Koleksi Sensasi


Polis menangkap seorang lelaki yang mengaku diri sebagai nabi dan menipu pengikutnya dengan meminta harta serta membolehkan dia meniduri isteri para pengikutnya.

Lelaki 48 tahun bernama Bantil yang berkerja sebagai guru agama itu mempunyai kira-kira 50 pengikut yang tinggal dalam kampung mereka dalam Kabupaten Kutai Timur, Kalimantan Timur, Indonesia. Para pengikutnya memanggilnya Syekh Muhammad dan dia mengaku sebagai Nabi, walaupun disebutkan ajarannya menyimpang dari nilai-nilai Islam.

Seperti dipetik The Jakarta Globe pada Khamis 13/12 lalu mengatakan, para pengikut mengaku diminta menyerahkan wang kepada Bantil si nabi palsu maka dosa-dosa para pengikutnya akan diampuni. Jika pengikutnya tidak punya wang, maka Bantil harus dibenarkan meniduri isteri para pengikutnya agar dosa mereka boleh diampunkan.

“Kami menangkapnya selepas menerima laporan daripada penduduk,” kata Budi. “Setakat ini hanya satu orang yang dilaporkan ditipu oleh pelaku (Bantil) dengan memberikan 170 juta rupiah bagi membersihkan dosa-dosanya. Kami mengesyaki puluhan isteri para pengikutnya sudah ditiduri Bantil bagi menghapuskan dosanya. Kami masih menyiasat perkara itu,” jelas Budi.
Budi juga menjelaskan polis telah mengumpulkan beberapa alat bukti termasuk peranti bagi ritual seperti serban, boneka, kayu azimat, wang kertas dan tanda terima atau nota bayaran daripada pengikutnya.

Bantil sendiri telah mengaku meniduri isteri puluhan pengikutnya dengan alasan “membersihkan dosa-dosa mereka”. Polis juga mengesyaki Bantil menyihir para mangsanya.

Polis mengaku telah berunding dengan Majlis Ulama Indonesia (MUI) dan Kementerian Agama tentang sekte Bantil, dan kedua-dua badan agama itu menyatakan kepada polis bahawa ajaran Bantil telah melencong dari Islam.

Polis juga telah berbincang apakah Bantil juga akan disabit dengan kesalahan penodaan agama.
Bantil dijelaskan memulakan ajaran menyimpangnya pada tahun 2006. Untuk mengaburi para penduduk tempatan ia mendirikan sebuah desa khusus bagi pengikutnya. Pada 2008, seorang warga sudah menyatakan menentang adanya nabi palsu dalam desa tersebut, namun polis tidak dapat menangkapnya kerana kurang bukti.

nadicosmic


Pada tahun 1912, Charles Dawson, seorang doktor terkenal yang juga merupakan ahli paleontologi amatur, mendakwa telah menemui satu tulang rahang dan serpihan tengkorak dalam sebuah lubang batu berhampiran desa Piltdown di England. Walaupun tulang rahang menyerupai beruk, tetapi gigi dan tengkoraknya menyerupai manusia. Spesimen ini diberi nama Manusia Piltdown (Piltdown Man), dianggarkan berumur 500,000 tahun, dan telah dipamerkan di beberapa buah muzium sebagai bukti evolusi yang paling kukuh. Selama kira-kira 40 tahun, ia menjadi subjek kepada banyak kertas kerja saintifik, analisis dan pembinaan semula. Kira-kira 500 ahli akademik dari pelbagai universiti di seluruh dunia menyediakan tesis kedoktoran berdasarkan subjek Piltdown Man ini.1

Dalam satu lawatan ke Muzium British pada tahun 1935, seorang ahli paleontologi tersohor Amerika bernama H.F. Osborn mengisytiharkan bahawa manusia Piltdown adalah "satu penemuan yang amat luar biasa tentang pra-sejarah manusia, dan menambah "Kita perlu selalu diingatkan bahawa alam penuh dengan paradoks... "2

Pada tahun 1949, Kenneth Oakley dari Jabatan Paleontologi Muzium British memohon kebenaran untuk melaksanakan teknik pentarikhan baru menggunakan ujian fluorida pada beberapa fosil lama. Ujian ke atas Manusia Piltdown telah mendedahkan bahawa tulang rahangnya tidak mengandungi fluorida. Ini menunjukkan bahawa ia berada di bawah tanah tidak lebih daripada beberapa tahun. Bahagian tengkorak juga mengandungi tahap fluorida yang rendah, menjadikannya berusia sekadar beberapa ribu tahun sahaja.

Kronologi siasatan selanjutnya yang dilakukan berdasarkan kaedah fluorida mengesahkan bahawa tengkorak berkenaan hanya berusia beberapa ribu tahun. Turut dibongkar ialah giginya telah digosok, serta artifak kuno yang ditemui bersama fosil tersebut hanyalah bikinan semula yang dibuat dengan perkakasan keluli moden.3

Dengan analisis terperinci yang dilakukan oleh Weiner, penipuan ini terbongkar sepenuhnya pada tahun 1953. Tengkorak itu berusia 500 tahun dan milik manusia, manakala tulang rahangnya adalah kepunyaan orang utan yang baru mati! Gigi tersebut sebenarnya telah ditambah dan sambungannya digosok untuk memberi gambaran yang ianya gigi manusia. Kemudian, semua bahagian telah dilumuri kalium dikromat untuk menjadikannya kelihatan usang. Apabila tulang tersebut diletakkan di dalam asid, lumuran itu pun hilang.

Le Gros Clark, seorang daripada pasukan yang membongkar penipuan tersebut, tidak mampu menyembunyikan rasa hairannya: "bukti lelasan tiruan segera muncul di depan mata. Hakikatnya, ia terlalu ketara sehinggakan dapat dipersoalkan – kenapa mereka gagal mengesannya sebelum ini?"4

Piltdown Man yang telah dipamerkan selama lebih kurang 40 tahun sebelum ini kemudian pantas dikeluarkan dari Muzium British.

1 Malcolm Muggeridge, The End of Christendom, Grand Rapids: Eerdmans, 1980, hal. 59.
2 Stephen Jay Gould, "Piltdown Revisited," Natural History, March 1979, hal. 98.
3 Kenneth Oakley, William Le Gros Clark & J. S, "Piltdown," Meydan Larousse, Vol. 10, hal. 133.
4 Stephen Jay Gould, "Smith Woodward's Folly," New Scientist, hal. 444.


Seorang lelaki warga Amerika Syarikat (AS) tertarik memeluk agama Islam selepas membaca kisah Nabi Isa dalam al-Quran yang tidak terdapat dalam kitab-kitab agama lain. Robert Paulding Rovers, berusia dalam lingkungan 30-an atau nama Islamnya, Rahim Abdullah membuat keputusan memeluk Islam selepas menyelami dan mengkaji secara mendalam agama itu hampir tiga tahun lalu.

Walaupun pernah melawat beberapa negara lain, pintu hatinya terbuka untuk memeluk Islam di Malaysia kerana tertarik dengan cara hidup sederhana dan harmoni masyarakat Islam bersama penganut-penganut agama lain.

Rahim melafazkan kalimah syahadah di depan Imam Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Ahmad Rijal Ghazali selepas solat Jumaat semalam. Rahim ketika dihubungi berharap dapat mengubah persepsi barat yang sering kali mengaitkan Islam dengan keganasan walhal perkara itu jauh berbeza daripada apa yang dilihat dan dialaminya.

“Saya turut berterima kasih kepada kenalan Facebook dari Afrika yang banyak membantu saya dalam mengenali agama Islam dengan lebih mendalam,” katanya.


Miguel Restrepo (65) dan isteri beliau María García ialah pasangan yang tinggal di Madellin Colombia. Miguel seorang bekas penagih dadah sudah tinggal di dalam kolong bawah tanah seperti Teenage Mutant Ninja Turtlessejak 22 tahun yang lalu.

Rumah pasangan ini sepanjang 10 kaki, 4.4 kaki lebar dan6.5 kaki tinggi didiami oleh Miguel, isteri dan anjing peliharaan mereka Blackie.”Rumah” mereka ini mungkin kecil tetapi dilengkapi dengan semua keperluan harian seperti dapur, katil dan set televisyen.


Seorang kanak-kanak China, Yuxin Xiaoli baru sahaja mencecah usia setahun.

Tetapi, rupanya ‘mengalahkan’ seorang wanita tua.

Yuxin mempunyai kulit yang berkedut dan mempunyai warna kulit yang tidak sekata sama seperti orang-orang yang sudah tua.

Bahagian dagunya pula kulitnya berlapis-lapis, memperlihatkan dirinya seperti nenek tua yang berusia 80-an.

Sebenarnya, Yuxin mengalami penyakit Cutis Laxa di mana sakitnya hanya dihidapi oleh seorang dalam seratus manusia.

