Koleksi Sensasi

Australia - Seekor buaya besar sepanjang 5 meter (m) membaham sekor buaya kecil berukuran 2.5m panjang. Gambar itu dirakamkan oleh Lyn Minchin yang menaiki sebuah bot bersama rakannya, Michael Milatos dari Darwin. Menurut Milatos, buaya yang besar itu mengheret buaya kecil tersebut tanpa sebarang masalah dengan menggunakan rahangnya. - Agensi. Posted@malaysiasensasi


Di Britain, seorang tukang paip, Colin Furze mencipta motosikal paling panjang di dunia dengan mempunyai 25 tempat duduk dan mampu bergerak pada kelajuan 56.3 kilometer sejam.
Furze menghabiskan masa selama sebulan untuk mencipta motosikal itu. Dia menggunakan rangka sebuah motosikal berkuasa 125cc dan memanjangkannya melalui penggunaan kerangka aluminium. Furze menunggang motosikal sepanjang 100 meter itu sejauh lebih satu kilometer di landasan Saltby, Britain.

Menurut Guinness World of Records, motosikal terpanjang yang pernah direkodkan ialah 14 meter. Dia akan menghantar rakaman video mengenai motosikal itu selain tandatangan beberapa saksi kepadaGuinness World of Records untuk mendapat pengiktirafan sebagai motosikal paling panjang di dunia. - Agensi


Kegilaan seorang pemuda, Chris Staniforth bermain permainan video Xbox hingga 12 jam sehari menyebabkan nyawanya melayang apabila saluran darahnya tersumbat.

Bedah siasat mendapati, Staniforth, 20, mengalami trombosis pembuluh darah (DVT). Penyakit tersebut menyebabkan pembentukan darah beku dalam salur darah manusia akibat duduk terlalu lama.

Darah beku itu yang terbentuk pada kaki, boleh membawa maut apabila ia bergerak bersama aliran darah dan menyumbat paru-paru manusia.

"Saya tidak pernah menjangka perkara seperti ini berlaku. Anak saya tidak dapat dipisahkan dengan Xbox. Saya tidak pernah membayangkan dia berada dalam bahaya kerana hobinya itu," kata bapa pemuda berkenaan, David Staniforth.

Menurut David, anak lelakinya itu mengadu sakit dada dan sesak nafas sebelum rebah baru-baru ini.

Lelaki berkenaan memberitahu, anaknya tidak menghidap sebarang penyakit berbahaya atau komplikasi kesihatan sebelum ini.

Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, 5 pagi Sabtu.

Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah. Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor.

Katanya beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan.

Semalam, doktor mengesahkan anaknya itu mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau 'unstable angina with cardiogenic shock'.

Katanya Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu.

Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, di sini, memohon untuk menukar nama di dalam MyKadnya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu. BERNAMA


PRAGUE - Sepasang kekasih di Republik Czech layak digelar pasangan paling pelik di dunia kerana mereka jatuh cinta selepas kedua-duanya menjalani pembedahan menukar jantina.


Dominik Sejda, 45, atau nama asalnya Ilona Tomeckova, dilahirkan sebagai wanita pernah menjalani pembedahan menukar jantina untuk menjadi lelaki dan dia kini hidup bersama dengan seorang lelaki yang telah menukar jantina menjadi perempuan, Andrea Kajzarova, 32.

Sejda memainkan peranan sebagai lelaki manakala Andrea merupakan wanita dalam hubungan tersebut.

Mereka yang bekerja sebagai pembantu ambulans di dua hospital di sini, berkenalan dalam satu laman web pondan.

Lebih aneh, Sejda pernah melahirkan seorang anak lelaki 25 tahun dahulu, Radim, yang juga telah menjalani pembedahan untuk menukar jantinanya menjadi wanita. 


