Koleksi Sensasi

Tok Gajah Bukan Pengecut!



Baru-baru ini malaysiasensasi ada terbaca satu forum mengenai silat kebatinan. Banyak komen-komen diberikan oleh forumer. Tetapi ada satu ayat yang membuatkan malaysiasensasi berasa tidak senang. Iaitu menuduh Tok Gajah dan pasukannya lari kerana takutkan British. Itu adalah kenyataan bodoh oleh mereka yang tidak baca buku sejarah dan tidak mahu mengambil tahu hal ehwal perjuangan pendekar dulu kala.

Siapa Tok Gajah?
Beliau ialah seorang pahlawan terbilang di negeri Pahang. Sehinggakan gelaran nama Pahang juga disebut sebagai negeri Tok Gajah.Beliau juga adalah pembesar melayu pada zaman Bendahara Wan Ahmad yang kemudiannya menjadi Sultan Ahmad. Tok Gajah pada ketika itu adalah orang kepercayaan sultan dan berkuasa di Pulau Tawar. Pulau tawar ini terletak di daerah Jetantut di Pahang.

Beliau mempunyai anak bernama Mat Kilau. Kisah Mat Kilau terlalu banyak diceritakan di Internet dan beliau merupakah satu-satunya pahlawan melayu silam yang sempat hidup dan mengaku dirinya selepas kemerdekaan. Beliau juga sempat menceritakan kisah perjuangan menentang British dan talibarutnya yang keparat.

Tok Gajah dan Mat Kilau adalah antara tokoh pahlawan Pahang yang berjuang bersama-sama Datuk Bahaman iaitu seorang pembesar di Semantan. Datuk Bahaman berkuasa di daerah Semantan, atau daerah sekitar Lanchang/ Temerloh pada hari ini. 

Datuk Bahaman memulakan penentangan terhadap British laknat yang ketika itu cuba masuk campur dalam urusan pentadbiran di negeri Pahang. Akhirnya Datuk Bahaman dianggap penderhaka. Kemudian beliau mula berjuang menghapuskan British di bumi Pahang bersama pengikut-pengikutnya. Antara yang terkenal ialah anak beliau sendiri iaitu Mat Lela.

Perjuangan Datuk Bahaman akhirnya disertai oleh pasukan Mat Kilau dan seterusnya pasukan Tok Gajah. Di Jerantut mereka dibantu oleh tokoh terkenal di sana iaitu Pawang Nong. Maka berjuanglah mereka menentang British pada ketika itu. Pada awalnya perjuang pahlawan-pahlawan ini dan pengikutnya mendapat sokongan rakyat. Tetapi dengan fitnah British dan sokongan pembesar-pembesar melayu lain pada ketika itu maka perjuangan mereka semakin dipandang terpencil. Mereka dianggap penjahat.

Soal mereka melarikan diri ke Terengganu dan Kelantan adalah disebabkan mereka tidak mahu bertempur dengan tentera sultan. Mereka juga tidak mahu bertempur dengan Tengku Mahmud yang pada ketika itu turut ingin menyerang mereka. British ketika itu menggunakan orang melayu untuk menentang pahlawan-pahlawan tersebut kerana mereka sedar, setakat peluru mereka itu hanya dijadikan barang mainan sahaja oleh pejuang-pejuang tersebut.

INGAT! Pengunduran mereka adalah kerana tidak mahu menderhaka dan tidak mahu menumpahkan darah orang melayu. Cuba fikirkan, Datuk Bahaman dikatakan memiliki ilmu yang sangat tinggi sehinggakan beliau boleh menjinakkan seekor gajah liar. Maka, apalah sangat untuk menentang pasukan British pada ketika itu. Cukup dengan ilmu Mat Kilau, Tok Gajah dan Datuk Bahaman sahaja untuk menghapuskan 100 orang tali barut dan pasukan British. Datuk Bahaman itu juga bukan calang-calang orangnya. Dikatakan bahawa sewaktu muncul di Peramu, Pahang sebagai Tok Guru Peramu, dia mempunyai perlbagai keramat.

Selain itu, kalau tidak kerana ada pembesar melayu pada ketika itu yang menyokong British adakah British boleh bermaharajalela di bumi Pahang. Padahal pahang ketika itu sudah mempunyai begitu ramai pahlawan terbilang. Kepada mereka yang ingin komen tentang perjuangan pahlawan melayu seperti Mat Kilau, Tok Gajah, Datuk Bahaman, Datuk Maharajalela, Tok Janggut, dan sebagainya silalah berhati-hati takut akan menimbulkan fitnah dan bakal dipercayai oleh mereka yang kurang pendidikan sejarahnya.

MalaysiaSensasi harap anda baca juga posting berkenaan pahlawan dan tokoh silam Pahang yang berjuang mempertahankan bumi melayu ini di link-link di bawah: