Koleksi Sensasi


BAITULAHAM - Sejumlah paderi bergaduh semasa membersihkan dengan penyapu lantai gereja Nativiti yang dipercayai tempat kelahiran Nabi Isa di Tebing Barat, kata beberapa saksi dan polis Palestin. Pergaduhan itu melibatkan kumpulan paderi dari Armenia dan Greece Ortodoks. Tiada laporan mengenai kecederaan berlaku dalam pergaduhan itu. Pergaduhan itu berlaku selepas beberapa paderi menyapu di kawasan yang dikhaskan untuk kumpulan paderi lain. Polis Palestin campur tangan bagi menamatkan pergaduhan itu. - Agensi


ROM, Itali - Sebuah buku lama yang dimakan anai-anai dipamerkan di sebuah muzium di Institut Pemuliharaan dan Pemulihan Buku-Buku Rosak.

Buku-buku dan manuskrip lama yang rosak akibat terbakar, peperangan dan dimakan anai-anai dirawat di institut tersebut seperti seorang pesakit di hospital.

Institut yang ditubuhkan pada 1938 itu turut menyimpan pelbagai manuskrip lama termasuk salah sebuah kitab al-Quran paling tua di dunia. - AFP

Biasanya untuk memancing manusia akan menggunakan umpan seperti cacing, serangga, dan buah ara. Tetapi lelaki ini sangat pelik kerana dia menggunakan burung untuk menangkap ikan di sungai. Mari lihat aksi-aksinya.posted@malaysiasensasi.net

Tahniah diucapkan kepada kumpulan OSBON kerana berjaya menjadi JUARA MAHARAJA LAWAK MEGA 2011 dan mengetepikan 3 lagi saingan iaitu kumpulan Boboi, kumpuan Saehu, dan Kumpulan Syok.

Osbon yang dianggotai oleh pelawak otai Mr.Os dan Abon membawa pulang RM350,000, manakala BOBOI RM250,000, diikuti Saehu RM150,000 dan Syok RM50,000. Maharaja Lawak Mega disiarkan secara langsung dari Stadium Malawati Shah Alam.

Dua beradik berusia enam dan dua tahun diperlakukan seperti haiwan oleh bapa sendiri yang mengikat kaki mereka dengan rantai besi selain dikurung dalam tandas serta dibiarkan kelaparan.

Bapa mereka yang bekerja di sebuah syarikat penghantaran meninggalkan kedua-dua anaknya itu dalam keadaan kaki berantai di rumah mereka di Jalan Raja Uda di sini kerana terlalu nakal.

Dua beradik itu ditinggalkan tanpa makanan kira-kira empat jam sebelum mereka diselamatkan pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara, ACP Zulkifli Alias berkata, jiran yang terdengar tangisan dua beradik itu menghubungi pasukan ronda sukarela Taman Mawar, polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

"Pihak berkuasa memecah masuk ke dalam rumah itu menerusi pintu depan untuk menyelamatkan dua beradik tersebut," katanya.

Ketika ditemui di Hospital Seberang Jaya di sini, kanak-kanak perempuan itu berkata, mereka menjerit meminta pertolongan kerana takut dan kelaparan.

Dia bagaimanapun tidak menjawab pertanyaan sama ada pernah dikurung sebelum ini.

Katanya, mereka tidak pernah dilawat oleh saudara-mara sejak dirawat di Hospital Seberang Jaya.

Zulkifli berkata, lelaki tersebut mendakwa kedua-dua anaknya terlalu nakal dan bertindak merantai dan membiarkan mereka kelaparan sebagai hukuman.

Dia turut memberitahu polis bahawa telah berpisah dengan isterinya sejak sebulan lepas.

Polis menahan seorang lelaki di sebuah rumah kedai di Taman Melewar sebaik saja dua beradik itu diselamatkan pada pukul 8.40 malam.

Lelaki itu turut direman selama empat hari.

"Siasatan awal mendapati kanak-kanak itu dirantai sebelum bapa mereka keluar bekerja pada pukul 3 petang," katanya.

Seorang saksi yang enggan dikenali berkata, dia terdengar tangisan dua beradik tersebut ketika berada di bengkel keretanya yang bersebelahan dengan rumah kedai di Jalan Raja Uda.

"Saya terdengar tangisan kanak-kanak pada pukul 2 petang Rabu. Saya tidak mengendahkannya kerana merasakan mereka bergaduh.

"Saya terkejut apabila melihat anggota Rela di rumah tersebut pada pukul 8.45 malam. Saya hanya menyedari kanak-kanak itu dirantai apabila gambar ditunjukkan kepada saya," katanya.

