Koleksi Sensasi


Great Republic (102.1m)
Kapal itu pada rancangan awalnya akan diluncurkan pada 4 September 1853 tetapi kerana peningkatan dalam harga kayu, maka ditunda sampai 4 Oktober 1853. Dua bulan kemudian pada tarikh 27 Disember, kapal itu terbakar dan hampir rosak dimakan oleh api. Kapal itu dijual kepada Kapten Nathaniel Palmer kemudian, dibina kembali dan diubahsuai. Great Republic kemudian berpindah ke Denmark kerana dibeli oleh Merchants’ Trading Company. Memiliki kapasiti untuk membawa barang seberat 5.000 ton dengan perkiraan kecepatan 19 kn (35,2 km / jam). Kapal tua ini akhirnya ditinggalkan pada tahun 1872.


TOKYO - Presiden syarikat Toyota Motor Corp, Akio Toyoda memperkenalkan kereta konsep futuristik yang memiliki bentuk menyerupai sebuah telefon pintar gergasi dalam satu majlis di sini semalam.

Dinamakan Fun-Vii, beliau menggelarkan kereta konsep tersebut sebagai "sebuah telefon pintar bertayar empat".

Kereta itu berfungsi seperti sebuah komputer peribadi dengan pemandunya boleh berhubung dengan orang lain dengan mengetuk panel pintu kereta tersebut.

Pintu kenderaan itu dilengkapi skrin besar dengan fungsi sentuh yang beroperasi seperti sebuah telefon pintar.

"Sebuah kereta perlu mempunyai daya tarikan," kata Toyoda.

Beliau turut memperkenalkan sebuah skuter yang boleh ditunggang sambil berdiri yang dinamakan Winglet pada majlis berkenaan. 

SEOUL: Mana-mana banduan yang cuba melarikan diri dari penjara Korea Selatan tidak lama lagi terpaksa berdepan lebih daripada pengawal, rintangan dan menara kawalan.

Kini pihak berkuasa dilengkapi pengawal baru - robot berteknologi tinggi yang mampu mengesan tingkah laku mencurigakan di kalangan banduan.

Tiga robot pertama - setiap satu setinggi 1.5 meter - akan mula digunakan di penjara bandar Pohang awal tahun depan.

Jika pelaksanaannya berjaya, lebih banyak robot akan dihasilkan untuk mengawal penjara Korea Selatan.

Robot itu diprogramkan untuk meronda di kawasan koridor penjara dan memantau keadaan dalam sel, manakala pengesan yang ada padanya membolehkan ia menilai perubahan keadaan banduan - sama ada agresif atau berisiko membunuh diri.

Semua maklumat itu kemudian dimaklumkan kepada pegawai bertugas. Robot itu bergerak menggunakan empat roda dan boleh menghubungkan tahanan dengan pengawal melalui sistem perhubungan terkawal.

Pegawai Asian Forum For Corrections, Prof Lee Baik-Chul, berkata berbanding sistem kamera litar tertutup yang hanya memantau, robot itu diprogramkan untuk menganalisis pelbagai aktiviti dalam penjara.

“Kini robot itu dalam peringkat perapian bagi membolehkan ia kelihatan lebih mesra kepada banduan,” katanya.

1) Program Ilmu Asma Sungai Raja TINGKAT GURU
Ilmu Asma Sungai Raja,(Asma Sungei Rajah, Asma Sungai Raja, Asma Sunge Rahej dan pelbagai nama lagi) merupakan satu ilmu leluhur ulama Nusantara dahulukala. Suatu ketika dahulu ilmu ini adalah sangat rahsia. Tetapi kini terdapat berbapa perguruan kembali memartabatka ilmu ini di Nusantara seperti Indonesia dan Malaysia.

Anehnya, kekuatan ilmu ini adalah secara langsung daripada ALLAH dan tiada melalui perantaraan khodam atrau sebagainya. Kerana menurut cerita pengamalnya, ilmu ini adalah ilmu dari Nabi Khidir. Di Indonesia, ilmu ini banyak diwarisi oleh para ulama dan para wali. Antaranya ialah Sunan Kalijaga.

Kini diperturunakan kepada anda, ilmu Asma Sungai Raja melalui program pengijazahan secara langsung oleh  Master Izwan. Berikut adalah maklumat mengenai program tersebut:

Manfaat Ilmu Asma Sungai Raja
1. Ilmu pengasih
2. Mendapat keberanian luar biasa.
3. Keuntungan dalam semua perkara
4. Kewibawaan tingkat tinggi.
5. Meredam Amarah Orang Lain.
6. Kekuatan pukulan tangan.
7. Anti pukulan Tangan dan benda tumpul.
8. Bentakan membuat lawan kucar-kacir
10. Menutup luka agar tak berdarah.
11. Mudah mendapat pinjaman wang dll.
13. Dalam Keadaan Terjepit, boleh naik kendaraan awam tanpa bayaran.
14. Kekuatan pisik, tidak mudah lelah.
16. Melumpuhkan ilmu kesaktian lawan.
18. Selamat dari serangan senjata tajam, api.
19. Selamat dari kemalangan darat, udara, laut.
20. Menundukan musuh.
26. Mengusir  mahluk halus.
28. Mengubati diri sendiri.
29. Pagar rumah
 31. Menghentikan badai /angin puting beliung
32. Menghentikan ombak yang ganas.
 33. Membuat haiwan ganas menjadi jinak.
35. Mengalih hujan .
 36. Mendatangkan Hujan.
38. Mempermudah wanita yang melahirkan.
39. Panglimunan (menghilang)
.41. Menghentam musuh dari jarak jauh.
42. Mengisi kekuatan pada orang lain
45. Pencuri akan mengembalikan barang curian.
46. Mempertajam indera ke 6.
 47. Mempengaruhi fikiran orang lain.
48. Mendatangkan Orang Dari Jauh
50. Kuat seks, kurang lebih 1 jam.
58. Menarik rezeki dari berbagai penjuru.
59. Mendapat  ikan ketika  memancing.
60. Saat terdesak boleh kirim sms tanpa kredit.
61. Menghilangkan gugup.
65. Mempercepat surutnya air banjir.
 66. Mengeraskan kulit telur.
67. Boleh memindahkan penyakit ke telur.
69. Mampu menghadapi musuh 1 kampung
71. Musuh ditiup akan lumpuh.
72. Hipnotis Islam.
73. Pengasihan dasyat.
74. Jual Tanah Cepat laku
76. Mengubati haiwan sakit.
82. Meredakan orang bertengkar.
83. Mulut menjadi masih/makbul.
Ilmu ini adalah bersih dan tidak merlibatkan JIN,KHADAM,IBLIS DSB

2) Program Ilmu Rawatan Islam TINGKAT GURU

PROGRAM KEILMUAN KURSUS RAWATAN AL HIKMAH WA SYIFA 

Program penyembuhan Al Hikmah Wa Syifa’ di mana ia merangkumi ilmu rawatan,ilmu beladiri,ilmu perang,kewibawaan dan lain-lain mengikut niat.Di Antara manfaat ilmu ini ialah:-

1)Anda akan di ajar ilmu rawatan untuk merawat penyakit non medis seperti merawat sihir sama ada sihir pengasih,suami isteri sihir ilmu hitam.

2)merawat masalah penyakit akibat di santau dan menghilangkan pengaruh santau pada tubuh badan pesakit.

3)merawat penyakit saka keturunan yang selalu meganggu kehidupan pesakit saka tersebut.

4)membuat pemgaran ghaib untuk diri,rumahh dan harta benda di mana ia akan mempunyai kekuatan ghaib yang ampuh untuk pemagaran,apabila musuh cuba mendekati atau mencerobohi kawasan yang dip agar,mereka akan menjadi lemas,tidak berdaya,lemah,terpaku,bisu tuli dan lain-lain mengikut kekuatan tahap pemagaran tersebut.

5)Membuat pelarisan pada sebarang bentuk perniagaan atau perusahaan supaya menjadi lebih lancar, ramai pelanggan dan rezeki melimpah ruah.

6)membuat pengasihan umum dan khusus untuk yang berhajat agar diri kelihatan berseri-seri,aura lebih terpancar dengan lebih kuat,dan dapat digunakan untuk hubungan pergaulan sosial seharian dengan orang lain agar orang lebih suka bergaul dengan kita.

7)Merawat masalah lambat jodoh/sulit jodoh atau perkara yang berkaitan dengan jodoh melalui terapi yang akan diterangkan dalam pembelajaran ilmu ini nanti.

8)jika mengamalkan ilomu ini secara istiqamah berterusan.insyaAllah akan dapat menyembuhkan segala penyakit sama ada yang zahir mahupun yang batin yang ada pada tubuh pengamal ini tidak kira ia masih baru atau sudah lama bersemayam di dalam tubuh.

9)Mampu mengalirkan kekuatan tenaga kepada orang lain yang dapat digunakan untuk pelbagai tujuan seperti tujuan beladiri,perlindungan,penyembuhan dan lain-lain.

10)Mampu memulihkan tempat yang mempunyai gangguan makhluk halus/jin dan sebagainya dengan cara meneutralkan tempat tersebut agar tidak diganggu lagi.

11)Mampu membuat rawatan sama ada secara berdepan atau pun secara jarak jauh tidak kira di mana sahaja tempat tersebut.

12)Dapat mencari jalan penyelesaian ketika kita sedang dilanda suatu kesulitan atau kesusahan dengan banyakkan mengamalkan ilmu ini.

13)Mampu mengikhtiarkan untuk barang yang telah dicuri.

14)Dapat mempertajamkan indera ke 6 dan menangkan jiwa serta fikiran daripada stress/sakit jiwa/masalah minda/kurang tumpuan/lemah semangat/pemalu/penakut dan lain-lain.

15)Dapat merawat penyakit untuk anak-anak kecil yang sering diganggu tidak boleh todur malam/anak degil/nakal dll.

16)Merawat masalah orang yang selalu degil/tidak mendengar kata orang tua/sering keluar merayau dan pulang lewat ke rumah agar menjadi lebih baik.

17)merawat masalah sifat negatif pada diri seseorang seperti panas baran/ego/bengis/dendam/hasad dengki dan lain-lain masalah berkaitan perangai.

18)menguatkan tenaga batin untuk lelaki dan wanita yang mempunyai masalah tenaga batin.

19)sebagai ikhtiar dalam masalah rumahtangga suami dan isteri.

20)sebagai pedinding diri,jika pengamal ini diserang secara kebatinan maka serangan tersebut akan terpantul kepada penghantar serangan tersebut.

21)dan lain-lain manfaat yang akan diperolehi setelah mengikuti program ini.

MAKLUMAT PROGRAM ASMA SUNGAI RAJA + PROGRAM KEILMUAN KURSUS RAWATAN AL HIKMAH WA SYIFA 
Tarikh: 25-12-2011
Waktu: 9.00pagi - 8.00malam 
Lokasi: Akan diberitahu kemudian
Keilmuan: Asma Sungai Rajah TAHAP GURU+Kursus Rawatan Al Hikmah Wa Syifa
Mahar: 
Asma Sungai Raja TAHAP GURU = RM5900
Kursus Rawatan Al Hikmah Wa Syifa TAHAP GURU = RM4000
Total: RM9900
PROMOSI KINI HANYA RM3000 SAHAJA UNTUK KEDUA-DUA PROGRAM KEILMUAN INI. BERMINAT? SILA HUBUNGI
Layari web pengiklan: tenagaislami.blogspot.com

Masyarakat Malaysia pastinya sukakan filem aksi yang memaparkan aksi pergaduhan. Berikut adalah filem-filem yang memaparkan aksi pergaduhan yang paling disukai

http://adrian10fajri.files.wordpress.com/2010/10/bruce_lee_08.jpg?w=300

Berikut ini disiarkan 10 adegan perkelahian terbaik dalam filem Dunia (sumbercavemancircus.com)


10. Crouching Tiger Hidden Dragon – Duel
9. Kiss Of The Dragon – Police Station Fight
8. The Matrix Reloaded – Chateau Fight Scene

7. They Live – Alley Fight Scene

6. Kill Bill – The Bride Vs The Crazy 88′s

5. Drunken Master 2 – End Fight

4. The Protector – Breaking Bones

3. Rumble In The Bronx – Jackie Fights The Gang

2 Enter The Dragon – The Warehouse Fight Scene

1. Drunken Master 2 – The Ax Gang Fight



Fobia boleh terjadi kepada sesiapa saja. Ketakutan berlebihan yang bersifat tak rasional ini memiliki bermacam ragam. Mulai takut binatang tertentu sampai takut bersentuhan dengan peralatan makan dari logam seperti yang dialami Zoe Ingleson, selama 20 tahun.

Wanita 34 tahun itu merasa tubuhnya lumpuh, keringat dingin mengalir deras, dan serangan panik luar biasa menyerang setiap kali melihat pisau, sudu, atau garpu berbahan logam. Dia melihat peralatan makan berbahan logam bak melihat tarantula beracun.

Hanya mendengar sudu logam berbunyi di piring, dia merasa trauma. “Benar-benar memalukan. Orang-orang menatapku seperti menatap seorang yang bodoh. Tetapi aku tidak boleh melupakan ketakutan terhadap alat logam,” katanya seperti dimuat Daily Mail.

Keadaan itu membuat Ingleson memilih meja makan terpisah dari suami dan empat anaknya. Dia memiliki peralatan makan khusus yang semuanya terbuat dari plastik. Jika terpaksa makan di tempat umum, dia memilih makan dengan tangan. Tapi, biasanya diavmembawa sendiri sudu dan garpu plastik di begnya.
Di rumah, Zoe juga tak punya peralatan memasak dari logam. Semua perlengkapan rumah tangganya terbuat dari plastik. Sejumlah keluarga dekat juga selalu siap menyediakan peralatan makan khas jika Zoe berkunjung.

Fobia merupakan ketakutan berlebihan akibat peristiwa trauma yang menimbulkan kepanikan luar biasa, tanpa alasan jelas. Menurut ahli, fobia merupakan cara untuk bertahan atau menghindar terhadap ancaman yang dirasakan.-vivanews


Bercakap tentang isu saman, kami sendiri boleh naik bulu roma. Maklumlah, hampir jadi mangsa saman emosi. Heh.

Isu ini kami hidu Khamis yang lalu sebelum kami berjaya dapatkan Fauziah Dato’ Ahmad Daud (Ogy) untuk pengesahan tindakan beliau untuk membuka fail saman.

Menurut Ogy, beliau baru sahaja habis berbincang dengan peguam peribadi berkaitan niat untuk mengambil tindakan terhadap Johan Raja Lawak ekoran insiden di’Festival Filem Malaysia ke 24.

Jadi, apakah punca Ogy ingin mengambil tindakan saman terhadap Johan Raja Lawak? Kalau anda masih ingat, pada malam anugerah FFM24 yang lalu, mereka merupakan pasangan pengacara yang buat pertama kali di’gandingkan.

Menurut Ogy, pasangan pengacara beliau itu banyak mengeluarkan kenyataan berunsur merendahkan diri beliau sebagai anak seni & artis yang lebih senior — dan semua itu tidak wujud dalam skrip asal.

“Biar saya beri satu contoh, dalam satu selingan di’atas pentas Johan ada menyebut merujuk kepada saya di’sebelah — ada bakat ke? — dan saya anggap perkataan Johan itu sebagai merendahkan kebolehan saya”. ujar Ogy.

“Tidak pernah sebelum ini pasangan pengacara saya merendahkan apa yang saya ada atau menjadikan saya sebagai bahan komedi — Salleh Yaacob yang merupakan bapa saudara Johan pun lebih professional”

Menurut Ogy lagi, Johan Raja Lawak juga beberapa kali merujuk beliau sebagai ‘orang tua’ dan mempersendakan fitrah beliau sebagai seorang manusia ciptaan Tuhan — yang Ogy anggap sebagai satu tindakan kurang bijak.

“Saya turut melihat trend di’kalangan artis baru yang seakan sudah hilang hormat kepada artis senior dan saya pasti kes saya bukan satu satu’nya. Saya mewakili mereka untuk memberi pengajaran,” jelas Ogy.

Ogy turut meminta Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim yang turut hadir pada malam FFM 24 itu berbuat sesuatu tentang isu ini kerana tidak mahu ianya menjadi satu virus dalam industri hiburan.SUMBER:ROTIKAYA


Luncheon of the Boating Party by Pierre Auguste Renoir 

Lukisan ini menggambarkan sekumpulan rakan Renoir's bersantai di balkon sepanjang Sungai Seine. Dalam lukisan ini Renoir telah merakamkan keadaan riang kelas pertengahan akhir abad ke-19 Perancis, ini adalah lukisan hidup yang membawa kebahagiaan dan kegembiraan ke setiap ruangan.

Danau Terbesar Di Dunia luat kaspia



Laut Kaspia
Lokasi: Azerbaijan, Rusia, Kazakhstan, Turkmenistan, Iran
Luas (km²): 394.299
Panjang (km): 1.199
Kedalaman maksimum (m): 946

Laut Kaspia atau Laut Mazandaran merupakan laut yang terkurung daratan antara Asia, Azerbaijan, Iran (wilayah Guilan, Mazandaran dan Golestan), Turkmenistan dan Kazakhstan, dan Eropa (Rusia), Dagestan, Kalmykia dan Oblast Astrakhan. Laut ini merupakan kumpulan air terbesar di daratan, dengan luas permukaan 371.000 km², dan oleh kerana itu memiliki karakteristik yang dimiliki oleh laut dan danau. Dia sering digolongkan sebagai danau terbesar dunia.


Kematian dengan membakar telah digunakan sebagai satu bentuk hukuman mati selama berabad-abad, sering dikaitkan dengan kejahatan seperti pengkhianatan dan sihir. Sekarang ini dianggap sebagai hukuman yang kejam dan tidak biasa, tetapi sebelum abad ke-18, yang dibakar pada tiang pancang adalah amalan biasa. Mangsa terikat pada pancang besar, yang selalunya di tengah kota atau di mana pun dengan penonton dan kemudian menyalakan api. Hal ini dianggap sebagai salah satu cara yang paling lambat untuk mati.

Abbas Ibn Firnas atau nama penuhnya Abbas Qassim Ibn Firnas dilahirkan pada tahun 811 M dari keturunan Berber di Sepanyol. Menemui konsep kapal terbang pertama di dunia, mencipta planetarium dan merekacipta kristal tiruan. Ibn Firnas mendahului dunia penerbangan seribu tahun sebelum the Wright Brothers. Seorang pakar sains, ahli teknologi dan ahli kimia. Ibn Firnas mendalami kimia, fizik, dan astronomi. Pada tahun 852, seorang pemuda bernama Armen Firman terbang dari menara di Cordova menggunakan jubah lebar seperti sayap untuk melambatkan kelajuannya (penemuan payung terjun). Dia terselamat dengan kecederaan ringan, dan Ibn Firnas hadir dan menyaksikannya. Pada tahun 875, pada usia 66 tahun Ibn Firnas mencipta pelayangnya sendiri, dan melayang turun dari menara.


Penerbangan itu agak berjaya, dan disaksikan oleh kumpulan mereka yang dijemputnya. Bagaimanapun, pendaratannya gagal. Belakangnya tercedera, dan pengkritiknya menyatakan bahawa dia tidak mengambil kira cara burung mengepak ketika terjunam, dan mendarat pada ekornya. Dia tidak menyediakan ekor, ataupun cara pergerakan serupa itu. Ibn Firnas mencipta planetarium mekanikal dengan planet-planet yang berputar. Dia juga membuat simulasi guruh dan kilat. Ibn Firnas menyediakan jadual astronomi, mengarang
puisi, dan mereka jam air yang dikenali sebagai Al-Maqata.

Dia juga mencipta kaedah menghasilkan kaca dari pasir. Dia menghasilkan rantaian cincin yang boleh digunakan bagi menunjukkan pergerakan planet dan bintang. Dia juga memajukan proses bagi memotong kristal batu. Ibn Firnas meninggal dunia pada tahun 888 Masihi pada usia 77 tahun Libya mengeluarkan setem sebagai menperingatinya.


Iraq membina memorial batu bagi memperingati dirinya dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Iraq, dan Lapangan Terbang Ibn Firnas di utara Baghdad dinamakan sempenan namanya. Kawah Ibn Firnas di bulan juga dinamakan sempena namanya. Binaan ukiran memorial batu Abbas Ibn Firnas dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Ibn Firnas di Baghdad, Iraq.

Sebaik sahaja Linda baring, dia mula merasakan otot-otot mula menegang. Linda cuba mengelak dengan cuba memberi alasan, tetapi lelaki itu enggan menerima alasan Linda bahkan semakin merapatinya. Lelaki tersebut bertanyakan adakah Linda takut?

Tetapi dengan berani Linda menggelengkan kepala. Jari- jemari lelaki tersebut mula meneroka untuk mencari apa yang dihajati. Dan jarinya menyentuh tempat yang betul. Semakin dalam dia menusuk semakin kuat Linda mengerang. Tetapi lelaki tersebut masih dengan sikapnya dan melakukannya dengan selembut yang boleh sebagaimana yang telah dia janjikan.

Dia merenung jauh ke dalam mata Linda dan mahu Linda percayakannya. Ini bukanlah kali pertama baginya. Dia terus tersenyum dan Linda memberi lebih ruang masuk kepadanya. Linda mula merayu agar dia mempercepatkannya. 

