Koleksi Sensasi


KUALA LUMPUR – Mereka yang melayari laman web Google hari ini menemui hadiah istimewa daripada Google Malaysia, yang memaparkan logo unik bagi meraikan sambutan berkembar rakyat Malaysia iaitu Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan. 

Pelawat google.com.my akan dapat melihat logo atau “doodle” Google dihiasi ketupat dan bendera Malaysia bagi menggambarkan ’Merdeka Raya’. 

"Kami gembira dapat menambah satu rekaan mengenai Malaysia yang istimewa pada senarai doodle kami, khususnya memandangkan tahun ini sambutan berganda yang amat jarang berlaku. 

"Walaupun Google merupakan jenama global, kami mahu seboleh mungkin memaparkan ciri tempatan mengikut cara kami. Kami mengucapkan Selamat Hari Raya dan Hari Merdeka kepada semua rakyat Malaysia,” kata Sajith Sivanandan, ketua negara bagi Google Malaysia dalam kenyataan. 

Selama bertahun-tahun, Google menggembirakan pelayarnya menerusi logo sedemikian. – Bernama - myMetro 

em

Sempena hari kemerdekaan ini, MalaysiaSensasi teringin pulak nak menulis tentang kemerdekaan. Tetapi bukanlah perihal kemerdekaan itu sendiri, tetapi pejuang-pejuang kemerdekaan sebenar yang tidak disenaraikan nama mereka sebagai pejuang sejati. Bukan pula maksud MalaysiaSensasi untuk menukar sejarah atau menafikan sejarah, sekadar untuk menambah apa yang sentiasa ingin diluahkan oleh akal fikiran akan kisah-kisah pejuang kemerdekaan yang gagah berani.

Seperti kita sedia maklum, ada pihak mengatakan bahawa kita "merdeka tanpa darah". Bukan seperti Indonesia yang merdeka dengan darah dan buluh runcing mereka. Sebenarnya, sesiapa yang mengatakan bahawa negara kita merdeka tanpa darah adalah SALAH!!. Mereka menurut MalaysiaSensasi adalah orang yang buta sejarah. Masakan begitu mudah kita melupakan jasa pemudah gagah berani, Rosli Dhobi di Sarawak, tokoh agama terkenal di Kelantan iaitu Tok Janggut serta pahlawan-pahlawan terulung bangsa melayu, Datuk Bahaman, Mat Kilau dan Tok Gajah di Pahang. Begitu juga dengan Si Puntum di Perak, Si Bongkok di Johor dan ramai lagi pejuang yang ada di antara mereka mati dibunuh dengan kejam. Paling tidak dihalau dari negeri tumpah darah sendiri.

Di Pahang, pahlawan tersohor Mat Kilau yang pernah muncul sekitar tahun 1969 sempat menceritakan kisah suka dukanya dihalau dari negeri sendiri oleh British. Beliau dihina, difitnah, diserang, diugut dan juga ditembak oleh musuh, tetapi apakah beliau mengalah?. Sesekali tidak! beliau tidak pernah mengaku kalah kepada penjajah. Beliau menjadi orang buruan, meninggalkan anak dan isteri untuk berjuang mempertahankan bumi Pahang bersama Datuk Bahaman dan bapanya Tok Gajah. Di Kelantan, beliau diburu oleh British, di Terengganu juga beliau diburu oleh British. Beliau seolah-olah terhina di bumi melayu milik mereka sendiri. Mujurlah di Terengganu itu, ada Tokku Paloh yang melindungi mereka dari pihak British. Namun itu tidak lama, akhinya beliau terpaksa lari ke Siam. Hiduplah beliau di Siam untuk beberapa lama.Akhirnya apakah yang beliau dapat?. Gelaran Datuk, Tan Sri atau pingat kebesaran?. Amat menyedihkan apabila bapanya Tok Gajah meninggal di hadapan mata beliau. Meninggal bukan di negeri beliau sendiri, sedangkan beliau adalah orang kesayangan dan kepercayaan sultan ketika itu. Namun, beliau akhirnya meninggalkan semua yang ada demi untuk menghalau penjajah. Adakah di antara pemimpin kita hari ini yang ada sifat sebegini?.

Pahlawan melayu ini terbaring sakit

"Ayah meninggal dunia di depan mata aki"
"Aki terpaksa menghadapi hujan peluru tentera Inggeris"
-Mat Kilau-

Dikelantan pula, Tok Janggut atau nama sebenarnya Hassan Bin Panglima Munas misalnya, pahlawan Kelantan yang gagah berani melawan penjajah, akhirnya mati dibunuh. Mayat beliau digantung beberapa hari di depan istana di Padang Bank (Padang Merdeka) sebelum dikebumikan di Pasir Pekan, Kelantan. Bayangkan, betapa aibnya mayat seorang pejuang bangsa diperlakukan. Tidakkan tindakan sebegini menunjukkan bahawa British sebenarnya lebih jahat dari Jepun dan sama jahat komunis?. Tetapi itu tidak ditulis dalam sejarah, kerana dalam sejarah yang ditulis oleh mereka yang jahat itu hanya Jepun dan komunis sahaja.

Cuba anda perhatikan gambar di atas. Tok Janggut (Mat Hassan) digantung dan siapakah yang memegang senaoan tersebut?. Orang melayukah?. Talibarut British kah?

Mayat Tok Janggut

Di Sarawak, seorang anak muda yang sangat berani bernama Rosli Dhoby telah menikam sampai mati Gabenor British Sarawak yang kedua, Sir Duncan Stewart dengan menggunakan pisau beracun di Sibu pada 3 Disember 1949. Atas tindakan berani tersebut beliau telah dibunuh oleh British, beliau maut di tali gantung pada 2 Mac 1950. Sedangkan pada ketika itu mengikut undang-undang, beliau tidak boleh dihukum kerana di bawah umur pada ketika kejadian. Betapa liciknya permainan British.
Rosli Dhoby ditangkap oleh talibaru British!!!

Turut sama digantung adalah rakan seperjuangannya Morshidi Sidek, Awang Ramli Amit Awang Matsaruddin dan Bujang Suntong. Mereka inilah yang sebenarnya memperjuangkan kemerdekaan.


Cukuplah sekadar 3 tokoh ini yang diketengahkan. Mat Kilau, Tok Janggut dan Rosli Dhoby. Bukankah mereka berjuang mati-matian sehingga titisan darah terakhir?. Bukankah ada berlaku pertumpahan darah?. Bagaimana pula dikatakan kita merdeka tanpa darah?. Adakah itu yang diarahkan oleh British untuk ditulis dalam buku teks sejarah sekolah?.
Kini, lambang kemerdekaan kita adalah Tugu Negara. Patung batu yang dibina menggambarkan bahawa tentera British lah yang memerdekakan negara ini, merekamemijak mati komunis kononnya. Tahukah kita bahawa mereka sebenarnya takut dengan komunis. Askar melayulah yang menjadi mangsa, terkena jerangkap samar dan cacat anggota badan. Tetapi yang dapat nama di Tugu Negara ialah askar British. Kemdian diabadikan nama-nama penjajah British itu sebagai pejuang dan anak-anak kita percaya, hingga mereka lupa nama-nama pahlawan melayu...

