Pertempuran Terakhir Pahlawan Pahang

Admin | 8/13/2012 |

Pada tahun 1894, satu serangan yang telah lebih dahulu dirancang dan disusun di Terengganu dan dengan sokongan senjata dan tenaga orang-orang dari Trengganu dan Kelantan, dan dipimpin oleh pahlawan- pahlawan Pahang yang terdiri dari To' Gajah, Bahaman, Mat Kilau, Awang Nong, Teh Ibrahim, Mat Kelubi, dan Mat Lela telah berjaya menawan kubu Inggeris di Jeram Ampai.


Serangan ke atas kubu Jeram Ampai ini adalah merupakan serangan yang pertama dalam perlawanan tahap kedua. Perlawanan tahap kedua ini telah menampakkan coraknya yang tersendiri. Hal ini ditandai dengan nyaringnya teriakan perang sabil melawan kafir. Perubahan ini berlaku hasil dari pertemuan pejuang-pejuang Pahang itu dengan Engku Saiyid dari Paloh (seorang tokoh agama yang alim di Trengganu - Tokku Paloh) pada bulan Mei (1894) di suatu tempat di Kuala Tembeling bemama Seberang Engku Ngah. Engku Saiyid telah membangkitkan semula semangat perjuangan pejuang-pejuang Pahang dan menyerukan perang sabil terhadap orang-orang kafir. Dengan pengaruh Engku Saiyid ini seramai kira-kira 200 orang dari daerah Besut (Trengganu) dan daerah Lebir (Kelantan) telah menggabungkan did dengan pasukan Pahang itu, dan dibantu pula oleh Sultan (Trengganu dan Kelantan) dan pembesar-pembesarnya.

Persiapan-persiapan untuk menyerang Jeram Ampai ini dibuat dengan rapinya, dan senjata serta ubat-ubat bedil diseludupkan dari Singapura oleh seorang Kelantan bernama Awang Ngah. Kekuatan pasukan ini berpusat di Paloh (daerah pengaruh Engku Saiyid). Sementara rancangan pasukan Pahang ini dijalankan dengan rapi pihak Inggeds masih terus menjalankan usaha memujuk Dato' Bahaman dan To' Gajah supaya menyerah diri dengan menghantar tiga orang utusan iaitu To' Muda Akir, Wan Husin dan Awang Tanggok. Persiapan itu dijalankan begitu rapi hinggakan ketiga-tiga orang utusan itu (yang tinggal di kubu pejuang Pahang hingga ke saat-saat menjelang penyerangan terhadap Jeram Ampai) tidak dapat menghidu rahsia itu.

Rancangan yang telah dirancangkan dan disusun. dengan rapi di Kelantan dan Trengganu itu telah dilaksanakan dengan jayanya. Dengan mudahnya kubu Inggeris di Jeram Ampai yang dikawal oleh 11 orang Polis Sikh itu ditawan. Mengikut rancangannya sesuatu serangan itu akan dilakukan dengan cepat dan musuh-musuh yang ada di dalam kubu dihapuskan semuanya. Bagaimanapun rancangan itu telah gagal disebabkan terlepasnya seorang polis Sikh yang mendapat luka parah. Dalam keadaan luka parah polis Sikh ini telah dapat memberikan laporan kepada Panglima Garang Yusuf, laporan mana segera diteruskan ke Pekan. Dari Jerarn Ampai, Dato' Bahaman, Iman Perang Rasu dan Mat Kilau meneruskan perjalanan ke Pulau Tawar untuk menghubungi To' Raja dan Panglima Garang Yusuf untuk sekali lagi meminta ketegasan kedua-dua tokoh itu sama ada menyebelahi pihak pejuang Pahang ataupun Inggeris, sementara Mat Kelubi dan pasukannya menuju ke Kuala Lipis untuk menghadapi kemungkinan Inggeds menyerang dari arah itu.

Setelah tidak berjaya memujuk To' Raja dan Panglima Garang Yusuf, Dato' Bahaman, Imam Perang Rasu dan Mat Kilau kembali ke Jeram Ampai sementara kedua-dua pembesar yang pertama disebutkan itu memperkuat kedudukan di kedua-dua belah tebing Sungai Tembeling. Pasukan inilah yang kemudiannya telah menyerang Mat Kelubi dan lima orang pengikutnya di Sungai Tembeling yang kemudiannya gugur di Kampong Bandar pada 17hb Jun, 1894. Pada 29hb Jun, 1894 Jeram Ampai ditawan semula oleh Inggeris yang terdiri daripada pasukanpasukan. Polis Sikh Perak dan Selangor serta pasukan-pasukan Tok Garang Yusuf dan Tok Muda Akir.   

Walaupun kubu Jeram Ampai dapat direbut dengan mudah tetapi serangan ini amat mengecewakan Inggeris, Para Pejuang Pahang yang masih hidup telah dapat melepaskan diri dari serangan dan kepungan Ialu berundur ke Trengganu dan Kelantan. Walaupun usaha-usaha mengesan jejak mereka dilakukan secara besarbesaran ia tidak mendatangkan hasil. Akhirnya ia terpaksa ditamatkan pada bulan November, 1895. Peristiwa pertempuran di Jeram Ampai ini adalah merupakan periempuran berhadapan yang terakhir dalam keselutuhan perlawanan Pahang yang dimulai pada tahun 1891 itu.

sumber: arkib negara online

menurut sumber lain yang malaysiasensasi tahu, sebenarnya polis sikh itu memang sengaja dibiarkan hidup untuk memberitahu apa yang berlaku. Manakala Mat Kelubi tidak mati dalam serangan sewaktu mereka di sungai kerana Mat Kelubi dikatakan mampu untuk tahan di dalam air dalam tempoh yang lama. Tetapi ada juga versi yang mengatakan pahlawan Mat Kelubi telah meninggal waktu itu.  - HANYA ALLAH YANG LEBIH MENGETAHUI

Katogeri: ,

Koleksi Sensasi Sedunia