Penyakit itu adalah disebabkan oleh gangguan dalam pembinaan tisu dan sel badan di mana memberikan kesan terhadap kulit dan seterusnya menyebabkan kulit itu tidak elastik atau anjal.

Sewaktu dilahirkan, ibu Yuxin, Yang, 23, berfikir masalah kulit yang dihadapi oleh Yuxin hanyalah perkara biasa dan akan hilang juga nanti.

“Kami tidak memberikan perhatian kepada perubahan itu, kerana mengingatkan semua kanak-kanak kecil sepertinya,” kata Yang.

Malah, Yang memberitahu, sewaktu hamilkan Yuxin, dia tidak mengalami sebarang masalah atau komplikasi yang teruk.
Bagi nenek kepada Yuxin, Cao Niu memberitahu rupa cucunya seperti orang asing dan orang tua.

“Rupanya seperti orang tua. Kali terkahir saya membawanya berjumpa doktor, ada kanak-kanak lain takut dan menangis kerana melihat Yuxin,” beritahu Cao Niu.

Selain itu, Yuxin juga mempunyai penyakit lain seperti asma, pneumonia dan penyakit jantung.

Keluarganya sudah menghabiskan wang hampir 80,000 Yuan membawa Yuxin ke hospital Henan Province, wilayah Zhengzhou untuk merawat sakit anak kecil itu.


MUMBAI: Seorang suami dayus tinggal di atas pokok sejak sembilan bulan lalu dan enggan turun kecuali isterinya meminta maaf kerana bersikap curang terhadapnya. 

Bagaimanapun, si isteri tidak juga memohon maaf, malah tidak pernah menjenguk suaminya sepanjang tempoh sembilan bulan itu.

Sanjay berkahwin dengan Tara di Baragaon, Varanasi tahun lalu sebelum berpindah ke Mumbai. Namun, Mac lalu, ketika pulang lebih awal dari kerja, dia mendapati wanita yang baru dikahwininya itu berasmara dengan seorang jiran di rumah mereka. Kecewa dan rasa terhina, Sanjay menuntut Tara memohon maaf atas kecurangannya tetapi wanita terbabit enggan. 

Sanjay bertindak membawa isterinya pulang ke kampung sebagai usaha untuk menyelesaikan masalah mereka. Bagaimanapun, Tara ingkar dan mengatakan dia ingin kembali ke Mumbai sebelum meninggalkan rumah ibu bapanya.

Dalam percubaan terakhir untuk memenangi semula hati isterinya, Sanjay memanjat pokok jambu di pinggir kampung dan tinggal di atas pokok itu sejak kejadian berkenaan.

Sanjay berkata, dia hanya akan turun dari pokok itu jika Tara meminta maaf dan pulang ke pangkuannya. Walaupun dipujuk keluarga, Tara enggan mengubah pendiriannya.

Pada awalnya, Sanjay enggan makan dan meneruskan hidup hanya dengan memakan jambu. Namun, apabila semuanya sudah habis dipetik, Sanjay terpaksa menelan egonya dan bergantung kepada ibunya yang setia membawakan makanan untuknya dari rumah. “Sanjay memanjat pokok berkenaan pada 9 Mac lalu dan sejak itu berada di atas pokok berkenaan.

“Apabila kami cuba memujuknya supaya turun, dia mengancam untuk membunuh diri,” kata ibunya, Kushma Dev kepada The Asian Age. “Dia makan dan tidur di atas pokok, malah turut membuang air di situ. Kami selalu datang menemuinya dan bertanya jika dia memerlukan apa-apa,” katanya.

Beberapa penduduk kampung bagaimanapun mendakwa melihat Sanjay turun ke bawah dan bersiar-siar apabila dia menyangka tiada sesiapa melihat perbuatannya itu.

Hu Yang yang baru berusia 8 tahun adalah satu-satunya pelajar di sebuah sekolah rendah sekitar Fujian. Tujuh tahun lalu sekolah ini mempunyai kira-kira 80 orang pelajar tetapi kini selepas ramai yang pindah atau berhijrah, hanya tinggal seorang pelajar di sekolah ini. Setiap hari dia akan diajar oleh dua orang guru. – Dailymail


Peristiwa ini berlaku di Nanjing dan menjadi topik hangat dan kemarahan warga China. Apa yang menjadi persoalan dan mengejutkan ialah mengapa bapanya membiarkan saja anaknya bertindak demikian, malah menerima pukulan dalam keadaan yang tenang dan tidak menunjukkan sebarang kemarahan terhadap perbuatan anaknya yang melampau serta kata-kata kesat yang dilemparkan kepadanya. 

