Koleksi Sensasi


SEORANG lelaki yang dipercayai penyokong pasukan bola sepak Negeri Sembilan dibelasah teruk di Stadium Shah Alam malam tadi selepas perlawanan akhir Piala Malaysia, Terengganu menentang Negeri Sembilan.

Lelaki tersebut dibelasah beramai-ramai oleh penyokong bola sepak Terengganu kerana tindakannya yang didakwa telah membakar bendera Negeri Terengganu serta mencetuskan provokasi setelah pasukan Terengganu tewas 1 - 2 kepada Negeri Sembilan.

Lelaki tersebut dikatakan mencetuskan provokasi dengan membakar bendera Negeri Terengganu di kawasan tempat letak kereta penyokong Terengganu. Rakan-rakan yang cuba menyelamatkannya juga turut terkena pukulan sekumpulan penyokong Terengganu yang berang dengan tindakan itu.

Tindakannya yang cuba menyelamatkan diri dengan melarikan diri ke dalam sebuah bas penyokong Terengganu memburukkan lagi keadaan. Meskipun ada segelintir penumpang yang simpati, lelaki tersebut terus dipukul.
sumber: milosuam


Alia Sabur masih muda, hanya berumur 19 tahun. Namun namanya mengejutkan dikalangan golongan cerdik pandai setelah dinobatkan sebagai profesor termuda oleh Guinness World Record. Dia kini menjadi profesor di Konkuk University Korea Selatan. Lahir pada 22 Februari 1989, Alia menjalani waktu belajarnya dalam waktu yang amat singkat. Dari kelas IV sekolah menengah, gadis ini terus diterima masuk ke universiti dan lulus BA dengan kepujian Sum Cum Laude dari Universiti Stony Brook di New York ketika usianya baru menginjak 14 tahun.

Dia melanjutkan pendidikan di Universiti Drexel. Di universiti itu dia mendapatkan anugerah master of science dan PhD. Tiga hari menjelang ulang tahunnya yang ke-19, dia secara rasmi menjadi profesor di Universiti Konkuk, Seoul, Korea Selatan. Buku Rekod Dunia Guinness menobatkannya sebagai profesor termuda dalam sejarah. Dia berjaya menumbangkan rekod sebelumnya yang dicatat oleh Colin MacLaurin, mahasiswa Isaac Newton pada tahun 1717.

Masa depan cemerlang terbentang luas di hadapan remaja Northport, New York itu. Tetapi dia telah memilih untuk mengajar. “Saya sangat selesa untuk mengajar. Kerana di bidang itulah kita boleh melihat perbezaan. Dengan mengajar, kita tidak cuma menunjukkan yang boleh lakukan tetapi juga melihat kemampuan orang lain untuk membuat perbezaan,” katanya.

Alia tidak cuma cemerlang di bidang akademik. Dia sudah tampil memainkan klarinet bersama Rockland Symphony Orchestra pada usia 11 tahun. Di bidang muzik ini, dia sudah mendapat berbagai penghargaan. Seni bela diri juga dikuasainya dengan menyandang tali pinggang hitam dalam seni bela diri Tae Kwon Do.


Peristiwa ini berlaku pada 4 Ogos 1975, tercatat satu perisitwa hitam dalam sejarah negara apabila lima pengganas Tentera Merah Jepun (JRA) telah menawan tingkat 9, Bangunan AIA di Jalan Ampang di mana terdapat pejabat Kedutaan Amerika Syarikat dan Sweden.

Seramai 53 orang termasuk pegawai Kedutaan Amerika Syarikat dan Sweden dijadikan tebusan oleh pengganas selama 79 jam. Anggota JRA bertindak demikian kerana mahu memaksa Jepun dan Sweden membebaskan tujuh rakan mereka yang ditahan di kedua-dua negara tersebut.

Drama tebusan itu berakhir apabila tuntutan pengganas dipenuhi. Anggota JRA yang terlibat dalam kejadian itu kemudian berlepas ke Libya dengan pesawat DC8 pada 7 Ogos 1975.

Tengok video kat bawah ni:

KUALA LUMPUR: Shafiq Aiman Mat Safarzaidi, 10, yang parah di muka dan badan akibat disimbah asid oleh jiran sekampung ketika bermotosikal bersama abangnya, kini bukan saja kurang keyakinan diri, malah trauma setiap kali mendengar atau melihat cecair dalam botol kaca.

Sikap kanak-kanak itu tidak dapat disembunyikan apabila dia beberapa kali mengelak dan menolak kerusi ke belakang untuk melarikan diri setiap kali Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Mohd Khairun Aseh memegang botol asid dalam sidang media khas di pejabat biro berkenaan.

Ketakutannya menyebabkan Mohd Khairun, yang ingin memaklumkan media mengenai penjualan asid secara terbuka masih berlaku, mengarahkan kakitangannya mengalihkan segera botol cecair itu sebelum majlis diteruskan.

