Koleksi Sensasi

Inilah gambar sekitar majlis perkahwinan DJ, pelakon dan penyanyi Popular, Salih Yaakob. ajlis Pernikahan ini berlangsung pada 30hb Mei, 2011 Jam 3:30 Petang Di Masjid Jamek Bandar Kulai dan Majlis Jamuan di Rumah Kediaman Rasmi YDP MP Kulai.


Sumber +zonselebriti+

Satu peringatan untuk pengguna facebook untuk tidak memberikan terlalu banyak maklumat peribadi diri sendiri. 

Gadis dalam gambar di bawah ini meletakkan gambar-gambar menariknya di facebook. Jadi sudah tentu ramai yang akan meminta untuk menjadi kawan dan dia pun menerima pelawaan tersebut.

Tetapi, salah seorang dari rakannya memintanya untuk bertemu dan menurut sumber yang malaysiasensasi.net perolehi, ia berkaitan denga seks. Tetapi gadis ini tidak mahu. Malangnya, dia telah meletakkan semua info di facebook seperti alamat dan nombor telefonnya. Sehingglah 'rakannya' muncul di rumahnya dan kemudian gambar-gambari di bawah ini menceritakan kisah apa yang terjadi - malaysiasensasi.net


Sumber:
http://message.snopes.com/showthread.php?s=e24003d2c96a58a06f7938e4c329fd98&t=56717&page=2


Tindakan sebuah lori melalui jalan raya yang merekah mengundang padah apabila jalan berkenaan tiba-tiba runtuh dan menyebabkan kenderaan itu terbenam ke dalam satu lubang besar.
Kemalangan itu berlaku Changchun, wilayah Jilin di timur laut China. Pemandu dan kelindan lori cedera dalam nahas tersebut, tetapi tiada laporan sama ada mereka parah atau sebaliknya.
Pihak berkuasa yang menyiasat kejadian tersebut mengesyaki lori berkenaan membawa muatan berlebihan semasa kejadian.
Terdapat sekitar 100,000 kematian pada setiap tahun akibat kemalangan jalan raya di China iaitu dua kali ganda lebih tinggi daripada Amerika Syarikat (AS). Sedangkan AS memiliki empat kali ganda lebih banyak kenderaan berbanding China.

Selama ini kita mengetahui bahawa Jan Koller (Republik Ceko) dan Peter Crouch (England) adalah pemain bola sepak yang mempunyai ketinggian luar biasa bebanding pemain lain, tapi sebenarnyaa kedua pemain tersebut tidak masuk ke dalam senarai 5 pemain bola sepak tertinggi di dunia ini. Berikut senarai  pemain bola sepak yang memiliki tinggi melebihi Jan Koller (202 cm) dan Peter Crouch (201 cm) seperti yang dipetik dari Thebesteleven - malaysiasensasi.net


1. Kristof van Hout – 208 cm

Penjaga gawang kebangsaan Belgium ini bermain untuk kelab Liga Belgium, Standard Liege. Dengan tubuh setinggi 2,08 meter, pemain bola sepak ini dianggap yang paling tinggi di dunia.

2. Yang Changpeng – 205 cm

Ketika ini, striker yang berasal dari China ini bermain untuk kelab Three Gorges Kangtian, China. Pemain ini juga digelar sebagai Peter Crouch-nya China.

3. Vanja Iveša – 205 cm
Kiper Kroasia ini bermain untuk kelab Liga Turki, Eskisehirspor.

4. Tor Hogne Aarøy – 204 cm
Tor Hogne Aarøy lahir pada tahun 1977 adalah striket Norway yang bermain untuk JEF United di Jepun. Sebelum bermain di Jepun, pemain tinggi ini bermain di kelab Aaslesun FK di Norway

5. Øyvind Hoås – 203 cm
Striker Norway ini bermain di division 2 di Norway bersama kelab Sparta Sarpsborg FK. Dia juga seorang bekas pemain kebangsaan Norway pada usia 21 tahun dan telah dikaitkan dengan Norwich City.


