Koleksi Sensasi

Beli Telefon Dapat Lesung Batu


Seorang kakitangan swasta yang membeli tiga telefon bimbit dengan harga RM3,250 secara dalam talian terkejut apabila hanya menerima lesung batu berharga RM14.50, sehari selepas melunaskan pembayaran.

Lebih menyakitkan hati, tulisan RM14.50 berkenaan masih ada pada lesung batu berkenaan dan mangsa, Mohd Hazirul Hisham, 30, tergamam ketika menerimanya.

“Saya membuat pembelian itu selepas melayari satu laman web dan tertarik dengan tawaran telefon bimbit Samsung Galaxy S bernilai RM1,100 seunit berbanding harga pasaran semasa iaitu RM1,900.SUMBER:FB