Koleksi Sensasi

Kereta Myvi Terbang Di Kelantan


KOTA BHARU – Siapa saja yang melalui Jalan Long Yunus di sini pasti terfikir bagaimana sebuah kereta jenis Perodua MyVi berada dalam keadaan yang elok (seolah-olah diletak) di atas sebuah van.

Bagaimanapun tidak siapa yang tahu bagaimana saat cemas yang dialami jurujual berumur 30-an itu apabila kereta yang dipandunya itu secara tiba-tiba pancit dan melayang ke udara ‘sebelum’ tersangkut di atas bumbung van.
Pemuda itu tidak mengalami sebarang kecederaan. Ketika kejadian dia dalam perjalanan untuk ke tempat kira-kira pukul 7.50 pagi ini.

Menurut saksi kejadian, kereta itu hilang kawalan apabila tayar kiri di bahagian depan kereta itu tiba-tiba sahaja pancit dan ketika berusaha menghentikannya dia melanggar longgokan batu dan pasir sebelum terbang tinggi. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

“Rempuhan tersebut menyebabkan kereta yang dipandu mangsa melompat dan berada di atas van berkenaan. “Mangsa dibantu orang ramai untuk turun ke bawah,” katanya.FB