Koleksi Sensasi

Anda anti MLM?. Sekarang semakin ramai orang melayu yang telah sedar. Terima kasih juga diucapkan kepada  blogger http://aididmuaddib.blogspot.com/ kerana berani menyatakan pendapat beliau yang bernas.

Malaysiasensasi juga merupakan salah seorang yang anti dengan bisnes MLM. Kerana dalam bisnes tersebut terdapat banyak sangat perkara yang tak betul, contohnya si penjual sistem SMS blaster. Boleh pulak sistem yang semurah RM10 tu dijual beratus-ratus ringgit dan orang yang join tu pulak bukan nak sistem SMS tu sebenarnya, tetapi nak pelan pemasaran MLM tersebut. Ini dah tak betul.

Kebanyakan orang MLM tak mengaku MLM dan menafikan mereka terlibat dalam sistem piramid. Kononnya mereka bukan MLM tapi networking. Begini, cuba ambil contoh gambar di bawah. Bukankah ia akan membentuk piramid juga?
Kesian..orang bawah tak dapat apa-apa. Orang atas juga yang kaya
Malaysiasensasi sangat kesian melihat orang melayu yang siang malam table talk, spam email orang, dan habiskan masa berjam-jam di internet untuk mencari downline. Sedangkan mereka sendiri tidak tahu dan mungkin tidak sedar yang hasil dari pekerjaan yang mereka lalukan itu mungkin, tidak berkat, dan duit tersebut diberi makan pada anak-anak. Kesian budak-budak tu tak tahu apa-apa. Memang hal berkat itu urusan Allah. Tetapi bukankah yang haram dan halal itu jelas.

Bagi malaysiasensasi, MLM itu adalah skim cepat kaya yang hanya merosakkan bangsa. Bayangkan jika rakyat malaysia ada 28juta dan anda adalah rakyat yang terakhir. Semua rakyat Malaysia lain sudah masuk MLM 'penipu' contohnya, jadi siapa lagi nak jadi downline anda?....

Untuk mendapat info lebih lanjut mengenai MLM anda boleh layari blog
http://aididmuaddib.blogspot.com/

ps: ini adalah pendapat peribadi sahaja. Bukan semua MLM bersifat haram, ada juga yang betul..tetapi bilangannya terlalu sedikit

Bagi yang tak dapat menonton rancangan Maharaja Lawak, jangan kecewa. Tindakan Astro menukar saluran rancangan tersebut kepada pakej saluan berbayar memang agak mengecewakan. Tapi takpe..dunia dah moden takkan nak langgan pakej saluran tersebut semata-mata nak layan Maharaja Lawak kan. Youtube kan ada...jom layan


Man

Nabil

Balas

Jambu

Sepah


Putera William dan isterinya, Kate yang juga Duchess of Cambridge berdiri di luar Westminster Abbey selepas Majlis Perkahwinan Diraja yang disiarkan secara langsung ke seluruh dunia di London pada Jumaat (29/5/2011)

Posting kali ini adalah gambar-gambar awek skinhead. Ala..setakat perempuan apa la sangat, dress je ganas tapi dalam hati ada taman. Itulah 'muka legand, hati cute' - malaysiasensasi.net


Pada tahun 1995, Peng Shulin seorang lelaki dari China mengalami kecelakaan yang dasyat. Kecelakaan ini menyebabkan tubuh Peng Shulin terbahagi menjadi dua bahagian, iaitu bagian kepala hingga pinggang sepanjang 78cm dan lebihnya pinggang ke bawah.

Peng Shulin kemudian dirawat di sebuah hospital di China. Selama 12 tahun, Peng Shulin berbaring tanpa boleh berjalan, kerana tubuhnya yang hanya tinggal 78cm itu sama sekali tidak memiliki paha, lutut mahupun kaki. 

Suatu hari Peng Shulin berkeinginan untuk kembali berjalan lagi. Keinginan ini kemudian mendapat perhatian pihak kerajaan china.

Akhirnya kajian dilakukan mengenai kemungkinan ini. Hingga akhirnya hasil kajian ini memberikan sebuah jawapan yang melegakan hati Peng Shulin. Mereka membuatkan tubuh bahagian bawahnya membentuk seperti telur.

Berkat semangat yang sangat tinggi, Peng Shulin dengan giat berlatih berjalan dengan menggunakan alat ini, hingga akhirnya Peng Shulin dapat berjalan kembali. Di bawah ini adalah gambar-gambar ketika Peng Shulin dengan penuh semangat belajar berjalan - malaysiasensasi.net


Memang hangin satu badan dan malu sekampung kalau kena macam wartawan ni kena. Tengah asyik bercakap, tiba-tiba dia kena berak dek burung. Siap masuk dalam mulut lagi. Live pulak tu - malaysiasensasi.net


Kira-kira 700 duit syiling perak, batu cermin dan barang kemas penduduk Mayan pada era tahun 1500-an ditemui di dasar laut di luar pantai Republik Dominica.

Ia ditemui oleh satu pasukan dari kumpulan pencari harta karun, Deep Blue Marine selepas mereka melakukan tinjauan 67.59 kilometer dari pantai dengan menggunakan peralatan berteknologi tinggi.

Semasa membuat tinjauan itu, seorang nelayan tempatan menjual kepada mereka satu syiling lama yang ditemuinya semasa menyelam.

Anggota-anggota pasukan pencari harta karun itu mendapati ia merupakan antara duit syiling yang paling lama pernah ditemui.

"Kami bercakap kepada lelaki itu jika dia menunjukkan lokasi duit syiling tersebut ditemui, anda boleh bekerja dengan saya," kata Naib Presiden Deep Blue Marin, Randy Champion.

Kebanyakan duit syiling itu tidak mempunyai tarikh menyebabkan anggota-anggota kumpulan tersebut membuat rujukan dengan mencari maklumat menerusi sejumlah buku untuk mengetahui tahun duit berkenaan.

Menurut Champion, pasukan itu menyelam pada musim luruh yang lalu dan akan pergi ke lokasi tersebut dalam tempoh dua minggu lagi. Bangkai kapal itu kini dipenuhi pasir dan terumbu karang.


Amerika Syarikat (AS) - Polis menangkap seorang lelaki yang cuba menarik teman lelaki Paris Hilton selepas pasangan itu tiba di sebuah mahkamah kelmarin untuk memberi keterangan terhadap seorang suspek yang cuba memecah masuk rumah selebriti berkenaan pada tahun lalu.

Seorang jurugambar agensi berita Associated Press (AP) dan beberapa wartawan yang mewawancara pasangan itu melihat seorang lelaki cuba menarik leher teman lelaki Paris, Cy Waits sebelum dia dicekup seorang pengawal peribadi selebriti tersebut dan dibawa keluar.

Lelaki berkenaan, James Rainford, 36, ditangkap kerana cuba mencederakan Waits dan dia kini ditahan dengan ikat jamin AS$20,000 (RM59,540).

Insiden berlaku ketika Paris dan Waits berjalan memasuki bangunan Mahkamah Tinggi di Van Nuys untuk memberi keterangan terhadap Nathan Parada, 31, yang didakwa cuba merompak kediaman Paris.

"Seorang penceroboh menumbuk belakang kepala Waits semasa kami berjalan masuk ke dalam bangunan mahkamah itu," kata Hilton di akaun Twitternya.

Mereka bagaimanapun meninggalkan mahkamah tersebut tanpa sebarang kecederaan. 

Seorang perempuan dibunuh ketika berbincang dengan kekasihnya di China melalui webcam. Oleh kerana jarak jauh sahaja, lelaki itu tak mampu mencegah kejadian yang dilihatnya langsung di layar monitor.

Qian liu, 23 tahun, berasal Beijing nampak berusaha menyelamatkan diri ketika seorang lelaki masuk ke biliknya di York University Village, Toronto, Kanada. Padahal, waktu itu Qian liu bersembang dengan kekasihnya di China.

Pembunuhan yang belum diketahui identitinya ini mengetuk pintu bilik Liu pada pukul 1 pagi, waktu tempatan. Liu membuka pintu untuk lelaki itu. Liu kelihatan seperti tahu identiti 'tetamu' tersebut. Di sudut lain, pembunuh itu tidak tahu bahawa ada saksi yang melihat dari jauh aksi jahatnya.

Pembunuh digambarkan berkulit putih, berusia 20 an, tinggi 6 kaki dan didakwa sebagai menyukai Liu. Kekasih Liu yang berada di China sempat menghubungi sahabat Liu yang tinggal di Kanada mealui lama sosial. Sayangnya, polis muncul ke lokasi pembuuhan 10 jam setelah kejadian dan menemukan Liu sudah meninggal dalam keadaan setengah telanjang.

Pihak polis belum mengumumkan penyebab kematian dan menggunakan gambar webcam milik teman lelaki Liu yang tidak didedahkan namanya itu untuk proses penyelidikan - malaysiasensasi.net

Benarkah bala tentara Dajjal telah muncul? Pertanyaan ini muncuk ketika Israel memperkenalkan “Kfir” yang merupakan brigade elit Israeli Defenses Force (IDF).

Brigade ini dibentuk sebagai “900th Brigade” atau Brigade ke-900, yang masuk dalam unit paling elit satuan infanteri IDF di bawah Kementerian Pertahanan Israel.


Brigade Kfir berada di bawah komando Division 162 (Utzvat Haplada). Nama asal Brigade tersebut adalah “KFR”, kerana sistem huruf Ibrani tidak mengenal huruf hidup.

Pasukan ini juga merupakan kesatuan anti pengganas yang paling efektif di negara Israel. Bukan itu saja, perusahaan penerbangan Israel bernama IAI yang bekerja sama dengan agen pemerinta juga telah melancarkan pesawat tempurnya yang diberi nama Kfir.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda bahawa ciri-ciri fizikal Dajal, selain bermata satu, di jidatnya juga ada aksara Arab “Ka Fa Ra” atau Kafir.

Kafir berarti “Tidak mempercayai”. Dajjal dan para pengikutnya memang tidak percaya pada Allah Swt, kerana mereka lebih percaya pada Iblis atau Lucifer.

Di hadis lain, Rasul juga mengatakan bahawa Dajjal akan memimpin pasukan yang berjumlah 70,000 pasukan. Dan di hadis lainnya pula disebutkan bahawa Dajjal hanya memiliki satu buah mata. Coba perhatikan gambar di bawah ini :

Jadi benarkah pasukan Dajjal telah muncul? Benarkah kiamat semakin dekat? Hanya Allah yang tahu.

Seorang lelaki tidak dikenali lengkap berpakaian hitam seperti ninja digelar sebagai penyelamat kerana sering menghulurkan bantuan kepada orang awam di jalan-jalan sekitar Royal Tunbridge Wells, Britain.
Lelaki dipercayai berusia 25 tahun yang memakai topeng dengan pakaian seperti atlet judo itu memerhatikan jalan-jalan raya, menegur setiap kesalahan orang ramai, sekali gus menjadi hero kepada penduduk di bandar Kent.
Antara tugas yang dilakukan oleh ninja tersebut termasuk memulangkan semula kucing yang hilang kepada pemilik haiwan itu dan memberi amaran kepada para pemandu supaya meletakkan kenderaan mereka di kotak parkir yang ditetapkan bagi mengelak risiko disaman.
Dia juga membantu warga tua untuk melintas jalan sehingga membuatkan ramai penduduk yang cukup berterima kasih kepada ninja tersebut.
Ninja itu juga memuat turun gambar dan videonya di laman sosial Facebook dengan menyatakan bahawa dia ingin menegakkan keadilan di sekitar Kent.
"Ada segelintir orang di Facebook mendakwa saya sengaja mereka-reka cerita tentang ninja ini. Tetapi saya akui, sayalah ninja itu.
Polis Kent Barat mengaku pihaknya tidak menyedari kemunculan ninja tersebut.
Namun, ia memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menegakkan undang-undang dengan menggunakan pendekatan sendiri.


Tidak tahan dibebani harga petrol yang melambung tinggi, seorang lelaki di Finland mengubah suai sebuah trak pikap miliknya bagi membolehkan kenderaan itu bergerak dengan menggunakan kuasa kayu api.

Setelah mengalami pengubahsuaian, enjin V6 trak jenis Chevrolet milik Juha Sipila kini dijana asap daripada dapur kayu api yang dipasang di belakang trak tersebut.

Pada kapasiti penuh, dapur tersebut boleh diisi dengan kayu api yang mencukupi untuk menggerakkan trak itu sejauh 1,280 kilometer.

Lelaki itu mendakwa, traknya boleh mencapai kelajuan maksimum 144 kilometer sejam dan dia menamakan kenderaannya El Kamina yang bermaksud dapur dalam bahasa Finland.

Teknologi dapur kayu itu yang pertama kali digunakan pada kenderaan semasa kekurangan bekalan petrol ketika Perang Dunia Kedua, didapati lebih mesra alam berbanding enjin petrol atau diesel.


Bahagian kedua rakaman video seks hitam putih yang pelakunya didakwa seorang lelaki mirip pemimpin pembangkang bersama pelacur China mula tersebar di Internet semalam.

Rakaman berdurasi satu minit 47 saat itu dipercayai rakaman akhir selepas pasangan itu dipercayai melakukan hubungan seks.

Klip video itu memaparkan gelagat pelaku lelaki yang mulanya memakai tuala seolah-olah baru mencuci badannya. Dia berbogel sebelum mengenakan pakaian dan meninggalkan bilik tersebut.

Si wanita pula berbogel sebelum masuk ke bilik air.

Dalam klip itu, bahagian alat sulit pasangan itu dikaburkan.

Klip video yang tersebar dalam Internet bermula pukul 2 petang semalam dipercayai susulan daripada rakaman video seks yang mula tersebar dalam Internet pada 3 April lalu.

Rakaman sebelum ini memaparkan imej lelaki dan seorang wanita yang dipercayai baru memasuki sebuah bilik.

Klip video yang dimuat naik dalam Internet tiga minggu lalu dihentikan sebelum pasangan itu melakukan hubungan seks.

Mengenai penyebaran klip video semalam, maklumat yang diperoleh daripada laman YouTube menunjukkan rakaman video itu dimuat naik oleh seorang bernama Wakparjosudorno ke dalam YouTube.

Mengikut maklumat mengenai Wakparjosudorno dalam laman pengguna YouTube, individu berusia 37 tahun itu membuka akaun tersebut kelmarin dan berasal dari Indonesia.

Namun tidak ada maklumat lanjut mengenai lokasi rakaman itu kemungkinan di muat naik.

Rakaman yang dimuat naik itu turut memaparkan tarikh 21 Februari 2011. Rakaman bermula pada masa 22:43:51 dan tamat pada 22:45:35.


Seorang penjaga gol kelab Bury, Cameron Belford diserang dan ditumbuk di muka oleh seorang remaja yang marah selepas dia membiarkan bola membolosi gawangnya dalam satu perlawanan bola sepak di stadium Chesterfield London.

Kejadian tersebut turut melibatkan seorang remaja perempuan yang menunjukkan isyarat lucah kepada penjaga gol berusia 22 tahun itu. Kejadian itu berlaku selepas Belford lepaskan bola masuk ke dalam gol pada minit ke-87 yang ditendang oleh pemain pasukan lawan, Ryan Lowe.

Seorang kanak-kanak perempuan yang mengikat rambut seperti ekor kuda pula meunjukkan isyarat lucah kepada penjaga gol berkenaan. Jurucakap polis Derbyshire, Inspektor Russell Dakin berkata, tangkapan telah dibuat berhubung insiden tersebut. Dalam pertandingan itu, Bury menang 3-2 mengatasi Chesterfield sekali gus dapat melangkah ke Liga Pertama.


Ireland Utara - Seorang jurugambar, Tam Mullen berjaya merakamkan sekeping gambar yang menunjukkan dua orang gadis memeluk erat sebatang tiang lampu bagi mengelak daripada dihanyutkan ombak besar yang muncul secara tiba-tiba dari laut di sebuah jeti di sini pada Isnin lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Mullen yang kebetulan berada berhampiran kawasan jeti itu sempat merakamkan aksi dua gadis yang ketakutan dan berpeluk di sebatang tiang lampu ketika ombak besar menghampiri mereka.

Dua gadis itu bernasib baik kerana mereka tidak dihanyutkan ke laut.

Mereka kemudian dilihat bergegas meninggalkan jeti tersebut dalam keadaan gembira kerana terselamat. - Agensi


Tindakan kontraktor sebuah projek membina hotel di Jalan Merdeka, Banda Hilir di sini menebang beberapa batang pokok berusia ratusan tahun amat dikesali Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Ahli Majlisnya, Mohd. Yusof Abu Hassan berkata, pokok-pokok yang mempunyai nilai sejarah itu sepatutnya dilindungi dan dipulihara bersesuaian dengan kedudukannya di Zon Penampan Tapak Warisan Dunia yang diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) pada 7 Julai 2008.

“Saya kesal dengan perbuatan syarikat kontraktor yang menebang lima batang pokok di tanah lapang di antara Jalan Merdeka dan Jalan Parameswara berhampiran Hotel Equatorial di sini kerana ia dilakukan secara haram.

“Salah satu batang pokok yang ditebang itu dikenali sebagai angsana berusia ratusan tahun yang menjadi tanda sempadan laut sebelum Banda Hilir ditambak antara yang telah ditebang,” katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.

Mohd. Yusof memberitahu, tindakan menebang pokok terbabit oleh syarikat kontraktor swasta itu tidak pernah mendapat sebarang kelulusan daripada Jabatan Perancang Bandar, MBMB,” ujarnya.


Penyanyi era tahun 60-an, Datin Orkid Abdullah, 64, kini terlantar di rumahnya kerana menghidap penyakit ketumbuhan hormon tidak stabil (paraganglioma) sejak tiga tahun lepas.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu berirama Ghazal, Penawar Rindu itu tidak mampu bergerak dan aktiviti hariannya terpaksa diuruskan oleh tiga anaknya.

Anak bongsu Orkid, Eenaz Datuk Mokhtar, 31, berkata, ibunya menjadi semakin lemah sejak awal tahun ini kesan daripada tumor yang kini sudah merebak ke sistem badan.

“Kami difahamkan oleh doktor bahawa penyakit itu jarang ditemui di dunia. Kira-kira 20 peratus sahaja penduduk dunia menghidapnya di mana hormon berkembang dengan tidak menentu sehingga menjadi tumor.

“Ibu menjalani pembedahan pertama pada 2008 untuk membuang satu tumor. Bagaimanapun ia tumbuh semula kira-kira dua tahun selepas itu dan terpaksa dibedah lagi pada Februari tahun lalu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Dataran Ukay di sini semalam.


Di Indonesia, seorang lelaki, Pego Guntoro berjaya merakamkan gambar hantu kuntilanak di celah sebatang pokok di sebuah jambatan yang runtuh.Gambar itu dirakamkan oleh Guntoro menerusi telefon bimbit berkamera pada petang Isnin lalu.

Dalam imej tersebut, hantu kuntilanak itu memakai baju labuh berwarna putih, rambut panjang mengurai manakala tangannya tidak kelihatan.

"Jika diperhatikan, ia seperti kuntilanak," kata seorang rakan Guntoro yang hanya mahu dikenali sebagai Ratno.

Menurutnya, semasa gambar itu dirakamkan, Guntoro kelihatan ketakutan dan menghantar imej tersebut kepadanya.Penduduk di sekitar lokasi jambatan itu mengaku kuntilanak pernah dilihat di kawasan tersebut.