"Kaum kerabat" mereka inilah yang bersungguh-sungguh membunuh pejuang-pejuang melayu yang menentang mereka

Anda fikirlah sendiri. Ini adalah pandangan peribadi admin MalaysiaSensasi sahaja. Alfatihah untuk pejuang-pejuang Melayu. Pergi jahanam dengan penjajah dan TALI BARUT-TALI BARUTnya - MalaysiaSensasi.Net

Pahlawan
Jika hilangmu tanpa pusara
Jika pusaramu tanpa nama
Jika pusaramu tanpa bunga
Mereka mengatakan kau penderhaka
Engkau tetap pahlawan
Sungai Pahang berubah merah
Rumput tebingnya segala musnah
Satu satu pahlawan rebah
Arus merahnya menjulang mayat
Pahlawan bangsa pahlawan rakyat
Tujuh liang dadanya tersayat.
Usman Awang

Mouse atau tetikus komputer pertama di dunia dicipta oleh Douglas Engelbart pada tahun 1964, terdiri dari dua roda gigi yang diposisikan tegak lurus satu sama lain - memungkinkan gerakan pada satu sumbu. Bentuk Ergonomis, penempatan butang besar - dan mouse ini dibuat dari kayu posted@malaysiasensasi.net


Pemegang Rekod Lelaki Kedua Terkecil di Dunia, Khagendra Thapa Magar, 19 melambai ke arah jurugambar ketika sidang media sempena melawat Malaysia di sini, pada Sabtu. Nama Khagendra pernah tercatat dalam "Guinness Book of Record" lahir pada 14 Oktober 1992 di Nepal dengan ketinggian 0.67 meter (2 kaki 2 inci). Sebagai Duta Pelancongan Nepal, beliau akan membuat persembahan kebudayaan di Johor Bahru, Penang, Kuala Lumpur dan Pelabuhan Klang pada 28 Ogos hingga 1 September ini. --fotoBERNAMA


Seorang nelayan menangkap seekor ketam ganjil yang wajahnya dikatakan mirip makhluk asing dalam filem Predator yang dibintangi pelakon Arnold Schwazenegger pada tahun 1980-an.

Ketam itu kini ditempatkan di Akuarium Blue Reef di Southsea, Hampshire, Britain selepas haiwan tersebut diserahkan untuk dipamerkan.

Haiwan tersebut turut dikenali sebagai ketam span dan ia boleh menyamar dan mengelak daripada dilihat menerusi pemandangan mata semasa haiwan tersebut berada di dasar laut.

Ketam itu akan dipamerkan kepada orang ramai selepas ia selesai dikuarantin. - Agensi



JEDDAH: Seorang lelaki berusia 40-an tahun terkejut besar apabila mendapati wang dalam akaun banknya meningkat SR1 juta (RM885,941) meskipun tahu sebelum itu ia hampir kosong.Lelaki itu cuba memberi pelbagai alasan terhadap perubahan nasibnya itu, termasuk menganggap ia sebagai kurniaan Tuhan kerana dia tekun beribadah.

Namun, tidak terlintas langsung di hatinya kemungkinan wang itu berpunca daripada kesilapan bank.Keesokan harinya, dia sekali lagi memeriksa akaunnya dan gembira kerana wang itu masih ada tapi pada hari ketiga, dia mendapati wang itu tiada lagi.

Lelaki berkenaan bertindak menemui pegawai bank yang menerangkan pengurusan melakukan kesilapan memindahkan wang itu ke akaunnya dan ia sudah dipindahkan selepas kesilapan disedari.Lelaki itu bagaimanapun tidak dapat menerima kenyataan dan berang serta mengancam menyaman pengurusan bank kerana mendakwa kesilapan itu menyebabkan dia trauma.

Kesian, kucing ini berada pada ketinggian 45 kaki di atas pokok kaktus apabila ia dikatakan melarikan diri dari singa. Menurut sumber, ia berada di atas itu selama 6 jam, hanya untuk pastikan bahawa singa lapar tadi betul-betul sudah lari. Drama menarik ini dirakam di Padang Pasir Sonoran, Arizona, AS, oleh jurugambar Curt Fonger, 69.



Dalam bulan puasa ni memang ramai arti syang menghadkan aktiviti seni mereka. Malah ada juga yang berniaga di baazar ramadan dan ada yang mengeluarkan jenama tudung, biskut dan kuih raya sendiri - malaysiasensasi.net

Freddy Nock memerlukan waktu 90 minit berjalan di atas kabel setebal dua inci untuk sampai ke puncak gunung Zugspitze di selatan Jerman, tanpa peralatan keselamatan.

