Koleksi Sensasi

5 Tokoh Pemimpin Negeri Pahang

DATUK BAHAMAN (PAHLAWAN/PENDEKAR)
Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh, lebih dikenali sebagai Dato' Bahaman ialah Orang Besar yang menentang penjajah British di Semantan, kawasannya di negeri Pahang, Tanah Melayu. Beliau adalah seorang yang pandai bersilat dan mempunyai ilmu kebatinan.

Dato’ Bahaman juga dikatakan pernah menjadi anak angkat kepada Bendahara Ali dan menjadi rakan sepermainan kepada Sultan Ahmad ketika mudanya. Apabila Sultan Ahmad menaiki takhta, Dato’ Bahaman terus menabur bakti kepada tanah airnya.

Datuk Bahaman, Tok Gajah, dan Mat Kilau merupakan satu nama besar semasa perang Semantan berlangsung. Sehinggalah mereka semua menghilangkan diri dan muncul kembali dengan nama yang lain.

Datuk Bahaman dikatakan menukar nama sebagai Tok Guru Peramu yang tinggal di Kuantan Pahang. Beliau dikatakan banyak bercerita mengenai perang Semantan. Bagaimanapun beliau tidak mengistiharkan dirinya sebagai Datuk Bahaman, dan terus menjadi misteri hingga kini.

MAT KILAU (PAHLAWAN/PENDEKAR)
Beliau adalah anak kepada Tok Gajah, iaitu orang kepercayaan Bendahara Wan Ahmad yang kemudiannya menjadi sultan. Mat Kilau adalah salah seorang pahlawan yang terlibat dalam perjuangan menentang British di Pahang. Beliau memiliki ilmu kebatinan yang tinggi dan mempunyai ramai murid dalam dunia persilatan melayu.

Beliau telah menghilangkan diri lama selepas tamatnya perang Semantan, tetapi muncul semula pada bulan Disember 1969, beliau memperkenalkan dirinya yang sebenar.Untuk mengelakkan dirinya dari menjadi tumpuan ramai,maka Mat Kilau telah bersetuju mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya. Atas daya usaha Omar bin Mat Kilau,maka Mat Kilau dibawa ke Kampung asalnya iaitu Kampung Masjid,Pulau Tawar Jerantut. Pada hari Jumaat 26 Disember 1969, Mat Kilau telah pergi ke Masjid di Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat. Selepas sembahyang, Mat Kilau telah mebaca Quran dan kemudiannya mengistiharkan dirinya sebagai Mat Kilau.

Pengisytiharan ini telah mengemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat. Jawatankuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970. Beberapa orang telah ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau. Setelah disahkan maka pada pukul 10.30 pagi hari Khamis,6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar PahangYAB Tan Sri Haji Yahaya Mohd Seth. Setelah empat hari selepas pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, Mat Kilau meninggal dunia kerana keuzuran. Usianya ketika itu dipercayai berusia 122 tahun.


TUN ABDUL RAZAK (POLITIK)
Tun Abdul Razak merupakan seorang pemimpin rakyat yang paling dikenang. Jasanya menubuhkan Felda membantu begitu ramai orang melayu keluar dari kemiskinan dan boleh memiliki tanah.

Dilahirkan di Pulau Keladi, Pekan, Pahang, Allahyaraham Tun Abdul Razak merupakan anak sulung kepada Dato' Hussein bin Mohd Taib dan Hajah Teh Fatimah bt Daud. Beliau keturunan bangsawan Bugis yang telah lama merupakan ketua-ketua suku kaum Pahang.

Abdul Razak termasyhur dalam pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971. Beliau dan "generasi kedua" ahli-ahli politik Melayu memperlihatkan keperluan untuk mengendalikan ketidaksamaan ekonomi dan sosial yang telah membangkitkan antagonisme perkauman. DEB menetapkan dua sasaran yang asas, iaitu mengurangkan dan pada akhirnya, menghapuskan kemiskinan; dan menghapuskan pengenalpastian fungsi ekonomi dengan kaum.

Disebabkan sebahagian oleh penyakit leukemia, Abdul Razak meninggal pada tahun 1976 sewaktu mendapat rawatan perubatan di London, dan disemadikan di Makam Pahlawan, berdekatan dengan Masjid Negara, Kuala Lumpur. Selepas kematiannya, beliau dianugerahkan dengan gelaran Bapa Pembangunan.

TAN SRI GHAZALI SHAFIE (POLITIK)
Tun Ghazali Shafie (22 Mac 1922-24 Januari 2010) merupakan ahli politik Malaysia era Tunku Abdul Rahman hinggalah era Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu dari 1970-1984. Beliau lahir di Kuala Lipis, Pahang pada 22 Mac 1922 dan meninggal dunia pada 24 Januari 2010 di kediamannya di Subang Jaya kerana sakit tua.

Ghazali mendapat pendidikan awal di beberapa sekolah Melayu dan Inggeris di sekitar Raub, Kuala Lipis, Bentong dan Penjum sebelum melanjutkan pelajaran di Clifford School, Kuala Lipis pada 1939 hingga 1940.

Pada 10 Januari 1982, pesawat Cessna 206 yang dipandu Tun Mohd Ghazali Shafie, ketika itu Menteri Luar Negeri Malaysia terhempas di Kampung Janda Baik. Mereka dari Kelab Penerbangan Diraja Selangor, Kuala Lumpur dalam penerbangan ke Kuala Lipis, kawasan pilihan raya yang diwakilinya. Bagaimanapun Mohd Ghazali terselamat kerana jatuh di atas rimbunan pokok buluh.Manakala pembantu juruterbang dan pengawal peribadinya (ASP Charon Daam dan co-pilot Vergis Chacko) terbunuh.

Dua mayat ditemui dalam helikopter yang terhempas jam 3.00 petang dan diterbangkan ke Hospital Besar Kuala Lumpur.Isteri Tun Ghazali iaitu Puan Sri Khatijah Abdul Majid ,anaknya Sharifuddin dan Bakhtiar menanti di Kuala Lumpur.

Pada 22 Jun 1983, Koroner Abdullah Sidek di Mahkamah Majistret Bentong, Pahang memutuskan kematian dua orang penumpang itu kerana kemalangan udara. Perbicaraan berlangsung dari 14-18 Mei 1983. Juruterbang membuat keputusan merempuh awan di Waterworks Gap. Vergis patah di leher dan pendarahan dalaman. Sementara Charon cedera teruk di tengkorak dan leher.

DATO' SRI NAJIB TUN RAZAK(POLITIK)
YAB Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak lahir 23 Julai 1953) adalah Perdana Menteri Malaysia (ke-6) terkini sejak 3 April 2009, selain sebagai Menteri Kewangan dan ahli parlimen Pekan, Pahang. Beliau adalah anak lelaki sulung kepada bekas perdana menteri Malaysia yang kedua, Tun Abdul Razak Dato' Hussein. Di peringkat akar umbi politik, beliau merupakan Presiden UMNO yang ke-7. Selain itu, ia masih memiliki darah bangsawan Makassar iaitu susur galur daripada keturunan Sultan Hassanudin, Sultan Makasar terakhir di Gowa, Sulawesi selatan.

Dato' Seri Najib dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang. Beliau merupakan anak sulung kepada Tun Abdul Razak Hussein dan Toh Puan Rahah Mohammad Noah.

Pada tahun 1976, Najib berkahwin dengan Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar dan mendapat tiga anak: Mohd Nizar Najib (lahir 1978), Mohd Nazifuddin Najib dan Puteri Norlisa Najib. Pada tahun 1987 beliau bercerai dengan Ku Yie dan berkahwin dengan Datin Seri Rosmah Mansor dan mendapat dua anak lagi: Mohd Norashman Najib dan Nooryana Najwa Najib. Beliau juga sepupu kepada Datuk Hishamuddin Tun Hussein.