Walaupun sudah berusia 74 tahun dan bergelar nenek, kekuatan dan stamina Ernestine Shepherd sukar ditandingi oleh wanita muda. Malah, warga emas itu diiktiraf Guinness Book of Recordssebagai ahli bina badan wanita kompetitif paling tua di dunia.
Suaminya yang berusia 54 tahun, Collin Shepherd berkata, sejak 18 tahun lalu, isterinya telah menyertai 18 acara marathon dan memenangi dua pertandingan bina badan. Pasangan tersebut menetap di Baltimore, Amerika Syarikat (AS) bersama anak lelaki dan seorang cucu yang berusia 14 tahun.
Mengenai rutin hariannya, Ernestine bangun seawal pukul 3 pagi untuk bermeditasi sebelum berjoging sejauh 16 kilometer di sebuah taman.
Dia cuma makan nasi perang, dada ayam dan sayuran bersama segelas putih telur tiga kali sehari untuk kekal bertenaga dan langsing.

Satu video lamaran pernikahan menarik jutaan pengakses di YouTube dalam waktu yang singkat. Cara pembuatan dan kualiti hasil video tersebut memang malaysiasensasi boleh dipuji.

Pencipta video berdurasi sekitar 7 minit itu adalah Matt Still yang berasal Atlanta, Amerika Syrikat. Tajuk video tersebut ialah "Greatest Marriage Proposal EVER!!!"

Video tersebut awalnya memperlihatkan kekasih Matt yang bernama Ginny Joiner duduk di bangku sebuah panggung seperti biasa sebelum filem dimulakan, seperti biasa pawagam menampilkan sejumlah trailer filem lain yang akan tayang.

Tiba-tiba, muncullah sebuah trailer filem yang nampak pelik. Adegannya menampilkan dua orang lelaki yang tidak kelihatan wajahnya saling berbual.

Betapa terkejut Ginny setelah melihat bahawa kedua orang itu sebenarnya adalah ayahnya dan kekasihnya, Matt. Matt meminta izin pada si ayah untuk melamar Ginny.

Kemudian adegan filem tersebut menunjukkan Matt berlari menuju pawagam di mana Ginny nonton. Dan pada adegan klimaks, Matt benar-benar muncul di hadapan Ginny untuk menyampaikan lamaran pernikahan.

"Kau adalah segalanya bagiku. Maukah kau berkahwin denganku?," kata Matt sambil berlutut di hadapan Ginny.

Ginny yang terharu tanpa berfikir panjang menerima lamaran kekasihnya itu, disambut tepuk tangan pengunjung panggung lain yang sebahagiannya sebenarnya adalah ahli keluarganya sendiri. Video lamaran ini sekarang telah dilihat lebih dari 5 juta kali di YouTube - malaysiasensasi.net

Bila teringat kurma mesti teringat kat kurma Yusof Taiyoob. Sebab iklan dia selalu keluar masa bulan puasa. Tapi kalau jenama macam yang dalam gambar di bawah ni agak-agak senang tak nak ingat - malaysiasensasi.net

Jika ada ada pemetik api yang sudah habis gas, lebih elok jangan dibuang. Apa kata anda cuma dulu menghasilkan seni rekaan seperti di bawah ni - malaysiasensasi.net

Seorang pekerja butik berdepan hukuman denda sehingga RM100 selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam gara-gara mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang anggota polis.
Nur Syafa Watiha Wahab, 19, dari Kampung Telaga Batin, Seberang Takir mengaku melakukan kesalahan itu selepas jurubahasa mahkamah membacakan pertuduhan di hadapan Pendaftar Kanan Mahkamah Majistret, Rusilah Nik.
Mengikut kertas pertuduhan, Nur Shafa Watiha didakwa mengeluarkan perkataan 'polis bodo' (bodoh) kepada seorang anggota polis di depan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di sini pada pukul 1 petang pada 28 Mei lalu.
Bagi kesalahan itu, dia yang berasal dari Kampung Telaga Batin boleh dihukum di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang boleh didenda tidak melebihi RM100.
Rusilah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM1,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Jun depan sebagai tarikh sebutan fakta dan keputusan kes.