 Pada satu ketika bapanya meminta anaknya terus memukulnya. Menurut laporan media, Xiaojin sebenarnya lari meninggalkan rumah untuk bekerja di sebuah hotel dan dipercayai bergaul dengan kumpulan tidak baik. Dia telah dipaksa oleh bapanya kembali ke rumah dengan bantuan polis dan membawa krew media berita. 

 Bapanya bimbang akan keselamatan anaknya yang bekerja dengan syarikat yang diragui selain pergaulannya dengan kumpulan budak-budak nakal. Latar kehidupan Xiaojin adalah dari keluarga bermasalah di mana kedua-dua orang tuanya telah bercerai semasa dia masih kecil dan akibatnya dia tinggal dan dibesarkan oleh datuk dan neneknya. 

Baru-baru ini dia terpaksa berpindah ke rumah bapanya setelah bapanya memenangi hak penjagaan anak. Namun Xiaojin tidak menyukai kehidupan baru bersama bapanya dan mendakwa dia selalu dipukul dan dimarahi bapanya ketika mabuk.



Seorang lelaki Syiah Majusi di tawan FSA. Lelaki ini telah merogol 3 adik-beradik perempuan muslim-sunni bersama 8 kawan syiahnya yang lain dan mengakibatkan salah seorang dari mereka yang hanya berusia 15 Tahun Mengandung!!!!

Semasa mereka dirogol, mereka merayu-rayu agar dia memberhentikannya dengan berkata,"Mshan Allah = for sake of Allah STOP", sekarang, FSA mahu dia merayu kepadanya sama seperti 3 adik-beradik itu merayu agar dia berhenti merogol mereka.

InsyaAllah, ini adalah pengakhiran bagi semua perogol Syiah di Syria. sehingga Syria benar-benar bersih dari Syiah

LINK:
http://www.youtube.com/watch?v=_CoGhNT3GPM&oref=http%3A%2F%2Fwww.youtube.com%2Fwatch%3Fv%3D_CoGhNT3GPM&has_verified=1


Persahabatan dijalin sejak kira-kira empat tahun lalu membolehkan seekor harimau Benggala menjadi sahabat kepada manusia.

Haiwan liar yang dinamakan sebagai Mulan itu kini menjadi kawan akrab kepada Abdullah Sholeh.

Mulan - kini berusia empat tahun dan seberat lebih 171 kilogram - mula dijaga Abdullah sejak haiwan berkenaan berusia tiga bulan. Sejak dipelihara, hubungan Mulan dengan Abdullah semakin rapat dan kini haiwan yang lazimnya ganas dan berbahaya kepada manusia itu boleh bergurau dengan penjaganya.

Bagaimanapun, Abdullah bukanlah pemilik Mulan, sebaliknya dia cuma dibayar sebagai penjaga oleh majikannya, Noer Mohammaed Sholeh.

Mereka kini tinggal di sebuah kawasan di Malang, Indonesia.

Dikenali sebagai “pengasuh harimau” Abdullah dilaporkan sering menolak untuk tidur di katil sendiri, sebaliknya dia lebih selesa tidur bersama Mulan di kandang haiwan berkenaan. Ditanya perasaannya terhadap Mulan, Abdullah, 31, berkata dia tidak pernah takut atau bimbang terhadap harimau bertina berkenaan.
“Saya menganggap Mulan sama seperti rakan lain.

“Apabila dia menggigit atau mencakar, itu petanda Mulan seekor harimau yang normal,” katanya


Kebiasaannya orang yang mampu menulis menggunakan tangan kiri, dianggap unik berbanding menulis dengan tangan kanan. Tetapi adalah lebih unik dan luar biasa sekali apabila wujudnya manusia yang mampu menulis dua tangan serentak dalam satu masa. Bolehkah kita berbuat demikian? Kebolehan ini sudah tentu dikurniakan oleh Allah SWT kepada hamba yang terpilih. Keistimewaan yang sangat unik.

Di zaman kecanggihan teknologi dan telefon pintar, pasti ada pengguna berhadapan kesukaran untuk menulis dengan baik walaupun dengan sebelah tangan sahaja.

Tetapi tidak buat seorang penterjemah China, Chen Siyuan, yang berkebolehan menulis dengan dua belah tangannya serentak pada satu masa.

