Rumah Atas Pokok Terbesar

Admin | 7/28/2011 |


Horace Burgess, seorang warga Tennessee, Amerika Syarikat telah membina rumah atas pokok terbesar di dunia setinggi 97 kaki atau 29,57m.

Rumah pokok yang terletak di Crossville, Tennessee, AS, ini terdiri dari 10 tingkat dengan lebih dari 80 bilik dan 12 beranda serta tangga.

Setiap lantai adalah setinggi 9-11 kaki (2,7- 3,35m) dan di bahagian atasnya terdapat sebuah menara loceng.

Horrace sendiri yang menjadi tukang kayu dan arkitek, menyiapkan rumah tersebut dalam masa 14 tahun. Rumah pokok Horace Burgess ini akan dimasukkan ke dalam Guinness Book of Records.

Jika berkunjung ke rumah ini, anda akan menjumpai tulisan berbunyi: "Selamat datang kawan-kawan", sebagai tanda sambutan. Meskipun terletak di daerah desa, rumah ini mampu menarik perhatian orang ramai dari seluruh negeri.

Sekitar 400 orang hingga 500 orang melakukan kunjungan setiap minggu, dan kebanyakan mereka berasal dari luar negeri.

  • Rahsia Murah Rezeki Amalan Guru Pondok
  • Belajar Rawatan Islam Dalam 4 Jam
  • Teknik Ampuh Menjemput Rezeki
  • Ilmu Kerohanian Tersohor Nusantara
  • LINK IKLAN PERCUMA!
  • Katogeri:

    Koleksi Sensasi Sedunia