Koleksi Sensasi

Buah Pinggang Dari Facebook


Laman perkongsian sosial yang popular, Facebook menjadi tempat yang terbaik untuk mencari buah pinggang. Facebook dan laman sosial lain kini menjadi tempat untuk mencari seorang individu yang pemurah untuk mendermakan buah pinggang mereka.

Seorang bapa, Damon Brown memperoleh satu buah pinggang menerusi Facebook selepas memberitahu kisahnya di muka surat khas yang dihasilkan dengan menggunakan namanya, Damon Kidney.

Rakan-rakan dan keluarganya kemudian menghantar kisahnya kepada setiap orang yang mereka kenali. Dia kemudian memperoleh satu buah pinggang daripada seorang wanita yang dikenali oleh isterinya sejak bertahun-tahun.

"Dia (wanita itu) menyatakan buah pinggang itu bukan sebenarnya untuk saya. Ia adalah untuk anak-anak saya kerana mereka sepatutnya mempunyai seorang bapa," kata Brown yang berusia 38 tahun.

Menurutnya, dia berasa sedikit malu kerana terpaksa meminta pertolongan daripada orang awam. Brown yang mempunyai dua anak telah merahsiakan penyakitnya itu.