Menarik sekali, Chen, 24, mampu menulis berlainan bahasa serentak seperti bahasa Cina dan Inggeris.

Menurut Chen, beliau tidak melakukan sebarang latihan tetapi bakatnya muncul tanpa disedari sewaktu cuba menyelesaikan timbunan kerja sekolah beberapa tahun lalu.

“Ketika di sekolah menengah, secara tidak sedar saya telah menulis dengan kedua-dua belah tangan secara serentak,” katanya. – DailyMail


JAKARTA – Polis Indonesia menahan seorang guru agama berumur 48 tahun di daerah Kutai Timur, Kalimantan Timur, selepas dia mengaku dirinya ‘nabi’.

Polis percaya lelaki itu yang mengetuai kumpulan dikenali Rantau Bemban, telah memperdayakan pengikutnya untuk memberinya wang dan membenarkannya tidur dengan isteri mereka.

Majlis Ulama Indonesia (MUI) telah mengisytiharkan kumpulan itu sebagai kumpulan ajaran sesat, manakala polis sedang menimbangkan untuk mendakwa lelaki itu dengan pertuduhan menipu dan murtad, menurut laporan akhbar berbahasa Inggeris, Jakarta Globe pada Sabtu.
Kini lelaki itu menghadapi pertuduhan menipu dan menggelapkan wang.

Siasatan mendapati pengikut Rantau Bemban diminta memberi wang kepada lelaki itu untuk membersihkan dosa dan jika mereka tidak mampu berbuat demikian, mereka perlu membenarkannya tidur dengan isteri mereka sebagai cara untuk membersihkan dosa.

Setakat ini seorang lelaki membuat laporan mendakwa diperdaya oleh guru agama itu untuk membayar Rp170 juta bagi membersihkan dosanya dan polis percaya puluhan lagi pengikutnya telah membenarkan isteri mereka tidur dengan lelaki itu bagi tujuan membersihkan dosa. – Bernama



BERRYVILLE, Amerika Syarikat - Sebuah keluarga di Kampung Shenandoah melakukan persiapan untuk menghadapi hari kiamat berdasarkan kalendar kaum Maya pada 21 Disember ini.

Kampung itu terletak sejam perjalanan dari Washington namun, ketua keluarga itu, Jay Blevins menyimpan bekalan makanan, minuman, ubat-ubatan, senjata api dan senjata tajam di ruang bawah tanah rumah mereka.

Tujuan senjata api itu disimpan adalah untuk mengusir perompak jika kekacauan berlaku pada hari tersebut.

"Saya tidak terfikir kami membelanjakan terlalu banyak wang," kata Blevins yang mempunyai tiga orang anak.

Dia yang berusia 35 tahun kini bertugas sebagai seorang perunding perniagaan selepas menjadi penolong syerif dan pegawai Unit Khas dan Senjata Api (SWAT) di negara ini.

"Sebagai isteri dan bapa, saya mahu memastikan bahawa keluarga saya bersedia untuk menghadapi sebarang kejadian yang akan berlaku," katanya.

Menurut beberapa pakar yang mengkaji tamadun Maya, kalendar untuk kaum itu berakhir pada 21 Disember ini sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa bumi akan kiamat pada hari tersebut.

Bagaimanapun, beberapa ahli arkeologi menyatakan tidak ada bukti bahawa kaum Maya pernah meramalkan bumi akan kiamat pada hari berkenaan.

Kaum tersebut juga dipercayai mungkin tidak menggunakan kalendar berkenaan semasa kemuncak tamadun mereka antara 300 dan 600 Sebelum Masihi. - Agensi


MANGALORE, India - Mayat jururawat Hospital King Edward VII, London, Jacintha Saldanha, 46, yang ditemui mati selepas menggantung diri di kediamannya kerana ditipu dua penyampai radio dari sebuah stesen radio Australia yang menyamar sebagai pemerintah Britain, Ratu Elizabeth II dan anakanda baginda, Putera Charles tiba di sebuah lapangan terbang di sini semalam untuk dikebumikan.

Majlis pengebumian Saldanha dijangka berlangsung pada hari ini di kampung halaman suaminya, Benedict Barboza di Shirva kira-kira 50 kilometer dari Mangalore.

Barboza bersama-sama kedua-dua anaknya Lisha, 14, dan Junal, 16, mengiringi jenazah Saldanha sepanjang penerbangan ke sini.

Paderi Gereja Our Lady of Health, Stany Tauro berkata, mayat Saldanha akan dikebumikan pada pukul 4 petang waktu tempatan.

