Agogwe, Makhluk Misteri

Admin | 6/13/2011 |


Makhluk aneh ini buat pertama kalinya diketahui sekitar tahun 1900 oleh Kapten William Hitchens. Bagaimanapun ia dihebahkan kepada umum pada 1937. William menemui makhluk ini di Afrika Timur. Menurutnya, Agogwe berbentuk seperti manusia dan berjalan dengan kaki, namun bertubuh kecil seperti monyet, serta berbulu kemerahan di sekitar tubuhnya.

William menyatakan lagi, Agogwe yang dilihatnya menyerupai seorang lelaki tetapi hanya setinggi 4 kaki. Pada 1938, seorang lelaki bernama Cuthbert Burgoyne juga melihat Agogwe di Afrika Timur. Ada teori yang menyebut, bahawa makhluk Agogwe ini mungkin termasuk dalam spesies gracile australopithecine, salah satu spesis makhluk yang pernah tinggal di Afrika, namun telah pupus sejak ribuan tahun lalu - malaysiasensasi.net

Katogeri: ,

Koleksi Sensasi Sedunia