Koleksi Sensasi

Sekarang ni bukan budak lelaki sahaja yang suka bergaduh. Budak perempuan pun dah ikut sama terlibat dalam pergaduhan sesama sendiri. Lebih parah lagi mereka masih di bangku sekolah - malaysiasensasi.net





Hari ini, penduduk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang akan membuat keputusan, siapa dipilih menjadi wakil rakyat mereka mengisi tempoh baki penggal DUN kali ini.

Mengikut jangkaan Suruhanja-ya Pilihan Raya (SPR), lebih 80 peratus daripada 14,753 pemilih berdaftar akan menunaikan tanggungjawab memilih pengganti Allahyarham Datuk Sulaiman Taha yang kembali ke rahmatullah 16 Januari lalu.

Menerusi jumlah itu, 47.7 peratus pengundi Melayu, Cina (39.08 peratus) dan India (12.07 peratus).

Apa yang dimahukan proses membuang undi berjalan lancar, cuaca tidak menjadi masalah sekalipun diramalkan hujan pada sebelah petang.

Menyorot lapan hari berkempen, pelbagai isu setempat dan nasional dibangkitkan jentera pilihan raya parti bertanding.

Menariknya, calon Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Tenang jauh lebih tenang dan berhemah ketika berkempen, berbanding jentera mereka yang sanggup mempertaruhkan apa sahaja isu untuk memikat hati pengundi.

Tidak keterlaluan jika dikatakan, kempen PRK Tenang ketara diwarnai isu peribadi yang secara langsung menyentuh latar belakang calon berbanding sesetengah PRK terdahulu.
Setelah kedua-dua calon berikrar untuk tidak saling menyerang dengan isu peribadi, ada tangan ghaib nakal mencuit suasana sehingga pada suatu ketika, Tenang seperti hilang ketenangannya.

Tidak kira jentera Barisan Nasional (BN) atau Pas, masing-masing ghairah menggunakan pelbagai pendekatan sekalipun dengan isu sensitif. Ini termasuk pendedahan blogger mewakili kedua-dua pihak.

Antara menghangatkan kempen pada beberapa hari terawal, isu calon Pas, Normala Sudirman yang memakai sarung tangan untuk mengelak bersentuhan kulit dengan lelaki bukan mahram jika terpaksa bersalaman.

Susulan itu, wanita 38 tahun berwajah manis yang lebih mesra dipanggil Cikgu Mala menjadi sasaran sindiran Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. Beberapa pemimpin MCA lain, selain Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe, kemudiannya turut 'tumpang semangkuk' menempelak Normala sehingga larangan Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya isu tersebut jangan dimainkan seolah-olah tidak memberi bekas.

Di pihak BN, calonnya, Mohd Azahar Ibrahim seperti Cikgu Mala turut mempunyai panggilan mesra 'Tok Ai' tidak terlepas daripada serangan peribadi terutama berkaitan rekod perkhidmatannya sebagai Penolong Pegawai Daerah (ADO).

Ini termasuk apa yang didakwa sebagai kesilapan beliau menyebabkan sebidang tanah terpaksa dilelong pada 2003 tanpa keredaan pemiliknya. 

Reda isu Normala enggan bersalam dengan pengundi lelaki bukan mahram, tiba-tiba bangkit kontroversi sijil cuti sakit suaminya, Maarof Abd Mutalib, 45, yang diberi pelepasan selama 21 hari pada bulan ini, namun dapat turun membantu isterinya berkempen.

Rata-rata pengundi di Pekan Labis dan kawasan Tanah Rancangan Felda sekitar memerlukan gagasan pembangunan yang mapan, bukan momokan isu peribadi yang sudah pasti tidak akan membawa sebarang keuntungan kepada mereka.

Mereka mahu wakil rakyat yang akan dipilih nanti memberikan tumpuan kepada sektor ekonomi yang boleh menambahkan peluang pekerjaan di kawasan ini yang selama ini lebih banyak bergantung kepada sektor pertanian sebagai sumber utama.

Ada juga yang meminta supaya peluang ekonomi seperti pemberian lesen serta tapak perniagaan diberikan sama rata kepada semua kaum yang menetap di Labis.