Sebuah motosikal yang mempunyai reka bentuk seperti seekor naga dicipta oleh seorang artis di Bangkok, Roongrojna Sangwongprisarn dengan menggunakan pelbagai jenis alat ganti dan barang kitar semula.
Roongrojna yang berusia 54 tahun mencipta motosikal unik itu di dalam bengkelnya di Bangkok, Thailand. Dia yang mempunyai empat bengkel di Thailand turut mengeksport pelbagai hasil ciptaannya kepada para pelanggannya dari seluruh dunia.- Reuters


Pasangan pelakon, Norman Hakim dan Memey Suhaiza 'menerima' hadiah perkahwinan dua bulan lebih awal, apabila mereka dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan berkhalwat, yang dihadapi sejak tiga tahun lalu.

Hakim Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Salehan Yatim membuat keputusan itu pada Jumaat, tanpa mendengar pembelaan mereka, selepas berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan prima facie terhadap pertuduhan.

Norman dan Memey yang hadir bersama di mahkamah pada pukul 9.30 pagi, mengakui bahawa mereka agak emosional semasa mendengar penghakiman tersebut menyebabkan mereka menangis.

Pasangan yang akan diijabkabulkan pada 28 September ini, juga tidak putus-putus melafazkan ucapan syukur manakala Norman segera ke surau berhampiran untuk menunaikan solat sujud syukur sebelum ditemubual oleh wartawan.

Sandra Rawline, Seorang wanita berusia 52 tahun di Texas dipecat dari kerjanya kerana rambutnya beruban. Jawatannya digantikan oleh pekerja baru yang 10 tahun lebih muda. Rambut Rawline ini mula ditumbuhi uban sejak berusia 20-an. Kemudian dia mewarnai rambutnya, Rawline dengan bangga memanjangkan dan membiarkan rambutnya itu dihiasi helai-helaian berwarna perak.

Namun, bos syarikatnya kerja tidak suka dengan uban Rawline. Dia diminta menggunakan pakaian yang lebih berkelas, memakai perhiasan, serta diminta mewarnakan rambutnya, semuanya agar dia nampak lebih muda. Si bos mengatakan, perubahan Rawline adalah perlu demi syarikat. Menolak permintaan si bos, Rawline pun dipecat. Selang seminggu, dia digantikan oleh wanita yang usianya 10 tahun lebih muda. Tidak dapat menerima perlakuan ini, Rawline telah mengajukan tuntutan diskriminasi kepada pengadilan Houston.

Rawline berkata, sejak bekerja di syarikat tersebut pada 2003, warna rambutnya selama ini tidak pernah menjadi masalah. Dia bahkan terpilih sebagai pekerja terbaik pada 2004 dan 2005. Akibat pemecatan itu, gaji Rawline turun dari US$48000 sebagai manager, menjadi US$30000 per tahun, setelah bekerja sebagai pekerja khidmat pelanggan di syarikat lain.

CEO Capital Title, perusahaan lama Rawline, menyebut gugatan diskriminasi bekas pekerjanya ini sangat mengada-ada dan tidak berasas. 

dunia.vivanews

Tolong! Awek Aku Pontianak (2011) DVDRip AVI,MKV & RMVB Mediafire
Sinopsis
Tolong! Awek Aku Pontianak adalah sebuah kisah cinta komedi yang terjadi antara manusia biasa dan juga pontianak. Kisah ini bermula apabila Bob telah ditinggalkan oleh teman wanitanya. Sebelum itu, Bob sering bermimpi teman wanitanya bertukar menjadi pontianak. Jadi, selepas berpisah, Bob bersama kawan karibnya berpindah ke rumah baru yang lebih murah sewanya.

Jiran di hadapan rumah mereka merupakan dua orang adik beradik perempuan bernama Maya dan adik perempuannya. Sebelum ini, setiap kali mereka mendapat jiran, mereka akan berpindah ke tempat lain. Tetapi kali ini, Maya memberitahu adiknya bahawa mereka akan terus tinggal di sana dan tidak akan berpindah. Tetapi, adiknya ingin menguji Bob dan kawan karibnya itu. Selepas diuji, ternyata Bob memang seorang lelaki yang baik.

Bob bekerja di sebuah syarikat sebagai Junior Designer. Dia bersama rakan sekerja sering dibuli oleh Head of Department mereka. Segala idea mereka akan dicuri oleh Head of Department mereka. Ini termasuklah idea dan juga konsep perniagaan yang akan dijual kepada pelanggan mereka.

