Koleksi Sensasi

Jam Kiamat Telah Digerakkan


WASHINGTON - Sekumpulan saintis menyatakan, dunia semakin hampir menuju kiamat.Kumpulan Buletin Saintis Atom (BAS) mengumumkan  bahawa mereka telah menggerakkan jam kiamat lima minit sebelum tengah malam.

Kumpulan tersebut menyatakan tiada langkah yang mencukupi untuk menghentikan pertambahan bilangan senjata nuklear sebagai punca pergerakan jam berkenaan.Jarum jam tersebut diletakkan enam minit sebelum tengah malam sejak dua tahun lalu.

Robert Socolow yang merupakan anggota BAS dan profesor kejuruteraan dan mekanikal Universiti Princeton menyatakan, dunia kini dalam keadaan kusut.