Namun isu itu bagai tidak menjadi topik utama yang dibangkitkan oleh parti yang bertanding.
Apa yang kita juga mahu adalah rakyat membuat pilihan yang bijak dan penuh realistik agar tidak tersalah pilih wakil rakyat sehingga terpaksa menyesal di kemudian hari.

Hari ini, penduduk DUN Tenang bakal menentukan pendirian mereka. Siapa saja yang dipilih sebagai wakil rakyat seharusnya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana diberikan peluang untuk berbakti, manakala dia yang gagal pula seharusnya berlapang dada dan menerima kekalahan sebagai satu cabaran.
SH



Penduduk Taman Mekar, Ayer Hitam, Johor gempar apabila mayat seorang bayi lelaki lengkap dengan tali pusat dan uri ditemui di dalam longkang berair yang masih dalam pembinaan di kawasan perumahan tersebut pagi semalam.
Mayat bayi itu ditemui seorang pekerja kontrak, Hamid Marsuki, 43, pada pukul 8.10 pagi ketika hendak memulakan tugas membina tembok rumah dan longkang di Jalan Mekar 5 di taman tersebut.

Hubungan yang keruh melibatkan pelakon Rita Rudaini Mokhtar,35, dengan keluarga mertuanya kembali jernih apabila kedua-dua pihak sudah menamatkan perselisihan faham yang tercetus hampir tiga tahun lalu.

Peristiwa air mata itu berlaku di Pusat Perubatan Prince Court, Jalan Tun Razak di sini pada malam Khamis lalu apabila suami Rita, Aidil Zafuan,24, membawa ibu dan bapanya Azizah Arshad,58, dan Abdul Radzak Salleh,61, untuk menziarahi cucu mereka, Airit Rayyan Rizqin yang berusia dua tahun di pusat perubatan itu akibat demam panas.

Ketika tiba di pusat perubatan berkenaan, Rita telah meluahkan segala isi hati yang terbuku selama ini sehinggalah kedua-dua pihak bermaaf-maafan bagi menjernihkan segala kekusutan yang terjadi.

“Emak sayangkan Rita. Mak restu perkahwinan Rita dengan Aidil,” kata Azizah sambil memeluk menantunya dengan linangan air mata.

Rita juga turut mencium tangan Abdul Radzak sambil kedua-dua mereka meminta maaf di atas segala masalah yang telah berlaku selama ini.

Detik-detik itu turut disaksikan oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak.

Bukan sahaja bermaaf-maafan malah Rita yang kini mengandung lima bulan anak kedua turut menjemput ibu bapa mertuanya itu melawat cucu mereka di rumahnya di Manjalara, Kuala Lumpur pada masa akan datang.

“Kalau mak dengan ayah rindu dekat Rayyan, boleh datang melawat,” kata Rita yang tentunya berasa lega dengan peristiwa bersejarah itu.

Kedua-dua pihak memanjatkan rasa syukur kerana kekeruhan yang berlaku dapat dijernihkan apabila mereka berjaya menamatkan sengketa yang telah berlaku.

Rita dan Aidil bernikah secara rahsia di Songkhla, Thailand pada bulan Februari 2008 sehingga menimbulkan kekecohan apabila perkahwinan berkenaan tidak mendapat restu keluarga.

Akibat kejadian itu, kedua-dua pihak gagal mencapai persefahaman untuk berdamai sehinggalah ia berpanjangan.

Selain Aidil Zafuan, kembar bintang bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan tersebut iaitu Zaquan Adha turut memilih artis sebagai isteri apabila bernikah dengan Ayu Raudhah pada 21 Januari lalu.
-mstar


Harian Metro bertarikh 27 Januari 2011 di ruang kartun Dialog Kota Raya telah menyiarkan gambar situasi di Tenang. Watak dalam kartun tersut ialah sorang wanita muslim dan seorang peniaga yang menjual ikan berbangsa Cina. Wanita Cina itu menggunakan sarung tangan yang biasa digunakan di pasar basah dan mengulur tangan ingin bersalam dengan wanita muslim tersebut. 


Kartun sinis ini bagaikan menghina calon Pas, Cikgu Mala. Sebagi umat islam tentunya kartun sebegini tidak boleh disiarkan. Seeolah-olah hina sangat Cikgu Mala kerana tindakannya tidak bersalam dengan lelaki bukan mahramnya sewaktu berkempen - malaysiasensasi.net

Bisnes online merupakan transaksi yang jual beli yang dilakukan secara maya dan tidak bersemuka. Dengan keadaan ini si pembeli dan pejual biasanya tidak mengenali sesama sendiri dan transaksi dilakukan di atas kepercayaan. Pembeli harus percaya kepada penjual dan begitu juga sebaliknya. Posting ini disedut dari blog sedut-toksin. Di mana seorang pembeli begitu marah sekali kerana tidak mendapat produknya dengan segera.


Salam... Saya baru kehilangan ibu saudara pada jumaat lepas. Terpaksa berangkat ke kampung dengan segera dan ada beberapa pesanan yang masih belum dihantar. Bagaimanapun saya dihentam teruk oleh shakeer 

Daripada inbox saya
Form details below.
Full Name: shakeer
Email: shak_shkr@yahoo.com
Telephone: 0136445158

 Message: produk nie tipu ke ape...sy dah bank in duit...tp barang x dpt g...kol pn norizan pon x angkt...msej x balas...kte nk kol sy..tp x kol2 pon..sy kol x angkt plak...
KLIK GAMBAR UNTUK BESARKAN

shak_shkr@yahoo.com (Ahmad Shakeer Hadzir)
http://www.facebook.com/profile.php?id=1156890146

Dia menempah 100 keping dengan caj RM50++. Bayaran dibuat pada 28/1/2011 hari jumaat. Pada malam jumaat tersebut saya mendapat berita kematian dan dengan segera terus pulang ke kampung di Hulu Selangor.

Di kampung apabila ada kematian sudah tentu saya tidak memperdulikan lagi hal lain kerana menghormati majlis. Dengan majlis kematian dan anak yang masih kecil untuk dijaga pada ketika itu saya memang tidak mengendahkan telefon saya. Tambahan pula pada hari cuti. Hari ini (29/1/2011) apabila pulang dan saya buka shoutbox saya dihentam dengan teruk. Mengeluarkan kata-kata kesat dan menghina saya di Facebook.

KLIK GAMBAR UNTUK BESARKAN

Bayaran dilakukan pada 28/1/2011 pada hari Jumaat. Pada 29/1/2011 saya dihentam teruk kerana produk tidak sampai dan panggilan tidak dijawab. Saya sudah tentu tidak boleh pos pada malam Jumaat itu kerana mendapat berita kematian tersebut. Akibatnya saya menerima SMS ugutan, cacian, hinaan dengan perkataan  yang tidak sewajarnya sebagai seorang muslim.

Dia mengatakan saya menipu dan memakan duit haram. Bagi saya itu adalah FITNAH. Sedangkan saya mencari rezeki yang halal dengan berniaga secara kecil-kecilan untuk menampung kehidupan, dan memberi makan anak kecil saya yang berusia 4 bulan. Saya mencari rezeki yang halal...Semua SMS tersebut masih saya simpan dan akan digunakan bila perlu.

Saya akan memulangkan wang dia tetapi saya tidak akan menghubungi dia. Saya menunggu dia membuat laporan polis, saya memandang serius ugutan/amaran tersebut. Seperti mana yang dikatakan di dalam Facebooknya. Saya menunggu di mana-mana balai polis jika dia ingin membuat laporan..
sumber

Ini satu lagi fahaman dungu. Kerana terlalu percaya kata-kata ramalah ahli nujum penipu yang mengatakan kononya dengan mengahwini anjing boleh menolak keburukan dan membawa kebahgian, manusia kat negara India sanggup berkahwin dengan anjing - malaysiasensasi.net

Kalau di Thailand pelacur-pelacurnya ori. Kalau perempuan memang perempuan tulen, kalau nyah memang 100% nyah. Tapi kat Hong-Kong kena hati-hati. Tengok gambar kat bawah ni - MalaysiaSensasi





SEMINAR PALING BERBAHAYA " 7 KEAJAIBAN REZEKI"
Rezeki Bertambah, Nasib Berubah, Dalam 99 Hari, Dengan Otak Kanan.
Bersama : IPPHO "Right" SANTOSA
Penerima MURI AWARD, Penulis Mega-Best Seller
Rahsia Wang Melutut Di Hadapan Anda (99 Hari) Muhammad Rofiq

Manfaat seminar:
• Meningkatkan motivasi dan produktiviti
• Menginspirasi cita- cita
• Mempercepat tindakan
• Menyingkap rahsia Al Qur'an
• Menemukan empat kecerdasan utama
• Menguasai pintu rezeki dan pintu syurga
• Mengasah otak kanan, kreativiti dan imajinasi
• Memahami konsep bisnes dan kewangan
• melunaskan kewajiban sekaligus berinvestment yang paling menguntungkan
• Menciptakan keajaiban-keajaiban
• Menggerakkan amal yang melipatgandakan rezeki
• Mencintai Rasulullah dan Sahabat


- Menguasai Wang, waktu, dan kesihatan dalam hitungan minit
- Meningkatkan motivasi dan produktiviti hingga 3 kali ganda
- Menjadikan kerja dan usaha sebagai bentuk ibadah tertinggi
- Membongkar Warisan Nabi, Invetment Ghaib, dan Syiling Keberuntungan
- Membongkar fakta-fakta tersembunyi tentang sedekah

Kerjasama :Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan,Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia,Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM),TEKUN, Persatuan Usahawan Internet Malaysia(UIM),Akademi Penulis Malaysia,Akademi Pidato Nusantara.

Sebarang pertanyaan sila hubungi 
013-3223261 atau 019-2635395 
seminar2u@gmail.com 
http://seminarotakkanan.blogspot.com



Calon PAS, Normala Sudirman mendakwa suaminya, Maarof Abdul Mutalib diberikan cuti sakit sehingga tempoh dua minggu berturut-turut disebabkan oleh masalah kemurungan akibat arahan pertukaran dalam tempoh 24 jam ke sebuah sekolah di Johor Bharu sebelum ini.

Beliau berkata, bagaimanapun jika media berminat menyiasat lebih lanjut mengenai kesahihan sijil cuti sakit kepada suaminya itu, dinasihatkan bertemu terus dengan doktor yang berkenaan.

“Lebih baik media berjumpa dengan doktor yang mengeluarkan cuti sakit tersebut kerana sebagai doktor beliau lebih profesional dan tahu kenapa dan mengapa surat itu dikeluarkan kepada pesakitnya.

“Media kalau nak tahu lebih baik tanya pada doktor itu lebih baik dan ada ketelusan,” katanya kepada pemberita di Dataran Wayang Pacak di sini pada Jumaat.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai tindakan suaminya mendapat cuti sakit selama 21 hari daripada dua pusat kesihatan di Segamat namun pada masa yang sama Maarof sering didapati menemani isterinya sepanjang musim kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

Dalam pendedahan yang dibuat oleh sebuah blog http://marahku.blogspot.com/ mendakwa suami calon PAS itu telah mengambil cuti sakit selama dua hari pada 6 dan 7 Januari dari Pusat Perubatan Keluarga di Jalan Segamat-Labis, Johor.

Ia diikuti dengan cuti sakits selama dua minggu bermula 10 hingga 23 Januari yang dikeluarkan oleh Klinik Kesihatan Bandar Putra, Segamat dan tambahan cuti lima hari lagi yang diperoleh daripada pusat kesihatan yang sama.

Dalam salinan surat sakit tersebut, dimaklumkan Maarof yang juga guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Tenang Stesen diberikan cuti sakit selama 2 minggu berturut-turut kerana beliau menghadapi masalah kemurungan yang serius.

Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan, Normala yang lebih mesra dengan panggilan Cikgu Mala berkata, suaminya berdepan dengan tekanan yang hebat ketika mendapat tahu mengenai pertukaran yang diputuskan oleh Jabatan Pelajaran Johor sebelum tindakan tersebut ditarik balik dalam tempoh 24 jam selepas itu.