Selepas itu, Maya mula mengajak Bob untuk pergi menonton wayang bersama. Ketika mereka pulang, beg Maya telah diragut oleh peragut. Bob cuma untuk mengambil kembali beg tersebut tetapi malangnya dia telah dipukul oleh peragut tersebut. Akibatnya, Maya telah bertukar menjadi pontianak untuk menyelamatkan Bob. Sejak dari itu, cinta mereka telah berputik.

Head of Department tempat Bob bekerja telah datang rumah Bob untuk melawat Bob. Ketika itu, mereka telah menawarkan Maya untuk bekerja di syarikat mereka dan Maya bersetuju untuk bekerja di sana kerana dia ingin bersama Bob. Jadi, dia telah membantu Bob melakukan tugas di pejabat dan menaikkan nama Bob semasa mesyuarat bersama CEO. Selepas itu, Bob dilantik menjadi Senior Designer kerana CEO amat berpuas hati dengan idea yang Bob berikan.

Head of Department cuba untuk memikat Maya. Dia telah merancang satu tipu helah kononnya ada hantu di dalam pejabat tersebut. Akibatnya, Maya telah berukar menjadi pontianak dan rahsia tersebut telah terbongkar. Selepas itu, mereka merancang untuk mendedahkan rahsia tersebut ketika Costume Party.

Mereka telah menjemput seorang bomoh untuk menangkap Maya dan adiknya. Walau bagaimanapun, rancangan mereka tidak berjaya. Tetapi, Maya telah mendedahkan siapa dirinya kepada Bob. Akibat daripada ketakutan, Bob telah melarikan diri.

Dalam masa yang sama, kawan kepada Head of Department telah diculik oleh Kak Nadia yang merupakan pontianak juga. Ketika Maya dan adiknya tiba di rumah, mereka telah bergaduh dengan Kak Nadia. Adik Maya berjaya melarikan diri dan meminta pertolongan daripada Bob dan bomoh tersebut. Mereka terus ke rumah Maya untuk menyelamatkan Maya.

Setelah berlawan dengan Kak Nadia, akhirnya Kak Nadia berjaya dibunuh oleh Bob. Tetapi, Maya dan adiknya terpaksa meninggalkan tempat tersebut kerana mereka telah berjanji dengan bomoh tersebut. Sebelum Maya meninggalkan tempat itu, Bob telah mencium dahi Maya. Lantas, Maya telah bertukar menjadi manusia biasa juga. Akhirnya, mereka dapat hidup bersama tanpa halangan lagi.

Pelakon
Zahiril Adzim, Sazzy Falak, Liyana Jasmay, Afdlin Shauki, Jehan Miskin, Harun Salim Bachik
Trailer


Download
MEDIAFIRE
AVI (700mb)

MKV (326mb)

Malaysia
Malaysia merupakan negara yang menggunakan bahasa melayu sepenuhnya. Meskipun bahasa Inggeris dijadikan bahasa penting bagi golongan atasan dan masyarakat bukan melayu, tetapi rakyat Malaysia kebanyakannya menggunakan bahasa melayu untuk berhubung. Bahasa melayu di Malaysia dituturkan oleh orang-orang melayu, jawa, banjar dan bangsa lain seperti Cina dan India. 


Indonesia
Indonesia juga menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi mereka. Cuma, mereka menggelarkannya sebagai Bahasa Indonesia dan tidak mahu menggelarkannya sebagai bahasa melayu. Namun asasnya adalah bahasa melayu dari Riau yang terletak di daerah Sumatera Timur. Malah pusat kebudayaan melayu terletak di Riau negara tersebut. Walaupun masyarakat Jawa adalah majoriti di sana, tetapi mereka tetap menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Brunei
Di Brunei, bahasa rasmi mereka juga adalah bahasa melayu. Masyarakat di sana yang kebanyakannya berketurunan melayu kedayan menggunakan bahasa melayu yang hampir tidak ada bezanya dengan bahasa melayu di Malaysia jika dituturkan secara rasmi. Namun menurut wikipedia Bahasa Melayu Brunei mempunyai pertukaran bunyi vokal daripada mahasa melayu Baku. Antaranya ialah bunyi /ə/ akan ditukar menjadi bunyi /a/