Jom kita tengok video maharaja lawak minggu ke 9, tak payah la nak tulis panjang-panjang. Kita tengok je ye. Kali ni kumpulan Jambu memang lawak nak mampos. Cuma orang gila je yang akan cakap kumpulan Jambu tak lawak :) - malaysiasensasi.net

Sepah

Balas

Jozan

Nabil

Lawak nabil macam meniru lawak Jim Carrey, lihat video dibawah...


Jambu
Jambu memang BEST!

R2


Bonifacio (Corsica): 70 meter Di atas Laut Mediterania:  Bonafacio terletak di selatan pulau Corsica merupakan komuniti terpadat di pulau tersebut. Kota ini terletak di lereng tebing yang berketinggian 70 meter di atas permukaan laut yang dinamakan sebagai ''white limestone cliffs'. Tempat ini merupakan rumah dari yacht-yacht mewah dari seluruh dunia - malaysiasensasi.net


Bandar Verona di Itali, merupakan tempat tinggal Romeo dan Juliet, sepasang kekasih dalam cerita Shakespeare, setiap tahun mereka menerima sekitar 1,000 pucuk surat yang ditujukan kepada Juliet pada setiap hari Valentine - malaysiasensasi.net

Mahkamah Perusahaan memerintahkan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad membayar tunggakan bonus dua bulan gaji kepada petugasnya bagi 2009.
Dalam keputusan yang diumumkan pada 24 Mei, presiden mahkamah itu Susila Sithamparam berkata Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) yang membawa kes itu ke mahkamah telah membuktikan bahawa Utusan Melayu mencatat keuntungan pada tahun berkenaan.
Kata beliau dalam penyata beraudit 2009 yang terkandung dalam laporan tahunan yang sama, Utusan Melayu mengisytiharkan bahawa ia mencatat keuntungan kumpulan berjumlah RM5.121.
"Responden (Utusan Melayu) tidak boleh menolak hakikat bahawa ia adalah sebuah syarikat pemegangan dan mempunyai anak syarikat. Mahkamah berpendapat perkataan "keuntungan" atau "profit" dalam Perkara 44 Perjanjian Bersama membawa maksud keuntungan yang diraihnya sebagai sebuah syarikat pemegangan pada 2009.
"Kesatuan itu telah membuktikan responden (Utusan Melayu) mencatat keuntungan pada 2009," katanya.
Susila memerintahkan Utusan Melayu mematuhi Perkara 44 Perjanjian Bersama dengan serta-merta.
"Oleh kerana responden telah memberi bayaran ex-gratia sebulan gaji kepada setiap petugasnya untuk 2009, maka ia boleh menolak jumlah yang telah dibayar itu daripada bayaran bonus dua bulan gaji yang perlu dibayar kepada mereka untuk 2009," katanya.
NUJ membawa kes itu ke mahkamah pada 23 Mac tahun lepas apabila Utusan Melayu tidak membayar bonus dua bulan gaji kepada petugasnya untuk 2009 dengan alasan sehingga 31 Dis 2009, penerbit akhbar Utusan Malaysia itu mengalami kerugian RM26,169,490 sebagai syarikat individu.
NUJ memohon mahkamah memerintahkan syarikat itu supaya mematuhi Perkara 44 Perjanjian Bersama bertarikh 5 Sept 2006 yang ditandatangani antara NUJ and Utusan Melayu (M) Bhd.
Dalam kenyataan Jumaat, setiausaha agung NUJ V Anbalagan melahirkan harapan agar pengurusan Utusan Melayu mengkaji dengan teliti award itu dan menjelaskan semua bayaran tertunggak yang wajar diterima petugasnya berasaskan semangat keharmonian perusahaan.
Katanya anggota kesatuan itu daripada Utusan Melayu adalah antara kumpulan yang menerima gaji paling rendah daripada lapan cawangan bersekutu NUJ. - BERNAMA

7 orang ibu ini memang agak unik sekali. Mereka hidup berjiran di Pontypridd, South Wales. Mereka bertujuh ini melahirkan anak secara berturutan selama tujuh minggu.