“Ya, hal penukaran itu memberikan kesan di hati suami saya kerana pada hari yang sama juga anak saya dimasukkan ke wad,” katanya.

Ketika ditanya bagaimana dengan keadaan suaminya ketika ini, Cikgu Mala berkata, emosi suaminya sangat stabil dan beliau juga menegaskan dirinya tidak langsung tertekan dengan isu sijil cuti sakit suaminya yang dijadikan bahan kempen dalam pilihan raya kali ini.

“Saya yakin dengan integriti pihak yang mengeluarkan sijil cuti sakit ini. Apa pun tohmahan atau fitnah yang tidak benar akan berbalik kepada orang yang menyebarkan fitnah itu. Insya-Allah, Allah akan memelihara saya daripada sebarang fitnah dan hasad dengki,” katanya.

Jelasnya isu serangan peribadi sudah tidak relevan untuk memancing undi pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

“Isu ini telah disensasikan dengan kaitan peristiwa yang tidak berasas. Isu sakit ini perlu tanya kepada doktor,” katanya.





Sebuah kenderaan pacuan 4 roda terjatuh ke dalam anak sungai di sebuah ladang sawit di Jalan Taman Jalil Alip, Batu 14 di Sandakan. Seorang lelaki meninggal dunia, mangsa dikenali sebagai Adami Madi. Bagaimanapun 2 lagi terselamat, iaitu pemandu dan juga seorang anak Adami - malaysiasensasi.net

Industri filem melayu semakin baik beberapa tahun kebelakangan ini. Jumlah kutipan juga semakin meningkat setelah lama rekod dipegang oleh filem arahan Aziz M.Osman berjudul Lagi – Lagi Senario yang mengutip sebanyak 6.33juta pada awal tahun 2000. Kini filem-filem melayu terus mencatatkan kutipan yang memberansangkan. Berikut adalah senarai filem-filem melayu yang bakal berada di pawagam untuk tahun 2011 - malaysiasensasi.net


Dikemaskini Pada 19/01/11 1:26 PM

ps: Maaf ya kerana MalaysiaSensasi menggunakan istilah 'filem melayu' dan bukan filem Malaysia. Kenapa?...kerana suatu ketika dahulu sewaktu filem melayu tidak mendapat sambutan ia digelar FILEM MELAYU bukan filem Malaysia. Tetapi apabila filem melayu berada ditahap terbaik rasanya eloklah dikekalkan dengan gelaran FILEM MELAYU kan? :)

Anda bengang tak kalau kalah lumba lari. Atau sebelum itu anda dipotong oleh saingan terdekat anda?. Tentu marah kan..untuk melepaskan rasa marah, amalan  seperti di bawah ini mungkin salah satu penyelesaiannya - malaysiasensasi.net

Dalam video ini memaparkan seorang lelaki yang kelihatan seperti berbangsa cina sedang mengajar anjingnya berdiri. Bagaimanapun dia akan memukul anjing itu jika ia gagal berdiri. Sesekali anjing tersebut ditendang. Sungguh kesian melihat video ini, MalaysiaSensasi tidak menonton video ini hingga habis, kerana tak sanggup melihat anjing tersebut diseksa. 


Mamat dalam video ni memang bangang. Perangainya sama macam Israel. Menurut sumber, lelaki ini ialah rakyat Malaysia. Sesiapa yang mempunyai maklumat boleh hubungi The Society for the Prevention of Cruelty to Animals (SPCA) di talian 03-42565312 or 03-42535179. Biar mamat bangang ni kena tangkap - malaysiasensasi.net

Kemaskini: Gambar

Gambar-gambar di atas menunjukan seorang pelajar University of Albertan bername Josh Le telah memakai seluar jean selama 15 bulan tanpa membasuhnya. Dia memakai jeans tu pada September 2009 hingga Disember 2010. Dia sebenarnye dalam process mengkaji tentang pembiakan bekteria, dia ingin menguji berapa banyak bakteria yang boleh terkumpul jika seseorang itu tidak membasuh seluar dalam tempoh yang lama - malaysiasensasi.net