Seramai 5,000 orang dijangka hadir pada majlis tersebut.

Saldanha ditemui mati pada 7 Disember lalu di kediaman untuk kakitangan hospital tersebut, tiga hari selepas menyambung panggilan kepada rakan setugasnya yang mendedahkan berita mengenai tahap kesihatan isteri Putera William, Kate Middleton.

Kate sebelum ini dilaporkan loya ekoran kehamilannya dan di dirawat di hospital tersebut selama empat hari.

William ialah cucunda ratu tersebut.

Saldanha yang berketurunan India turut mempunyai kecederaan di pergelangan tangan dan meninggalkan tiga keping nota.

Kedua-dua penyampai stesen radio 2Day FM, Michael Christian dan Mel Greig bertindak memohon maaf dalam satu wawancara di televisyen pada minggu lepas.

Ekoran penyamaran itu, kedua-dua penyampai radio tersebut menerima kritikan pelbagai pihak kerana menyebabkan kematian yang tragis itu.

Laporan di akhbar Sunday Times semalam menyatakan Saldanha terlibat dengan perbalahan bersama seorang rakan setugasnya sebelum kematiannya.

Dia juga dilaporkan tidak gembira yang layanan yang diberikan pihak pengurusan hospital ekoran kejadian tersebut.

Kelmarin, sejumlah pelajar India berarak ke pejabat Pesuruhjaya Tinggi British di New Delhi bagi menuntut keadilan terhadap kematiannya. - Agensi

Macam-macam manusia ada dalam dunia ni, yang muka cun perangai tak senonoh pun ada, seperti gambar di bawah ni. Tengok sendiri aksinya..
maaf, silap gambar..gambar sebenar di bawah ni
|
|
|
|
|
|

|
|
|

|
|
|

|
|
|
lagi sikit

|
|
|

|
|
|

|
|
|

|
|
|

|
|
|

|
|
|

|
|
|

|
|
|
|
|
|
|
|
|
okey, cuba tengok gambar di bawah ni selama 1 minit

|
|
|

|
|
|

|
|
|

Pengotor tak?

Dunia akhir zaman. Dunia kita makin tua, pelbagai kerosakan semakin menjadi-jadi di muka bumi ini.
Antaranya seorang pelajar wanita berasal dari Korea yang sanggup tidur dengan babi, maaf, TIDUR BERBOGEL DENGAN BABI. Semuanya dilakukan atas nama seni.
Miru Kim ‘meluangkan masa’ 104 jam tinggal bersama dua ekor babi di dalam bilik di bahagian depan sebuah galeri, Art Basel Miami 2011
Para pengunjung boleh melihatnya berbogel bersama babi melalui sebuah tingkap.
Selama empat hari dia tinggal, makan, dan tidur bersama dua ekor babi di dalam sebuah bilik kaca.
Kim, yang juga merupakan anak kepada seorang ahli falsafah Korea itu mula terkenal sejak dia mengambil gambar-gambar bogel dirinya sendiri di tempat-tempat ganjil seperti kilang usang, terowong, dan jambatan.
Ujarnya, kerja yang dilakukan itu membantunya untuk mengatasi ketakutannya — “Ketakutan terhadap kegelapan, bahaya dan ketakutan terhadap kekotoran”.
Dia mendapat idea untuk mengadakan pameran seni yang diberi nama “I like pig and pig like me” (Saya suka babi dan babi suka saya) itu selepas membaca sebuah buku seorang ahli falsafah, Michel Serres.
Begitulah kisah bagaimana teruknya manusia-manusia di akhir zaman.
Harus diingat, Kim bukannya bodoh…dia merupakan bekas pelajar perubatan lagi tetapi nampaknya dia meletakkan dirinya pada martabat yang paling hina dan keji.
Sesuatu yang pasti, ada ramai lagi ‘Kim’ di luar sana tetapi dalam bentuk dan sudut yang berbeza.
Semoga Allah menghindarkan kita dari segala perbuatan yang cela dan hina seperti ini, baik daripada segi kelakuan, mahupun pemikiran!
sumber: mynewshub.my

Mak aihh..teruknya, siap keluar hingus lagi. Entah sape la yang ambik gambar untuk pedajal dia. Mungkin jugak dia ni sedang demam selesema, tu yang tertidur tu..pastu ada pulak orang yang ambik gambar ni - posted@malaysiasensasi.net

Nak sangat pakai telefon touch screen, tapi tak mampu...mudah je ikut cara di bawah. Dah tentu anda akan kelihatan seperti sedang menggunakan telefon touch screen. Kalau nak mantap lagi, carilah sylus yang mahal sikit - posted@malaysiasensasi.net


Mujahidin semakin menguasai sepenuhnya wilayah Dimasyq setelah beberapa operasi yang dilakukan berjaya mengalahkan pihak rejim. Dan mujahidin semakin menghampiri istana Basyar. Doakan mujahidin.

