Koleksi Sensasi

Lukisan Ini Berusia Kira-Kira 32,000 Tahun


CHAUVET - Pemerintah Perancis menyarankan supaya sebuah gua di negara berkenaan dijadikan tapak warisan utama dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO).

Gua Chauvet yang terletak selatan Perancis memiliki pelbagai lukisan gua yang diiktiraf tertua di dunia. Lukisan di gua berkenaan yang kebanyakannya bermotifkan binatang seperti kuda dipercayai berusia antara 30,000-32,000 tahun dahulu. - AFP