Singapura
Bahasa melayu di Singapura adalah sama seperti bahasa melayu di Malaysia. Tidak ada beza sebutan lidah mahupun loghatnya. Mungkin faktor negara ini yang terletak bersebelahan negeri Johor, Malaysia. Malah dahulu Singapura adalah di dalam wilayah Malaysia sebelum mereka keluar membentuk negara sendiri dan menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi negara itu.


Selain itu, ada beberapa wilayah di negara Thailand menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pertuturan harian dengan loghat tersendiri



Ini adalah keputusan perlawanan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 pusingan kedua yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis.: Malaysia 1-1 Singapura Jaringan pertama Malaysia dijaringkan oleh Safee Sali pada minit yang ke 57. Manakala Singapura pula mendapat jaringan pada minit ke 72 hasil jaringan Shi Jiayi.

Padah menzalimi tiga kucing dengan memukul menggunakan payung, menendang serta menyakiti haiwan malang itu Februari lalu, seorang wanita berusia 21 tahun didenda RM400 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam. Chow Xiao Wei dijatuhkan hukuman selepas mengaku bersalah di hadapan Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan. Nik Mohd Fadli juga memerintahkannya dipenjara tujuh hari jika gagal membayar denda itu. Bagaimanapun, Chow menjelaskan dendanya.

Mengikut tuduhan pertama, dia didakwa secara zalim menyakiti dua kucing antara jam 4.25 petang hingga 5 petang pada 19 Februari lalu di depan sebuah gerai di Pasar Seri Kembangan..

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 44(1)(a) Akta Binatang 1953 (Akta 647) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 44(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM200 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.

Chow juga didakwa melakukan perbuatan tidak wajar menyebabkan kesakitan serta penderitaan seekor kucing pada masa, tarikh dan tempat sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 44(1)(d) Akta Binatang 1953 (Akta 647) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 44(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM200 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan pegawai pendakwa Jabatan Veterinar, Jamadi Badri, manakala Chow tidak diwakili peguam bela. Penganiayaan Chow terhadap tiga kucing itu sebelum ini tersebar luas di laman sosial, facebook dan blog selepas dimuat naik ke Internet hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.

Rakaman lima minit itu menimbulkan kemarahan banyak pihak, khususnya pencinta haiwan sehingga mendorong mereka menggerakkan usaha ‘mencari seorang pembunuh kucing’.

Rakaman video itu menunjukkan perbuatan tertuduh yang melakukan penyeksaan terhadap tiga kucing termasuk melibas dengan payung, menolak ke longkang, malah memijak hingga menyebabkan seekor kucing mati.

Selepas pelbagai usaha dijalankan, Chow yang dikenal pasti melakukan perbuatan itu akhirnya dikesan di facebook melalui pakaiannya dalam video yang disebarkan.

Chow yang menyedari identiti dirinya terbongkar meminta maaf secara terbuka dengan memaklumkan dia sedang menjalani rawatan psikologi kerana tekanan yang dikatakan dihadapinya akibat perceraian ibu bapanya.

hmetro

Gambar-gambar di bawah agak menggelikan. Jadi kepada penggeli atau mereka yang lemah semangat baik tak payah scroll ke bawah. Kerana ia mungkin boleh menganggu kosentrasi anda apabila hendak menjamu selera nanti. Kepada mereka yang berani, jom tengok - malaysiasensasi.net


Horace Burgess, seorang warga Tennessee, Amerika Syarikat telah membina rumah atas pokok terbesar di dunia setinggi 97 kaki atau 29,57m.

Rumah pokok yang terletak di Crossville, Tennessee, AS, ini terdiri dari 10 tingkat dengan lebih dari 80 bilik dan 12 beranda serta tangga.

