Koleksi Sensasi

Video ni memang lawak, lawak habis. Dua orang kanak-kanak kembar sedang bersembang dan berkomunikasi sesama mereka. Paling menarik perbualan tersebut hanya mereka yang faham - malaysiasensasi.net

Corak dan budaya negara maju dan tak maju memang jelas ketara. Contohnya gambar di bawah ini, lihatlah betapa displinnya rakyat Jepun (sama seperti rakyat Malaysia) berbanding orang Indonesia dalam mendapatkan bantuan kemanusian akibat bencana alam - malaysiasensasi.net

Betapa displinnya orang Jepun

 
Belum pun reda isu 'paria' dalam novel Interlok, kini timbul pula kontroversi terbaru melibatkan dakwaan isu pendatang dan ketuanan Melayu dalam karya Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain itu.
 
Sekumpulan NGO Cina dan India tampil bersama mengaitkan novel setebal 426 halaman itu dengan agenda menggambarkan masyarakat Cina dan India sebagai pendatang.

"Interlok sepenuhnya menyeru kepada fahaman ketuanan Melayu. Pada pandangan kami, novel ini bukan sahaja tidak sihat (untuk bacaan pelajar) tetapi juga beracun," dakwa Naib Presiden Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) Cheng Su Chean, lapor Malaysiakini.

Pada sidang media di sini, Rabu, Cheng mendakwa beliau dan beberapa wakil NGO yang hadir sama mewakili 45 lagi pertubuhan Cina dan India di seluruh negara.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif KLSCAH Tang Ah Chai, Presiden Yayasan Tamil K Uthayasoorian, Presiden Persatuan Progresif India Malaysia AP Raja Retinam dan Presiden Persatuan Pelajar India Malaysia Kishur Goonasaran yang juga anggota Pasukan Bertindak Interlok Nasional (NIAT).
Cheng turut mendakwa novel itu hampir sama dengan program Biro Tata Negara yang dikatakan ejen "pembasuhan minda" dan mempromosikan perkauman serta perpecahan.

"Interlok menyampaikan mesej utama bahawa Cina, India dan kumpulan minoriti sebagai rakyat kelas kedua sebagai tambahan kepada idea pengasingan antara masyarakat asal (Melayu) dan bangsa asing (Cina dan India)," katanya.

Sehubungan itu, beliau mendesak kerajaan menggugurkan buku tersebut sebagai teks sastera untuk sekolah menengah, bukan dipinda atau ditapis mana-mana bahagian.

"Pendirian kami, kami hormat kebebasan bersuara untuk pengarangnya Abdullah Hussain dan kami tidak menentang buku ini dijual di kedai-kedai," kata Cheng yang juga timbalan ketua wanita bahagian wanita dewan itu.
"Tetapi penyelesaiannya, Interlok tidak patut dijadikan buku teks di sekolah," ujarnya.

Ditanya tentang agenda ketuanan Melayu yang dimaksudkan memandangkan novel itu turut mengkritik bangsa itu, Uthayasoorian menjawab memang perkataan itu tidak disebut dalam Interlok.

Bagaimanapun, tambahnya, cerita tentang pendatang dalam buku itu menggambarkan idea itu. Manakala Kishur pula mendakwa, walaupun terdapat kritikan pada orang Melayu, terdapat novel itu membawa mesej tersirat bahawa mereka mesti bangkit.

"Ini mesej ketuanan Melayu," katanya.
Sementara bagi Tang pula, karya yang ditulis untuk pertandingan sepuluh tahun merdeka lebih 40 tahun lalu itu cuba menggambarkan bahawa negara ini "tanah orang Melayu".

"Melayu sebagai tuan tanah, Cina dan India sebagai pendatang. Ia tidak selari dengan konsep 1Malaysia," tambahnya.

PS: Sedar-sedarlah diri tu kan..kalau betul anda semua menyokong 1Malaysia, hapuskanlah sekolah 'JENIS' yang jelas-jelas mengasingkan bangsa anda dengan bangsa Melayu. Syarikat-syarikat korporat anda juga seharusnya memberi peluang kepada Melayu untuk menjawat jawatan penting, barulah boleh anda cakap soal 1Malaysia

Sila lihat gambar ini...
[tok+janggut.jpg]
Ini merupakan gambar Tok Janggut yang dibunuh dan digantung oleh kerajaan ketika itu. Tok Janggut ialah pahlawan melayu tersohor di negeri Kelantan. Polis melayu itu hanya memerhati pejuang rakyat yang mulia ini. Tetapi kenapa mereka masih mengatakan bahawa pejuang-pejuang seperti Mat Kilau, Tok Janggut, Tok Gajah, Datuk Bahaman dan lain-lainnya sebagai pemberontak dan pengganas?.


Adakah anda pernah melihat pahlawan-pahlawan melayu tersebut memperlakukan askar Inggeris laknat sebegini rupa?. Berdosakan mereka mempertahakan tanah air?. Sebenarnya jika tiada tali barut di kalangan orang-orang melayu pada ketika itu maka jangan bermimpilah kuasa asing hendak memijak bumi melayu ini -malaysiasensasi


UMS Kampus Antarabangsa Labuan (UMS KAL) yang terletak kira-kira 18km dari pusat bandar Labuan merupakan kampus cawangan pertama Universiti Malaysia Sabah (UMS). Pada 1 januari 1999, UMS KAL telah mula beroperasi dengan pengambilan seramai 356 orang pelajar kumpulan pertama pada bulan Mei 1999.

Kampus ini yang dikenali sebagai The Beach Campus kerana kedudukannya yang berhadapan dengan pantai merupakan salah satu institusi pengajian tinggi yang terindah di Malaysia. Suasana kampus yang nyaman dan harmoni menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif.

UMS KAL bercirikan gunaan yang merangkumi kemahiran berkomunikasi, mengurus dan menganalisis bersifat global menarik pelajar antarabangsa, khususnya dari rantau Afrika dan Timur Tengah. Sehingga kini, UMS KAL telah mempunyai kira-kira 100 orang pelajar antarabangsa dari pelbagai negara.

Halatuju program akademik UMS KAL ialah untuk mewujudkan sebuah pusat pengajian tinggi bersifat global yang melambangkan Labuan sebagai sebuah Pusat Perniagaan dan berteraskan kecemerlangan menuju ke arah pembangunan masyarakat dan negara.

Di UMS KAL, pelajar diajar, dididik, dibimbing dan dibentuk secara menyeluruh dalam pelbagai bentuk disiplin pengajian yang unik, dalam persekitaran pembelajaran yang kondusif disokong oleh kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang lengkap dan canggih untuk melahirkan modal insan yang seimbang dalam semua aspek. 

Biarpun menerima kecaman dan kritikan daripada pelbagai pihak sebelum ini Raja Azmi Raja Sulaiman akhirnya membuktikan filem terbaharunya ...Dalam Botol yang menceritakan kehidupan pasangan gay mencatatkan kutipan RM1 juta selepas lima hari ditayangkan.

Filem ini mula ditayangkan di pawagam pada 24 Mac lalu di 41 buah pawagam seluruh negara.

Raja Azmi yang juga penerbit filem itu berkata, kutipan tersebut merupakan satu jumlah di luar jangkaan memandangkan filem-filem yang diterbitkannya sebelum ini tidak pernah meraih kutipan sebanyak itu dalam tempoh lima hari.

Kos produksi untuk menerbitkan ...Dalam Botol adalah RM888,000 tidak termasuk promosi.

 

Penyebaran sekeping gambar yang menunjukkan seorang pembantu rumah mengangkat beg seorang anggota tentera di negara Singapura menimbulkan kemarahan orang ramai yang beranggapan pasukan tentera terlalu dimanjakan.

Gambar yang disiarkan oleh media Singapura dan laman-laman maya pada minggu ini menunjukkan seorang anggota tentera lelaki Singapura berpakaian seragam lengkap dan memakai but berjalan di depan tidak jauh dari pembantu rumah wanitanya. Sementara pembantu rumah itu yang mengikut di belakang dilihat menggalas beg tersebut di bahu kirinya.

Tindakan tentera itu menerima banyak komen negatif terutama kredibiliti generasi baru Angkatan Tentera Singapura (SAF). Mereka disifatkan sebagai lembik oleh warga Singapura dan negara lain menerusi laman Twitter dan pelbagai forum di Internet.

"Ini cuma satu insiden. Kesimpulan umum yang dapat saya buat adalah tentera itu secara luarannya nampak sedikit lembut dan dimanjakan," kata penganalisis ketenteraan di Singapura, Bernard Loo dari Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam.

Kementerian Pertahanan difahamkan sedang menyiasat insiden tersebut. Selain ingin mengesahkan semula keaslian gambar yang mencetus pertikaian umum sejak beberapa hari lalu.

Terdapat kajian yang menunjukkan 22 daripada 23 anggota tentera mendapatkan khidmat pembantu rumah untuk membasuh dan menggosok pakaian seragam masing-masing. Sementara 17 daripada jumlah sama mendapatkan pertolongan pembantu bagi membersihkan bilik.

Xu Yuehua 55 tahun , yang kehilangan kakinya dalam sebuah kecelakaan kereta api pada usia 13 tahun, telah menghabiskan 37 tahun membesarkan anak-anak di sebuah lembaga kesejahteraan sosial. Dia telah membela lebih dari 130 anak-anak. Dia bergerak tanpa kaki dengan menggunakan kerusi dan dia menghabiskan hari-harinya pada sepasang bangku kecil, sehingga anak-anak memanggil dia "Mama bangku".

Adakah orang yang sempurna dan sihat boleh melakukan hal yang sama?. Tentunya ada kan..semoga kita juga membahagikan kehidupan ini untuk membantu orang lain juga - malaysiasensasi.net


Aktres Intan Ladyana Mohamad Yahaya, 28, menafikan dakwaan tinggal serumah atau bersekedudukan dengan kekasihnya aktor Kamal Adli di sebuah kondominium di Ampang, Selangor.

Kata pelakon yang mesra disapa Intan itu, dakwaan tersebut adalah tidak benar sama sekali kerana hakikatnya mereka tinggal berasingan. Mengakui Kamal kerap berkunjung ke rumahnya untuk berjumpa atau keluar bersama, Intan bagaimanapun berkata, aktor itu hanya menunggu di bawah dan jarang masuk ke rumah kecuali atas hal-hal tertentu atau kecemasan.

Tambah pelakon filem Kembar Siang itu, dakwaan tersebut mungkin timbul kerana jiran-jirannya sering melihat kelibat Kamal berkunjung di kawasan kediamannya. Tanpa mengetahui cerita yang sebenar, segelintir pihak mudah membuat tanggapan dan andaian masing-masing dengan menyebarkan cerita tersebut.


Trio Datuk 'T' yang mendedahkan rakaman video aksi seks didakwa melibatkan mirip seorang pemimpin pembangkang tidak akan dilindungi di bawah Akta Pemberi Maklumat sekiranya pihak berkuasa mendapati ada kes.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata mereka tidak boleh mendapat perlindungan di bawah akta itu kerana mereka telah mendedahkan maklumat itu kepada orang awam.

Bagaimanapun, mereka boleh dilindungi di bawah Akta Perlindungan Saksi sekiranya berlaku pertuduhan bersabit dengan video seks itu selepas siasatan dilakukan.
mstar


Bintang filem legenda Hong Kong Jackie Chan, 56, menjadi mangsa terbaru laman sosial Twitter apabila berita mengenai kematiannya ekoran serangan jantung tersebar luas di Internet, Isnin.

Menurut laporan yang dipetik daripada ibnlive.com, khabar angin itu tersebar apabila sebuah artikel palsu yang menggunakan nama CNN telah dimuatnaik oleh seorang penulis blog bergelar Skiphopz.

Susulan artikel berjudul 'Jackie Chan Meninggal Akibat Serangan Jantung' itu, laman Twitter telah dibanjiri limpahan ucapan takziah daripada kalangan peminat.

Pelakon Zed Zaidi (gambar) memberi amaran kepada artis muda di bawah Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) supaya menyertai setiap acara yang dianjurkan oleh persatuan tersebut.

Ini kerana antara 1,000 artis muda yang berdaftar, hanya dia dan pelakon Jehan Miskin menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Seniman pada Sabtu lalu di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Zed merupakan pemangku Timbalan Presiden dan Ketua Biro Seniman Muda. Sementara 43 artis lain yang hadir ke mesyuarat tersebut adalah di kalangan artis veteran.

Rasanyan rakyat 1Malaysia :p, tentu dah tahu akan tarian poco-poco. Dikatakan berasal dari Indonesia, dan ada juga mendakwa ia berasal dari Filipina. Di Malaysia, ianya menjadi tarian kegemaran dari golongan bawahan hinggalah golongan atasan. Baru-baru ini, ia telah difatwakan sebagai HARAM. Mari baca - malaysiasensasi.net


Tiga daripada 12 peserta Akademi Fantasia 9 (AF9) yang diumumkan petang semalam terdiri daripada bintang realiti TV bukan terbitan Astro. Pengumuman yang diadakan di AEON AU2 Setiawangsa memperkenalkan Ahmad Afif Tirmizie (Afif), 24, bekas peserta program Mystar LG musim pertama manakala Mohamad Azri Abdullah (Azri), 23, menyertai musim kedua program sama.

Seorang lagi pelajar yang pernah menyertai program realiti TV ialah Hairul Najmuddin Abu Samah (Erul), 19, yang pernah menjadi protege Jaclyn Victor. Bagaimanapun, ketika menyertai program itu Erul tampil secara berkumpulan menerusi kumpulan Evo. Tidak hanya menampilkan bintang realiti, AF9 turut memperkenalkan adik bintang AF4, Diddy Hirdy iaitu Nur Haidir Muhd (Kay), 22.

Selepas lima kali percubaan bermula musim kelima, tahun ini nasib menyebelahi Kay apabila diterima sebagai keluarga AF9. Selain itu, Afif mempunyai tali persaudaraan dengan pelakon kacak, Kamal Adli yang muncul dengan filem Kembar Siang.

Melengkapkan kuota enam pelajar lelaki AF9 ialah Mohamad Amirullah Jahari (Amir), 18, dan Fahrur Raqib Abdul Majid (Raqib), 20.

Manakala, pelajar wanita terdiri daripada Lenaber Haidir (Lena), 20, Zulaika Zahari (Laika), 22, Nur Atiqah Shaffudin (Eka), 21, Roshammizah Rosli (Miza), 27, Nur Suhada Jebat (Aida), 18 dan Queennera Francine Francis Kitingon (Nera), 19. Lebih menarik, semua peserta AF kali ini mempunyai ciri khas suara yang unik serta personaliti tersendiri.

Pada majlis sama, barisan tenaga pengajar turut diperkenalkan. Mereka ialah Syafizawati dan Ning Baizura yang mengendalikan vokal, Adlin Aman Ramlie (seni persembahan), Fatimah Abu Bakar (guru bahasa Inggeris dan motivasi) dan Aris sebagai guru tari.

hmetro

Mana satu minah Arab yang paling comel?. Sememanya semua mereka comel-comel belaka, memang cun melecun. Paling tak tahan tu awek Palestin pun ada - malaysiasensasi.net

Setelah lebih dari 100 tahun, sepucuk surat rahsia yang ditulis oleh Khilafah Utsmani ke-27, Sultan Abdul Hamid II (18842--1918) kepada Syaikh Mahmud Abu Shammat as-Syadzili telah ditemui. Dokumen pentingyang bersejarah itu ditemui oleh keluarga ahli waris Syaikh Abu as-Shamat yang kini menetap di Suriah. Ammar Abu Shammat, salah satu anggota keluarga ulama tersebut, kini telah menyerahkan naskah asli surat tersebut ke Presiden Suriah Bashar El-Assad.

Surat tersebut dikirimkan secara diam-diam kepada mentor spiritualnya, Syaikh Shammat, yang juga Mursyid Tarekat Syadzuliyyah, melalui salah seorang penjaga istana pengasingan di Salonica. Isi surat tersebut turut menjadi salah satu data penting bagi filem dokumentari tentang Sultan Abdul Hamid II yang arahkan oleh pengiat filem terkenal Turki, Mehmet Fudeil. Filem tersebut pernah disiarkan oleh Aljazeera.


Nathan Thomson, kanak-kanak berusia 9 tahun telah menjadi hero kepada keluarganya apabila dia menyelamatkan ibunya dari tikaman orang yang tak dikenali

BNathan tertusuk di bahagian muka ketika dia berkelahi untuk menyelamatkan ibunya dari seorang tak dikenali.Nathan Thomson melompat ke atas punggung Hugh Clark,seorang pemabuk yang ingin menikam ibu Nathan, Ena ketika mereka berada di jalan pada malam hari.Pemabuk itu lalu beralih ke arah Nathan dan menghunuskan pisaunya ke arah Nathan setelah menusuk Ena sebanyak 8 kali. Nasib baik keduanya selamatdan berjaya dihentikan pihak berkuasa yang berada di sekitar tempat kejadian - malaysiasensasi.net

Seorang jurutera Amerika Syarikat (AS) yang membantu mencipta Arpanet, Paul Baran meninggal dunia pada usia 84 tahun di California pada Sabtu lalu, lapor akhbar The New York Times semalam. Arpanet adalah merupakan sistem Internet pertama di dunia yang digunakan oleh tentera AS.

Memetik kenyataan anak lelaki saintis berkenaan, akhbar The New York Times menyatakan bahawa Baran meninggal dunia di rumahnya di Palo Alto, negeri California akibat barah paru-paru.

Dalam beberapa kertas kajian teknikal yang disiarkan dalam tahun 1960-an, Baran mencadangkan untuk membina satu rangkaian komunikasi yang lebih kebal terhadap serangan atau gangguan siber berbanding rangkaian komunikasi sedia ada, kata laporan tersebut.

Menurut The New York Times, ciptaan Baran yang dihasilkan pada pertengahan tahun 1960-an adalah jauh ke hadapan daripada zamannya, sehinggakan sebuah syarikat komputer utama AS, AT&T menolak untuk bekerjasama membina rangkaian komunikasi itu. Arpanet kemudian dibina oleh Jabatan Pertahanan AS dalam tahun 1969, lapor akhbar The New York Times. Ia akhirnya digantikan dengan Internet yang kita kenali sekarang. - AFP

Para pendengar stesen radio Red FM kini berpeluang untuk memenangi wang tunai sehingga RM50,000 menerusi peraduan Red FM’s 50K Music Takeaway.
Dengarkan segmen Red FM’s Breakfast (Isnin hingga Jumaat pukul 6 hingga 10 pagi), gandingan penyampai Rudy dan Jeremy akan mengumumkan lagu pilihan minggu tersebut pada setiap Isnin.

Pendengar hanya perlu menghantar Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) sebanyak mungkin apabila lagu tersebut ke udara pada bila-bila masa sepanjang hari.
Untuk menyertai peraduan ini, pendengar hanya perlu menaip perkataan JOIN jarak jarak dan hantarkan ke 33988.

Apabila lagu tersebut diputarkan, SMS perkataan PLAY ke 33988. Anda boleh menghantar sebanyak mungkin bagi mencerahkan lagi peluang untuk dipilih oleh Rudy dan Jeremy.

Untuk info lanjut, layari www.red.fm. Sertai Red FM (Malaysia) di Facebook atau ikuti di Twitter (@iloveredfm). Peraduan Red FM’s 50K Music Takeaway bermula sejak 7 Mac lalu.

Kos serangan Amerika Syarikat (AS) yang mengetuai serangan ke atas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi akan mencecah AS$1 bilion (RM3.02 bilion) walaupun konflik itu disifatkan bukan satu kepentingan kepada negara kuasa besar tersebut.

Wang itu digunakan untuk memusnahkan kemudahan pertahanan udara Gaddafi selain mengebom kereta kebal dan menguatkuasakan zon larangan terbang yang diluluskan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.


Para pemimpin menjangka berdepan tugas sukar untuk meyakinkan Kongres AS bagi memperoleh dana tambahan. os operasi di Libya dijangka meningkat dengan pantas. Misalnya, kos peluru berpandu Tomahawk yang dilancarkan dari kapal dan kapal selam berharga sekurang-kurangnya AS$1 juta (RM3.02juta) setiap satu.

Jet pejuang F-15 Eagle milik AS yang terhempas pada minggu dilaporkan berharga AS$30 juta (RM90.82 juta)

https://lh4.googleusercontent.com/-IniEyqlvoio/TW1jiu_Q3pI/AAAAAAAAIXA/N20CxmSRWfQ/s1600/lg.jpg

Lady Gaga memang terkenal dengan fesyen mengarut kini cuba menghasut golongan muda Malaysia untuk mengadakan protes aman bertujuan tidak menapis lirik lagunya, lirik lagunya yang mempromosikan gay dan lesbian agak melampau. Jom tengok video bodohnya, tetapi jangan terpengaruh pulak - malaysiasensasi.net



Tahukah anda kenapa kulit budak ini jadi sedemikian rupa?. Sebenarnya, kulit budak ini terbakar kerana lama sangat meletakkan laptop diatas peha. Suhu dari laptop boleh mencapai 52 darjah selsius. Dalam sesetengah kes, kawasan yang terbakar bolehbertukar menjadi kanser. Kebanyakan laptop meletakkan processor di bahagian kiri dan bahagian inilah yang paling panas pada sebuah laptop. Jadi beringat-ingatlah - malaysiasensasi.net

Toraja terletak Sulawesi Selatan, Indonesia. Tanah Toraja sangat unik, terutama dalam hal penguburan mayat. Mayat-mayat tidak dikubur, tetapi diletakkan di dalam gua-gua di bukit batu. Mayat-mayat ini ditemani oleh patung-patung yang menggambarkan orang yang meninggal tersebut. Di sini juga terdapat kuburan di bukit batu. Salah satu bentuk perkuburan adalah kuburan batu yang dibuat di bahagian atas tebing di ketinggian bukit batu. Menurut kepercayaan animisme Aluk To Dolo di kalangan orang tanah Toraja, makin tinggi tempat diletaknya mayat tersebut makin cepat rohnya bertemu dengan Tuhan - malaysiasensasi.net


Meminjam wang dari bank dapat memaksimakan pulangan dividen dengan bayaran ansuran yang rendah. Teknik ini sesuai untuk tempoh pinjaman yang panjang kerana dengan tempoh pinjaman yang panjang, bayaran ansuran bulan menjadi rendah. Pelabur dinasihatkan untuk memilih pinjaman dari bank yang menawarkan kadar faedah yang rendah dan tempoh bayaran yang panjang. Pilih jumlah pinjaman yang bersesuaian dengan kemampuan anda, ingat…. Anda terpaksa membuat bayaran ansuran setiap bulan sepanjang tempoh tanpa gagal.

Sejauh ini Maybank menawarkan pinjaman sehingga RM200K, tempoh pinjaman sehingga 25 tahun dengan kadar faedah BLR – 1.65% (5.55% - 1.65% = 3.9%), untuk pinjaman RM30K keatas.

A(1) – Bayaran ansuran pinjaman sehingga selesai
Pinjaman ASB RM200K, tempoh 25 tahun, bayaran bulan RM1070.
Jumlah bayaran RM1070 x 12 = RM12,840 x 25 = RM321,000
Jumlah dividen RM200K x 7% = RM14,000 x 25 = RM350,000
Jumlah ASB RM200K + RM350K = RM550K
Keuntungan RM550K – RM321K = RM229K
Peratus keuntungan: RM229K x 100 / 321K = 71.34% (25 tahun)

A(2) – Bayaran ansuran tahun pertama, tahun berikutnya dibayar dengan dividen
Pinjaman ASB RM200K, tempoh 25 tahun, bayaran bulan RM1070
Bayaran ansuran RM1070 x 12 = RM12,840
Dividen 7% x RM200K = RM14,000 <<>
Baki dividen RM14,000 – RM12,840 = RM1160
Baki dividen (kasar) RM1160 x 25 = RM29K
Jumlah ASB RM200K + RM29K = RM229K
Keuntungan (kasar) RM229K – RM12,840 = RM216,160
Peratus keuntungan: RM216,160 x 100 / 12,840 = 1683.49% (25 tahun)

Bagi mereka yang mampu membayar ansuran bulanan berterusan selama 25 tahun, jumlah ASB yang terkumpul ialah sebanyak RM550K. Bagi mereka A(2) pula ansuran bulan selama setahun (tahun pertama) sebanyak RM12,840, tahun-tahun berikutnya dibayar dengan dividen, jumlah ASB yang terkumpul ialah sebanyak RM229K, tetapi peratus keuntungan lebih tinggi.

Beruntunglah bagi mereka yang berkemampuan untuk mendapatkan loan ASB maksima RM200K. Jangan bimbang, Maybank menawarkan pinjaman dari RM10K sehingga maksima RM200K, jadi pilihlah jumlah pinjaman yang anda mampu membayarnya. Sebagai contoh pinjaman RM50K, tempoh 25 tahun, ansuran bulanan RM261. Pilih teknik A(2)

A(3) – Bayaran ansuran tahun pertama RM50K setiap tahun
Pinjaman RM50K, tempoh 25 tahun, ansuran bulanan RM261
Bayaran ansuran RM261 x 12 = RM3132
Dividen 7% x RM50K = RM3500
Baki dividen RM3500 – RM3132 = RM368
Baki dividen (kasar) RM368 x 25 = RM9200
Jumlah ASB RM50K + RM9200 = RM59,200
Kauntungan (kasar) RM59,200 – RM3132 = RM56,068
Peratus keuntungan RM59,068 x 100 / 3132 = 1790.16% (25 tahun)

Ulangi A(3) setiap tahun. Dengan ansuran bulanan yang rendah mengikut kemampuan anda, tetapi masih mampu untuk memaksiman ASB anda.

Pelabur juga dinasihatkan supaya mengambil insuran kerana jika perkara yang tidak diingini berlaku, baki pinjaman dapat dijelaskan oleh pihak insuran.

Rancang persaraan anda. Selamat melabur.

Nota: terma & syarat serta repayment table sila lihat >
http://www.maybank2u.com.my/mbb_info/m2u/public/personalDetail04.do?channelId=LOA-Loans&cntTypeId=0&cntKey=LOA10.02&programId=LOA10-ASBFinancing&chCatId=/mbb/Personal/LOA-Loans

Jika sebelum ini orang ramai yang kehilangan MyKad atau pasport perlu membuat laporan polis namun kini mereka tidak perlu berbuat demikian. Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mahmood Adam berkata, mereka yang kehilangan kedua-dua dokumen itu hanya perlu ke Jabatan Imigresen atau Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk membuat permohonan baru mulai 1 Mac lalu.

"Mengikut rekod sebanyak empat juta laporan polis telah dibuat sehingga hari ini.

"Kita tidak mahu lagi menyusahkan pihak polis dan mengambil inisiatif ini untuk membantu meringankan beban mereka," katanya selepas Majlis Penyerahan Pangkat Kehormat Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) di sini semalam.

kosmo


Bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, masing-masing menafikan mereka ditahan polis berhubung siasatan video seks yang dikatakan membabitkan seorang lelaki yang mirip seorang ahli politik terkenal dengan seorang wanita.

Laporan the Star Online hari ini berkata kedua-dua mereka dipercayai ditahan polis tetapi kini dibebaskan dengan jaminan polis.

"Apa? Saya tak tahu yang saya ditangkap. Sekarang ini saya di rumah. Saya hanya ke (ibu pejabat) polis malam tadi bagi membantu siasatan mereka dan setelah beri keterangan, saya pulang ke rumah.

"Tiada disebut mereka mengenai tangkapan. Mungkin mereka (the Star) anggap beri keterangan malam tadi sebagai tangkapan. Saya tidak tahu. Saya di rumah,” kata Rahim.

Eskay pula yang sedang tidur, ketika dihubungi melalui telefon juga terkejut apabila diberitahu mengenai laporan portal berita itu.

NONE"Malam tadi, saya hari beri kenyataan mengikut Seksyen 112 (Kanun Prosedur Jenayah). Saya serahkan rakaman video dan itu sahaja. Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik pulang lebih awal selepas kenyataannya dirakamkan. Saya pulang kemudian selepas menyerahkan barangan berkenaan untuk siasatan polis.

"Saya tidak tahu banyak mengenai prosedur polis kerana jarang berurusan dengan mereka (polis). Namun, saya tidak fikir yang sama ditahan. Saya tidak menandatangani apa-apa dokumen.

Sedang tidur

“Saya sekarang di rumah dan sedang tidur bila awak telefon. Saya deman selesema akibat terkena hujan lebat semalam. Maaf, saya agak pening kerana demam,” kata Eskay (kiri).

Sementara itu, akhbar harian berbahasa Cina hari ini melaporkan Datuk Shuib Lazim - datuk ketiga dalam kumpulan 'Datuk T' - dibawa dari rumahnya di Sungai Petani, Kedah ke Bukit Aman.

Menurut isteri Shuib, polis datang dengan menaiki kereta peronda. Adalah dipercayai beliau sedang memberi keterangan di Bukit Aman.

NONEIsnin lalu, Rahim dan Eskay yang menamakan kumpulan mereka bersama bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim sebagai 'Datuk T' mengaku bertanggungjawab menayangkan video lucah kepada wartawan terpilih di hotel Carcosa Seri Negara.

Semalam, Rahim yang juga bekas ketua pemuda Umno memberi keterangannya kepada polis di Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Bercakap kepada pemberita selepas selesai disoal siasat, Rahim berkata beliau telah menyerahkan rakaman asal video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang kepada polis.

Selain itu, beliau juga menyerahkan kepada polis seutas jam tangan, yang dikatakan diambil dari bilik hotel di mana adegan seks itu dirakam.

Selain Rahim, turut memberi keterangan berhubung video seks tersebut semalam ialah Eskay.

Ahli parlimen Sungai Petani, Johari Abdul (kiri) juga memberitahu Malaysiakini bahawa beliau bukan dua lelaki yang dilaporkan ditahan polis itu.

Johari sebelum ini pada sidang akhbarnya mengakui menonton pita video lucah yang ditunjukkan kepadanya oleh kedua-dua Rahim dan Eskay pada Isnin lalu.