Koleksi Sensasi

AlimKids Playgroup



Advertorial:

Excel Qhalif merupakan satu badan yang menyediakan khidmat latihan dan kursus (training provider) yang khusus bagi kalangan kanak-kanak dan remaja . Khidmat kursus dan latihan ini juga merangkumi kanak-kanak seawal usia di waktu bayi lagi. Kami menyediakan ruangbagi kanak-kanak dan remaja masa kin iuntuk mendapat input yang bermanfaat dan member fleksibiliti kepada mereka dalammenerokai kelebihan yang ada didalam diri mereka.

Excel Qhalif juga merupakan salah satu pemegang lesen bagi AlimKids Playgroup di Bangi, Selangor. AlimKids Playgroup merupakan satu program permainan dalam pembelajaran (edutainment) yang dikhususkan bagi kanak-kanak berumur 2 sehingga 4 tahun sebagai persediaan lengkap mereka untuk memasuki alam tadika. Program AlimKids Playgroup ini menggunakan medium pembelajaran dalam bahasa Inggeris dan menekankan nilai-nilai Islam secara santai. Kanak-kanak ini diajar memberi salam terlebih dahulu sesama mereka sebelum memulakan pembelajaran, membaca Ummul Kitab, iaitu surah Al-Fatihah dan doa untuk ibu-bapa.

Program AlimKids Playgroup merangkumi aspek pengenalan terhadap diri kanak-kanak, ahli keluarga, tumbuhan, haiwan dan Kebesaran Allah S.W.T. Setiap modul mengambil masa selama 2 bulan untuk di ajarkan kepada kanak-kanak. Uniknya AlimKids Playgroup ini, ibu ataupun bapa boleh turut serta belajar di dalam kelas bagi mengeratkan lagi hubungan mereka dan melihat sendiri perkembangan anak-anak mereka.Tarian, nyanyian, senikreatif, lukisan dan lawatan sambil belajar merupakan inti utama dalam setiap modul playgroup ini.

Justeru itu, Excel Qhalif menganjurkan 2 sesi Prebiu secara PERCUMA bertarikh 18 Jun ATAU 25 Jun ini. Tujuan kami mengadakan prebiu PERCUMA ini bagi menjemput para ibubapa untuk mengalami dan menyaksikan sendiri demonstrasi setiap permainan dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan secara live dan lebih dekat.  Kami juga akan memberi ruang kepada sikecil anda turut sama menari dan menyanyi pada demontrasi kami nanti. Mereka juga berpeluang untuk berinteraksi bersama kenalan baru dan mencuba permainan yang terdapat dalam modul kami. Inilah peluang keemasan yang tidak harus dilepaskan oleh semua ibubapa di luar sana.

Jika anda dan anak-anak terdiri daripada golongan di bawah ini :
·         Muslim
·         Anak-anak yang berumur antara 2 tahun sehingga 4 tahun
·         Anak-anak yang pendiam, pemalu, hyperaktif dan mempunyai keyakinan diri yang rendah
·         Ibubapa yang ingin melatih anak-anak fasih berbahasa Inggeris seawal mungkin
·         Ibubapa yang tidak mempunyai masa yang cukup untuk mengajar anak-anak anda
·         Ibubapa yang mementingkan aspek pendidikan anak-anak
·         Sesiapa sahaja yang mempunyai anak sendiri, anak angkat, anak saudara mahu pun cucu!

Antara faktor yang menyebabkan kenapa ibubapa patut hadir di sesi prebiu kami adalah:
·         Inilah tempat  yang amat sesuai bagi anda menikmati masa berharga bersama sikecil dalam tumbesaran mereka
·         Nilai-nilai positif yang diterapkan tidak ternilai berbanding wang ringgit yang dikeluarkan
·         Penerapan nilai dan sahsiah yang baik di kalangan anak-anak seawal usia mereka akan membantu anak-anak mendaki masa hadapan  yang cerah dan gemilang.
·         Dapat membantu anak-anak  anda fokus dan mempunyai semangat kerjasama yang tinggi terutama dalam berkumpulan.
Untuk ketahui keterangan lanjut dan berdaftar secara online silalah ke web kami. KLIK SINI
VIDEO




TESTIMONI

Anak saya sangat pemalu dan akan melekat pada saya setiap kali kami berada dalam lingkungan orang yang tidak dikenali. Namun, keadaan berbeza selepas kira-kira sebulan, dia mulaenjoy dengan aktiviti kelas, terutama kelas kraf tangan. Dia mula tidak sabar menunggu hari Sabtu untuk ke sekolah. Hari yang dia boleh menyanyi, mendengar cerita, melakukan kerja seni, belajar ABC, membaca doa dengan teman-temannya, dibimbing dengan guru yang hebat. Terima kasih kepada ALIMKids kerana menyediakan modul playgroup. Anda telah lakukan kerja yang sangat hebat!

Puan Shaharin.
-------------
ads: 14/6/11