Ibu Aiman, Ruhashimah Julaili Mansur, 33, berkata selain cecair dalam botol, anak keduanya itu takut melihat dawai kokot kerana ia digunakan untuk menekap kulit pada muka dan badan selepas menjalani beberapa pembedahan.

“Dia akan lari atau memaling muka melihat kedua-dua objek berkenaan... mungkin kerana masih fobia, terutama selepas melihat dawai kokot pada kulit yang digunakan doktor untuk menutup lukanya,” katanya ketika ditemui selepas Mohd Khairun mengumumkan dua beradik itu dijadikan anak angkat biro terbabit, sekali gus bertanggungjawab meringankan bebanan keluarga dan membantu persekolahan mereka.

Dalam kejadian 19 Julai lalu, Aiman dan abangnya, Shafiq Haikal, 13, parah di muka dan badan selepas disimbah asid ketika bermotosikal dalam perjalanan pulang mengambil buku ulang kaji di Felda Ketumbar, Jengka 9, Maran, Pahang.

Haikal yang kabur mata kiri akibat insiden itu berkata, ketika kejadian, dia terlupa membawa buku, lalu berpatah balik sejurus tiba di rumah rakan untuk mengulang kaji pelajaran sebelum seorang lelaki tiba-tiba mencampakkan sesuatu ke arah mereka hingga motosikal terbalik.
“Masa itu rasa panas, tak nampak apa-apa tapi ada orang bantu. Kami sebenarnya baru lepas mengaji dan terus ke rumah rakan, adik masih bersongkok.

“Sebaik disimbah, saya mengelak cecair itu, lalu ia terkena adik tapi dia bernasib baik kerana asid tidak kena kepalanya tetapi terpercik ke muka dan badan,” katanya.


Muhd Khairun pula kecewa kerana selepas beberapa pihak, termasuk menteri mengeluarkan kenyataan supaya penjualan asid diperketatkan, aktiviti penjualan bahan itu masih dilakukan secara terbuka.


“Buktinya, kami di biro ini boleh mendapatkan cecair itu pada harga RM2.50 tanpa perlu mendaftarkan nama atau menyerahkan kad pengenalan kepada kedai hardware (pertukangan).


“Siapa saja boleh dapatkannya... nampaknya kenyataan dua menteri mengenai penjualan asid sebelum ini tidak dipedulikan.


“Selaku pengerusi biro, saya akan membawa perkara ini ke perhatian pihak terbabit dan jika perlu, saya akan menghantar memorandum,” katanya di majlis yang turut dihadiri bapa kanak-kanak itu, Mat Safarzaidi Che Sam, 33.


Menurutnya, dia bimbang tragedi yang menimpa Aiman dan Haikal akan berlaku lagi jika penjualan asid tidak dibendung sepenuhnya.


“Kedua-dua kanak-kanak ini mempunyai impian tinggi, seorang mahu menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan seorang lagi ingin menjadi doktor, namun kejadian yang menimpa menyebabkan impian mereka terjejas.


“Sebagai keluarga angkat, kita akan bantu sekadar termampu seperti memastikan pembelajaran mereka tidak terjejas melalui kelas dalam wad dan ia akan diusahakan dengan kerjasama kementerian berkaitan.


“Bagi memastikan wajah mangsa pulih kita akan usaha membekalkan kelengkapan seperti penyaman udara kerana mangsa perlu memakai topeng muka 23 jam sehari,” katanya.


Setakat ini, mereka menjalani pembedahan pemindahan kulit paha yang ditampal pada muka manakala Haikal pula menjalani pembedahan tambahan apabila kulit cuping telinganya terpaksa diambil untuk membaik pulih kelopak mata dan beberapa siri pembedahan susulan akan dilakukan.

Kongsi artikel ini menerusi media sosial


TAMAN NEGARA EVERGLADES, Amerika Syarikat (AS) - Beberapa pekerja di Taman Negara Everglades, negeri Florida, menangkap dan membunuh seekor ular sawa Burma sepanjang 4.87 meter.

Reptilia itu ditangkap semasa ia kekenyangan selepas menelan seekor rusa seberat 34.5 kilogram. Penyelaras spesies eksotik Suruhanjaya Perikanan dan Hidupan Liar Florida, Scott Hardin berkata, pekerja-pekerja berkenaan menemui ular sawa betina itu. Menurutnya, ular itu ialah antara reptilia terbesar pernah ditemui di Florida Selatan. - Agensi

[IMAG0016.JPG]
Kubur Si Bongkok Tanjung Puteri cuma bernisankan sekeping papan yang telah reput

Beginilah keadaan kubur Si Bongkok Tanjung Puteri pahlawan Melayu Johor ini. Beliau berjuang habis-habisan melawan penjajah. Namun, beginilah nasib beliau. Sama seperti Mat Kilau, Tok Gajah, Datuk Bahaman dan lain-lain pejuang sejati. Malah ada di antara mereka yang meninggal tidak bernesan.
sumber gambar: blog a.latip

[ab.bmp]
PENDEKATAN ABU BAKAR AS-SIDDIQ KETIKA MENGATASI ISU GERAKAN AL-RIDDAHKhalifah Abu Bakar as-Shiddiq r.a

Khalifah Pertama, Teman Setia Yang Banyak Berkorban
Muhammad SAW wafat tanpa meninggalkan pesan siapa yang harus menggantikannya sebagai pemimpin umat.. Beberapa kerabat Rasul berpendapat bahwa Ali bin Abu Thalib - misan dan menantu yang dipelihara Muhammad SAW sejak kecil - yang paling berhak. Namun sebagian kaum Anshar, warga asli Madinah, berkumpul di Balai Pertemuan (Saqifa) Bani Saudah. Mereka hendak mengangkat Saad bin Ubadah
sebagai pemimpin umat.

