit Awang Matsaruddin dan Bujang Suntong.Kematian mereka berempat telah menyebabkan gerakan penentangan anti-kolonialis di Sarawak berakhir secara mendadak.
Sambung Baca di Link Ini: