Koleksi Sensasi

Azza Akhiri Zaman Janda Awal Tahun 2012

Selepas lama hidup tanpa dibelai kasih sayang seorang suami selama 5 tahun, Azza Elite akhirnya bakal menamatkan zaman jandanya dengan seorang pramugara pada awal tahun depan. Keputusan itu diambil setelah melihat penerimaan baik daripada jejaka tersebut terhadap statusnya dan anaknya, Marissa Janna, 6.


"Selain wajahnya yang comel, saya terpikat dengannya kerana keterbukaan untuk menerima saya dan anak saya.

"Bagi saya senang sahaja. Jika bakal suami saya boleh menerima saya dan anak saya, nampaknya saya mudah selesa untuk berkawan dan bersamanya.

"Dia pun seorang lelaki yang sangat baik kepada saya dan tak pernah mengguris hati saya. Jadi apa salahnya saya menerimanya kerana saya pun sudah lama menjanda.

"Sepanjang perkenalan, nampaknya masing-masing mudah untuk sesuaikan diri dan keadaan. Malah kami selalu mencapai persefahaman dalam perbincangn bersama.

"Jadi InsyaAllah kami akan bernikah pada awal tahun 2012. Tarikhnya saya akan umum pada masa yang sesuai kerana terlalu awal untuk saya mengumumkannya sekarang," katanya. -Via/izyan