Pada mulanyamereka tidak mengetahui bahawa akan melahirkan bayi-bayi mereka secara berturutan seperti ini, kerana sebelumnya mereka tidak rapat satu sama lainnya, kerana ada 30 rumah di sepanjang jalan tersebut.

Nia Edwards adalah yang pertama melahirkan di antara tujuh ibu tersebut, kemudian disusul secara berurutan oleh Karen Hulse ibu dari bayi Catrin, Kirsty Davies ibu bayi Macsem, Jane Prentice-Jenkins ibu bayi Brook, Sharron Bateman ibu bayi Poppy, Jo Morgan ibu bayi Ava and Angela Fomison ibu dari bayi Harriet, seperti yang dilaporkan Dailymail (27/4/2011).


Kini mereka menjadi sangat akrab, setiap satu minggu sekali mereka selalu berkumpul ddan mereka juga merancang akan menyekolahkan anak-anak mereka nanti di satu sekolah yang sama dan pada satu kelas yang sama - malaysiasensasi.net

Amat memalukan, apabila wartawan sempat merakamkan aksi seorang ahli parlimen sedang menonton pornografi. Arifinto mengaku imej porno yang ditontonnya berupa kiriman email. Namun foto-foto hasil tangkapan fotografer Media Indonesia, M Irvan, menunjukkan ahli politik tersebut sedang memilih thumbnail untuk membuka folder dari tablet pc-nya. Irvan menyakini kalau Arifinto membuka folder untuk menonton video porno bukan dari email.


Filem KONGSI adalah filem aksi komedi mengisahkan penyiasatan ASP Shariff terhadap kes pembunuhan di kalangan kumpulan kongsi gelap di sekitar Kuala Lumpur. Kumpulan kongsi gelap ini terdiri daripada tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India yang selalu bergaduh selepas berlakunya sesuatu kes pembunuhan.

ASP Shariff akhirnya berjaya mengesan seorang pembunuh upahan bernama Tumulak yang terpaksa melakukan pembunuhan untuk menebus hutangnya. Pelbagai peristiwa berlaku disebabkan perbuatan Tumulak dalam usahanya menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap itu.

ASP Shariff yang ditugaskan membanteras pergerakan kongsi gelap ini berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam usahanya. Dia juga diugut apabila anak dan isterinya diculik.



DOWNLOAD







sumber link: itsmesepul


Penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dijangka menyertai Rejimen Askar Wataniah dalam masa terdekat.

Menurut Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Siti bersetuju menyertai pasukan tersebut selepas direstui suami, Datuk Khalid Mohd Jiwa.

"Siti bersetuju menyertai Askar Wataniah atas sokongan suaminya," katanya pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 Jabatan Latihan Khidmat Negara dan Pemakaian Pangkat Kolonel Kehormat kepada Ketua Pengarah jabatan itu Datuk Abdul Hadi Awang Kechil di Kementerian Pertahanan di sini, Khamis.

Seorang lagi penyanyi, Jaclyn Victor, dan bekas pengacara TV3 Maznah Zolkifli turut melahirkan hasrat menyertai pasukan sukarelawan itu. Tambah Ahmad Zahid, dia turut mengajak beberapa pelakon lelaki untuk menjadi askar wataniah.

"Mereka dijangka menyertai dalam masa terdekat dan majlis pelancaran akan dijalankan sebelum mereka menjalani latihan sebelum bulan Ramadan," katanya.

Sesiapa yang menyertai Rejimen Askar Wataniah perlu menjalani dan menamatkan latihan 39 jam dalam masa setahun mengikut kelapangan masing-masing sebelum ditauliahkan. Ahmad Zahid berkata selebriti yang menyertai rejimen itu dapat dijadikan sebagai ikon untuk menarik minat lebih ramai individu di bawah usia 35 tahun menjadi askar wataniah.