Ketegangan terjadi, Abu Bakar, Umar dan Abu Ubaidah datang untuk mengingatkan mereka. Perdebatan terjadi, sampai dua tokoh Muhajirin dan Anshar - Abu Ubaidah dan Basyir anak Saad - membaiat Abu Bakar. Umar menyusul membaiat. Demikian pula yang lainnya. Pertikaian selesai. Selasa malam menjelang salat Isya - setelah Muhammmad SAW dimakamkan - Abu Bakar naik ke mimbar di masjid Nabawi. Ia mengucapkan pidato pertamanya sebagai khalifah. Pidato yang ringkas dan dan berkesan di kalangan umat. Itu terjadi pada Juni 632, atau 11 Hijriah.

Abu Bakar adalah orang pertama di luar kerabat Rasul yang memeluk Islam. Ia dikenalsebagai orang yang selalu membenarkan ucapan Muhammad SAW. Ketika orang-orang menghujat Muhammad SAW karena mengatakan baru mengalami Isra' Mi'raj, Abu Bakar menyatakan keyakinannya terhadap peristiwa itu. Ia menyiapkan perjalanan serta menemani Muhammad Saw saat hijrah ke Madinah. Ia juga menikahkan putrinya, Aisyah, dengan Rasul.

Namun tak bererti kepemimpinan Abu Bakar mulus. Wafatnya Muhammad SAW
menimbulkan pembelotan besar-besaran dari berbagai kabilah yang baru masuk Islam. Mereka tidak lagi patuh pada pemerintahan di Madinah. Beberapa orang malah menyatakan diri sebagai Nabi. Aswad Al-Insa di Yaman yang menyatakan diri sebagai Nabi dan membolehkan orang tidak solat dan berzina, telah dibunuh oleh orang dekatnya saat Rasulullah sakit. Sekarang ada Tulaihah dan Musailamah yang berbuat serupa.

Di Madinah pun, Abu Bakar berselisih pendapat dengan Fatimah, putri Muhammad SAW, mengenai cara pengelolaan wang negara. Keluarga Rasul - termasuk Ali bin Abu Thalib - baru mengakui kepemimpinan Abu Bakar enam bulan kemudian, setelah Fatimah wafat. Tugas pertama yang dilakukan Abu Bakar adalah melaksanakan amanat Rasul:

memberangkatkan pasukan Usamah bin Zaid ke arah Palestin dan Syam. Ia sendiri - dalam usia 61 tahun - kemudian memimpin tentara menggempur Tulaiha. Operasi militernya sukses. Setelah itu, Abu Bakar membentuk 11 regu untuk menaklukkan kabilah-kabilah yang menolak membayar zakat. Yakni dari Tihama di Laut Merah, Hadramaut di ujung Lautan Hindia, sampai ke Oman, Bahrain, Yamama hingga Kuwait di Teluk Persia.

Pertempuran paling sengit terjadi melawan pasukan Musailamah yang memiliki 40 ribu pasukan. Tentara dari Madinah sempat hancur. Berkat kecerdikan panglima Khalid bin Walid, mereka memukul balik lawan. Seorang tentara Khalid, Al-Barra, berhasil melompati benteng Al-Hadikat dan membuka pintu dari dari dalam. Musailamah tewas.Pasukan Khalid kemudian bergerak ke Utara, menuju lembah Iraq yang saat itu dikuasai kerajaan besar Persia. Pada 8 Hijriah, Raja Persia Kisra merobek-robek surat yang dikirimkan Muhammad SAW. Rasul lalu menyebut Allah akan merobek-robek kerajaan Persia pula. Saat itu tiba melalui tangan Khalid bin Walid yang hanya membawa sedikit pasukan. Dalam perang di Allais tercatat 70 ribu orang tewas. Setelah itu Kerajaan Hira pun ditaklukkan. Jadilah seluruh wilayah Iraq sekarang masuk dalam wilayah kekhalifahan Abu Bakar.

Setelah itu, Khalifah Abu Bakar mengirim 24.000 pasukan ke arah Syria, di bawah komando empat panglima perang. Mereka bersiap menghadapi 240.000 pasukan Romawi - kekuatan terbesar di dunia pada masa itu - yang diperintah Heraklius. Abu Bakar menetapkan Yarmuk sebagai pangkalan mereka. Ia juga memerintahkan Khalid bin Walid - yang berada di wilayah Iraq - untuk pergi ke Yarmuk dan menjadi Panglima Besar di situ. Sebanyak 9000 pasukan dibawanya.

Abu Bakar mencatat banyak kemenangan. Di jazirah Arab, ia telah berhasil menyatukan kembali umat Islam yang pecah setelah Rasul wafat. Di masanya pula, Islam mula menyebar ke luar jazirah Arab. Meskipun demikian, ia tetap dikenal sebagai seorang yang sederhana. Ia hidup sebagaimana rakyat. Tetap pergi sendiri ke pasar untuk berbelanja, serta tetap menjadi imam solat di masjid Nabawi.

Selama dua tahun tiga bulan memimpin umat, ia hanya mengeluarkan 8.000 dirham wang negara untuk kepentingan keluarganya. Jumlah yang sangat sedikit untuk ukuran waktu itu sekalipun. Ia juga memerintahkan pengumpulan catatan ayat-ayat Quran dari para sekretaris Rasul. Catatan-catatan itu dikumpulkan di rumah Hafshah, putri Umar. Abu Bakar meninggal dalam usia yang hampir sama dengan Rasul, 63 tahun.

Apa Itu Al-Riddah?

- Asal dari Bahasa Arab:- Radda, yaruddu, raddan wa riddatan.- Disebut sebanyak 58 kali dlm al-Qur’an.- Makna: tolak, jawab, tepis, nafi. Istilah:* Keluar daripada agama Islam, atau meninggalkan kepercayaan Islam dengan melakukan sesuatu yang menafikan ‘keislaman’, sama ada secara zahir atau batin, baik secara positif atau negatif.

- Mempunyai unsur kembali kepada syirik (al-shirk) dan penyembahan berhala.- Riddah berlaku bukan semata-mata kerana hendak tinggalkan Islam.- Riddah lebih merupakan gerakan ‘reaksionir’ menentang kekuasaan Islam yang berpusat di Madinah.- Penentangan oleh sebahagian kecil suku Arab di Sem. Tanah Arab (STA).- Ini kerana mereka tidak pernah tunduk kepada satu kuasa pusat di Madinah.- Zaman Rasulullah: bukan semua STA tunduk pada kuasa Islam.1) Beberapa daerah menunjukkan ‘keresahan’ terhadap kuasa pusat Madinah:2) Yaman: pemberontakan al-Aswad al-‘Ansi.3) al-Yamamah: pemberontakan suku Hanifah (Musaylimah al-Kadhdhab).4) Berdekatan Madinah: Suku Asad (Tulayhah) & suku Ghatafan (‘Uyaynah).5) al-Bahrayn6) ‘Uman7) Sempadan Syria.

Muncul huru-hara di Semenanjung Tanah Arab oleh suku-suku Arab. Beberapa suku Arab berkumpul dekat dengan Madinah. Mereka hantar utusan kepada Abu Bakr untuk dikecualikan daripada membayar zakat, tapi masih mahu tunaikan solat. Bagi mereka, zakat itu penghinaan. Ada sahabat yang nasihat Abu Bakr agar tunaikan permintaan mereka. Abu Bakr tolak dengan tegas kerana ia menyalahi amalan Nabi. Madinah diancam dengan serangan suku-suku tersebut.
Di Yaman pula, huru-hara timbul bila Qays (Arab) telah usir Fayruz (Parsi) dengan bantuan al-Aswad. Qays terima sokongan suku Kindah (Hadramawt) dan al-Ash’ath.
Di al-Yamamah, kududukan Musaylimah al-Kadhdhab semakin kuat dan padu Dan mendapat sokongan suku Tamim dan peroleh sokongan dari Sajah (nabi wanita).
Di al-Bahrayn & ‘Uman, Muncul pergolakan dgn menghalau wakil-wakil Madinah kerana rasa tidak puas hati dan tidak senang dengan kehadiran mereka.

Tindakan Abu Bakar

Kuasa Islam Madinah tidak mempunyai standing army yang mantap. Satu tombokan tentera diketuai oleh Usamah b. Zayd dihantar ke sempadan Syria untuk kembalikan kestabilan.

* Tindakan Pertama - Abu Bakar menulis surat dan menghantar utusan supaya menentang penderhakaan yang meletus di daerah masing-masing. Bila Usamah pulang, AB mula ambil tindakan tegas.

* Tindakan Kedua - Abu Bakar menghantar tentera untuk menentang gerakan penderhakaan yang cuba menyaingi dan mengancam kedudukan kuasa pusat di Madinah. Dilakukan secara berperingkat, iaitu 11 pasukan ketenteraan memandangkan Madinah menghadapi masalah sumber tenaga manusia. 11 pasukan ini dibahagikan kepada 3 kumpulan yang besar, iaitu:1) Pasukan Khalid b. al-Walid.2) Pasukan ‘Ikrimah b. Abi Jahl & Pasukan Shurahbil b. Hasanah.3) Pasukan al-Muhajir b. Umayyah.

1. Pasukan Khalid - Menentang Tulayhah dan ‘Uyaynah. Tulayhah: melarikan diri ke Syria dan kembali memeluk Islam. ‘Uyaynah: ditawan & dibebaskan oleh AB, tidak pernah terima Islam.

2. Pasukan ‘Ikrimah & Shurahbil - Kedua-dua pasukan ini kalah teruk ketika menentang Musaylimah dan suku Hanifah. Tentera Khalid memberi bantuan, orang Islam pun menang.Mengalami kerugian yang besar. Ramai Sahabat kanan Rasulullah gugur syahid. Musaylimah & sebahagian besar penyokongnya turut terbunuh. Kemenangan berlaku pada akhir tahun ke-11H atau awal ke-12H. Kesan daripada kematian jumlah yang begitu besar di kalangan para Sahabat (r.a.), Abu Bakr mengarahkan agar al-Qur’an di kumpulkan. Dan akhirnya Abu bakar berjaya mengatasi golongan al-Riddah ini.

3. Pasukan al-MuhajirDihantar ke Yaman.Tahun ke-12H, kemenangan dicapai tanpa banyak pertempuran. Turut dibantu oleh suku-suku Arab yang setia dengan Madinah. Qays ditawan, dihantar ke Madinah, lalu dibebaskan. Al-Ash’ath di Hadramawt, turut ditewaskan, ditawan, dihantar ke Madinah dan dibebaskan. Malah, beliau berkahwin dengan Umm Farwah, adik Abu Bakr sendiri.


Seronok mendengar perbualan Sudirman melayan peminat melalui panggilan telefon. Arwah memang seorang yang berjiwa rakyat, sporting dan merendah diri. Biarpun bergelar peguam beliau tetap mengabdikan diri dalam dunia seni sehingga keakhir hayat - posted@malaysiasensasi.net

Melalui laman blog abby abadi, dia telah membuat satu luahan perasaan tetang hubungan cinta dia dan zul ariffin yang telah berakhir.Namun begitu punca keretakan hubungan mereka bukanlah kerana perselisihan faham sesama mereka ,namun kerana ada orang yang menghalang hubungan mereka.
IMG 0541 Abby umum hubungan cintanya dengan Zul Ariffin berakhir
Sehingga ke saat Sy menaip utk entri ini, Sy mmg tak segan utk akui yg Sy mmg sayangkan dia. Sayanggg sgt2! huhu… Tp keadaan, masa, org2 tertentu, yg bweekk (:P) semualah…. nmpknya tak menyebelahi kami. Berat sgt Sy nk share kan hal ni sebenarnya, …. tp, takpelah….. Biar Zul happy dgn kehidupan dia skrg. Sebab apa kami tak buleh lg berdua, biar Sy simpan jer. Yg pasti, Sy tumpang gembira dgn apa yg dia ada icon smile Abby umum hubungan cintanya dengan Zul Ariffin berakhir Mungkin dia tak sedar yg Sy ni selalu ada di sebelah dia selama ni. icon sad Abby umum hubungan cintanya dengan Zul Ariffin berakhir
Kata Abby lagi,
Sy sedih…….. sgt sedih utk terima ‘kehilangan’ ini………. tp Sy takde kuasa utk ubah keadaan. Sy cuma nk org yg Sy sayang bahagia dgn apa yg dia mahukan. Insyallah, masa susahpun buleh jer cari Sy. :,)
Semoga abby abadi tabah lah yer hadapi dugaan ni..

http://erabaru.net/images/stories/nasional/ayin.jpg


Gambar sebuah penjara mewah di Indonesia.Siapa kata Indonesia miskin dan melarat. Anwar Ibarahim pun tak dapat duk tempat macam ni masa kena penjara dulu. (Rumah tahanan negara Pondok Bambu, Jakarta Timur)

Seorang lelaki Jepun menunjukkan dia berjiwa lembut apabila dia mengahwini bantal peluk besar. Lee Jin-gyu jatuh cinta kepada bantal peluk yang menyerupai karakter kartun animasi seksi, Fate Testaross. Jin-gyu, 28, mengahwini bantal itu dalam majlis istimewa di Tokyo selepas memakaikannya dengan gaun perkahwinan. “Dia begitu kemaruk dengan bantal itu,” kata seorang kawannya.
Gambar Anime tu...



Pengenalan

Usus besar terdiri dari kolon dan rektum yang memainkan peranan penting dalam proses pembuangan najis. 5 hingga 6 kaki pertama dan dubur terdiri dari usus besar adalah kolon dan rectum 6 inci panjang yang berakhir di dubur. Kanser kolon dan rektum adalah salah satu satu daripada kanser yang kerap berlaku di dunia. Di Malaysia Barat pada tahun 2002, ia merupakan kanser tertinggi di kalangan lelaki dan ketiga di kalangan wanita. Bangsa Cina mencatatkan bilangan tertinggi pesakit kanser kolon dan rektum. Kanser kolon dan rectum biasanya bermula dengan polip (unjuran berbentuk jejari) dan berubah kepada kanser. Pengesanan awal amat penting bagi membolehkan pembuangan polip dengan segera

Faktor Risiko

Penyebab kanser kolon dan rektum tidak diketahui. Faktor mendorong kepada kanser kolon dan rektum :
  • Usia: lebih 90% kes di Malaysia berlaku pada usia lebih 40 tahun.
  • Polip: polip jenis adenoma boleh menyebabkan kanser 
  • Penyakit radangan usus : seperti "ulcerative colitis"(luka dan radangan pada usus) dan "Crohn's disease" (radangan pada usus,usus menebal dan luka) membentuk radangan yang berpanjangan. 
  • Sejarah kanser: wanita yang mendapat kanser ovari, rahim atau payudara berkemungkinan mendapat kanser kolon dan rektum. 
  • Sejarah keluarga kanser: ahli keluarga mendapat kanser kolon dan rektum, terutama sekali bila kanser didapati pada usia sebelum 60 tahun. 
  • Pemakanan: makanan tinggi lemak dan kurang serat. 
  • Merokok: kajian menunjukan perokok lebih ramai mati akibat kanser kolon dan rektum berbanding dengan individu yang tidak merokok. 
  • Ubat penahan sakit bukan steroid: contoh aspirin boleh kurangkan risiko pembentukan kanser kolon dan rektum hasil dari sesetengah kajian. 
  • Permakanan dan ubatan: makanan kaya dengan buah-buahan, sayuran dan kurang daging merah mungkin mengurangkan risiko kanser usus dan dubur. Sesetengah kajian mendapati pengambilan ubatan folic acid dan kalcium boleh mengurangkan risiko kanser kolon dan rektum. 
  • Berat badan dan aktiviti fizikal: individu dengan cara hidup yang tidak aktif dan individu lebih berat badan atau obesiti meningkatkan risiko kanser kolon dan rektum. 

Gejala

Berikut adalah gejala kanser kolon dan rektum. Jika anda mendapat gejala berikut, sila berjumpa doktor untuk pengesahan.
  • Abdomen tidak selesa, termasuk kerap kembung, sebu dan kejang.
  • Turun berat badan tanpa sebab
  • Kerap penat atau letih lesu 
  • Perubahan habitat pembuangan najis.
  • Cirit birit, sembelit atau perasaan usus tidak dapat dikosongkan sepenuhnya.
  • Najis berwarna merah atau terlalu gelap dalam najis.
  • Najis kelihatan bersaiz kecil atau leper dari biasa.

Diagnosa

Ada beberapa ujian yang perlu dilakukan untuk membuat diagnosa kanser kolon dan rectum dan untuk mengesan samada berlaku perebakan ke organ lain dan untuk mengambil keputusan cara rawatan yang baik.
Sigmoidoskopi/ kolonoskopi
Tiub dimasukkan untuk melihat polip/ketumbuhan di dalam kolon dan rektum. Jika ada polip akan dibuang.

Biopsi
Pengambilan sedikit tisu di usus untuk pemeriksaan di bawah mikroskop, diambil semasa kolonoskopi atau semasa pembedahan.Ujian darah
Kesan kurang darah akibat kerap berlaku perdarahan ke dalam usus yang boleh menyebabkan penyakit kurang darah.
Ujian imejan
  • CT scan - kesan perebakan kanser ke paru paru, hati dan organ lain.
  • Ultrasound - prosedur menggunakan gelombang bunyi untuk hasilkan imej jika kanser telah merebak kehati, atau organ lain.
  • X-ray - untuk kesan perebakan ke paru paru.
Tahap kanser adalah cara menerangkan tentang situasi kanser contoh lokasi, perebakan dan adakah ia melibatkan fungsi organ lain. Dengan mengetahui tahap, ia memberi panduan kepada doktor untuk menentukan rawatan dan meramalkan peluang untuk sembuh.
  • Tahap I : Kanser terletak di lapisan dalam usus atau dubur
  • Tahap II: Kanser merebak melalui dinding usus atau dubur
  • Tahap III : Kanser merebak ke nodus limfa berhampiran
  • Tahap IV : Kanser merebak ke bahagian badan yang jauh seperti hati dan paru paru.

    Rawatan

    Rawatan bergantung kepada lokasi tertentu
  • Pembedahan 

    Rawatan yang kerap dilakukan. sebahagian dari kolon dan rektum yang sihat dan nodus limfa juga akan dibuang. Sebahagian kecil pesakit perlu kolostomi (sebahagian usus dibawa keluar untuk pengeluaran najis) samada sementara atau pun kekal. Kesan sampingan pembedahan adalah rasa sakit, sakit bila disentuh pada kawasan pembedahan, sembelit atau cirit birit tetapi buat sementara waktu sahaja. Individu yang menerima kolostomi mungkin akan alami radangan sekeliling stoma.
  • Terapi radiasi
Guna tenaga radiasi yang tinggi untuk membunuh sel kanser. Mungkin digunakan sebelum pembedahan untuk kecutkan ketumbuhan supaya senang dibuang atau selepas pembedahan untuk musnahkan sel yang tertinggal. Kesan sampingan - letih lesu, ganguan pada kulit dan kerosakan pada kulit tempat rawatan diberikan, hilang selera makan, loya dan cirit birit dan ia juga menyebabkan perdarahan di dalam najis atau penyumbatan usus.

  • Terapi kimo
Gunakan ubat untuk bunuh sel kanser selepas pembedahan untuk buang sel yang tertinggal. Kesan sampingan - loya, muntah, cirit birit atau rekahan di mulut.


Si Tanggang (ataupun "Si Tenggang") adalah sebuah cerita dongeng atau cerita lagenda masyarakat Melayu. Ia mengisahkan kehidupan seorang pemuda bernama Si Tanggang yang menderhaka kepada ibunya, dan akhirnya bertukar menjadi batu setelah disumpah oleh si ibu dengan izin Tuhan.

Dongeng ini dikenali juga dengan beberapa nama lain, antaranya Malin Kundang atau Malim Kundang (Minangkabau) dan Nakhoda Manis (Brunei). Masing-masing merupakan versi yang sedikit berbeza, tetapi memiliki isi cerita yang sama, iaitu balasan kepada manusia yang menderhakai ibunya.

Si Tanggang merupakan antara dongeng yang paling popular di kalangan masyarakat Melayu. Ia diceritakan melalui lisan secara turun-temurun. Golongan kanak-kanak sesuai didedahkan dengan cerita ini kerana dongeng ini mengandungi pengajaran penting yang merupakan salah satu pantang larang dalam adat Melayu juga perkara yang ditegah agama iaitu jangan derhaka kepada orang tua. Pengajaran ini juga selaras dengan ajaran Islam yang menghormati ibu bapa. Kanak-kanak yang tidak mahu menurut suruhan ibu atau bapa akan cepat-cepat diusik dengan panggilan "Si Tanggang" untuk mengingatinya mengenai kisah tersebut.

Beberapa tempat di Kepulauan Melayu dikaitkan dengan dongeng Si Tanggang. Antaranya ialah Jong Batu di Brunei, Batu Caves di Malaysia, dan Batu Malin Kundang di Pantai Air Manis, Padang, Sumatera Barat. Tempat-tempat ini, menurut kepercayaan masyarakat setempat, mengandungi bekas sejarah Si Tenggang menjadi batu.

Serba sedikit mengenai cerita ini... Si Talang dan Si Deruma merupakan bapa dan ibu kepada seorang anak lelaki yang bernama Si Tanggang. Mereka hidup sebagai keluarga nelayan di tepi pantai (dalam sesetengah versi: sungai). Kehidupan mereka amatlah miskin. Si Tanggang merupakan seorang kanak-kanak yang bercita-cita tinggi. Dia selalu berkhayal untuk menjadi kaya dan terkenal. Akan tetapi, keadaan hidupnya yang serba kekurangan dan ketiadaan peluang menjadi penghalang kepada cita-citanya.

Pada suatu hari, ketika sudah dewasa, Si Tanggang terlihat sebuah kapal besar berlabuh di muara sungai yang berhampiran dengan rumahnya. Si Tanggang pun pergi mencuba nasib, dia berjumpa dengan nakhoda kapal itu dan meminta untuk dijadikan anak kapalnya kerana itulah peluang yang ada untuk mencapai cita-citanya. Nakhoda kapal itu terus bersetuju kerana telah melihat kecekapan Si Tanggang bersampan dan bekerja.

Walaupun Si Talang dan Si Deruma amat keberatan untuk melepaskan Si Tanggang belayar mengikut kapal nakhoda itu, mereka terpaksa mengalah. Si Tanggang berjanji akan kembali ke kampung setelah menjadi kaya.

Si Tanggang melakukan apa sahaja kerja yang diperintahkan oleh Nakhoda. Nakhoda amat suka dengan Si Tanggang kerana dia sangat rajin bekerja. Lalu, Si Tanggang pun diambil sebagai anak angkatnya. Apabila Nakhoda menjadi uzur, maka Si Tanggang dilantik menjadi nakhoda baru. Dia dipanggil Nakhoda Tanggang.

Si Tanggang memiliki kecekapan dalam berniaga. Dia menjadi kaya raya dan namanya menjadi terkenal. Namanya sampai ke telinga Sultan dan dijemput ke istana. Sultan amat menyukai akan Si Tanggang kerana bakat dan kepintarannya. Tidak lama kemudian, Sultan mengahwini puterinya dengan Si Tanggang. Si Tanggang membawa isterinya berlayar ke banyak tempat di merata negeri.

Pada suatu hari, kapal Si Tanggang berlabuh di muara sungai kampung asal-usulnya. Orang kampung mengetahui nakhoda kapal itu Si Tanggang. Mereka pun memberitahu kepada orang tuanya.