Setiap lantai adalah setinggi 9-11 kaki (2,7- 3,35m) dan di bahagian atasnya terdapat sebuah menara loceng.

Horrace sendiri yang menjadi tukang kayu dan arkitek, menyiapkan rumah tersebut dalam masa 14 tahun. Rumah pokok Horace Burgess ini akan dimasukkan ke dalam Guinness Book of Records.

Jika berkunjung ke rumah ini, anda akan menjumpai tulisan berbunyi: "Selamat datang kawan-kawan", sebagai tanda sambutan. Meskipun terletak di daerah desa, rumah ini mampu menarik perhatian orang ramai dari seluruh negeri.

Sekitar 400 orang hingga 500 orang melakukan kunjungan setiap minggu, dan kebanyakan mereka berasal dari luar negeri.

Tahukah anda bahawa internet sangat cepat pergerakannya. Tidak menunggu sesaat pun, siapa yang lambat maka dia akan ketinggalan. Berikut adalah perkara yang terjadi di dunia maya dalam masa 60 saat;
  • 1500+ postingan di blog
  • 98,000 twit terbaru
  • 12,000 iklan terbaru di craiglist(FJB Terbesar)
  • 20,000 postingan terbaru di Tumblr
  • 600 video terbaru di Youtube
  • 70 Domain Didaftarkan
  • 13,000 Aplikasi iPhone telah didownlod
  • 320 Akun Twitter terbaru
  • 100 Akun Linkedin terbaru
  • 6,600 Foto dipublish di Flickr
  • 125 Plugin WordPress terunduh
  • 50 Core WordPress terunduh
  • 79,364 Wall terkirim di Facebook
  • 695,000 Status Facebook diupdate
  • 510,040 Komentar muncul di Facebook
  • 1,700 Aplikasi Mozilla Firefox terdownload
  • 694,445 kata dicari di Google
  • 168 Juta Email terkirim
  • 60 Blog terbaru dibuat
  • 40 Pertanyaan di Yahoo answer dan 100 jawapan diberikan
  • 1,600 Orang Membaca di Scribd
  • 1 Kata terdefinisi di Urban Dictonaries
  • total 370,000 menit telepon di Skype
  • 13,000 jam muzik streaming di Pandora
Seperti itulah yang terjadi di internet selama 60 saat, dan anda sekarang telah tahu kenapa 1 minit begitu berharga di dunia maya.

Dalam sukan apapun boleh terjadi, seperti kecederaan. Ada kalanya ia melibatkan kecederaan yang serius sehingga tidak boleh lagi bersukan. Mari kita layan gambar-gambar kecederaan atlit semasa bersukan - malaysisensasi.net


