6 Fakta Anwar Bukan Pelakon Video XXX

Admin | 3/24/2011 |


Di bawah ini 6 sebab mengapa Anwar Ibrahim secara rasionalnya tidak mungkin adalah orang yang melakukan hubungan seks dengan pelacur cina di dalam video seks yang menjadi kontroversi sejak dua hari lalu. Ulasan ini dipetik daripada ulasan Datuk Johari Abdul, seorang Ahli Parlimen yang dipujuk oleh "team" Datuk T agar menyertai Barisan Nasional selepas menonton video ini [KeadilanDaily].

1. Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik. Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah.

2. Tempoh masa rakaman yang menunjukkan muka si pelaku adalah terlalu pendek. Ditambah dengan rakaman yang dibuat di dalam hitam putih, menyukarkan untuk betul-betul mengesahkan identiti si pelaku.

3. Bahu si pelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

4. Bahagian belakang si pelaku (punggung) juga berisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

5. Di akhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakam dengan jelas. Perutnya adalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan perut Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

6. Warna kulitnya adalah terlalu cerah dan hampir tidak dapat dibezakan dengan warna kulit wanita terlibat.

Video itu didakwa oleh Datuk T baru sahaja dirakamkan iaitu kira-kira dua minggu lalu, semasa beliau katanya mencari jam Omega milik Anwar Ibrahim dan menemui Kamera litar tertutup yang masih aktif, sebelum memutuskan wayarnya. [Malaysiakini].

Katogeri:

Koleksi Sensasi Sedunia