Seorang penduduk yang hanya dikenali sebagai Agus menyatakan bahawa dia pernah melihat kuntilanak dengan wajahnya yang cukup cantik semasa melintas di atas jambatan itu.Kuntilanak merupakan hantu yang dipercayai berasal dari ibu hamil yang mati. 

Entah apa nak jadi pada remaja zaman sekarang. Dengan pergaulan bebas dan pelbagai lagi masalah sosial yang imbul dalam masyarakat, tentunya menjadi satu masalah yang besar pada negara. Agak-agak aksi dalam gambar di bawah ni boleh dikatogerikan sebagai masalah sosial tak? he he he - malaysiasensasi.net


Dalam sembilan tahun terakhir, Baojun Yuan telah memperbaiki lebih dari 2000 foto-foto lama orang ramai secara percuma. Servis yang dilakukan adalah dengan niat untuk berbakti memandangkan kos untuk membaiki gambar lama adalah mahal. Mari saksikan sebahagian hasil kerjanya - malaysiasensasi.net

Jika selama ini kita selalu memandang orang putih, terutamanya orang Amerikat Syarikat adalah cerdik, hari ini mari kita lihat. Diorang ni sebenarnya cerdik ke tak cerdik? - malaysiasensasi.net


21 merupakan hari yang dikatakan malang kepada King Louis XVI. Dia ialah  raja Perancis. Ketika King Louis XVI masih kecil, dia diperingatkan oleh seorang ahli nujum supaya sentiasa berjaga-jaga pada hari ke-21 pada setiap bulan.

Louis menjadi takut oleh ramalan itu dan tidak pernah melakukan sebarang kerja atau urusan pada hari ke-21. Bagimanapun sebagai manusia, Louis tidaklah sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga.
  1. Pada tarikh 21 Jun 1791, mengikut revolusi Perancis, Louis dan ratunya ditahan di Varennes.
  2. Pada 21 September 1791, Perancis menghapuskan institusi beraja dan diisytiharkan sebagai sebuah negera republik.
  3. Akhirnya pada 21 Januari 1793, King Louis XVI telah dihukum bunuh dengan guillotine iaitu sejenis alat pancung kepala dahulu kala.


Sekarang tak kira lu Abang Long ka, lu Ayahanda ka, ini KL gua pegang (durasi ke 0:42). Itu adalah skrip dalam filem KL Gangster arahan pengarah muda Shamsul Yusof. Agak panas ayat tu kan? siap ada facebook sendiri lagi - klik sini. Apapun tak sabar rasanya nak menonton filem ni, macam menarik - malaysiasensasi.net




Pelakon : Aaron Aziz, Syamsul Yusof, Zizan Raja Lawak, Adi Putra, Sofi Jikan, Sheera Iskandar dan Ridzuan Hashim. Filem ini bakal menemui anda di pawagam pada 9th June 2011


Seorang penyanyi, Lee Mi mencetuskan kekecohan kerana dia melakukan protes separuh bogel di depan pejabat Presiden Taiwan, Ma Ying-jeou. Tindakan itu dibuat kerana dia mahu membangkitkan kesedaran mengenai kempen keselamatan nuklear.

Dalam protes itu, dia duduk sambil memegang poster yang menutup payu daranya manakala beberapa orang lagi memakai baju berwarna putih.

Bagaimanapun, beberapa anggota polis datang dan menghampiri penyanyi berkenaan.

Tubuh badan penyanyi itu yang separuh bogel kemudian ditutup dengan sehelai kain oleh anggota-anggota polis wanita.

Tunjuk perasaan itu diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-25 krisis Chernobyl, Ukraine yang berlaku pada 26 April 1986.

Isu keselamatan nuklear semakin mendapat perhatian masyarakat dunia ekoran kejadian yang berlaku di loji jana kuasa nuklear Fukushima Daiichi di timur laut Jepun yang bocor akibat dilanda ombak tsunami pada 11 Mac lalu. Sehingga kini loji itu gagal dibaiki menyebabkan berlaku kebocoran radioaktif.


