Koleksi Sensasi

Hafiz AF, Adira AF Putus Cinta

Juara Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7), Mohd Hafiz Mohd Suip atau Hafiz, akhirnya membuka mulut menjelaskan hubungan cintanya dengan Adira (AF8) sudah berakhir.

Hafiz berkata, hubungan cinta yang dibina hampir setahun itu retak disebabkan isu kontroversi yang membabitkan mereka sebelum ini yang turu mengganggu kerjaya masing-masing.

Pada pertengahan tahun lalu, Hafiz dikatakan telah bertindak kasar terhadap seorang wanita yang bekerja sebagai pengurus pentas dengan menolaknya sehingga mengakibatkan kecederaan ketika rakaman sebuah program hiburan.

Insiden berkenaan dikatakan berpunca daripada sikap cemburu Hafiz apabila wanita tersebut dipercayai cuba menjalinkan hubungan sejenis dengan Adira. MSTAR