Koleksi Sensasi

Sungai Darah Di China

Awal minggu ini, Sungai Jian yang merentasi bandar Luoyang, Henan wilayah di bahagian utara China menggemparkan orang ramai apabila bertukar warna merah berdarah. Media tempatan mula menerima panggilan telefon panik daripada orang ramai mengatakan bahawa air Sungai Jian berhampiran kawasan kejiranan mereka bertukar menjadi merah darah.

Pemandangan sungai yang agak mengerikan itu berterusan selama hampir dua hari sebelum pegawai-pegawai kerajaan tempatan berjaya mengesan punca warna air sungai itu berubah. Ia disebabkan pencemaran dari bengkel haram yang menyalurkan pewarna merah ke dalam punca rangkaian paip bandar yang berhubung dengan sungai.

Biro Perlindungan Alam Sekitar Bandar Luoyang memotong bekalan kuasa bengkel itu dengan segera dan menjalankan pemeriksaan secara menyeluruh, agensi berita Xinhua melaporkan.

Pekerja di bengek itu berkata: pada 12 Disember, mereka telah membilas beberapa lambakan beg plastik merah untuk kitar semula tetapi tidak menjangka akibatnya seperti itu," kata akhbar Xinhua.

Beg plastik yang dibilas itu dikesan dihantar berhampiran Mengjin County ke sebuah bangunan kecil pemprosesan kimia. Loji kimia itu telah dituduh secara haram mengeluarkan pewarna merah untuk digunakan sebagai pembalut bunga apiuntuk Tahun Baru Cina yang akan datang.

Keputusan makmal dari Biro Perlindungan Alam Sekitar menunjukkan bahawa walaupun warna merah itu mengerikan seperti "air berdarah" tetapi ia tidak mengandungi sebarang logam berat atau organik, atau unsur-unsur beracun.

Air sungai kepada warna biasa pada malam Khamis, menurut laporan Xinhua.

Penduduk Luoyang berkata: "perubahan warna Sungai Jian kerap berlaku kerana pelbagai pencemaran dan sampah domestik kerap dibuang di dalam atau di sepanjang sungai. Ia pernah bertukar menjadi warna hijau tua sebelum ini."