Nota :
Warna hijau : Kawasan yang dikuasai mujahidin.
Warna merah : Kawasan yang dikuasai rejim.
Bulatan hitam : Istana Basyar


Seorang ibu sedang mendukung anaknya yang gugur syahid akibat kekejaman rejim Basyar di wilayah Halab. Tidak mampu untuk kami zahirkan dengan tulisan mahupun kata-kata apabila melihat gambar ini. Moga Allah memberi kekuatan kepada ibu ini.


NEW DELHI: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun menggantung diri di rumahnya kerana bapanya enggan membelikannya sebuah skuter. aMayat Happy ditemui di Narela, di utara Delhi, kata polis.Polis berkata, pelajar Kelas 10 di Sekolah Maharaja Agrasen meninggalkan satu nota yang berulis: “Kini simpanlah wang anda.” 

Happy berseorangan di rumah dan mengunci biliknya sebelum menggantung diri di kipas siling. Pegawai polis berkata, bapanya, Praven Kumar, memecahkan pintu bilik dan menemui mayat anaknya. Kumar, seorang pekerja syarikat swasta berkata, dia tidak dapat membelikan skuter untuk anaknya kerana masalah kewangan. 


Gara-gara bergaduh dengan isterinya, seorang bapa yang juga seorang penagih dadah menjadikan anak perempuannya yang berusia 3 tahun sebagai tebusan dan mengugut untuk mencampakkan anak perempuannya kebawah.

Namun setelah hampir sejam pihak polis memujuk lelaki itu, akhirnya kanak-kanak yang tak tau apa-apa itu berjaya diselamatkan.


Seorang wanita berusia 37 tahun dari Gothenburg, Sweeden kini ditahan pihak berkuasa negara itu kerana disyaki melakukan hubungan seks dengan rangka manusia. Siasatan polis menunjukkan dia menggunakan 100 tulang manusia, termasuk enam tengkorak dan satu tulang belakang, untuk menjalankan aktiviti seksnya.

Menurut laporan agensi berita Sweeden, TT, pihak polis telah menjumpai beberapa buah cakera padat (CD) yang bertajuk ‘My Necrophilia’ dan ‘My first experience’ serta beberapa keping gambar wanita itu bersama dengan tengkorak-tengkoraknya. Wanita tersebut telah didakwa di Makhamah Daerah Gothenburg semalam.

Bagaimanapun, dia telah menafikan segala pertuduhan yang dikenakan terhadapnya dengan alasan bahawa dia bertindak mengumpul tulang-tulang tersebut sebagai ‘koleksi sejarah’ semata-mata.

Siasatan menunjukkan wanita tersebut pernah menulis dalam forum internet beberapa tahun lalu bahawa;


” Moral saya hanya menghadkan apa yang saya ingin lakukan, justeru saya akan terima apa sahaja yang akan dikenakan terhadap saya.”

Beberapa keping gambar yang diambil dari bilik mayat turut ditemui di rumah wanita tersebut disamping beg-beg membungkus mayat dan juga sebuah mesin gerudi. Namun, pihak polis masih tidak menemui sebarang bukti yang menunjukkan bahawa dia telah menggali mana-mana kubur untuk mendapatkan ‘koleksi sejarahnya’ itu.

Sabit kesalahan, dia boleh dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun jika didapati bersalah.

” Terdapat beberapa keping gambar menunjukkan wanita tersebut sedang menjilat tengkorak,” kata pihak pendakwa, Kristina Ehrenborg-Staffas kepada akhbar The Local di Sweeden.

“Kami dapati bahawa wanita itu adalah wanita yang sama seperti dalam gambar-gambar berkenaan, namun wanita tersebut mendakwa bahawa itu bukanlah gambarnya.

” Sebaliknya dia mendakwa memperoleh gambar-gambar itu menerusi internet.”


Ratusan roket milik Hamas ditembak ke arah wilayah Israel. Namun hanya sembilan puluh lebih roket yang sampai ke wilayah zionis itu. Israel bangga dengan petahanan angkasanya yang kuat.