PETALING JAYA: Setelah sekian lama berdiam diri, isteri kepada pengacara Jimmy Shanley Norjahan Saleh, iaitu Nursuhaila Eliani Suhaimy, mendedahkan faktor utama berlaku keretakan rumah tangga mereka adalah disebabkan suaminya itu pernah memukulnya serta terlalu mengongkong.
"Saya tidak suka Jimmy kerana perangainya pelik yang bukan seperti orang biasa. Semasa majlis pertunangan kami, rombongan pihak lelaki yang hadir hanya lima orang sahaja dan semasa majlis akad nikah, rombongan pihak lelaki tak sampai 10 orang... itu pun di kalangan ahli keluarga sahaja.
"Tidak ada artis atau selebriti yang hadir bagi pihak dia (suami). Untuk pengetahuan umum, itulah perangai Jimmy Shanley yang tidak mempunyai kawan," ujar Nursuhaila dalam satu kenyataan bertulis yang diedarkan kepada para wartawan dalam satu sidang akhbar khas yang diadakan di syarikat milik keluarganya, Perwanza Enterprise (M) Sdn Bhd, di Damansara Damai di sini, Isnin.
Suhaila, 25, berkata, sejak berumah tangga pada 1 Oktober tahun lalu, kehidupannya tidak tenteram kerana mereka sering bertengkar disebabkan Jimmy,32, enggan membenarkan dia keluar bersama rakan-rakan.
Malah dia menyifatkan Jimmy sebagai seorang yang "pelik" dan enggan bercampur gaul dengan ahli-ahli keluarganya yang lain dalam apa-apa majlis yang diadakan.
"Dia ingat dia tu superstar tak layak untuk bergaul dengan sanak saudara saya. Setiap kali majlis kenduri diadakan oleh bapa saya, Jimmy jarang bertegur sapa dan bersalaman dengan sanak saudara kami.
“Paling teruk saya pernah dipukul lebih kurang empat hingga lima kali sepanjang sebulan bersamanya. Sebelum akad nikah dan semasa berbulan madu di Koh Samui (Thailand) saya juga mengalami peristiwa yang serupa.
"Selama ini saya berdiam kerana tak nak publisiti murahan...saya orang bisnes dan tak suka publisiti macam ni.Banyak lagi yang saya pendamkan dan tak perlu dihebahkan kepada umum," ujarnya.
Tambah Suhaila, dia tidak faham mengapa Jimmy tidak cuba untuk berkomunikasi dengannya setiap kali mereka menghadapi masalah tetapi pengacara itu lebih senang mengadu kepada ibu Suhaila, Muniroh Kasim.
Dalam pada itu, Suhaila juga mendakwa, Jimmy tidak membuat sebarang pembayaran kos rawatan bersalinnya, bayaran mengurut mahupun wang untuk membeli lampin untuk anak mereka Zahrah Shanley yang lahir pada 24 Jun lalu.
"Dia kata dia seorang yang bertanggungjawab... semestinya dia sudah membuat persiapan tersebut dan bukan cakap kosong di media sahaja.
"Selepas bersalin, saya tidak pernah pun menghalang dia untuk berjumpa anak kerana saya tahu, Zahrah juga memerlukan Jimmy dan saya tidak akan halang kasih ayah terhadap seorang anak," ujarnya.

"Pukul kerana ingkar" - Jimmy
Sementara itu Jimmy yang dihubungi mStar Online bagi mendapatkan reaksi ke atas dakwaan-dakwaan yang dibuat isterinya itu tidak menafikan yang dia pernah memukul Suhaila.
Tetapi katanya, dia berbuat demikian kerana isterinya telah mengingkari nasihatnya.
Peristiwa itu kata Jimmy berlaku sebanyak dua kali sahaja iaitu selepas perkahwinan dan semasa berbulan madu.
"Ya, memang benar. Saya pernah memukul Suhaila pada hari ketiga perkahwinan dan hari kedua kami bulan madu. Kejadian itu disebabkan dia mengingkari nasihat saya. Tetapi saya tidaklah memukul sehingga mencederakan dirinya,” ujar Jimmy.
Tambah Jimmy, dia tidak pernah mengongkong kehidupan Suhaila sebaliknya cuba mendidiknya menjadi seorang isteri yang baik selain memintanya mengurangkan aktiviti yang sering dilakukan semasa hidup sebagai seorang bujang.
Paling menyedihkan kata Jimmy sepanjang sebulan selepas perkahwinan, dia hanya sempat bersama Suhaila selama 10 hari sahaja dan selepas itu isterinya cuba mengelak untuk meluangkan masa bersama selain lebih pentingkan rakan-rakan berbanding suami sendiri.
Mengenai tuduhan Suhaila kononnya Jimmy tidak membayar kos bersalin, katanya masalah itu timbul kerana dia sendiri tidak diberitahu mengenai hari kelahiran anaknya.
"Saya hanya diberitahu menerusi SMS pada hari kedua bahawa anak saya sudah dilahirkan tetapi dia tidak beritahu saya bila dia akan keluar (wad) jadi macam mana saya mahu menjelaskan bil perubatannya itu?" soal Jimmy.
Mengenai dakwaan isterinya yang majlis perkahwinan mereka tidak dihadiri oleh rakan-rakan artis yang lain, Jimmy mengakui memang dia tidak ramai kawan rapat.
Jimmy juga bertegas, setiap kenyataan yang diberinya selama ini bukan kerana ingin meraih publisiti murahan sepertimana yang didakwa kerana sepanjang tujuh tahun bergelar selebriti, dia tidak pernah mencetuskan sebarang kontroversi murahan.
Tambah Jimmy, dia juga mengakui, sepanjang masalah rumah tangganya berlaku, dia sering mengadu kepada ibu mertuanya tetapi itu berlaku kerana kesukaran untuk berhubung dengan Suhaila sendiri.
Jimmy dan Nursuhaila diijabkabulkan pada 1 Oktober 2010 dengan hantaran sebanyak RM31,186 yang diambil bersempena tarikh lahir Nursuhaila pada 31 Januari 1986.
Majlis resepsi untuk meraikan pasangan tersebut diadakan sehari selepas itu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Kemelut rumah tangga mereka mula diperkatakan pada 11 November lalu. Jimmy memfailkan permohonan kembali taat dan nusyuz terhadap isterinya selepas mereka tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010.
sumber: mstar