Hari ini, saya terasa sangat rindu pada ayah yang saya panggil abah...orang yang berusaha keras membesarkan saya dan adik beradik. Lalu malam ini saya yang juga admin malaysiasensasi tuliskan coretan ini untuk mengambarkan betapa besarnya jasa ayah...Kita selalu meletakkan kekasih kita di satu sudut yang paling istimewa di ruang hati.Namun, sedarlah..bahawa ibulah yang selayaknya diberikan penghormatan tertinggi. Begitu juga dengan ayah. Namun, ayah selalu sahaja kita lupa. Tidak rindukah pada ayah?..
  1. sewaktu kecil kita selalu meminta wang dari ibu, tetapi wang itu sebenarnya diberi oleh ayah kepada ibu
  2. ayah sering sahaja merotan dan memarahi, tetapi lihatlah diri kita hari ini...itulah ajaran ayah
  3. ayah rela meninggalkan anak dan isteri untuk keluar bekerja
  4. ketika kita meminta sesuatu dari ayah dan ayah tidak melayani permintaan kita. Tahukah..bahawa di dalam hati ayah sangat ingin menunaikannya tetapi ayah tidak ada wang yang banyak
  5. bagi ayah yang bekerja di ladang, pulangnya ke rumah dengan keringat yang membasah baju, tetapi tetap dia berikan senyuman untuk keluarganya
  6. hari ini...dengan keringat dari ayah, kita adalah apa yang kita jadi hari ini..jika kita gagal jangan salahkan ayah, salahkan diri sendiri.
  7. betapa mulianya seorang lelaki bernama ayah...
  8. suatu hari nanti apabila ayah sudah tak berdaya, adakah kita mampu menjaga ayah?
  9. suatu hari apabila ayah menghembuskan nafas terakhir, adakah kita boleh menguruskan jenazah ayah..
  10. Sempatkah kita mencium tangan ayah?..atau pernahkah kita mencium pipi ayah yang selalu mencium kita semasa kecil dulu?
  11. adakah kita masih mengabadikan kenangan-kenangan indah bersama ayah? atau sudah lupa?
Jika ayah kita masih hidup, maka sering-seringlah pulang ke kampung. Percayalah, riang yang teramat sangat apabila ayah dan ibu melihat wajah anak kecilnya dulu telah menjadi dewasa, telah memiliki kereta. Malah lebih bahagia orang tua itu jika dibawa bersama cucu-cucu kesayangannya. 


Jika kampung kita jauh, dan wang tidak banyak untuk pulang kampung..percayalah, bahawa wang kita akan sentiasa dicukupkan oleh Allah. Kita tidak akan tidak cukup makan jika membelanjakan wang untuk menziarahi ibu bapa..jangan hanya balik setelah mereka menutup mata dan jiran-jiran sudah membaca yassin...


Mari dengar lagu ini - malaysiasensasi.net



GOMBAK - Kejam! Perbuatan penjenayah terhadap mangsanya semakin sukar dijangka dengan kes terbaru polis menemui 10 batang jari seorang lelaki yang dikerat 'cantik' dibuang atas landasan kereta api berhampiran Taman Sri Putra Emas, Kuang di sini semalam.

Kesemua jari yang dibungkus di dalam beg plastik berwarna putih itu ditemui pada pukul 9.55 pagi oleh pejalan kaki sebelum memaklumkannya kepada kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Difahamkan, jari tersebut telah dilemparkan dari atas Jambatan Jintan tepat ke atas landasan iaitu di Kilometer 363 dari Butterworth ke pekan Kuang.

Siasatan awal polis mendapati, kesemua jari berkulit gelap tersebut diikat menggunakan pita pelekat sebelum dikerat serentak.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, ketika itu pekerja KTMB terbabit hanya menyedari lima batang jari di dalam beg plastik tersebut.

Bagaimanapun katanya, selepas diperiksa, polis mendapati terdapat lima lagi jari yang disyaki dikerat dari dua belah tangan milik seorang lelaki.