Isteri Kesayangan Rasulullah S.A.W

Admin | 4/22/2011 |

Aisyah binti Abu Bakar
Nama penuhnya Aisyah binti Abi Bakar bin Osman, biasa dipanggil Ummu Abdillah, dan digelar Ash-Shiddiqah (wanita yang membenarkan). Dia juga masyhur dengan panggilan ummul mukminin, dan Al-Humaira’, kerana warna kulitnya sangat putih.
Dia dilahirkan tahun ke-4 atau ke-5 setelah kenabian Nabi Muhammad SAW. Semasa Rasulullah menikahi Aisyah, beliau memberinya mahar sebesar 400 dirham.
Makam yang dikatakan sebagai milik Siti Aisyah
Keistimewaan Aisyah R.A:
1. Aisyah adalah isteri yang paling dicintai oleh Rasulullah, dan yang paling banyak merawikan hadis. Dia merawikan 2210 hadis, 279 di antaranya terdapat di dalam Shahih Bukhari.
2. Dia adalah wanita yang paling luas ilmu dan pemahamannya di antara seluruh wanita umat ini. Dia termasuk wanita muslimah yang paling faqih dan paling mengerti tentang sastera dan agama. Banyak pembesar sahabat yang bertanya kepadanya tentang masalah-masalah fiqh, dan dia pun menjawab pertanyaan-pertanyaan mereka.
3. Wanita yang dinyatakan kesuciannya dalam Al Qur’an. Kecintaan Rasulullah kepada Aisyah pernah menimbulkan kecemburuan di hati sesetengah orang. Mereka menuduh Aisyah berbuat zina, padahal dia adalah wanita yang sentiasa menjaga kesucian dan kehormatan dirinya. Allah telah membebaskannya dari tuduhan tersebut di dalam Kitab-Nya.
4. Tentang Aisyah, Rasulullah pernah mengatakan, “Keutamaan Aisyah atas wanita-wanita yang lainnya adalah seperti keutamaan tsarid (makanan yang terdiri dari roti dan daging) atas makanan lainnya.” (HR. Al-Bukhari)
5. Ketika Rasulullah SAW sakit, Beliau meminta izin kepada isteri-isterinya agar Baginda dirawat di rumah Aisyah.
6. Amr bin Ash pernah bertanya kepada Rasul, “Siapakah orang yang paling Anda cintai?” Beliau menjawab, “Aisyah”. “Dari kalangan laki-laki?” tanya Amr. “Ayahnya, Abu Bakar”, jawab Beliau. “Kemudian siapa?” tanya Amr. “Umar bin Khattab”, jawab Beliau.” (HR. Al-Bukhari)
7. Satu-satunya wanita yang dinikahi Rasulullah yang masih gadis.
8. Aisyah adalah wanita terkemuka dengan segudang keistimewaan, terkemuka dalam kedermawanan, kezuhudan dan sifat-sifat yang mulia.
9. Jibril as. memberi salam kepadanya:
Ibnu Syihab menyatakan bahwa Abu Usamah berkata, “Sesungguhnya “Aisyah R.A pernah mengungkapkan bahawa pada suatu hari Rasulullah saw. berkata kepadanya, “Hai ‘Aisyah, ini Jibril. la mengucapkan salam kepadamu.” ’Aisyah membalas, “Wa ‘alaihis Salaam wa Rahmatullah wa Barakaatuh (semoga Jibril juga mendapat kesejahteraan, limpahan kasih sayang dan berkat dari Allah), Engkau (Rasulullah SAW) melihat sesuatu yang tidak dapat kulihat.” (Muttafaq ‘alaih)
10. Wahyu turun saat Nabi berselimut bersama Aisyah:
”….Demi Allah sesungguhnya Allah tidak pernah menurunkan wahyu ketika aku sedang dalam satu selimut dengan siapapun di antara kalian (isteri-isteri Nabi), selain Aisyah”. (HR Bukhari)
11. Wanita yang sangat zuhud dan dermawan luar biasa, ahli ibadah dan puasa.

Katogeri:

Koleksi Sensasi Sedunia