Beliau juga berkata Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedia menjalankan tugas sampingan bagi misi mencari dan menyelamat mangsa-mangsa yang terlibat dalam bencana alam.

Katanya meskipun tugas hakiki ATM khususnya Tentera Darat menjadi benteng menjaga kedaulatan dan keamanan negara, pasukan itu sentiasa bersedia menjalankan misi yang memerlukan khidmat mereka.

"Malaysia adalah sebuah negara aman dan tidak terlibat dengan perang maka dalam keadaan aman, tentera darat dan lain-lain perkhidmatan bersedia untuk menjadi tentera 'rakyat'," katanya.

Ahmad Zahid berkata ATM mempunyai aset, peralatan dan jentera yang lengkap serta anggota-anggota yang terlatih untuk menghadapi keadaan darurat termasuk bencana alam.

Dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat pada Sabtu lepas, beliau telah meminta Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Azizan Ariffin dan Panglima Tentera Darat Jen Datuk Seri Zulkifeli Mohd Zin menghantar anggota tentera untuk membantu. -BERNAMA

Gosip percintaan antara aktor Leornado DeCaprio dengan aktres Blake Lively bukan sekadar khabar angin. Pasangan itu mula dilihat berpeluk-pelukan di atas kapal milik sutradara Steven Spielberg pada acara Festival Filem Cannes lalu. Mereka turut dilihat di sebuah kawasan di Portofino, Italia.

Mereka menghabiskan masa bersama dengan berjalan-jalan di kawasan tersebut sambil mengenakan pakaian santai tetapi tidak terlalu menjolok mata. DeCaprio berusaha mengelak daripada pandangan umum dengan mengenakan topi dan berkaca mata hitam.

Bagaimanapun, belum ada keterangan daripada kedua-dua pihak terhadap hubungan tersebut. Namun daripada gambar-gambar yang tersebar menceritakan hubungan cinta yang semakin berputik. Kedua-dua selebriti itu masih lagi bujang selepas putus cinta dengan teman masing-masing. Pasangan ini dikatakan rapat selepas bertemu pada November tahun lalu.

Beberapa tahun lepas, seorang wanita dari Romania melahirkan anak ke-18 secara normal. Itu tidak berapa pelik jika dibandingkan dengan kisah Feodor Vassilyev, seorang wanita yang berjaya melahirkan 69 anak dari rahimnya.

Seperti yang diambil dari laman Telegraph, nama Vassilyev tercatat dalam 'The Guinness Book of World Records' sebagai wanita paling subur di dunia. Dia adalah isteri seorang petani yang berasal dari Russia yang hidup sekitari tahun 1707–1782.

Vassilyev menjalani 27 proses bersalin secara normal untuk melahirkan 69 anak. Dia juga menjalani 16 kali proses kelahiran kembar dua, tujuh kali persalinan dengan anak kembar tiga, dan empat kali melahirkan anak kembar empat.

Pada tahun 1983, muzium rekod dunia juga mengumumkan nama Leontina Espinoza sebagai wanita tersubur di dunia di masa itu. Wanita dari Chili itu diberitakan memiliki 58 anak dari rahimnya. Namun, rupanya makulmat itu palsu.

Siasatan yang dilakukan polis selepas kematian Espinoza mengungkap bahawa wanita itu kenyataannya hanya memiliki 16 anak dari rahimnya. Ia membuat informasi palsu demi mendapatkan santunan dari pemerintah Chili. Atas kasus Espinoza, banyak kalangan yang kemudian menyangsikan kebenaran kisah Vassilyev.

Terlepas dari kebenaran kisah Vassilyev, masih ada Livia Ionce. Di usianya yang ke-47, dia melahirkan anak ke-18. Kelahiran bayi itu membuatnya memiliki total 10 anak gadis danlapan anak lelaki. Anaknya tidak ada yang kembar, maknanya Ionce telah menjalani 18 kali persalinan dalam keadaa prima - malaysiasensasi.net