Koleksi Sensasi

Wanita Berpakaian Kubis

BANGKOK - Seorang wanita memakai pakaian diperbuat daripada kubis semasa dia berada di laluan pejalan kaki. Dia turut memegang kad yang mempunyai mesej bagi meminta penduduk menjadi pemakan sayur-sayuran. Kelibat wanita itu mendapat perhatian orang ramai yang melalui kawasan pejalan kaki tersebut.Wanita itu merupakan aktivis pertubuhan Orang Ramai Untuk Layanan Beretika Ke Atas haiwan (PETA). Beberapa rakannya turut membantu dia memakai pakaian yang diperbuat daripada kubis itu.- Agensi