1. Siapakah yang menukar wang Royalti kepada wang Ehsan pada tahun 2000 apabila PAS berjaya merampas negeri Terengganu dari tangan BN dalam PRU 1999? (Negeri Terengganu itu majoriti penduduknya adalah Melayu)

2. Siapakah yang menghalang kerajaan kedua-dua negeri bermajoriti 95% Melayu (Kelantan dan Terengganu) menikmati hasil royalti Petronas, sedang negeri-negeri seperti Sabah dan Sarawak tidak dikenakan tindakan sama?

3. Siapakah yang menghalau peneroka bandar dikalangan orang Melayu di Kg Berembang (KL), Kg Plentong (JB), Kg Chubadak (KL), Kg Malaysia Tambahan (KL)?

4. Siapakah yang menghalau Melayu Pulau Pinang dengan helah pembangunan hingga mereka merempat ke Seberang Jaya dan Kedah Selatan?

5. Siapakah yang menggadai Tanah Rezab Melayu hampir 50% dari 3 juta hektar pada 1948 kepada 1.6 juta hektar pada 1997?

6. Siapakah yang membunuh orang Melayu kerana perbezaan fahaman politik di Kg Memali, Lubuk Merbau dan Hutan Aji?

7. Siapakah yang membolot saham AP untuk menantu dan kroni, sedang ia adalah hak setiap rakyat dibawah dasar DEB?

8. Siapa yang melingkupkan dasar DEB hingga milikan ekuiti Melayu tersekat kepada 18% pada 2000.

9. Siapakah pula yang memansuhkan DEB, dan diganti dengan dasar Liberisasi dan Model Ekonomi Baru yang mesra kapitalis dan anti subsidi?

10. Siapa yang menyelewengkan dana untuk orang Melayu yang miskin dalam program PPRT? Dari 54 billion yang diperuntukkan kepada orang Melayu hanya 2 billion sahaja yang sampai kepada orang Melayu, 52 billion lagi lesap di telan pentadbiran UMNO.

11. Siapa yang mengkhianat wasiat Raja-Raja Melayu menjelang kemerdekaan supaya tidak diserah bukit, gunung dan pulau kepada bukan Melayu?

12. Siapa yang mencipta krisis perlembagaan 1982 yang menyebabkan kuasa Yang DiPertuan Agung terhakis dan hanya sekadar menjadi rubber stamp Parlimen?

13. Siapa pula yang melucutkan kekebalan Raja-Raja Melayu pada awal 1990-an?

14. Siapa yang menggelarkan rajanya ‘NATANG’ bila namanya ditolak sebagai Menteri Besar Terengganu selepas PRU12 yang lalu?

15. Siapakah yang mengubah sempadan kawasan undi majoroti Melayu bila Melayu sendiri menolak Umno dalam PRU 1999 dan tidak menambah kerusi Parlimen di Kedah, Kelantan dan Terengganu pada persempadanan semula tahun 2002?

16. Siapa yang melanggar peruntukan Perlembagaan mengenai hak-hak istimewa orang Melayu untuk mendapat biasiswa?

17. Siapa yang menukar biasiswa kepada pinjaman PTPTN dengan kadar 4%?

18. Siapa yang mencemar bahasa Melayu dengan istilah-istilah “infotainment”, “boulevard”, “presint”, “bajet” dan lain-lain?

19. Siapa yang menukar bahasa pengantar dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris dalam pembelajaran Sains dan Matematik pada ketika jurang pendapatan bandar-luar bandar semakin melebar?

20. Siapa yang mencadangkan syarat wajib lulus Bahasa Inggeris untuk SPM dan bahasa pengantar Inggeris di universiti-universiti?

21. Siapa yang jual air kepada negara jiran dengan harga 3 sen 1000 liter, dan jual balik kepada rakyatnya sendiri dengan harga 80 sen 1000 liter?

22. Siapa yang serah blok minyak kepada negara Brunei tanpa persetujuan DUN, Parlimen atau YDPA?

23. Siapa yang cuai menjaga tanahair sendiri hingga Pulau Batu Putih dan Singapura terlepas ke negara orang?

24. Siapa yang menghapuskan tulisan jawi dari diajar di sekolah-sekolah dalam tahun 1960an dahulu?

25. Siapa yang kata Sekolah Agama Rakyat (SAR) tempat melahir militan dan ekstrimist Islam dan mengwar-warkan perkataan “Sindrom Qiamulail” kepada anak-anak yang bersekolah ketika itu?

26. Atas alasan itu, siapa yang menghentikan geran perkapita kepada SAR hingga menyebabkan sebahagian institusi pendidikan agama hidup segan, mati tak mahu atau setengahnya berkubur tanpa nesan?

27. Siapa yang mencadangkan pelan pembangunan Kg Baru Kuala Lumpur hingga membuka milikan kepada 40% bukan Melayu?

28. Siapa yang kekang akta-akta maklumat, Auku dan pandangan kedua orang Melayu supaya orang Melayu senang diperbodohkan?

29. Siapa yang naikkan harga petrol, diesel dan barangan asas kepada ketika Melayu adalah golongan majoriti yang miskin di negara ini?

30. Siapakah pula yang memperbodohkan dirinya konon mengaku Melayu sedang nama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) dibuang dan diguna bahasa penjajah UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION (UMNO)?/Sumber: biaqpila

OANG ramai diminta menonton rakaman video yang diambil Polis Diraja Malaysia (PDRM) lapor akhbar pengampu nombor wahid kerajaan Rosmah Mansor, Utusan Malaysia [Utusan].

Mengapa orang ramai diminta menonton video tersebut? Jawapannya, berhubung isu BERSIH 2.0, kerajaan Rosmah Mansor mahu rakyat fikir Polis baik. Bila Polis difikir baik, maka rakyat akan jadi jahat.


Malangnya, video tersebut sekadar memburukkan lagi imej Polis yang sudah sedia buruk di mata rakyat. Sebelum ini pihak Polis telah dikesan memutar belitkan isu dakwaan Mat Sabu dilanggar kereta Waja Polis, rujuk link-link berikut [Putar belit Polis], [Berita bercanggah] dan [Salinan Report].

Satu lagi penipuan terang-terangan dikesan dilakukan oleh pihak Polis, semasa mendedahkan video untuk membuktikan kononnya Polis baik, rakyat jahat. Tanpa rasa bersalah, Polis mendakwa salah seorang pegawai kanan Polis telah ditolak sehingga terjatuh di stesen KTM pada 9 Julai lalu.

Apa yang melucukan, tanpa perlu kita meneliti secara terperinci pun sudah jelas bahawa pegawai kanan Polis itu ditolak oleh anggota Polis sendiri. Apa yang cuba disampaikan? Adakah bila Polis jatuh ditolak oleh Polis sendiri maka rakyat yang salah? Kah kah kah gila gila...

Saksikan sendiri dengan mata kepala anda video di bawah ini.


Sila lihat video di bawah untuk visual yang lebih jelas...


ReJaM© "Kambing pun tahu, yang pakai vest polis tu adalah Polis hohoho...

source: milosuam