Edisi Merdeka: Kisah Osama Dan Pahlawan Pahang

Admin | 9/03/2011 |

Seperti diketahui bahawa Osama telah meninggal dunia akibat dibunuh oleh Amerika Syarikat a.k.a Israel sepeti yang dilaporkan secara rasmi oleh Amerika. Namun secara peribadi, malaysiasensasi tidak merasakan berita itu benar kerana sejak dari dulu lagi Amerika memang terkenal dengan sikap pembohong mereka.

Hal ini mengingatkan malaysiasensasi kepada kisah perjuangan menentang penjajah di Pahang sekitar tahun 1880an dahulu. Perjuangan ini melibatkan pahlawan seperti Tok Gajah, Datuk Bahaman dan Mat Kilau, selain turut disertai oleh Teh Ibrahim, Mat Kelubi, Mat Ali, Mat Lela, Awang(Imam) dan Mat Tahir serta beberapa orang lagi.

Pahlawan-pahlawan Pahang ini dikatakan telah meninggal dunia dan dilaporkan secara rasmi oleh akhbar The Straits Times dan The Free Press. Menurut mereka Datuk Bahaman telah jatuh ke tangan pemerintahan Siam pada bulan Oktober 1895.

The Free Press pula telah melaporkan Mat Kilau cedera di muka dan meninggal dalam perjalanan ke Kota Bahru disebabkan kehilangan banyak darah. Tarikh laporan itu dikeluarkan ialah pada 22 Oktober 1895.

Selepas itu maka percayalah orang ramai bahawa semua pejuang-pejuang melayu itu telah meninggal dunia dan tamatlah perjuangan menentang penjajah British di bumi Pahang.

Tetapi, setiap pembohongan akan ada pembalasan. Dalam bulan Disember 1969, seorang lelaki tua telah muncul di Pulau Tawar, Jerantut Pahang. Di dalam masjid selepas solat jumaat, dia mengaku sebagai Mat Kilau anak Tok Gajah atau Imam Rasu. Maka kecohlah satu Malaysia ketika itu.

Pahlawan Mat Kilau yang sangat digeruni British
Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat lelaki itu yang memakai gelaran Mat Siam sebelumnya. Jawatankuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970. Beberapa orang telah ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau. Setelah disahkan maka pada pukul 10.30 pagi hari Khamis, 6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang ketika itu, YAB Tan Sri Haji Yahaya Mohd Seth.

Maka terbuktilah dakwaan British yang mengatakan bahawa Mat Kilau telah meninggal dunia tidak benar dan satu pembohongan untuk menutup malu mereka. Bayangkan mana tidak malunya..mereka mengaku mempunyai kekuatan persenjataan tentera yang hebat tetapi tidak mampu untuk menangkap pejuang Pahang yang hanya menggunakan keris.

Bagaimana dengan Datuk Bahaman?

Selepas munculnya Mat Kilau, negeri Pahang sekali lagi kecoh dengan kemunculan seorang lelaki tua yang dikatakan keramat iaitu Tok Guru Peramu. Dia mempunyai 'bayangan' seperti Datuk Bahaman tetapi tidak pernah mengaku sebagai Datuk Bahaman.

Malah setahu malaysiasensasi, kerajaan Pahang sendiri tidak mengkaji hal tesebut. Anda bayangkan, jika itu benar Datuk Bahaman maka pastinya susun atur kerajaan negeri akan berubah kerana Datuk Bahaman adalah Orang Besar Berempat negeri Pahang. Satu kedudukan yang tinggi dalam pemerintahan negeri Pahang.
Tok Guru Peramu
Sekitar tahun 1970an, satu simposium iaitu Simposium DPMP: Siapakah Tok Peramu? telah diadakan oleh DPMP. Tujuannya untuk mengkaji siapa Tok Guru Peramu itu. Malaysiasensasi sangat berminat untuk mendapatkan buku hasil kajian dari simposium tersebut, cuma masih belum bertemu.

Maka ada yang mengatakan dia itu Datuk Bahaman dan ada pula mengatakan tidak. Dari pengalaman admin - malaysiasensasi.net, sepanjang berkenalan dengan orang-orang dari ahli ilmu kerohanian islam, maka mereka ramai berpendapat bahawa Tok Guru Peramu itu adalah Datuk Bahaman.

Jelas di sini bahawa Mat Kilau dan Datuk Bahaman itu tidak meninggal dunia seperti yang dilaporkan oleh British, jika benar Datuk Bahaman itu meninggal dunia, maka itu bukanlah di tangan British. 


Hal ini sama dengan kes Osama yang kononya dibunuh baru-baru ini.

Laporan sebegitu memang untuk menutup aib Amerika yang gagal untuk mencari Osama. Bayangkan jika benar Osama dibunuh, pasti ada gambar yang jelas dan video yang meyakinkan sebagaimana yang berlaku pada presiden Saddam Hussein dulu.

Tetapi, jika benar Osama telah meninggal dunia maka eloklah kita bersimpati dengan nasib beliau dan elok juga kita sedekahkah Al-Fatihah - malaysiasensasi.net


pautan berkaitan

Katogeri: ,

Koleksi Sensasi Sedunia