Koleksi Sensasi

Kesian, Dia Tidak Duduk Selama 12 Tahun


Sejak sepuluh tahun lalu, duduk menjadi sesuatu yang sangat menyiksa bagi Angela Whitbread. Penderitaan ibu beranak satu ini bermula sejak Januari 2000. Ketika itu dia menjalani histerektomi total. Malangnya, setelah pembedahan, dia merasa sakit dan rasa terbakar pada bahagian pinggul, punggung bawah dan paha atasnya.

Angela hanya boleh berdiri tegak atau berbaring untuk mengelakkan rasa sakit tersebut. Sejak penyakit saraf ini menimpanya, dia mengaku banyak kehilangan waktu bersama anak perempuannya, Francesca, 14 tahun.

Angela, 57, bersama suaminya, Keith, 63 berusaha mencari rawatan terbaik untuk meredakan rasa sakit namun ia tak banyak membantu. Dia keluar-masuk hospital selama 10 tahun dengan kerusi kereta yang selalu diturunkan agar saya boleh berbaring. Hingga kini, Angela dan keluarganya terus berusaha memperolehi pengubatan yang tepat untuk mengurangi deritanya.