Tetapi dia masih lagi melakukannya dengan perlahan agar Linda merasakan kesakitan yang paling minimum. Semakin dalam tusukkannya semakin Linda merasakan tisu-tisunya koyak!. Kesakitan makin terasa diikuti dengan sedikit darah mengalir.

Lelaki tersebut merenung kepada Linda dan bertanyakan adakah ianya menyakitkan?. Mata Linda direnangi dengan airmata tetapi Linda menggelengkan kepala dan mahu dia terus melakukannya dengan lebih cepat.
Lelaki tersebut meneruskan dengan apa yang patut dilakukan.

Linda sudah mula merasa kebas dan tidak lagi merasakan apa-apa. Beberapa ketika kemudian Linda merasakan sesuatu terkeluar dan lelaki itu menunjukkan  kepada Linda.

Linda terbaring dengan wajah yang pucat. Lelaki itu menghamparkan sekuntum senyuman kepada Linda dan mengatakan Linda adalah antara yang terdegil tetapi telah memberinya banyak pengalaman.

Linda hanya tersenyum tawar. Ini juga adalah pengalaman pertama Linda. Dengan senyuman yang tawar Linda pon mengucapkan terima kasih kepada doktor kerana mencabut giginya. Sakit sungguh!! kata Linda di dalam Hatinya....

Dah2..komen plak..:P

Ngeri dan menggelikan apabila melihat lelaki ini memegang kepada kucing yang sudah putus. Tidak dapat dipastikan bagiamana kepada kucing ini boleh putus dan apa kaitannya dengan lelaki yang memegang kepada kucing tersebut. Apa yang pasti di negara diorang tu, kucing adalah makanan biasa.posted@malaysiasensasi.net


Suatu masa dulu budak dua orang ni sangat popular di kaca TV. Sering melakonkan watak komedi aksi, mereka sering saja berlakon disamping pelakon popular seperti Ng Man Tat, yang biasa berlakon dengan Stephen chow tu la. Sekarang diorang dah besar dan dah hensem.posted@malaysiasensasi.net

Anggota perwakilan yang berucap pada Perhimpunan Agung Umno 2011 minggu depan dinasihatkan agar tidak menyinggung perasaan kaum lain apabila membicarakan agenda Melayu.

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan yang memberi ingatan itu pada Khamis, berkata dalam konteks gagasan 1Malaysia, agenda Melayu masih boleh dikembangkan dengan baik tanpa mengguris perasaan kaum lain yang terdapat di negara ini.

"Di sebalik luahan sentimen yang ingin kita nyatakan, jangan lupa bahawa kita dibumbungi dengan dasar 1Malaysia.

"Apabila kita beri pandangan tertentu, kita masih perlu memikirkan perasaan kaum lain yang pelbagai dalam negara ini," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Festival Seni dan Kebudayaan Universiti Tun Abdul Razak (Unitar) di sini.

Ahmad berkata Umno sebagai tunjang parti Barisan Nasional perlu memberikan panduan yang bermanfaat dan dihormati oleh semua kaum.

"Tapi jangan pula kita apabila sudah bercerita tentang gagasan 1Malaysia, lantas kita tak menyentuh langsung tentang agenda Melayu, itu tak betul," katanya.

"Dalam kesemua empat sidang yang akan berhimpun, jurucakap perlu sedar dan sensitif bahawa kita berada dalam negara pelbagai kaum yang perlu panduan daripada Umno," katanya.

Seramai 5,447 perwakilan akan menghadiri Perhimpunan Agung Umno 2011 yang akan diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dari 29 November hingga 3 Disember ini.

Mereka terdiri 2,627 perwakilan daripada 191 bahagian di seluruh negara, 944 perwakilan Wanita, 942 Pemuda dan 934 Puteri Umno. - BERNAMA


Penyanyi Yuna mengesahkan kontroversi mengenai penarikan balik trofi Lagu Terbaik menerusi Penakut yang dimenangi di Anugerah Industri Muzik 18 (AIM18) baru-baru ini.

Penyanyi yang popular dengan lagu Dan Sebenarnya itu mengesahkan menerusi laman Twitter miliknya tengah hari tadi.

"Ya ia benar. Tetapi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat yang menyukai lagu tersebut," ujarnya.

Terdahulu, akhbar pada Rabu melaporkan, berlaku kesilapan pada pemilihan pemenang bagi kategori itu sehingga Penakut dinobatkan sebagai lagu terbaik secara keseluruhan walaupun ia tidak memenangi dalam kategori Lagu Pop Terbaik pada anugerah itu.

Turut dilaporkan, anugerah itu akan diserahkan kepada komposer Edry Abdul Halim dan Anuar Zain menerusi lagu Sedetik Lebih yang memenangi dalam kategori Lagu Pop Terbaik.

Difahamkan, pihak penganjur iaitu RIM dan AIM akan mengadakan sidang akhbar khas di Hotel Maya pada Khamis bagi menjelaskan kekeliruan itu.

Yuna dalam satu mesej lain di laman Twitter memberitahu dia tidak mahu menjawab sebarang pertanyaan dan memohon supaya ia diajukan kepada pihak penganjur.

Pada anugerah itu, Yuna menggondol tiga anugerah iaitu Persembahan Vokal Wanita Terbaik menerusi lagu (Penakut) dan Anugerah Kembara atas pencapaian cemerlangnya di Amerika Syarikat selain Lagu Terbaik (Penakut). MSTAR

Nampak gaya mereka seperti budak yang beruniform sekolah. Tetapi salah seorang dari mereka nampaknya sedang meneguk arak dan kemudan terlentok di atas meja. Kelihatan juga kawasan ini adalah kawasan awam, tetapi tiada siapa yang pedulikannya.posted@malaysiasensasi.net

Inilah latihan yang luar biasa yang berlaku di Korea. Kanak-kanak ini kelihatan seperti dilatih ala tentera. Tidak dapat dipastikan sama ada ini adalah program wajib kerajaan atau sebaliknya. Juga tidak diketahui sama ada ia di Korea Utara atau Korea Selatan.posted@malaysiasensasi.net

Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jagoan Kung fu dalam filem Once Upon A Time in China . Dalam filem itu, karakter Wong Fei Hung dimainkan oleh aktor terkenal Hong Kong , Jet Li. Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung?

Wong Fei Hung adalah seorang Ulama, Ahli Perubatan, dan Ahli Beladiri legendaris yang namanya ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China. Namun Pemerintah China sering berupaya mengaburkan jatidiri Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga imej kekuasaan Komunis di China. Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab, Fais. Sementara Nama Hung juga merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila di-bahasa-arab- kan, namanya ialah Faisal Hussein Wong. Ayahnya, Wong Kay-Ying adalah seorang Ulama, dan tabib ahli ilmu penrubatan tradisional, serta ahli beladiri tradisional Tiongkok (wushu/kungfu). Ayahnya memiliki sebuah klinik perubatan bernama Po Chi Lam di Canton (ibukota Guandong).

Wong Kay-Ying merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu wushu tingkat tinggi. Ketinggian ilmu beladiri Wong Kay-Ying membuatnya dikenal sebagai salah satu dari Sepuluh Macan Kwantung. Posisi Macan Kwantung ini di kemudian hari diwariskannya kepada Wong Fei Hung.
Kombinasi antara pengetahuan ilmu perubatan tradisional dan teknik beladiri serta ditunjang oleh keluhuran budi pekerti sebagai Muslim membuat keluarga Wong sering turun tangan membantu orang-orang lemah dan tertindas pada masa itu. Karena itulah masyarakat Kwantung sangat menghormati dan mengidolakan Keluarga Wong. Pesakit klinik keluarga Wong yang meminta bantuan perubatan umumnya berasal dari kalangan miskin yang tidak mampu membayar kos perubatan.

Walau begitu, Keluarga Wong tetap membantu setiap pesakit yang datang dengan sungguh-sungguh. Keluarga Wong tidak pernah memilih bulu dalam membantu, tanpa memedulikan suku, ras, agama, semua dibantu tanpa pilih kasih. Secara rahsia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Dinasti Ch'in yang rasuah dan penindas. Dinasti
Ch'in ialah Dinasti yang merubuhkan kekuasaan Dinasti Yuan yang memerintah sebelumnya. Dinasti Yuan ini dikenal sebagai satu-satunya Dinasti Kaisar Cina yang anggota keluarganya banyak yang memeluk agama Islam. Wong Fei-Hung mula mengasah bakat beladirinya sejak berguru kepada Luk Ah-Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya. Luk Ah-Choi inilah yang kemudian mengajarnya dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung berjaya melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang menjadi lagenda. Dasar-dasar jurus Hung Gar ditemukan, dikembangkan dan merupakan andalan dari Hung Hei-Kwun, abang seperguruan Luk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun adalah seorang pendekar Shaolin yang terlepas dari peristiwa pembakaran dan pembantaian oleh pemerintahan Dinasti Ch'in pada 1734. Hung Hei-Kwun ini adalah pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir mengalahkan dinasti penjajah Ch'in yang datang dari Manchuria (sekarang kita mengenalnya sebagai Korea ). Jika saja pemerintah Ch'in tidak meminta bantuan pasukan-pasukan bersenjata bangsa asing (Rusia, Inggris, Jepun), pemberontakan pimpinan Hung Hei-Kwun itu nescaya akan berjaya mengusir pendudukan Dinasti Ch'in.

Setelah berguru kepada Luk Ah-Choi, Wong Fei-Hung kemudian berguru pada ayahnya sendiri hingga pada awal usia 20-an tahun, ia telah menjadi ahli perubatan dan beladiri terkemuka. Bahkan ia berjaya mengembangkannya menjadi lebih maju. Kemampuan beladirinya semakin sulit ditandingi ketika ia berhasil membuat jurus baru yang sangat taktis namun efisien yang dinamakan Jurus Cakar Macan dan Jurus Sembilan Pukulan Khusus. Selain dengan tangan kosong, Wong Fei-Hung juga mahir menggunakan bermacam-macam senjata. Masyarakat Canton pernah menyaksikan langsung dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana ia seorang diri dengan hanya memegang tongkat berjaya menewaskan lebih dari 30 orang jagoan pelabuhan berbadan kekar dan kejam di Canton yang mengeroyoknya karana ia membela rakyat miskin yang akan mereka peras.
Dalam kehidupan keluarga, Allah banyak mengujinya dengan berbagai cobaan. Seorang anaknya terbunuh dalam suatu insiden perkelahian dengan mafia Canton . W

ong Fei-Hung tiga kali menikah karena isteri-isterinya meninggal dalam usia pendek. Setelah isteri ketiganya meninggal, Wong Fei-Hung memutuskan untuk hidup sendiri sampai kemudian ia bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang
perempuan muda yang kebetulan juga ahli beladiri. Mok Gwai Lan ini kemudian menjadi pasangan hidupnya hingga akhir hayat. Mok Gwai Lan turut mengajar beladiri pada kelas khusus perempuan di perguruan suaminya.

Pada 1924 Wong Fei-Hung meninggal dalam usia 77 tahun. Masyarakat Cina, khususnya di Kwantung dan Canton mengenangnya sebagai pahlawan pembela kaum mustad'afin (tertindas) yang tidak pernah gentar membela kehormatan mereka. Siapapun dan berapapun jumlah orang yang menindas orang miskin, akan dilawannya dengan segenap kekuatan dan keberanian yang dimilikinya.Wong Fei-Hung meninggal dengan meninggalkan nama harum yang membuatnya dikenal sebagai manusia yang hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah kepada seorang muslim selain mati Syahid. Semoga segala amal ibadahnya diterima di sisi Allah Swt dan semoga segala kebaikannya menjadi teladan bagi kita, generasi muslim yang hidup setelahnya. Amiin.


HARTFORD, Amerika Syarikat (AS) - Seorang wanita yang diserang seekor cimpanzi menyatakan dia lebih kerap keluar rumah selepas menjalani pembedahan pemindahan muka dan wajah baharunya itu dipuji cantik.

Wanita berkenaan, Charla Nash memberitahu program bual bicara terbitan NBC, Today, wajah penderma organ yang diperolehinya itu mula berubah menurut struktur tulang mukanya.

"Ada orang memberitahu saya bahawa saya cantik," kata Nash dalam wawancara tersebut.   "Sebelum ini mereka belum pernah memuji saya cantik," tambahnya.

Menurut Nash, dia turut disapa oleh seorang kanak-kanak semasa keluar membeli belah baru-baru ini.

"Ia belum pernah berlaku sebelum ini. Budak perempuan itu menyatakan Hi kepada saya. Saya tidak menakutkan sesiapa," katanya.

Nash diserang oleh seekor cimpanzi seberat 90 kilogram yang dipelihara oleh jirannya pada 2009.

Haiwan itu mengoyakkan hidung, bibir, kelopak mata dan tangan Nash sebelum ia ditembak mati oleh polis.

Dia menjalani pembedahan pemindahan muka dan kedua-dua belah tangannya pada Mei lalu.

Wanita itu akan menjalani pembedahan pemindahan tangan kali kedua dalam masa setahun selepas ekoran masalah komplikasi.