Pada 29/1/2012, bengkel Pertahanan Diri kali ke dua telah diadakan di Diamond Square, Jln Gombak. Bengkel Pertahanan Diri ini adalah salah satu dari modul Menguasai Keajaiban Frekuensi Asma Ilahi (MKFAI). Seramai lebih kurang 60 orang peserta dari Johor, Pulau Pinang, Kedah, Pahang, Melaka, Selangor, dan Negeri Sembilan telah menghadiri bengkel ini.
Bengkel kedua ini agak menarik kerana lebih ramai peserta menyertai demo dan boleh dikatakan hampir semua peserta dapat merasai energi sewaktu bengkel belangsung. Antara demo yang dilakukan ialah memukul botol yang telah dipagar, memukul orang yang dipagar dengan tangan kosong dan kayu, mengunci musuh dari jarak jauh dan beberapa demo yang lain.
Antara demo yang menarik ialah bagaimana seorang wanita hamil cuba dipukul oleh seorang peserta lelaki. Bagaimanapun peserta lelaki tersebut tidak dapat menyentuh sedikitpun wanita yang hamil itu. Saksikan video di bawah:
![]() |
| Solat berjemaah diimamkan oleh Ustaz Dr. Haji Shahrin |
![]() |
| Jurus Sukma Sejati SAKSIKAN VIDEO DI BAWAH |
InsyaAllah, pada 4/3/2012 akan diadakan sekali lagi bengkel Pertahanan Diri ini, kepada yang berminat boleh membuat pendaftaran dengan melayari laman web www.seminar2u.net.