Saksi tersebut berkata, dia sering terdengar tangisan dua beradik itu sejak bengkel keretanya beroperasi sejak sebulan lalu.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Masyarakat Penyayang negeri, Phee Boon Poh memberitahu, kanak-kanak itu akan ditempatkan di pusat jagaan JKM mengikut Seksyen 15 Akta Perlindungan Kanak-Kanak.MSTAR

Seorang lelaki di China telah mengubahsuai netbook kepada pc tablet. Dia sebenarnya tidak mempunyai wang untuk menghadiahkan gadjet tablet tersebut kepada kekasihnya lalu melakukan modifikasi tersebut.posted@malaysiasensasi.net


Ramai di antara kita yang masih lagi menggunakan surat sebagai salah satu cara untuk berhubung. Cara yang paling cepat untuk melekatkan sampul surat adalah dengan menggunakan span basah.

Kisah menarik mengenai seorang wanita yang menggunakan lidah untuk menggantikan span basah bagi melekatkan sampul surat dan stem.

Pada suatu hari, seorang perempuan sedang bekerja di sebuah pejabat pos di California. Beliau tidak menggunakan span untuk melekat sampul suratnya tapi sebaliknya menjilat pelekat sampul surat yang dipegangnya. Pada hari yang sama juga perempuan itu mendapati terdapat satu luka kecil pada lidahnya. Luka itu membengkak. Perempuan tersebut terus pergi berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan kerana risaukan lukanya. Tetapi setelah diperiksa oleh doktor tiada apa yang tidak kena dengan lidah beliau dan doktor menganggap bahawa ia hanyalah luka kecil dan bengkak biasa.

Perempuan itu tidak merasakan sakit atau kebas walaupun lidahnya bengkak. Tetapi setelah hari berganti hari. Bengak pada lidah perempuan tersebut semakin membesar. Dengan rasa yang tidak puas hati beliau terus berjumpa doktor kembali dan memaksa doktor berbuat sesuatu pada lidahnya. Doktor tersebut terus mengarahkan perempuan itu menjalani ujian x-ray. Keputusannya doktor tersebut mendapati terdapat satu benjolan pada lidah perempuan itu.

Doktor terus menasihati agar perempuan itu menjalankan pembedahan kecil pada lidahnya untuk memastikan punca benjol pada lidah perempuan tersebut. Tetapi apa yang berlaku ialah sebaik sahaja doktor memotong bahagian yang benjol tersebut, seekor lipas keluar daripada lidah perempuan itu. Kesimpulannya terdapat telur lipas pada pelekat sampul surat yang dijilatnya. Telur itu mampu menetas di dalam lidah dan kelembapan di dalam mulutnya.

Ini adalah kisah benar yang ditulis di dalam berita CNN.


Gambar ini telah disebarkan di dalam FB. Apa yang boleh kita umat Islam lakukan? Tengok sajalah. Tengok dan kutuk. Kata macam2. Sampai ada yang dok kata kalau jumpa budak ni aku rejam sampai mati. Tapi hakikatnya, kita hanya mampu lihat sahaja. Lihat dan beri komen. Lepas tu, senyap. Kemudian muncul lagi gambar menghina Allah sebegini dari orang lain pula. 

Nak bicara dalam politik, bergaduh sesama sendiri. Tanya PAS mampos disalahkan Kerajaan sajalah. Bila hendak ambil tindakan DAP marah. PAS pun kena ikut saja la. Kalau menentang akan dicantas dalam parti.

Minta tolong.. Rayu.. Bekerjasamalah. PAS dan UMNO. Ini kesan apabila Pemimpin Islam tidak bersatu. Betelagah sesama sendiri. Cakap soal rasuah, cakap soal korup. Tuduh sesama sendiri. Dok sibuk nak selesai rasuah kononnya, sampai lupa nak tengok anak2 muda sekeliling yang hina Agama Islam. Yang diajar mahasiswa berdemo tunjuk perasaan hina Kerajaan. Kan lebih baik diajar anak2 Muda menghormati Agama lain.

Remaja di gambar di atas belum tentu lagi status agama dia. Kalau bukan Islam 1 hal. Macam mana jika dikenalpasti remaja ini beragama Islam. Ternganga. Jangan pula dah sampai tahap macam ni, Hassan Ali hendak bertindak ditahan pula. Nak kaji pula gambar ini super impose atau gambar benar. Dah terbiasa diajar selepas Video SEKS Anwar dikeluarkan. Tak boleh percaya dah lepas ni. Memang bodohlah kalau inipun disekat.

Akhirnya anak2 muda makin berani. Yang bukan Islam menghina. Yang Islam pula anggap perkara biasa. Pemimpin dok sibuk nak rampas Kerajaan. Serang politik semata2. :- GR


Zimbabwe merupakan negara yang mengalami inflasi tertinggi di dunia, sehingga 2,2 juta persen. Bagaimanapun keadaan pemerintah negara itu sangat mewah berbanding warganya. Contohnya nilai 100 billion Zimbabwe hanya boleh membeli 3 biji telur ayam - posted@malaysiasensasi.net

Pada tahun 1987, seorang pencari harta karun dari Pennsylvania, R. Budd Dwyer dikatakan menghadapi pertuduhan rasuah terhadapa dirinya. Tiba-tiba dia mencabut pistolnya dan meletakkanya tepat di mulutnya dan menembak dirinya dan ini terjadi live di TV

Selepas lama hidup tanpa dibelai kasih sayang seorang suami selama 5 tahun, Azza Elite akhirnya bakal menamatkan zaman jandanya dengan seorang pramugara pada awal tahun depan. Keputusan itu diambil setelah melihat penerimaan baik daripada jejaka tersebut terhadap statusnya dan anaknya, Marissa Janna, 6.


"Selain wajahnya yang comel, saya terpikat dengannya kerana keterbukaan untuk menerima saya dan anak saya.

"Bagi saya senang sahaja. Jika bakal suami saya boleh menerima saya dan anak saya, nampaknya saya mudah selesa untuk berkawan dan bersamanya.

"Dia pun seorang lelaki yang sangat baik kepada saya dan tak pernah mengguris hati saya. Jadi apa salahnya saya menerimanya kerana saya pun sudah lama menjanda.

"Sepanjang perkenalan, nampaknya masing-masing mudah untuk sesuaikan diri dan keadaan. Malah kami selalu mencapai persefahaman dalam perbincangn bersama.

"Jadi InsyaAllah kami akan bernikah pada awal tahun 2012. Tarikhnya saya akan umum pada masa yang sesuai kerana terlalu awal untuk saya mengumumkannya sekarang," katanya. -Via/izyan


Ketika Nabi Muhammad mengimankan solat pada suatu hari, beliau kelihatan seperti sukar melakukan pergerakan. Ini menimbulkan tanda tanya dan kerisauan di kalangan sahabat yang menjadi makmum. Mereka tidak dapat solat dengan khusyuk dan merasa terganggu. Setiap kali Nabi bergerak, kedengaran bunyi mengerutup seperti sendi-sendinya bergesel antara satu sama lain. 



Umar yang risau melihat keadaan itu terus bertanya setelah mereka selesai solat. “Wahai Muhammad, kami perhatikan seolah-olah tuan sedang menanggung penderitaan yang amat berat sekali. Tuan sakitkah?” 

“Tidak, Umar” jawab Nabi. “Alhamdulillah, aku sihat dan segar.” Namun Umar tidak berpuas hati dengan jawapan itu. 

“Kalau sihat, mengapa setiap kali tuan menggerakkan badan, kami dengar seolah-olah sendi tuan bergesel. Kami yakin bahawa tuan sedang sakit.” 

Tetapi Nabi Muhammad tetap mengatakan tiada apa-apa yang perlu dirisaukan. Namun setelah didesak berkali-kali, akhirnya Nabi Muhammad mengangkat jubahnya. Para sahabat terkejut kerana perutnya begitu kempis dan di liliti sehelai kain berisi batu kerikil bagi menahan rasa lapar. Batu-batu itulah yang mengeluarkan bunyi setiap kali Nabi Muhammad menggerakkan tubuhnya.

“Wahi Muhammad, adakah apabila tuan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak dapat menyediakannya?” Umar bertanya lagi dengan suara penuh belas kasihan kerana khuatir mereka tidak dapat menyempurnakan permintaan Nabi.

“Tidak sahabatku” jawab Nabi Muhammad. 

“Aku tahu kamu sanggup lakukan apa saja untukku. Tetapi apakah yang akan ku jawab di hadapan Allah nanti apabila aku sebagai pemimpin menjadi beban kepada umatNya?”

Kemudian Nabi menyambung, “Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah daripada Allah buatku agar umatku tiada yang kelaparan di dunia ini, lebih-lebih lagi di akhirat kelak.”sumber/gambar sebagai hiasan


Pada september 2008, ianya dicatatkan sebagai kejadian kemalangan keretapi paling buruk di dalm sejarah California, 25 orang terbunuh. Ianya berlaku akibat dari kesilapan Konduktor yang cuai membalas SMS, dan tersalah memasuki laluan semasa pertukaran rail di Stesen California. Tindakakn undang-undang dijangkakan melibatkan nilai lebih $500 juta.