Halaman

PC Tablet Percuma

Salam kepada semua pelawat tegar malaysiasensasi.net. Ini ada satu berita yang boleh dikatakan agak baik. Pihak malaysiasensasi.net bercadang untuk menganjurkan satu pertandingan yang simpel, iaitu pertandingan mengisi dialog kartun.

Peserta dikehendaki menggunakan segala kreativiti untuk menghasilkan dialog yang LUCU pada kartun di bawah. Sebagai contoh lihat gambar di bawah. Tetapi yang contoh kat bawah ni tak lucu langsung.

KLIK GAMBAR UNTUK BESARKAN

Cara untuk mengisi dialog adalah sangat mudah. Terdapat 3 petak dalam kartun di bawah. Peserta boleh menggunakan format begini: Dialog bawah adalah contoh sahaja

PETAK 1
watak A: jom la mat join bisnes MLM aku, banyak manfaatnya, termasuklah bonus setiap minggu

Watak B: (tinggalkan kosong jika tiada dialong, kalau ada sila tulis)

PETAK 2
Watak A:hujung  bulan ni misalnya syarikat akan memberikan bonus kepada semua ahliyang downlinenya mencapai target
Watak B: 


PETAK 2
Watak A: bla.bla.bla..
Watak B:


Kemudian hantar ke email admin di LINK ini: HUBUNGI , pilih tajuk PERADUAN


Berikut adalah situasi watak-watak
Situasi Watak A
-A adalah seorang ahli MLM
-Baru menyertai MLM
-Berpakaian seperti orang sudah berjaya
-Agak sengkek orangnya
-Tiada seorang pun downline
-Bersemangat dalam MLM
-Masih bujang
-Mempunyai seorang rakan baik iaitu B
-Menyertai banyak syarikat MLM


Situasi Watak B
-Seorang penganggur/tak bekerja
-Sabahat baik kepada watak A
-Tidak pernah cukup wang
-Malas bekerja
-Selalu meminjam wang dari watak A
-Bercita-cita untuk menjadi seorang akauntan


Peserta boleh menggunakan segala kreativiti yang ada, tidak hanya terhad kepada dialong MLM sahaja, tetapi menyeluruh tentang kehidupan watak, keadaan watak dan sebagainya. Peserta boleh menghantar seberapa banyak dialong


HADIAH
Tempat Pertama
- Sebuah PC Tablet
- Wang Tunai RM30


Tempat Kedua
- Hadiah bernilai RM10
- Wang Tunai RM20


Tempat Ketiga
- Hadiah bernilai RM10
- Wang Tunai RM10

10 (update) Hadiah Saguhati bernilai RM10 setiap seorang/setiap penyertaan. Tarikh tutup penyertaan adalah setelah kami menerima 100 penyertaan/peserta atau sehingga 26/3/2012(update) Lain-lain syarat akan ditambah kemudian tetapi tidak mengetepikan terma asal. Okey boleh mula sekarang:
ps: anda tak perlu melukis, cuma isi dialog seperti format di atas

KLIK GAMBAR UNTUK BESARKAN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog