Kucing Lahirkan Anak Anjing

Admin | 4/16/2011 |


Di China, seorang wanita, Zhou Yun terkejut apabila kucing peliharaannya yang baru melahirkan anak dilihat memelihara seekor anak anjing di belakang rumahnya.

Yun berkata, dia sudah mengetahui kucingnya itu akan melahirkan anak. Namun, dia berasa terkejut apabila melihat seekor anak haiwan tersebut seperti anjing.

Menurutnya, haiwan itu turut melahirkan seekor lagi anak yang memang merupakan kucing tetapi ia telah mati. Namun, dia kini kebingungan bagi meyakini bahawa kucing peliharannya itu telah melahirkan seekor anak anjing.

Yun menyatakan dia memang memelihara seekor anjing yang selalu tidur dan makan bersama kucing betina itu.

Bagaimanapun, seorang presiden sebuah klinik haiwan peliharaan, Lai Xiaoyun berkata, adalah mustahil kucing boleh melahirkan anak anjing.

Menurut Xiaoyun, kucing itu mungkin menemui seekor anak anjing dan membawa ia pulang selepas seekor anak haiwan itu mati semasa dilahirkan.

Katogeri: , ,

Koleksi Sensasi Sedunia