Koleksi Sensasi

Dengan dua kali lafaz, Pelawak dan pelakon, Ahmad Nabil Ahmad, 28, sah bergelar suami kepada bekas pramugari AirAsia, Nazirah Ayub, 23.

Majlis pernikahan mereka diadakan di Masjid Tuanku Mizan, di sini, selepas solat Asar kira-kira pukul 5.15 petang, Jumaat.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Putrajaya, Ustaz Mohd Ridza Ahmad berwalikan bapa kepada pengantin perempuan Ayub Hassan.


Pengantin perempuan menerima mas kahwin RM300 dan sebentuk cincin bernilai RM5,000 manakala wang hantaran sebanyak RM15,000.

Turut menyaksikan majlis tersebut adalah ibu dan keluarga kedua-duapasangan pengantin.


Pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran seperti cincin, duit hantaran, sirih junjung, kasut, “playbook”, alat solek, pewangi dan dibalas sembilanhantaran iaitu coklat, kasut, “PlayStation 3”, I-pad, sejadah, cincin dan sirih junjung.

Pada majlis tersebut, Nazirah anggun mengayakan busana kurung moden rekaan Wazira Zainal.

Sementara majlis resepsi mereka akan diadakan serentak pada Ahad inidi I-City Shah alam berkonsepkan “fairy tale” dan persandingan dalam taman.

Iklan:
KURSUS RAWATAN FREKUENSI ASMA UL HUSNA
Tarikh : 30-10-2011 (Ahad)
Tempat : Diamond Square, Gombak
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang

Sinopsis Kursus:
Rawatan Asma Ul Husna adalah satu kaedah menggunakan Asma Allah yang 99 untuk merawat penyakit samada zahir mahupun batin, ianya bukan sahaja boleh merawat bagi orang yang terkena gangguan atau tempatnya bahkan sebagai perlindungan terhadap diri perawat dari gangguan syaitan manusia dan jin dengan nama Allah Yang Agung. 

Objektif:
Memperkenalkan teknik - teknik penyembuhan dengan menggunakan rawatan ASMA UL HUSNA mengikut sunnah kepada peserta, selain mewujudkan seorang perawat dalam sebuah keluarga, taman atau kampung dan menyedarkan kembali orang islam tentang rawatan secara islam yang tidak menggunakan dadah berjadual dan ubatan kimia.

Kelebihan dan faedah kursus:
Anda akan boleh mengesan penyakit, menghapuskannya. Anda boleh membantu diri sendiri, anak isteri, keluarga terdekat, dan sesiapa yang memerlukan bantuan. Dengan Kursus ini, anda tidak perlu lagi bergantung kepada ubat kimia yang menggunakan dadah berjadual.

Ringkasan Skop Kursus:
  • 6 Aplikasi penyembuhan, rawatan Diri Sendiri/Org Lain
  • Rawatan Gangguan Makhluk Halus/jin/Sihir/Santau
  • Pelarisan Perniagaan 
  • Pemagaran Tempat/Benda
  • Membuat Ibu Air Penawar, Mandian Penawar, Pengasihan, Seri Wajah,
  • Masalah Suami Isteri , Masalah anak-anak, Masalah Jodoh,
  • Kaedah Rawatan Jarak Jauh
  • Percuma: Cara membuat makanan/minuman utk Minda & Ilmu Menangkap Toyol.

InsyaAllah, perlbagai penyakit dapat disembuhkan dan pelbagai masalah dapat diselesaikan dengan keizinan Allah, kerana selepas kursus selama 6 jam, anda terus boleh membuat rawatan diri sendiri atau orang lain. Anda akan dapat merasai loncatan energi dalam tubuh anda!!

Tempat terhad kerana bengkel ini banyak praktikal

Berminat sila hubungi pengiklan di www.seminar2u.net/p/rawatan.html


Suatu hari, seorang budak berusia 4 tahun, agak tuli dan bodoh di sekolah, pulang ke rumahnya membawa secarik kertas dari gurunya. Ibunya pun membaca kertas tersebut yang berisi, "Tommy, anak ibu, sangat bodoh. Kami minta ibu untuk mengeluarkannya dari sekolah." Si ibu terhenyak membaca surat ini, namun dia segera membuat tekad yang teguh, ”anak saya Tommy, bukan anak bodoh. Saya sendiri yang akan mendidik dan mengajar dia.”

Tommy kecil adalah Thomas Alva Edison yang kita kenal sekarang, salah satu pencipta terbesar di dunia. Dia hanya bersekolah sekitar 3 bulan, dan secara fizikal agak tuli, namun itu semua ternyata bukan penghalang untuk terus maju.

Siapa yang sebelumnya menyangka bahawa budak tuli yang bodoh sehingga diminta keluar dari sekolah, akhirnya boleh menjadi seorang genius! jawapannya adalah ibunya! Ya, Nancy Edison, ibu dari Thomas Alva Edison, tidak menyerah begitu saja dengan pendapat pihak sekolah terhadap anaknya.

Pada suatu hari, ketika Aishah menjahit baju pada waktu sahur, tiba-tiba jarumnya terjatuh. Secara kebetulan, lampu yang dipasang sejak tadi dipasang.

Nabi Muhammad masuk dalam kegelapan tetapi wajahnya yang bercahaya itu menyebabkan Aisyah berjaya mengutip kembali jarum yang terjatuh.

“Wahai Muhammad, alangkah bercahayanya wajahmu,” kata Aisyah.

Kemudian, dia menyambung, “Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat?”

Nabi Muhammad menjawab, “Orang yang bakhil.”

Aisyah bertanya lagi, “Siapakah orang yang bakhil?”

“Orang yang bakhil itu ialah orang yang tidak mengucap selawat ke atasku apabila mendengar namaku disebut,” jawab Nabi Muhammad.

gambar hiasan
sumber:
http://kisahseributeladan.blogspot.com/2006/12/55-cahaya-muka-nabi-muhammad.html


Pada 27/9/2011, sekali lagi berita kematian Michael Jackson menjadi bualan hangat apabila satu gambar terbaru disiarkan. Gambar tersebut dikatakan gambar raja pop tersebut yang kini kematiannya masih menjadi misteri - posted@malaysiasensasi.net

Malas nak translate, bacalah dalam BI ye..
at just 2ft 9in, Indian muscleman Aditya ‘Romeo’ Dev is the world’s smallest bodybuilder. Pint-sized Romeo is well-known in his hometown of Phagwara, India – for his ability to lift 1.5kg dumbbells – despite his overall 9kg body weight.

Imah, seorang janda yang muda, jelita dan seksi tinggal seorang diri di sebuah banglo dua tingkat. Ramai lelaki tidak kira tua atau muda menggilainya tapi Imah tidak pernah melayan. Siapakah agaknya lelaki yang berjaya memikatnya? Sungguh bertuah lelaki itu kerana harta- harta Imah bernilai berjuta, hasil peninggalan suaminya seorang ahli perniagaan yanmg berjaya.
Kini sudah masuk tahun ke-3 Imah tidak bersuami. Sudah lama dia bersabar. Dalam hatinya yang sepi itu, sebenarnya beliau tidak menafikan dirinya memang kehausan teman. Apatah lagi dirinya kini kian bergetah kembali, yang longgar pun sudah rapat, yang cantik pun pun makin bertambah cantik lagi. Ini juga adalah hasil daripada minatnya yang mendalam terhadap barangan kosmetik dan barangan penjagaan diri.
Dalam sikapnya yang tidak mengendahkan lelaki namun pada malam ini beliau amat berharap mana-mana lelaki akan datang kepadanya. Sesiapa sahaja yang datang malam ini beliau akan sudi menghulurkan tangan.
Tambahan lagi, Imah tinggal berseorangan dalam kegelapan. Bekalan elektrik petang tadi sudah terputus. Imah amat kehausan sekali. Perasaan Imah semakin resah. Sabar Imah menunggu, sejam dirasakan bagaikan sehari. Keresahan dan degupan jantungnya makin memuncak.
Tuk!!!Tukkk! Tiba-tiba tingkap rumahnya diketuk orang. “Ohhhh!
Syukurlah!!!”kata Imah di dalam hatinya. Imah terus berlari membuka tingkap rumahnya yang diketuk itu.
Apabila tingkap dibuka, muncul seorang lelaki umur dalam lingkungan 30an berambut mawi melemparkan senyuman manis kepada Imah. Imah pun membalas senyuman itu. Senyuman mereka berdua jelas kelihatan di dalam samar-samar cahaya torch light milik lelaki itu. Lantas, lelaki itu menghulurkan tangan kanannya lalu disambut oleh Imah.
Inilah saat pertama kalinya Imah memegang tangan lelaki semenjak suaminya meninggal dunia. Peluh Imah keluar mencurah disertai degupan jantungnya kian deras berdenyut.
Lelaki itu memimpin Imah berjalan. “Adik duduklah di sini” kata lelaki itu. Imah pun duduk perlahan-lahan dan bagaikan terpukau mengikut sahaja apa arahan lelaki itu dan tiba-tiba Imah terasa punggungnya menjadi dingin. Dingin dan sejuk akibat air telah mula, membasahi punggungnya yang gebu itu.
Menyedari ada sesuatu yang tidak kena, cepat-cepat lelaki itu berkata” Ohhh!!Maaflah dik, tempat duduk dalam sampan ini kesemuanya basah kerana tempias dek air banjir ni, tapi apapun adik telah selamat!” Jawab Imah “Yalah!!Kalaulah abang tidak datang tadi, entah macam manalah nasib saya, air banjir ni nampaknya semakin naik, kalaulah ia mencecah bumbung tak tahulah apa akan terjadi. Tapi nasib baiklah air naik setakat tingkat atas rumah saya ini sahaja, jadi dapatlah saya menunggu di sini”.
Lelaki tadi terus menghidupkan semula engin sampannya lalu terus ke pusat pemindahan mangsa-mangsa banjir di sebuah sekolah kebangsaan.
ps: gambar hiasan

Seorang pelancong Belanda ditangkap kerana cuba menyeludup lebih dari sedozen burung kolibri yang disembunyikannya dalam kantong-kantong khusus yang dijahit di bahagian dalam seluar dalam, di lapangan Rochambeau, Cayenne, Guyana Perancis.


Burung-burung tersebut secara individual dibungkus dengan kain kemudian dilekatkan untuk mencegah mereka melarikan diri.

Tapi untungnya petugas kastam cukai berhasil menahan lelaki tersebut setelah melihat tindakannya yang mencurigakan. Dan ketika mereka menggeledahnya, ditemukan beberapa ekor burung kolibri yang nampaknya telah dibius, berada dalam keadaan terbungkus dan dilekatkan ke dalam seluarnya.

Pernahkah anda lihat sepakan penalti yang pelik yang hanya menggunakan tumit? Pemain bola sepak Uni. Emirat Arab Theyab Awana yang menjadi sensasi di dunia maya setelah membuat gol dari titik penalti menggunakan tumitnya meninggal dalam sebuah kemalangan kereta.

Nama winger Uni Emirat Arab itu mulai menjadi sorotan umum setelah dia membuat gol penalti melalui tumit saat Uni Emirat Arab menang 6-2 atas Lebanon dalam liga persahabatan (17/7/2011).

Kemalangan tersebut terjadi sewaktu Awana pulang dari sesi latihan bersama team nasional Uni Emirat Arab menjelang laga Kelayakan Piala Dunia melawan Korea Selatan pada 11 Oktober akan datang di Al Ain menujuke Abu Dhabi pada Minggu (25/9)

Kemalangan terjadi di Jambatan Sheikh Zayed sewaktu dia dalam perjalanan kembali ke Abu Dhabi dari Al Ain bersama adiknya, Raad (13 tahun). Sewaktu itu Theyab baru saja selesai menjalani latihan bersama timnas UEA.

Kenderaan yang dinaikinya menghantam trak kerena kenderaan hilang kawalan. Berdasarkan laporan di tempat kejadian, Theyab memandu sambil bercakap dengan seseorang melalui BlackBerry miliknya.

Hal itu dapat dilihat dari adanya beberapa pesanan melalui BBM. Theyab meninggal sebelum sempat dibawa ke hospital. Manakala adiknya meninggal beberapa jam setelah dirawat secara intensif.

Kematian pemain kelab Baniyas itu jelas menyedihkan bagi pihak pasukan bola UEA. Theyab adalah pemain yang populer di UEA. Dia berjasa besar mengantarkan UEA menjadi runner-up Asian Games 2010 di China.

Di Faridabad India, Anil Kumar seorang lelaki yang berusia 20 tahun dirawat di hospital kerana perutnya ditembusi besi. Anil Kumar adalah seorang pekerja pembinaan, ketika dia pulang menunggang motosikal lalu jatuh ke dalam lori yang membawa batang besi dan, dua batang besi berukuran 3 cm menembusi perutnya. Dia dibawa ke hospital dan doktor mengambil masa selama empat jam pembedahan untuk mengeluarkan batang besi itu dari perutnya - posted@malaysiasensasi.net


BAITULMUQADDIS - Skrol berusia 2,000 tahun yang ditemui di gua sebuah gurun kini dipamerkan. Ia dipamerkan sebagai sebahagian daripada projek muzium kebangsaan Israel dan laman web Google di Internet.

Skrol itu ditulis dan dikumpulkan oleh satu kumpulan agama Yahudi yang melarikan diri ke sebuah gurun 2,000 tahun lalu dan menetap di Qumran di tepi tebing Laut Mati.

Lima skrol itu merupakan antara yang dibeli oleh para penyelidik Israel di antara tahun 1947 dan 1967 daripada seorang penjual barang antik. Ia pertama kali ditemui oleh penduduk Badwi di gurun Judean. 

Satu letupan kuat di pusat beli-belah Empire Shopping Gallery, dekat Subang Jaya, awal pagi Rabu menyebabkan empat cedera setakat ini.

Kejadian jam 3.45 pagi itu turut menyebabkan kerosakan teruk di beberapa premis termasuk rangkaian cafe terkenal dengan bumbung dan kaca beberapa premis lain runtuh dan pecah.

Sementara itu, Ketua Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, Mohd Khairi Daud berkata pelanggan hotel yang dianggarkan lebih 300 orang telah dipindah keluar.

Dalam gambar di atas, nampaknya hidung MB Selangor telah ditebuk oleh orang-orang yang anti kepada beliau. Gambar ini diambil di Gombak. Apalah yang puak-puak tu marah sangat kat MB ni? posted@malaysiasensasi.net


WESTMINSTER - Seorang wanita California, Catherine Kieu tidak mengaku bersalah mengerat kemaluan suaminya dan membuangnya di dalam pengisar sampah.

Dia membuat pengakuan itu di Mahkamah Daerah Orange, di sini pada Jumaat lalu berhubung dakwaan melakukan penyeksaan dan menambahkan kacau-bilau.

Kieu juga didakwa menggunakan pisau dan menyebabkan kecederaan. Jika disabitkan dengan semua kesalahan itu, dia akan dikenakan penjara seumur hidup tanpa dikenakan parol.

Wanita itu ditahan dengan wang ikat jamin sebanyak AS$1 juta (RM3.16 juta). Pihak berkuasa berkata, wanita itu membubuh dadah di dalam makanan suaminya.

Dia kemudian mengikat tangan dan kaki suaminya di katil. Pihak berkuasa menyatakan Kieu mengerat kemaluan suaminya semasa dia terjaga selepas tertidur. Suaminya itu telah memfailkan perceraian pada Mei lalu selepas 16 bulan mereka mendirikan rumah tangga.- AP