Koleksi Sensasi

Cas Jantung Dengan Pencucuh Rokok Kereta

Seorang bekas fanatik sukan yang mempunyai jantung tiruan terpaksa ‘mengecas’ jantungnya, terutama ketika perjalanan jauh - dengan menggunakan tempat pencucuh rokok kereta. Chris Marshall, 50, terpaksa membawa beg berisi bateri dan mengecasnya di palam elektrik apabila tidur setiap malam.



Tiga tahun lalu, dia mengalami serangan jantung yang hampir meragut ajalnya dan terpaksa menjalani pembedahan untuk membetulkan jantungnya yang rosak dan injap sempit. 



Tahun lalu, kapasiti jantungnya menjunam ke 13 peratus dan sejenis peranti dimasukkan ke dalam tubuh untuk berfungsi sebagai jantung tiruan dan mengepam darah ke seluruh tubuhnya.

Sumber : ehiburan