Nock, yang memulakan karier berjalan di atas kabel sejak berusia 11 tahun tersebut mengatakan bahawa dia tidak akan mengulangi perjalanan 3,000 kaki (914 meter) tersebut tanpa pengimbang, kerana sangat memenatkan.

Lelaki kelahiran Sweden tersebut merancang akan menyerahkan prestasinya itu kepada Guinness Book of World Records sebagai aksi ‘berjalan di kawat terpanjang dan tertinggi di atas permukaan laut tanpa peralatan pengimbang'.

Aksi ini merupakan sebahagian dari aktiviti untuk mengumpulkan dana bagi Unicef - posted@malaysiasensasi.net

dailymail

"Sebelum ini saya memang tiada semangat untuk meneruskan kerja saya, disebabkan beberapa kekangan dan pergerakan perniagaan saya agak perlahan. Tetapi selepas membeli dan membaca buku ini, selepas lebih kurang dua minggu mengamalkannya, nasib saya berubah..saya ditemukan dengan peluang yang memang saya nanti-nantikan." - Alias Hj. Muda (Motivator Model Potensi Diri) - Pengasas Akademi Potensi Diri.


Testomoni di atas diberikan secara lisan oleh Alias Hj.Muda mengenai buku KEAJAIBAN REZEKI Dengan Otak Kanan. Baca posting iklan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut:
Alias Hj.Muda bersama Robert Kiyosaki


CANNOCK, Britain - Perut seorang gadis, Kerri Dowdswell akan membesar seperti dia sedang hamil setiap kali selepas makan. Namun, perut gadis berusia 23 tahun itu akan kembali kepada keadaan normal beberapa jam selepas itu.

"Saya kerap kali ditanya bila akan bersalin dan ia agak tidak menyelesakan apabila berada dalam keadaan seperti ini," katanya yang berasal dari Cannock, Staffordshire. Masalah tersebut membuatkan dia terpaksa memakai seluar untuk ibu bersalin setiap kali keluar makan.

Setakat ini, doktor-doktor masih bingung kerana mereka masih tidak mengetahui punca kejadian itu. Kerri menghidap penyakit itu semasa dia mendapat haid buat kali pertama. Menurut gadis itu, perutnya akan membesar dalam tempoh 15 minit semasa dia makan.

Namun, katanya, ada ketika perutnya mengambil masa selama beberapa jam selepas waktu makan untuk kelihatan seperti wanita hamil. Kerri berkata, perutnya itu akan kembali normal beberapa jam selepas ia membesar.

- Agensi


Seekor lembu tersangkut pada penghadang jalan dekat kampung Montecorvino Rovella-Salerno di Itali. Kejadian tersebut berlaku apabila lembu itu cuba untuk melompat melepasi penghadang jalan itu.

Namun, kesilapan lompatan itu menyebabkan ia hilang iimbangan sekali gus mengakibatkan badan haiwan tersebut tersangkut pada penghadang jalan. Seorang mekanik, Roberto Marano, 42, berjaya merakamkan gambar haiwan itu. Namun, katanya, lembu itu akhirnya berjaya melepaskan diri. 

metro.co.uk



Gila, lelaki tua ini mempunyai cara tersendiri untuk menahan bas, iaitu dengan menggunakan senapang mainan. Bagaimanapun, pemandu bas tersebut tetap berhenti dan membuka pintu bas - posted@malaysiasensasi.net

Pernahkah kita terfikir bagaimana caranya untuk mencabut gigi tanpa sebarang kos dari doktor gigi. Caranya sebenarnya amat mudah, hanya menggunakan tali dan motosikal sahaja. Sila ikuti langkah-langkah di bawah - malaysiasensasi.net