Adakah pengetua program 'lagho' AF 9 adalah orang Indon? iaitu Ahmad Dhani. Beberapa web hiburan tempatan sibuk membincangkan hal yang tidak berfaedah langsung kepada kemakmuran dan ekonomi negara ini. Jika gosip ini benar, maka tambah lagi satu 'produk' seberang ke Malaysia - malaysiasensasi.net

Gara-gara kakak sulung gagal memberikan wang gaji hasil kerja sambilan di kedai makan kepada bapanya, empat beradik iaitu tiga perempuan berusia lapan, 10 dan 14 tahun serta seorang lelaki berusia tujuh tahun terpaksa bermalam dalam hutan ketika hujan lebat berhampiran Kampung Guntung dekat sini, selepas dihalau bapa mereka yang panas baran, awal pagi semalam.

Selain itu, kakak sulung berusia 14 tahun yang sudah tidak bersekolah mendakwa turut diterajang lelaki berusia 59 tahun itu sebelum tiga lagi adiknya dihalau keluar dari rumah mereka di Kampung Saujana di sini, kira-kira jam 1 pagi. 

Lebih memeranjatkan, penderitaan empat beradik yang terpaksa berlapar sepanjang malam dalam kesejukan itu membongkar kejadian lebih tragis kerana mereka sebenarnya sering didera lelaki terbabit apabila disepak, diterajang, ditumbuk, dihentak dengan hulu parang serta dicucuh puntung rokok. 

Kesan kecederaan semua mangsa terbongkar selepas mereka dibawa ke Hospital Setiu (HS) di sini, untuk rawatan lanjut.

Sejarah hitam empat beradik itu berakhir apabila diselamatkan orang ramai yang menemui mereka di sebuah wakaf di Kampung Guntung, selepas dihalau lelaki berkenaan yang ‘naik hantu’ gara-gara kakak sulung gagal memberikan wang diminta.

Lelaki terbabit juga dikatakan berang dengan tindakan seorang daripada anaknya menghantar SMS kepada ibu mereka yang melarikan diri dari rumah sejak September tahun lalu. 

Harian Metro difahamkan, walaupun ibu kanak-kanak berkenaan meninggalkan mereka, dia masih berhubung melalui telefon dan sejak ketiadaannya, kehidupan empat beradik itu tidak terurus. 

Semua kanak-kanak berkenaan ditemui seorang penduduk kampung yang kebetulan melalui kawasan hutan itu untuk menghantar anaknya ke sekolah yang kemudian memaklumkannya kepada penduduk kampung. 

Mereka kemudian menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Setiu yang kemudian memaklumkan jabatan itu tidak mempunyai kuasa sebelum mereka menghubungi Balai Polis Permaisuri. 

Berikutan itu, sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian dan menyelamatkan kanak-kanak berkenaan yang kelihatan amat letih dan lesu sebelum menghantar mereka ke HS untuk pemeriksaan kesihatan dan kini dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu. 

Ketika dirawat, detik hitam empat beradik terbabit terungkai apabila mereka didapati mempunyai kesan lebam dan luka lama dipercayai akibat didera. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Setiu dan berkata, semua kanak-kanak itu kini ditempatkan di HSNZ selepas dirujuk dari HS. 

“Laporan polis itu dibuat orang ramai yang terserempak dengan kumpulan kanak-kanak terbabit dalam keadaan tidak bermaya dan letih sebelum menghubungi polis meminta bantuan. 

“Sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi dimaklumkan dan membawa semua mangsa ke hospital untuk rawatan sebelum didapati mengalami kecederaan disyaki akibat didera,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam. 

Susulan aduan itu, beliau berkata, kira-kira jam 7.15 malam semalam, polis menahan bapa kanak-kanak terbabit dan perintah reman terhadapnya akan dipohon bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31, Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

hmetro

Google Inc. (Google) kini mencari tenaga kerja tempatan yang bersifat analitikal dan pintar dalam pelbagai bidang untuk melengkapkan komitmennya dalam mengembangkan rangkaian perniagaan antarabangsanya melalui pembukaan operasi baru di Kuala Lumpur.
Pada masa ini, Google mempunyai lebih 60 pejabat di seluruh dunia termasuk di Singapura yang telah dibuka empat tahun lalu.
Menurut Pengarah Urusan Google Asia Tenggara, Julian Persaud, bakat tempatan berkualiti itu akan dapat membantu pengguna Google mendapatkan maklumat yang diperlukan, pada masa yang sama menyumbang dalam memajukan perniagaan-perniagaan tempatan.
"Pembukaan pejabat ini adalah sebagai langkah untuk kami menawarkan perkhidmatan platform pengiklanan, perkhidmatan web dan pengalaman pencarian terkemuka Google kepada pengguna, pengiklan dan rakan niaga kami di Malaysia.
"Ia juga sebahagian daripada langkah meluaskan pelaburan Google di rantau ini, di samping usaha berterusan untuk menyediakan produk tempatan yang memudahkan kehidupan mereka seperti Google Maps, Google News dan Google Translate," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis pengumuman pembukaan pejabat kedua Google di rantau Asia Tenggara di sini semalam.
Turut hadir ialah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Mukhriz Mahathir dan Ketua Perniagaan Negara Malaysia, Sajith Sivanandan.

Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun yang sepatutnya mendaftar masuk ke tingkatan satu tahun ini dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Kolam Abu, Machang, Kelantan sejak dua bulan lalu.
Remaja itu, Yusnashuha Yusoh (gambar) yang merupakan anak bongsu daripada 10 beradik dilaporkan keluar bersama salah seorang kakaknya, Yusnizaayu, 27, seminggu selepas sambutan Hari Raya Aidiladha pada November lalu dengan kebenaran ibu mereka.
Kakak mangsa, Yusrina Yusoh, 33, berkata, Yusna mengikut adik keempatnya ke Kuala Lumpur untuk berjalan-jalan selepas mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Katanya, kali terakhir mangsa berjaya dihubungi ialah pada 24 Januari lalu oleh salah seorang ahli keluarganya dan menyatakan keinginannya untuk pulang segera ke rumah.

LABIS, 26 Jan: Kerana bimbangkan bilik gerakan mereka terlindung oleh sebuah kedai di Felda Tenang, kedai makan milik seorang peniaga ikan telah dirobohkan baru-baru ini. 



(GAMBAR ATAS: BONGKAK...Keadaan tapak kedai selepas dirobohkan iaitu gambr pada 23 Januari. Semacam satu penyataan Umno berjaya menjajah tapak ini apabila bendera parti itu dipacakkan sekeliling tapak kedai yang disewa Norehan selepas dirobohkan.) 

Kejadian yang berlaku pada 21 Januari lalu itu sampai kini masih tidak boleh dilupakan oleh Encik Norehan, 39 bersama isterinya. Ini kerana, kedai makan petang dan malam ini menjadi sumber rezeki utama bagi keluarga mereka. 

Kedai tersebut telah disewa oleh Norehan dan dikendalikan oleh isterinya untuk berniaga kedai makan bermula petang (minum petang seperti goreng pisang, kuih muih dan sebagainya) sehingga malam (masakan panas). 

Ia telah dirobohkan pada 20 Januari lepas tanpa pengetahuan mahupun perbincangan dengan Norehan dan isterinya selaku penyewa kedai makan tersebut apatah lagi diberikan pampasan yang sewajarnya. 


 



(GAMBAR: SEDIH...Sampai kini, Norehan sedih dengan apa yang berlaku.) 


"Saya penyewa di situ, sepatutnya paling-paling tidak pihak yang ingin merobohkan kedai saya mestilah meminta pandangan dan berbincang terlebih dahulu dengan saya sebagai tuan penyewa kedai," katanya. 

Apabila ditanya bagaimana detik-detik situasi perobohan kedai makan tersebut dilakukan, Norehan dengan penuh kesal memberitahu "Jam 2 petang, seorang yang bernama En. Raub datang ke rumah saya dan mengarahkan supaya mengeluarkan barang-barang di kedai segera. Katanya, jentolak sudah siap untuk merobohkan kedai tersebut!," ceritanya. 

Selepas bersiap-siap dan bergegas ke kedai makan tersebut, beliau amat terkejut dan sebab sekali apabila mendapati kedainya sudah dirobohkan semuanya! Alatan memasak dan barang-barang yang masih berada di dalam kedainya telah dilonggokkan di satu sudut tidak jauh daripada situ. 

Kedai makan yang beroperasi dari petang sehingga malam dan dikendalikan oleh isteri beliau sendiri merupakan sumber penting pendapatan keluarga di samping beliau turut menjadi penjual ikan dan sayur-sayuran di Felda Tenang ini bagi menampung perbelanjaan harian keluarga. 

"Kedai saya diroboh tanpa diberi sebarang pampasan atau ganti rugi. Tahu-tahu, dah dirobohkan. Kejam! Saya dan isteri bersusah payah mencari sesuap nasi melalui hasil pendapatan dari kedai makan ini yang sudah beroperasi lebih kurang dua tahun. 

"Walaupun sekadar menyewa, saya dan isterilah yang memasang wiring, memasukkan api air, memasang lampu dan kipas dan semua kelengkapan2 tambahan yang lain untuk kesempurnaan kedai makan ini. Belanjanya bukan sedikit," tambahnya dalam nada penuh kesal. 



 


(GAMBAR: HAPUS...Pada 24 Januari, kesan-kesan tapak kedai ini ditimbus dengan batu dan pasir untuk memberi ruang kepada bilik gerakan Umno.) 

Menurut Norehan, pendapatan bersih hasil jualan di kedai makan tersebut mampu mencecah RM80 hingga RM100 sehari. 

Apabila ditanya beliau lagi, adakah isu perobohan kedai makan ini ada kaitannya dengan Pilihanraya Kecil yang sedang berjalan di DUN Tenang, beliau menjawab; 

"Saya tak mahu komen lebih-lebih. Tetapi semua orang di Felda Tenang ini pun sudah sedia maklum bahawa kedudukan kedai saya terletak berhadapan dengan Bilik Gerakan Umno Cawangan Kolam Air. Ada khabar angin menyatakan, petugas-petugas Umno di sini berasa tidak senang apabila Bilik Gerakan mereka terlindung oleh kedai saya ini," beritahu Norehan.

Agak ngeri jugak gambar ni. Kelihatan seorang budak yang nampak mukanya macam bangang telah menyembelih seekor kucing. Gambar-gambar di bawah ini mungkin tidak sesuai utuk dilihat bagi mereka yang penggeli - malaysiasensasi.net


Barisan pimpinan Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat (DHPP) dan ahlinya yang turun padang ke Tenang melihat masyarakat Cina dan India begitu postif terhadap Calon PAS, Normala Sudirman.

Richard Wong, Timbalan Ketua DHPP Perak berkata, mesej ke arah perubahan perlu disampaikan kepada pengundi-pengundi di Tenang.

"Perubahan itu penting bagi menjaga kebajikan dan hak generasi akan datang. Sekiranya mereka mengundi BN, hasilnya tidak sama seperti generasi muda yang terbela di negeri di bawah pimpinan PR," .

Beliau yang turut turun berkempen pagi tadi menyeru pengundi melayu yang masih mempercayai BN agar melakukan perubahan dengan mengenali agama sendiri.

"Jika orang Cina dan India sokong perjuangan PAS, kenapa orang melayu masih takut?

"Bila ada perubahan, akan ada harapan baru," ujarnya.

DHPP juga katanya menyelar tindakan kerajaan terhadap kebajikan peneroka felda yang berhadapan masalah sekiranya harga komoditi kelapa sawit jatuh.

"Apakah nasib peneroka, adakah dibantu?" soalnya.

Nasib generasi kedua felda terhadap isu tanah, pendidikan dan peluang pekerjaan juga turut dipertikaikan DHPP.

Tambahnya, tiada konsep permilikan perkauman di dalam Islam, kerana Islam tidak dimiliki oleh sesuatu kaum.