Gembira dalam hati, Si Talang dan Si Deruma pun pergilah berkayuh sampan menuju ke kapal Nakhoda Tanggang. Apabila tiba di kapal, seorang anak kapal melarang mereka naik. Seketika kemudian, Si Tanggang muncul dengan isterinya. Si Tanggang malu melihat keadaan ibu dan bapanya yang daif lagi hina itu di hadapan isterinya. Si Talang dan Si Deruma memanggil-manggil Si Tanggang, akan tetapi dia berpura-pura tidak kenal mereka. Isterinya bertanya mengenai mereka, tetapi Si Tanggang telah berbohong mengatakan bahawa ibu dan bapanya sudah lama meninggal dunia, disebabkan terlalu malu untuk menjelaskan asal usul dirinya itu.

Si Tanggang menghalau ibunya dengan biadap dan dengan cara yang tidak sepatutnya seorang anak lakukan terhadap orang tua. Si Talang dan Si Deruma berdayung ke tepi dengan perasaan sedih dan kecewa. Apabila tiba di daratan, Si Deruma memandang ke langit dan memengangkat kedua-dua belah tangannya, kemudian berseru, "Oh, Tuhan! Tunjukkanlah kepada Si Tanggang bahawa akulah ibu kandungnya."

Tiba-tiba petir berdentum dan angin bertiup kencang. Kapal Si Tanggang terumbang-ambing akibat air yang bergelora. Ketika itulah, Si Tanggang berasa kesal. Dia sedar Tuhan telah memperkenankan doa ibunya. Dia akan menerima balasannya kerana telah menderhaka. Akhirnya, dia berteriak kepada ibunya supaya diampuni. Akan tetapi, penyesalannya itu sudah tidak berguna lagi. Segalanya sudah terlambat. Kapalnya pecah akibat dipukul oleh ombak yang kuat. Apabila ribut reda, Si Tanggang, isterinya, kapalnya, dan semua anak kapalnya telah bertukar menjadi batu.

Apakah pengajaran yang dapat kita ambil dari cerita Si Tanggang? Kedua orang tua kita seharusnya kita layan dengan baik. Walaupun mungkin mereka sudah tua dan miskin, janganlah kita memandang mereka dengan sebelah mata. Semasa kita masih bayi, kita telah dijaga dan dibelai dengan sepenuh kasih sayang sehingga kita dewasa. Tanpa mereka mana mungkin kita boleh melihat dunia yang serba indah ini. Doa yang dilafazkan dari mereka penuh dengan keberkatan. Sayangilah mereka sementara mereka masih ada dan jika mereka sudah tiada, hadiahkanlah pahala untuk mereka. Semoga anak-anak kita juga akan mencontohi apa yang kita lakukan itu.

Turki - Bayi perempuan berusia dua minggu dikeluarkan dari celah-celah runtuhan sebuah bangunan apartmen 72 jam setelah gempa bumi berukuran 7.2 pada skala Richter melanda timur Turki. Imej-imej di televisyen semalam menunjukkan beberapa anggota penyelamat yang memakai pakaian berwarna oren bertepuk tangan semasa bayi berkenaan dikeluarkan dari celah-celah runtuhan.

Seorang anggota penyelamat mengendong bayi dalam keadaan bogel itu yang bernama Azra Karaduman. Bayi itu kemudian dibalut dengan selimut dan diserahkan kepada anggota-anggota paramedik. Ibu bayi itu mendakap bayi tersebut di dada semasa para anggota penyelamat menemui mereka.

Mereka turut melakukan usaha untuk mengeluarkan ibu bayi itu termasuk neneknya yang masih hidup. "Saya amat teruja. Apa lagi yang perlu saya perkatakan. Biarkan Tuhan membantu mereka," kata seorang lagi nenek bayi itu, Sevim Yigit kepada Reuters.

Menurutnya, bayi itu dilahirkan dua minggu lalu. Gempa bumi itu yang berlaku pada Ahad lalu telah meruntuhkan lebih 2,000 bangunan dan menyebabkan 366 orang terbunuh.

Keindahan dunia islam yang memang tak akan didedahkan oleh mana-mana media. Termasuklah media dari negara islam sendiri. Jika ada peluang melihat gambar-gambar begini, kongsikanlah bersama-sama pembaca yang lain. Di bawah ini adalah gambar-gambar menarik dari negara Iran - malaysiasensasi.blogspot.com
Alamut Castle in the Valley of the Assassins

Alamut Castle



wanita iran...
Tehran is tree lined boulevards

Tehran is outdoor mountain restaurants

Tehran is outdoor tea gardens

Tehran is parks

Tehran is palaces

Tehran is museums

Tehran is towers

Tehran is fountains

Tehran is kuches

Tehran is hidden worlds

Tehran is the bazaar

Tehran is Kharbose

Tehran is gerdou

Tehran is dead poets new

Tehran is dead poets old

Tehran is carpets
Tehran is skyline
Tehran is Hose new
Tehran is Hose old
Tehran is florists
Tehran is mountains