Koleksi Sensasi

Arrora Salwa Jawab Tuduhan Enggan Bayar Hutang


Penyanyi yang popular dengan lagu Ahmad, Arrora Salwa menolak dakwaan yang mengatakan dia enggan membayar sejumlah wang yang dipinjamnya sehingga diburu oleh seseorang. Sebaliknya, Arrora atau nama sebenarnya Salwa Md. Razak, 27, berkata wang berjumlah RM1,400 itu telah dipinjam oleh bekas pembantu peribadi yang tidak lagi tidak lagi bekerja dengannya.

Arrora yang juga bekas Lans Koperal dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) ini, berkata walaupun pemiutang terbabit datang menemuinya untuk menuntut wang berkenaan, dia enggan melayan permintaan tersebut kerana urusan itu tidak melibatkan dirinya. Ketika ditanya mengenai reaksinya berhubung dakwaan tersebut, Arrora berkata dia tidak langsung berasa tertekan atau malu kerana mengetahui kebenaran di sebalik fitnah yang timbul itu. sumber