Perisai peluru berpandu Iron Dome milik Israel yang berjaya menghancurkan hampir sekitar 90 peratus roket-roket milik Hamas yang ditembakkan dari Gaza.

“Kejayaan kami dalam 90 peratus. Ini belum pernah terjadi dalam sejarah,” kata seorang pegawai kanan Israel seperti diberitakan nation.time.com, Rabu (21/11/2012).

“Sekurang-kurangnya korban di pihak Israel menunjukkan Iron Dome adalah senjata yang paling berkesan di dunia dalam ujian perisai peluru berpandu yang pernah ada,” tambahnya.

Pertahanan Udara Israel ini ditubuhkan oleh syarikat senjata bernama Rafael Advanced Defense System. Iron Dome ini didakwa sebagai satu-satunya sistem pertahanan yang dapat menghalang roket, meriam dan mortar. Termasuk sistem pertahanan udara dari serangan pesawat pejuang, helikopter.

Iron Dome ini dapat menghentikan ancaman serangan sejauh 70 kilometer dan boleh beroperasi di dalam semua keadaan cuaca. Alat ini mempunyai hulu ledak khusus yang dapat meledakkan sasaran apa-apa di udara dalam hitungan masa. Perolehan sistem ini adalah dari bantuan dana kerajaan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.

Kementerian Pertahanan Israel memilih Iron Dome sebagai penyelesaian terbaik dalam pertahanan dari pelbagai ancaman dalam masa yang singkat. Israel memutuskan membina sistem pertahanan udaranya selepas Perang Lebanon pada 2006 di mana ketika itu, sekitar 4,000 roket Hizbullah menghujani Israel utara dan menewaskan 44 orang.

LONDON – Sumaiya Karim, 16, melahirkan rasa bangga selepas menjadi individu pertama yang memakai tudung di Parlimen Britain, menurut akhbar The Times.Menurut remaja itu yang berasal dari Wokingham, barat London itu, beliau memakai tudung atas pilihannya sendiri memandangkan ia adalah sebahagian daripada perkara yang dituntut oleh Islam. Sumaiya adalah merupakan salah seorang daripada Ahli Parlimen Belia yang dilantik untuk mewakili suara golongan mereka di kawasan masing-masing.Sidang Dewan Rakyat tersebut turut membariskan Ahli Parlimen Belia yang berumur 11 hingga 18 tahun.


Bilik Darjah Ala Star Trek Ganti Papan Hitam - DEBU kapur papan hitam dan timbunan buku latihan di atas meja mungkin lenyap dengan adanya bilik darjah masa depan.

Seramai 400 murid sekolah rendah di Britain berpeluang menerokai teknologi tinggi di sepanjang proses pembelajaran menerusi ‘Bilik Darjah Star Trek’ yang pelbagai sentuh dan bermeja pintar.

Meja pintar mereka dilengkapi perisian komputer oleh pakar di Universiti Durham, London.
Hasil kajian menunjukkan medium itu mampu meningkatkan tahap kecekapan matematik seseorang.

Kajian membuktikan menerusi meja interaktif pintar, penggunaan kertas juga dapat dikurangkan.
“Bilik Darjah Star Trek ini membantu dalam kegiatan berkumpulan dan memudahkan guru untuk melihat sama ada pelajar mereka tidak menipu dalam pembelajaran,” kata Ketua Penyelidik, Fakulti Pendidikan Universiti Durham, Profesor Liz Burd. – MailOnline


407591_488194884536720_1947444185_n
Nampaknya Israel kini sedang giat melakukan propaganda dengan menunjukkan ‘kesan kemusnahan’ yang didakwa dilakukan oleh Hamas kepada rakyat mereka.
Ia disebarkan oleh pasukan bersenjata Israel dalam laman Facebook mereka di alamat http://www.facebook.com/idfonline.
Sebenarnya GELI sungguh melihat propaganda yang dibuat oleh Israel ini.
Ternyata kesan kemusnahan yang mereka alami tidak seteruk apa yang dialami oleh saudara kita di Palestin.
Anda lihat sendiri ‘permainan’ yang Israel cuba tunjukkan pada dunia.
Apa kata anda?
Kami di Mynewshub.my meninggalkan anda dengan klip video di bawah untuk menjawab segala propanda oleh Isreal. Hanya yang WARAS saja akan dapat membezakan MANA INTAN DAN MANA PERMATA!